You are on page 1of 11

AGAMA SIKH

Agama sikh asalnya suatu gerakan reformasi di India pada abad ke-15 , yang
memprotes norma-norma ritual dalam agama dan takhayul. Gerakan ini lebih
berintikan suatu etika peribadi dari pada suatu agama. Tidak mempunyai bentuk
penyembahan dan tempat sembahyang yang tetap. Semuanya tidak bererti tanpa
dapat diimplementasikan dalam bentuk etika dan perbuatan pribadi.

Gerakan

reformasi tersebut pada waktu itu belum mempunyai pemimpin yang dapat dijadikan
penunutun.

Setelah lahir guru nanak (1469-1539), beliau memperlihatkan suatu

bakat untuk memimpin gerakan yang baru ini, yang kemudian menjadi penemu
ajaran nilai-nilai baru yang pada akhirnya dikenal menjadi titik sejarah berdirinya
agama hindu sikh.
Agama hindu sikh ini sendiri adalah percampuran antara agama islam dan
hindu.

Umat hindu sikh sendiri pun tidak ada menyembah patung gajah yang

seperti umat hindu semestinya yang ada di india. Agama sikh juga memiliki kitab
sendiri seperti agama islam (Al_Quran) dan pada saat pengajian mereka pun
menggunakan bacaan seperti agama islam.

Ajaran sikh mulai dikenal oleh guru nanak yang lahir pada tanggal 15 april
1469 masehi di Talwandi, sekarang dikenal dengan Nanakana Sahib, di distrik Seikh
Pura, Punjab, Malaysia. Pada umur lima tahun beliau sudah mula menerima wahyu
dari Tuhan Yang Maha Esa dan mulai berbicara tetang Tuhan dengan lancar da
dikagumi orang.

Dalam kepercayaan sikh, pemimpin


agama atau Guru, menduduki tempat kedua setelah Tuhan. Guru dalam istilah lain
disebut nabi, rasul, atau Avatara. Guru kelima, Guru Arjen Dev terkenal kerana
menyusun Adi Granth, kitab suci agama sikh. Kitab suci ini kemudian dideklarasikan
menjadi Guru Granth Sahib oleh Guru Gobind Singh. Kitap suci itu berisikan ajaranajaran suci dalam bentuk asli yang ditulis oleh para Guru Sikh sendiri.
Dalam agama sikh tidak ada kelas-kelas pendeta atau pun hirarki agama.
Wanita dibenarkan mengambil bahagian dalam setiap upacar agama ataupun
menjadi pemimpin upacara tersebut.

Gurdwara
merupakan rumah ibadah bagi umat sikh yang dilengkapi dengan ruang dapur

umum yang disebut Guru Ka Langgar yang menyiapkan makanan bagi setiap orang
yang hadir tanpa memandang kedudukan social, kasta, jenis kelamin, pangkat
mahupun agamanya.

Agama Animisme

Agama animisme berdasarkan kepercayaan animisme atau kepercayaan


kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama
yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala. Kepercayaan
animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, ( seperti kawasan tertentu
gua, pokok atau batu besar ), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar
semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari
semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka.

Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang,
roh, datuk, tuan, dan penunggu.

Kadang-kala semangat ini juga dianggap roh

leluhar mereka yang telah meninggal yang kini menetap ditempat sedemkian.
Dianggarkan bahawa di Kalimantan Barat masih terdapat 7.5 juta orang Dayak yang
tergolong pemeluk animisme. Selain daripada semangat dan roh yang mendiami di
tempattempat yang dinyatakan di atas , kepercayaan animisme juga mempercayai
bahawa roh orang yang telah mati boleh masuk ke dalam tubuh haiwan.

Roh-roh orang yang telah mati juga boleh memasuki tubuh babi atau harimau
dan dipercayai akan menunutut bela ke atas orang yang menjadi musuh si mati

pada masa hidupnya. Kepercayaan ini menyerupai dengan kepercayaan kelahiran


semula seperti yang terdapat pada agama Hindu.

Pada masa ini, Masyarakat yang menganuti agama animisme

biasanya

tinggal jauh di pedalaman. Muzium seni asia, universiti Malaya, kuala lumpur telah
mempamerkan amalan animisme menerusi pameran alam misteri yang telah
diadakan pada hari 1 ogos hingga 14 september 2014.

Menurut ketua projek

pameran alam misteri, Mohd Imran Nul Hakim pameran ini telah memberi informasi
tentang agama animisme kepada orang ramai yang tidak kenal tentang kepercayaan
ini. Situasi ini menggambar nilai menghormati agama lain.

Selain
itu,
perkara dan kuasa mistik sememamgnya wujud dan mampu bertindak balas dengan
manusia kerana ia mungkin disebabkan perlakuan jin yang berasal dari alam ghaib
yang tidak dapat

dilihat manusia.

Kebanyakan masyarakat

orang asli

yang

mengamalkan kepercayaan animisme yang mendiami beberapa kawasan mengikut


demografi kumpulan kaum masing-masing. Sebagai contohnya, kaum Negrito yang
tertumpu di bahagian utara semenanjung bersempadan Thailand iaitu di Hulu Perak,
Baling, Kedah dan Jeli di Kelantan, Orang Senoi pula tinggal di bahagian tengah
terutama di kaki banjaran gunung termasuk di Perak, Kelantan, Pahang dan
Selangor.
Bukan itu sahaja, dalam kepercayaan animisme akan menggunakan alatan
yang berbeza seperti kayu pemujaan yang diukir daripada akar pokok besar yang

digunakan sebagai tempat pemujaaun masyarakat dulu kala, patung kenit yang
digunakan untuk mengelak ibu daripada mati ketika melahirkan anak.

Penganut agama Animisme sedang memelihara kepercayaan dan tradisi


mereka.

Kita sebagai rakyat harus memberi sokongan dan dorongan untuk

memperkembangkan tradisi mereka.

Agama Taoisme
Agama Taoisme merupakan yang berasal dari Tiongkok. Mengikut data-data,
Agama Taoisme merupakan agama yang tertua di duna ini, yang diakui agama ini
wujud sejak 7000 tahun lagi dan sebahagian besar orang Tionghoa telah menganuti
agama ini.

Menurut Lu Xun Agama Taoisme merupakan akar utama kepada

kebudayaan Tionghoa. Agama Taoisme telah dikenalkan oleh Wang Di(2698 SM)
dan dikembangkan oleh Lao Zi dan berkembang menjadi sebuah institusi
Keagamaan yang lengkap oleh Zhang TAO Ling.

Taoisme menekankan pemahaman TAO atau hukum alam semesta untuk


hidup dengan harmoni dengan unsur-unsur semula jadi di dalam dunia ini. Pada
zaman Dinasti Kerajaan How, lao zhi telah memberi mendedahan yang baru kepada
agama TAO. Amalan membaca Lao Zi telah memberikan pengetahuan tentang
agama TAO melalui buku-buku Wang Di. Beliau sangat menyanjung keagungan
alam yang memberikan kehidupan kepada semua makhluk hidup, termasuk
manusia.

Beliau juga menekankan bahawa disebalik semua ada seorang yang

menciptakannya yang bersifat maha Agung, hanya

sulit bagi beliau untuk

memberikan sebutan atau nama yang tepat bagi Pencipta Alam Semesta yang maha
Besar ini.

Akhirnya beliau meminjam perkataan TAO

bagi mengganti nama

sebelumnya iaitu Sumber dari sesuatu yang tercipta di aalam semesta ini. Ajaran
Lao Zi bersama-sama ajaran Wang Di digabung menjadi ajaran Wang-Lao yang
dikenali oleh semua orang sampai sekarang.

Agama TAO berdasarkan kepada ajaran yang benar dalam kehidupan


manusia (Wu-Wei) dimana manusia dilahirkan dalam kondisi yang baik dan suci.
Agama Taoisme mengajarkan bahawa kebenaran dan kesalahan merupakan
sebuah proses tanpa akhir. Agama Taoisme mendasarkan ajarannya kedalam 5 Li
yakni jujur, adil, cerdas, sopan santun, dan ramah tamah, sikap hormat dendan
membungkuk atau kotow juga dikenalkan dalam ajaran ini. Penghormatan kepada
pihak yang lebih dihormati seperti dewa atau raja dilakukan dengan lebih
membungkuk hhingga berlutut di tanah. Penggunaan Li dalam kehidupan manusia
dipercaya sebagai pencipta keharmonisan antaraTuhan (Thein) bumi dan manusia.
Laozi tidak mengajar bagaimana mencapai kehidupan yang abadi.
Sebaliknya, keinginan untuk mencapai kehidupan yang abadi adalah sesuatu
yang dicari-carikan oleh Maharaja-maharaja China, khususnya Shih Huang Ti.
Dalam pencarian cara untuk melanjutkan jangka hidup, taifah-taifah Taoisme telah
mengembangkan beberapa seni silat yang kini amat popular , khususnya dengan
orang-orang cina yang hendak memperbaik kesihatan mereka. Seni seni silat
seperti tai chi, dan pelbagai qiqong kini menjadi semakin popular dengan orangorang barat. Chi iaitu tenaga dalam badan bukan lagi dianggap sebagai primitif

tetapi telah memperoleh pengiktirafan oleh perubatan barat sebagai suatu unsur
yang benar-benar terjadi dalam badan.
Tenaga yang serupa dengan tenaga di dalam badan itu juga terdapat di
dalam alam sekitar. Selaras dengan konsep hidup dengan harmoni dengan unsurunsur semula jadi di dalm dunia, ilmu feng shuai mencuba mmemahami dan
menguasai unsur-unsur itu. Taoisme juga memperkenalkan teori Ying Yang dalam
Daode Jing bab 42. Ying dan Yang dengan saintifiknya diterjemahkan sebagai
negatif dan positif . Setiap benda adalah dualisme, terdapat positif dan negatif.
Lambang YingYang yang paling popular adalah Lambang Xiantian Taiji atau
YingYang Yu diperkenalkan oleh Lai Zhide: tahun 1525-1604.

Agama Confucianisme

Confucius yang lahir pada 551 SM adalah pegawai kerajaan yang kemudian
menjadi guru falsafah moral. Beliau berasal dari keluarga Lu di wilayah Shangtung
dimana tempat beliau dilahirkan. Beliau mahir tentang Li iaitu susunan tingkah laku
yang baik. Falsafahnya menjadi tulang belakang pemikiran dan tingkah laku orang
Cina.

Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan

ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik.

Confucianisme berasaskan ajaran Confucius yang mengutamakan lima sifat


kebaikan(wu chang) iaitu perikemanusiaan (Ren/Jen), kesusilaan(Li), keadilan(Yi),
kebijaksanaan(Zhi), layak dipercayai(Xin).
Selain itu, ajaran confucianisme juga telah menekankan teori lima hubungan
dianggap asas atau panduan kepada sesuatu perhubungan yang akan membawa
kepada kebahagiaan keluarga dan seterusnya menyumbang kepada kestabilan dan
keharmonian sesebuah Negara. Melibatkan hubungan dari pemerintah dan rakyat
(Juncheng), suami dan isteri (Fuqi), ibu bapa dan anak (Fuzi), abang dan adik /
orang tua dan orang muda (Xiongdi) serta hubungan sahabat dan sahabat
(Pengyau). Menurut Confucius seseorang asalnya merupakan insan yang baik dan
akan kembali ke sifat yang baik. Mereka tidak memerlukan juru selamat tetapi yang
dibutuhkan oleh umat manusia adalah guru yang berbudi dan melakukan dengan
sungguh-sungguh ajarnya serta menjadi contoh teladan bagi orang-orang lain
seperti yang telah diceritakan dalam Analekta 2:13.

Agama

Confucianisme

telah

menyatakan,

setiap individu mempunyai tugasan dan tanggungjawab terhadap pihak lain.


Sekiranya, setiap tanggungjawab dipatuhi masyarakat serta negara akan bersatu,
tenteram dan harmoni.

Confucius menegaskan bahawa seseorang anak harus

menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka
sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih sayang patut
diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisplinkan
anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan
sebuah keluarga yang besar.
Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah
seorang raja yang dapat disanjung tinggi. Rakyat perlu hormat dan taat setia kepada
kerajaan. Confucius menegaskan bahawa raja adalah ketua keluarga dan rakyat
adalah ahli-ahli keluarganya.

Raja harus memberi contoh dan teladan yang baik

kepada rakyat. Dalam sesebuah Negara kerajaan harus menimbulkan keyakinan


rakyat, dan rakyat harus dijaga dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat.
Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus
berperanan sebagai Shang-Ti.

Confucianisme telah meresapkan nilai-nilai murni terus kepada penganutnya.


Hal ini, dapat membentuk masyarakat yang harmonis dan sejahtera.

You might also like