You are on page 1of 13

DRAF PERJANJIAN USAHASAMA

Perjanjian ini diperbuat pada

diantara pihak yang nama dan

huraian seperti mana dinyatakan di dalam Seksyen 1 Jadual A (Selepas ini dirujuk sebagai
Pemilik Tanah) yang turut akan meliputi pewaris, penerima hak dan pentadbir sebagai pihak
pertama dan pihak yang nama dan huraiannya seperti mana dinyatakan di dalam Seksyen 2
Jadual A Perjanjian ini (selepas ini dirujuk sebagai Pemaju) yang turut akan meliputi pewaris,
penerima hak dan pentadbir sebagai pihak kedua.
BAHAWASANYA:-

A) Pemilik Tanah adalah pemilik berdaftar dan pihak yang mempunyai hak
dan kepentingan ke atas tanah yang seperti mana dinyatakan di dalam
Seksyen 3 Jadual A Perjanjian ini (selepas ini dirujuk sebagai Tanah
tersebut).

B) Tanah tersebut telah diisytiharkan sebagai Tanah Simpanan Melayu,


tiada syarat nyata dinyatakan dan kategori kegunaan tanah ialah
pertanian.
C) Tanah tersebut adalah bebas daripada sebarang bebanan dan sekatan
kepentingan.
D) Pemaju adalah sebuah syarikat yang mempunyai kemahiran dan
kemampuan untuk menjalankan projek-projek pembinaan perumahan.
E) Pemaju dengan ini menawarkan untuk memajukan Tanah tersebut dan
Pemilik Tanah dengan ini bersetuju melantik Pemaju untuk memajukan
Tanah tersebut kepada sebuah projek perumahan (selepas ini dirujuk
sebagai Pemajuan tersebut) dengan syarat-syarat dan terma-terma
yang terkandung di dalam perjanjian ini.
F) Pemaju dengan ini melantik Tetuan Zul Nawawi Raden & Co yang
beralamat di No 2-1-1B, Jalan Medan PB2A, Seksyen 9, 43650 Bandar
1

Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan sebagai peguamcara (selepas ini


dirujuk sebagai Peguamcara tersebut)
PERJANJIAN INI

MENYAKSIKAN

PERSETUJUAN KEDUA-DUA

PIHAK

SEPERTI BERIKUT:-

1. Pemilik dengan ini bersetuju menyerahkan, memberi kebenaran dan


kuasa

kepada

Pemaju

untuk

memasuki

dan

menjalankan

tanggungjawab dan kewajiban Pemaju untuk memajukan Tanah


tersebut menjadi satu projek perumahan tertakluk kepada syaratsyarat dan peraturan seperti mana yang dinyatakan di dalam
Perjanjian ini.
2. Setelah Perjanjian ini ditandatangani:a. Pemilik bersetuju untuk menyerahkan salinan asal Suratan Hakmilik
Tanah

tersebut

menandatangani

kepada

Peguamcara

Perjanjian

ini

dan

tersebut

memberi

semasa

akujanji

untuk

menandatangani segala borang permohonan yang diperlukan bagi


mendapatkan kelulusan menukar kategori kegunaan Tanah tersebut
dan kelulusan untuk memecah bahagian Tanah tersebut, sekiranya
ia diminta oleh Pemaju.
b. Pemaju hendaklah selepas Perjanjian ini ditandatangani oleh
Pemilik, membuat permohonan bertulis kepada pihak berkuasa
yang berkenaan bagi permohonan kebenaran menukar kategori
kegunaan Tanah tersebut kepada kediaman dan kelulusan untuk
memecah bahagian Tanah tersebut, sekiranya ia diminta oleh
Pemaju.
c. Pemaju

berjanji

membayar

dan

sebarang

memberikan
kos

bagi

akujanji

premium

dengan
kelulusan

ini

untuk

memecah

bahagian Tanah tersebut yang diperolehi darinya.


d. Pemaju hendaklah menyiapkan kerja-kerja pembinaan rumah atau
bangunan di Pemajuan tersebut dalam tempoh tiga puluh enam
2

(36) bulan setelah Lesen Pemajuan dan Permit Iklan di bawah Akta
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan PeraturanPeraturan 1989 & 1991 dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa.
e. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Pemajuan dari pihak-pihak yang
berkenaan (jika berkenaan) adalah tertakluk kepada pengeluaran
Lesen Pemajuan dan Permit Iklan di bawah Akta Pemajuan
Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan Peraturan-Peraturan
1989 & 1991 dan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
3. Dalam Perjanjian ini kedua-dua pihak bersetuju bahawa rumah/
bangunan yang didirikan dalam Pemajuan tersebut akan berasaskan
kepada pelan-pelan dan spesifikasi-spesifikasi yang setaraf (common
standard plan and specification) yang diluluskan oleh pihak berkuasa
dan mengikut nasihat arkitek kepada Pemaju.
4. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa:a. Semua bayaran yang dibayar oleh pembeli-pembeli Pemajuan
tersebut hendaklah dibayar ke dalam akaun Pemajuan yang telah
ditetapkan

oleh

Akta

Pemajuan

Perumahan

(Kawalan

dan

Pelesenan) 1966 dan Peraturan-Peraturan 1989 & 1991 dan yang


dikeluarkan dari masa ke semasa, terutamanya Peraturan 5(5)(a),10
dan 11 atau mana-mana pindaan kepada Akta tersebut dari masa
ke semasa.
b. Wajib (mandaratori) untuk mematuhi peraturan-peraturan yang
dikehendaki di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan
Perlesenan) 1966 dan Peraturan-Peraturan 1989 & 1991 dan yang
dikeluarkan dari masa ke semasa, terutamanya Peraturan 5(5)(a),10
dan 11.
c. Selama mana Pemajuan ini berkuat kuasa, melainkan tanggungan
liabiliti/ risiko yang sedia ada, Pemilik Tanah tidak akan menjual,
memindahmilik, menyerahkan, mencagarkan, menyewakan atau
3

sebahagian daripadanya atau membenarkan pihak ketiga membina


sebarang bentuk bangunan di atas Tanah tersebut atau berurusan
dengan sepenuhnya atau sebahagiannya dengan tanpa mendapat
persetujuan bertulis daripada Pemaju.
5. Pemilik dengan ini berjanji untuk menandatangani semua dokumendokumen dan memberikan kuasa sepenuhnya kepada Pemaju untuk
memohon semua kelulusan yang berkaitan termasuk permohonan
pecah sempadan, pelan bangunan dan lain-lain dokumen yang perlu
untuk dikemukakan bagi mendapat kelulusan pihak berkuasa yang
berkenaan bagi maksud perlaksanaan dan penyempurnaan Pemajuan
tersebut.
6. Semua perbelanjaan termasuk perbelanjaan bagi proses kelulusan
pelan susunatur, pecah sempadan, pecah bahagian, kelulusan praperhitungan, bayaran setem cukai kerajaan, bayaran arkitek, jurutera
yang menyediakan pelan, persediaan asas termasuk imbuhan dan
peralatan (jika perlu), mendirikan dan menyiapkan bangunan termasuk
sambungan dan stesen bekalan air, elektrik, sesalur longkang,
pembinaan jalan, jalan masuk dan lain-lain kemudahan yang berkaitan
bagi kesempurnaan Pemajuan tersebut akan ditanggung dan dibayar
oleh Pemaju sepenuhnya.
7. Pemaju hendaklah melindungi Pemilik agar bebas daripada apa-apa
tindakan undang-undang yang timbul di dalam bidang kuasa Pemaju
berkaitan dengan perlaksanaan Pemajuan tersebut dan juga apa-apa
tindakan yang diambil oleh pembeli kepada rumah atau bangunan
yang didirikan kelak di atas Pemajuan tersebut.
8. Pemilik dengan ini berwaad dan bersetuju:a. Dengan kelulusan pelan pra-hitungan seperti yang dinyatakan di
Klausa

2(a)

dan

dengan

persetujuan

untuk

menjual

Pemilik

dikehendaki untuk menandatangani bersama-sama Pemaju akan


4

Perjanjian JualBeli atau wakil sahnya, instrumen Pindahmilik atau


apa-apa perjanjian TERTAKLUK KEPADA SYARAT bahawa Pemaju
hendaklah melindung Pemilik di atas semua tuntutan perbelanjaan
yang ditanggung yang berpunca daripada pembangunan Pemajuan
tersebut atau atas alasan-alasan tuntutan oleh pembeli rumah atau
bangunan di atas Pemajuan tersebut.
b. Selepas Perjanjian ini ditandatangani Pemilik membenarkan Pemaju,
ejen, pekerja atau mana-mana orang atau pihak yang diberi kuasa
oleh Pemaju untuk memasuki Tanah tersebut dan membenarkan
supaya Tanah tersebut diukur oleh juruukur yang bertauliah yang
dilantik oleh Pemaju, diratakan dan diatur untuk tujuan-tujuan
pembangunan Pemajuan tersebut di atas segala perbelanjaan
Pemaju dan tertakluk kepada Klausa 8 (g) dan Klausa 8 (h) untuk
Pemilik menyerahkan Tanah tersebut dalam keadaan kosong kepada
Pemaju pada masa Perjanjian ini ditandatangani.
c. Untuk

mematuhi

Akta

Pemajuan

Perumahan

(Kawalan

dan

Pelesenan) 1966 dan Peraturan-Peraturan 1989 & 1991 dan yang


dikeluarkan dari masa ke semasa, terutamanya Peraturan 5(5)(a),10
dan 11.
d. Untuk membenarkan kontraktor atau kontraktor-kontraktor kecil
yang dilantik oleh Pemaju atau mana-mana ejen bagi pihak
berkuasa tempatan masuk ke dalam Tanah tersebut pada semua
masa yang munasabah dalam masa pembinaan dan perlaksanaan
Pemajuan tersebut untuk menyumbangkan kemudahan-kemudahan
awam di Pemajuan tersebut.
e. Untuk memajukan kepada pihak awam atau pihak berkuasa
tempatan yang berkaitan mana-mana bahagian Tanah tersebut
untuk kemudahan awam seperti padang permainan, stesyen Tenaga
Nasional Berhad atau kemudahan lain yang difikirkan perlu dan

menandatangani segala dokumen yang berkaitan bagi tujuan


tersebut.
f. Tidak mengganggu apa-apa tindakan ke atas perjalanan Pemajuan
tersebut semasa pembinaan Pemajuan tersebut dijalankan oleh
Pemaju atau mana-mana ejen, kontraktor yang dilantik atau yang
diberi kuasa oleh Pemaju.
g. Pemilik dengan ini mengesahkan bahawa Tanah tersebut adalah
bebas

daripada

sebarang

bebanan

(termasuk

rumah-rumah

setinggan, pajakan, gadaian dan apa-apa sekatan lain (free from all
encumbrances).
h. Jika di atas Tanah tersebut terdapat rumah-rumah yang didiami oleh
Pemilik atau penyewa-penyewa, Pemilik dengan ini bersetuju untuk
mengosongkan rumah-rumah tersebut dalam masa tiga puluh (30)
hari dari tarikh notis diberikan oleh Pemaju dan jika Pemilik gagal
untuk berbuat sedemikian, Pemilik hendaklah memberi gantirugi
kepada Pemaju atas apa-apa kerugian yang dialami oleh Pemaju.
9. Pemilik

dengan

ini

bersetuju

untuk

membenarkan

Peguamcara

tersebut menyerahkan salinan asal Suratan Hakmilik Tanah tersebut


kepada Pemaju bagi membolehkan Pemaju melaksanakan obligasiobligasi di dalam Perjanjian ini dan dengan syarat sekiranya Perjanjian
ini dibatalkan dengan sah, Pemaju hendaklah memulangkan semula
salinan asal Suratan Hakmilik Tanah tersebut kepada Pemilik dengan
tanpa apa-apa bebanan ke atas pemilikan Tanah tersebut.
10.

Pemilik akan diberi balasan seperti yang dinyatakan di dalam

Seksyen 4 Jadual A Perjanjian ini sama ada dalam bentuk tunai atau
unit-unit

rumah

atau

gabungan

diantara

keduanya

yang

akan

ditentukan oleh Pemaju selepas sijil penyiapan dan pematuhan

(certificate of completion and compliance) dikeluarkan oleh pihak


berkuasa yang berkenaan.
11.
untuk

Melalui Perjanjian ini Pemilik memberikan kuasa kepada Pemaju


menandatangani

semua

borang

pindahmilik

yang

boleh

didaftarkan kepada pembeli-pembeli yang telah dipilih dan diluluskan


oleh Pemaju kelak.
12.

Sekiranya Pemilik menerima unit-unit rumah dan ingin membuat

pindahmilik

hakmilik

bagi

bahagian

kepunyaan

Pemilik,

semua

perbelanjaan berkaitan dengan pindahmilik yang tersebut akan


ditanggung oleh Pemilik sepenuhnya.
13.

Semua hasil taksiran atau cukai kerajaan berkenaan dengan

Tanah tersebut sebelum Perjanjian ini ditandatangani dan dijelaskan


sepenuhnya oleh Pemilik dan mana-mana hasil, taksiran dan cukai
kerajaan selepas Perjanjian ini ditandatangani siap Pemajuan ini akan
ditanggung dan dibayar oleh Pemaju sepenuhnya.
14.
Tempoh penyempurnaan Pemajuan tersebut dinyatakan di dalam
Klausa 2 (d) hendaklah dipatuhi oleh Pemaju melainkan berlaku
kelewatan akibat mogok awam, rusuhan, revolusi, bencana alam,
malapetaka, kebakaran atau apa-apa bencana di luar kawalan Pemaju
dan Pemilik, ia memerlukan pindaan dan satu tarikh lanjutan yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak di sini, berdasarkan pendapat
bertulis daripada arkitek kepada Pemajuan tersebut.
15.

Mana-mana perbelanjaan berkaitan pelupusan, jualan atau

pindahmilik hakmilik oleh mana-mana pihak ke atas bahagian masingmasing akan ditanggung oleh pihak-pihak yang melakukan atau
mengarahkan pindahmilik.
16.

Jika

sekiranya

Pemilik

gagal

untuk

menyempurnakan

tanggungjawabnya yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini maka


Pemaju berhak untuk mendapatkan perintah perlaksanaan spesifik
7

terhadap Pemilik dan jika Pemaju tidak memilih untuk mendapatkan


perintah perlaksanaan spesifik mahkamah, maka Pemaju berhak
menuntut apa-apa bayaran pendahuluan yang telah dibuat kepada
Pemilik termasuk apa-apa gantirugi akibat dari pembatalan Perjanjian
ini dan Pemaju berhak untuk memasukkan kaveat persendirian ke atas
keseluruhan Tanah tersebut.
17.

Jika

sekiranya

Pemaju

gagal

untuk

menyempurnakan

tanggungjawabnya yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini maka


Pemilik berhak untuk mendapatkan perintah perlaksanaan spesifik
terhadap Pemilik dan jika Pemilik tidak memilih untuk mendapatkan
perintah perlaksanaan spesifik mahkamah, maka Pemilik berhak untuk
menyimpan apa-apa bayaran pendahuluan yang telah dibuat kepada
Pemilik termasuk menuntut apa-apa gantirugi akibat dari pembatalan
Perjanjian ini.
18.

Apabila kerja-kerja pembinaan telah selesai dan Pemajuan

tersebut diserahkan oleh arkitek kepada Pemaju berasaskan Perakuan


Penyiapan Praktikal Bangunan (Cerificate of Practical Completion).
Pemajuan tersebut telah dianggap selesai dan siap jika ianya dibuat
dalam tempoh yang ditetapkan oleh Klausa 2(d) Perjanjian ini.
19.

Untuk maksud yang diterangkan dan untuk maksud-maksud

yang terkandung serta dihasratkan oleh Perjanjian ini maka Pemilik


hendaklah memberi kepada Pemaju dan/ atau mana-mana orang yang
diberi kuasa oleh Pemaju akan kuasa yang dinyatakan di dalam Surat
Kuasa Wakil (Power of Attorney) untuk tujuan memajukan Tanah
tersebut dan tujuan lain sekiranya ada yang telah dipersetujui di dalam
Perjanjian ini.
20.

Jika berlaku pengingkaran oleh mana-mana pihak terhadap

Perjanjian ini maka pihak yang mengalami kerugian akan berhak


kepada perlaksanaan spesifik (specific performance) dan/ atau mana8

mana gantirugi yang diberi oleh undang-undang Malaysia yang berkuat


kuasa.
21.

Tarikh penyerahan rumah tersebut adalah dianggap pada tarikh

notis diberi kepada Pembeli oleh Pemaju yang meminta Pembeli


menerima rumah tersebut mengikut Klausa 17 Perjanjian ini.
22.

ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI oleh Pemaju dan Pemilik

bahawa sekiranya pihak berkuasa menahan atau menolak permohonan


pelan susun atur dan pelan bangunan yang telah dibuat oleh Pemaju
termasuk mana-mana pindaan yang telah dibuat, maka dalam keadaan
ini Perjanjian ini bolehlah ditamatkan oleh Pemaju dengan segala hakhak yang telah diberi atau diperolehi di atas Tanah tersebut akan
termansuh dengan sendirinya. Segala perbelanjaan yang telah dibayar
adalah kerugian yang mesti ditanggung oleh Pemaju kecuali segala
deposit yang telah dibayar (jika ada) kepada Pemilik ketika Perjanjian
ini ditandatangani hendaklah dipulangkan sepenuhnya tanpa faedah
oleh Pemilik kepada Pemaju dalam masa empat belas (14) hari dari
tarikh notis yang diberikan kepada Pemaju.
23.

ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI oleh Pemaju dan Pemilik

bahawa sekiranya Perjanjian ini disepakati untuk ditamatkan secara


sukarela atas sebarang faktor sebelum tamat tempoh perjanjian
usahasama seperti yang dinyatakan di Seksyen 5 Jadual A, maka
segala perbelanjaan yang telah dibayar adalah kerugian yang mesti
ditanggung oleh Pemaju dan segala deposit yang telah dibayar (jika
ada) kepada Pemilik ketika Perjanjian ini ditandatangani berhak
disimpan sepenuhnya tanpa faedah oleh Pemilik. Salinan asal Suratan
Hakmilik tanpa sebarang bebanan ke atas pemilikan (encumbrances)
hendaklah diserahkan oleh Pemaju kepada Pemilik dalam masa empat
belas (14) hari daripada tarikh notis persepakatan untuk penamatan
Perjanjian ini ditandatangani. Sebarang

persetujuan lanjut berikutan

penamatan Perjanjian ini boleh dilaksanakan secara bersama.


9

24.

Semua perbelanjaan berkaitan dengan penyediaan Perjanjian ini

akan ditanggung oleh Pemaju.


25.

Masa adalah menjadi intipati kepada Perjanjian ini.

26.

Sebarang

perubahan

atau

pindaan

kepada

Perjanjian

ini

hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh kedua-dua


pihak.
27.

Mana-mana pertikaian yang timbul daripada Perjanjian ini selain

daripada peruntukan yang sendirinya jelas hendaklah dirujuk kepada


satu

(1)

orang

Penimbangtara

yang

bebas

dan

keputusan

Penimbangtara tersebut adalah muktamad dan hendaklah mengikut


Akta Timbangtara 1952.
28.

Perjanjian ini akan mengikat pewaris, penerima hak, pentadbir,

pemegang amanah dan penguatkuasa kedua-dua pihak.


29.

Lain-lain syarat seperti yang tersebut di dalam Jadual A

Perjanjian ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan peruntukan di


dalam Perjanjian ini.
30.

Mana-mana notis yang diperuntukkan oleh Perjanjian ini atau

ingin dibuat oleh mana-mana pihak hendaklah dibuat secara bertulis


atau dihantar kepada pihak yang lagi satu dengan secara pos berdaftar
dan notis yang dihantar tersebut hendaklah dianggap telah dihantar
pada masa yang mengikut amalan biasa yang ianya dipos dan
dihantar.
31.

Tiada apa-apa yang disebut di dalam Perjanjian ini yang

membolehkan kedua-dua pihak ditafsirkan sebagai rakan kongsi.

10

BAGI MENYAKSIKAN PERJANJIAN USAHASAMA ini kami menurunkan tandatangan kami


pada hari dan tahun sepertimana yang tercatit diawalannya.
DITANDATANGANI oleh
Pemaju
dihadapan :-

DITANDATANGANI oleh
Pemilik
dihadapan :-

)
)
)

.............

.............

.............

.............

)
.............
DENGKIL MEWAH SDN BHD

ZAIFUL AMRAN BIN AMAN

ZAIFUL AZMAN BIN AMAN

ZAITULAMRAH BINTI AMAN

ZUBAIDAH BINTI AMAN

11

JADUAL A

SEKSYEN

BUTIR-BUTIR

KETERANGAN

Nama dan alamat


Pemilik

ZAIFUL AMRAN BIN AMAN (K/P: 5743768), ZAIFUL


AZMAN BIN AMAN (K/P: 641006-106915),
ZAITULAMRAH BINTI AMAN (K/P: 600901-105272) dan ZUBAIDAH BINTI AMAN (K/P: 6873544)
..............................................................................
........

Nama dan alamat


Pemaju

Butir-butir Tanah

DENGKIL MEWAH SDN BHD (No Syarikat:


1112516P ) .....................................................
..

GM 360, LOT 5668, Mukim Dengkil


Daerah Sepang, Negeri Selangor

Balasan yang
dipersetujui untuk
dilakukan oleh
Pemaju kepada
Pemilik

Tempoh perjanjian
usahasama

a) Empat (4) unit rumah teres 2 tingkat


yang berkeluasan binaan 1,400 1,500
kaki persegi dan terletak di lot-lot
tengah (intermediate).

TIGA PULUH ENAM (36) BULAN setelah Lesen


Pemajuan dan Permit Iklan di bawah Akta
Pemajuan
Perumahan
(Kawalan
dan
12

Pelesenan) 1966 dan Peraturan-Peraturan


1989 & 1991 dikeluarkan oleh pihak
berkuasa yang berkenaan.

13

You might also like