You are on page 1of 7

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan
Dalam melengkapkan kajian yang telah dijalankan, beberapa factor telah dipertimbangkan.
Ianya termasuklah reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument digunakan dalam kajian,
prosedur pengumpulan data dan akhirnya bagaimana data di analisa.
3.2 Reka bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini telah menggunakan Model Kajian Tindakan sebagaimana yang
diperkenalkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan ( 2005 ).
3.2.1 Refleksi ( Tinjauan Awal )
Tinjauan awal telah dilakukan terhadap beberapa orang murid berpencapaian rendah dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas 5 Biru. Tujuan utama tinjauan awal ini dilakukan
adalah untuk mengumpul data dalam memastikan masalah sebenar mengapa murid-murid
ini tidak mahir dalam penulisan yang betul pada latihan dan ujian yang diberikan. Kesemua
persoalan ini telah dinyatakan di dalam Bab 1. Dapatan dari tinjauan ini membolehkan
pengkaji membuat perancangan yang sesuai bagi menjalankan rawatan atau mengatasi
masalah tersebut.
3.2.2 Merancang
Berdasarkan dapatan tinjauan, beberapa perkara telah di kenal pasti untuk di ambil
tindakan. Antaranya :

3.2.2.1 Pensampelan Kajian


Kajian telah dijalankan ke atas lima orang murid pemulihan tahun 5 Biru dalam kelas bahasa
Melayu dan dijalankan sewaktu sesi persekolahan sahaja serta terbatas di SK. Canossian
Convent, Kluang. Semua murid yang dirawat adalah terdiri dari murid perempuan 3
berbangsa Cina dan 2 India. Guru akan menilai pencapaian murid melalui pengajaran
menggunakan ADD dalam membina ayat mudah dalam penulisan. Dari segi latar belakang,
sekolah ini mempunyai murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Bilangan murid bagi
setiap kaum adalah hampir sama. Kedudukan sekolah ini berada dalam lingkungan pusat
Bandar menjadikan setiap murid dating dari sosio budaya yang hamper sama iaitu latar
belakang keluarga daripada pelbagai pekerjaan. Murid yang dipilih adalah daritahun 5 Biru
di kalangan murid kelas lemah bahasa Melayu sahaja, hasil dari perbincangan dan
pemantauan guru yang mengajar di kelas tersebut sekolah ini. Kajian yang telah dijalankan
ini di harap dapat meningkatkan kefahaman dan minat murid untuk belajar mata pelajaran
Bahasa Melayu ini. Akhirnya dapat menyumbangkan kepada pencapaian yang lebih baik
bagi mata pelajaran ini dalam peperiksaan khasnya.
3.2.2.2 Instrument Kajian
Antara instrument yang digunakan bagi menjayakan kajian ini adalah :

i.

Borang soal selidik murid yang dijalankan sendiri oleh pengkaji. Melalui temu bual
yang dijalankan, pengkaji telah dapat mengumpulkan data terutama semasa dan
selepas aktiviti rawatan yang telah diberikan. Maklumat ini telah dianalisis dan

ii.

dilaporkan di dalan Bab 4 nanti.


Ujian Pra dan Ujian Pos. Ujian pra dijalankan sebelum rawatan diberikan bagi
mengesahkan masalah yang telah dihadapi oleh murid tersebut. Manakala ujian
pos pula untuk melihat sama ada wujud keberkesanan penggunaan Akhbar dalam
darjah dalam penulisan ayat mudah karangan bergambar dari segi pencapaian

iii.

mereka setelah rawatan diberikan. Analisa kedua-dua ujian telah dijalankan.


Catatan pemerhatian telah dilakukan sepanjang aktiviti rawatan menggunakan
ADD dalam membina ayat mudah dalam penulisan dijalankan antaranya :
a) Menyalin ayat mudah berpandukan gambar yang disediakan.
b) Menulis ayat mudah berpandukan gambar yang disediakan.
c) Menulis ayat mudah berpandukan gambar yang sesuai serta contoh
melalui aktiviti mengerat dan menggunting akhbar yang bergambar.

3.2.3 Bertindak
Kesemua aktiviti yang dirancang telah dijalankan. Pemerhatian telah dilakukan terhadap
murid-murid tersebut sepanjang aktiviti rawatan dijalan, termasuk dari segi perubahan
tingkah laku murid-murid tersebut. Pengubahsuaian aktiviti tidak banyak dilakukan kerana
murid tersebut diperhatikan telah menunjukkan minat serta mula memahami dari segi
penggunaan ayat mudah berpandukan gambar dari ADD. Berikut merupakan jadual aktiviti
yang telah dijalankan berdasarkan perancangan yang telah dilakukan.
Bil.
1.

Tindakan / Aktiviti Rawatan


Pemerhatian
terhadap
pencapaian

murid

serta

Tarikh pelaksanaan
22 Februari 2011

2.
3.

perbincangan bersama guru mata pelajaran lain.


Ujian Pra dan analisa pencapaian.
Aktiviti rawatan 1 Menyalin semula ayat mudah

25 Februari 2011
2 Mac 2011

4.
5.

berpandukan gambar dengan betul.


Membuat analisa aktiviti rawatan 1.
Aktiviti rawatan 2 Menulis ayat mudah berpandukan

5 Mac 2011
7 Mac 2011

6.
7.

gambar dengan betul.


Membuat analisa aktiviti rawatan 2.
Aktiviti rawatan 3 Menulis ayat mudah mengikut urutan

8 Mac 2011
10 Mac 2011

8.
9.

gambar yang disediakan.


Membuat analisa aktiviti rawatan 3
Membuat pemerhatian sepanjang

12 Mac 2011
2 - 12 Mac 2011

10.
11.
12.

dijalankan.
Ujian Pos dan analisa pencapaian.
Menjalankan temu bual / soal selidik dengan murid.
Menganalisis semua data dan maklumat bagi tujuan

menulis laporan.
13.
Menulis laporan akhir.
Jadual 3.1 : Senarai aktiviti tindakan

aktiviti

rawatan

15 Mac 2011
17 19 Mac 2011
20 Mac 2011
24 Mac 2011

3.2.4 Memerhati
Setelah aktiviti rawatan dilakukan terhadap murid-murid Tahun 5 Biru bahasa Melayu ini,
semua data telah dikutip dan di analisis bagi melihat akan keberkesanan penggunaan ADD
ini dalam meningkatkan kreativiti, kefahaman, minat, membaca dan pencapaian muridmurid. Refleksi dilakukan untuk melihat keberkesanan menggunakan ADD ini dan
seterusnya membuat cadangan untuk tindakan susulan. Ini juga bertujuan untuk melihat
kekuatan dan kelemahan dalam melaksanakan aktiviti rawatan terhadap murid-murid tahun
5 Biru dalam Bahasa Melayu ini.
3.3 Prosedur Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data telah dijalankan oleh pengkaji sendiri mengikut prosedurprosedur berikut :

3.3.1 Prosedur pertama


Sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan ADD di jalankan, Guru telah
menjalankan ujian pra terhadap kepada 5 orang murid tahun 5 Biru dalam bahasa Melayu
yang dipilih. Sebanyak 5 ayat mudah telah dibina oleh murid dalam masa 15 minit. Selepas
selesai, keratin akhbar telah dipungut.
3.3.2 Prosedur kedua
Jawatan murid telah disemak dan skor markah pencapaian pelajar telah diberikan.
Pengasingan markah dibuat serta dicatatkan.
3.3.3 Prosedur ketiga
Sesi pembelajaran dan pnegajaran bagi tujuan rawatan menggunakan ADD dalam
penulisan ayat mudah dalam karangan telah dijalankan selepas ujian pra di analisa. Sesi
pengajaran dan pembelajaran telah berlangsung sebanyak tiga kali iaitu :
3.3.3.1. Mengenal pasti penggunaan ADD pada gambar yang telah disiap sedia.
3.3.3.2. Menggunakan Surat Khabar Berita Harian dan Utusan Malaysia.
3.3.3.3. Membina ayat menggunakan keratan akhbar bergambar yang sesuai dari ADD.

3.3.4 Prosedur keempat


Setelah sesi pembelajaran selesai, pelajar akan diberikan ujian pos bagi mengesan
keberkesanan penggunaan ADD dalam membina ayat mudah dalam penulisan bergambar
sebagai sumber pembelajaran. Ujian dijalankan selama 45 minit bagi 3 item atau soalan
yang disediakan. Penyemakan jawapan telah dilakukan bagi melihat perbezaan pencapaian
murid dalam ujian pra.
3.3.5 Prosedur kelima

Dapatan dari ujian pos akan di analisis bagi melihat keberkesanan menggunakan ADD.

3.4 Analisa Data


Data kuantitatif yang diperoleh dari borang soal selidik / temu bual murid dianalisis. Data
murid sebagai responden dalam borang soal selidik bahagian A akan dibuat dalam bentuk
carta paid an graf bar agar mudah untuk membuat pentafsiran terhadap responden.
Berdasarkan borang temu bual murid untuk bahagian B pula pengkaji akan mengkaji
pendapat murid sebelum dan semasa menggunakan ADD dalam membina ayat mudah
dalam penulisan bergambar ketika mengajar pelajar tentang sub kemahiran membina ayat
mudah. Temu bual telah dilakukan selepas sesi pengajaran setiap penyertaan akan
diterjemahkan dalam bentuk peratusan melalui jadual.
Bagi aktiviti rawatan menggunakan ADD pula, dapatan telah diterjemahkan dalam bentuk
peratusan melalui carta bar mengenai pencapaian yang diperoleh. Pengkaji menggunakan
pendekatan peratusan bagi menunjukkan perbandingan terhadap minat murid melalui
pemerhatian guru yang telah dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
menggunakan ADD dalam penulisan ayat mudah dalam karangan bergambar. Data dari
ujian pra dan pos telah disemak dan ditandai oleh pengkaji berdasarkan pemarkahan
analitis. Berdasarkan keputusan ujian pra dan pos pengkaji telah merumuskan tentang
pencapaian dan keberkesanan penggunaan Akhbar Dalam Darjah. Ini akan menjadi

penanda aras bagi memperlihatkan sama ada terdapatnya keberkesanan penggunaan ADD
oleh guru bagi pengajaran murid Tahun 5 Biru Bahasa Melayu.

You might also like