You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT MAJLIS PEMUAFAKATAN SIRI KEDUA

SK SAUJANA UTAMA SESI 2012/2013

Tarikh

Tempat

16 JUN 2012 (Sabtu)


:

Bilik Mesyuarat SKSU

Masa

8.30 Pagi

Kehadiran

1. En. Mohd. Ikhsan bin Ahmad (Penasihat)


2. En. Roslan bin Ismail (YDP)
3. En. Nordin b. Kassim (PK Kokurikulum)
4. En. Mohd. Hilmi b. Badron (Setiausaha)
5. En. Mohd. Fadzri bin Hassan (AJK PIBG)
6. En. Nor Azmi bin Sakdun (AJK PIBG)
7. Pn. Siti Bulkiss bt. Mohd. Daud (AJK PIBG)
8. Pn. Mahfuzah bt. Che Run (AJK PIBG)
9. En. Mohd Hafiz b. Musa (AJK PIBG)
10. Pn. MawarAzza bt. Mohammad (AJK PIBG)

Turut Hadir

1. En. Samrin b. Mohd Salem


(YDP PIBG SMKSU)
2. En. Hasbe b. Omar
(PK 1 SMKSU)
3. Pn. Noorain bt. Abdul Latiff
(Setiausaha PIBG SMKSU)
4. En. Mohd Tahar b. Abdullah (AJK PIBG SMKSU)
5. Pn. Rosemaliza bt. Daros
(AJK PIBG SMKSU)
6. Pn. Wan Zuraidah bt W.Ismail (AJK PIBG SMKSU)
7. En. Bakar b. Idris
(AJK PIBG SMKSU)
8. Pn. Hidayah bt. Siman (AJK PIBG SMKSU)
9. En. Mohd Khalil b. Hj Nasroni (Pengerusi KRT Saujana Utama)
10. En. Abd. Ghani b. Yahaya
(PDRM Saujana Utama)
11.En. Ali b. Hj Salih
(Pengerusi Al-Hijrah SBCR)
12.En. Lokman b. Hj Ujang
(MDKS)
13.En. Nor Samsul b. Hj Sapuan (MDKS)
14.En. Azman b. Abd. Kadir
(MDKS)
15.En. Zakri Iskandar
(SUTRA)
16.Hj. Harun b. abd. Rahman
(Nazir Masjid An-Nur)
17.En. Mohd Fakaruddin (Ahli Majlis/Surau Hidayah)
18.En. Wan Ismail Hashim(SUTRA 1)
19.En. Khairul Anuar Jalaludin
(Pengerusi SBCR)

AGENDA MESYUARAT :
1. Ucapan Pengerusi
2.1. En. Roslan selaku penasihat PIBG SKSU mengucapkan terima kasih
kepada semua

hadirin yang telah meluangkan masa untuk hadir ke majlis


pemuafakatan pada pagi itu.
2.2. En. Roslan memaklumkan bahawa majlis pemuafakatan kali ini adalah
siri yang kedua, di
mana siri pertama telah dilangsungkan di SMKSU pada tahun 2010.
2. Ucapan Penasihat PIBG SKSU
2.1. Guru Besar SKSU selaku penasihat PIBG SKSU mengucapkan terima kasih
kepada semua
yang telah meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini.
2.2. Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa hubungan yang erat dan
lontaran idea yang baik di antara pihak sekolah dan PIBG serta kumuniti
setempat akan meningkatkan prestasi murid sekaligus dapat
mengurangkan masalah disiplin murid.
2.3. Seterusnya, Guru Besar memaklumkan bilangan murid di SK Saujana
Utama pada tahun ini telah menjangkau sebanyak 3300 orang murid
sekaligus tidak dapat menampung kehadiran murid baru pada masa akan
datang.
2.4. Atas desakan pihak persatuan penduduk di sekitar Saujana Utama ini,
Guru Besar memberitahu bahawa permohonan untuk membina sekolah
baru, berkemungkinan besar akan dipertimbangkan oleh pihak yang
sewajarnya.
2.5. Seterusnya, Tuan Guru Besar melahirkan rasa kebimbangannya tentang
keselamatan murid terutama pada hari Rabu iaitu hari kokurikulum
sekolah yang mana pihak ibubapa perlu memantau pergerakan anak
mereka pada hari tersebut.
3. Ucapan wakil Penasihat PIBG SMKSU (En. Hasbe b. Omar PK 1)
3.1. En. Hasbe menyampaikan salam Tuan Pengetua SMKSU kerana tidak
dapat hadir ke majlis ini atas urusan yang tidak dapat dielakkan.
3.2. Seterusnya En. Hasbe memaklumkan bahawa disiplin pelajar di SMKSU
masih lagi terkawal tetapi yang membimbangkan pihak sekolah ialah
masalah pergaduhan yang berlaku di luar sekolah diselesaikan di dalam
sekolah.
3.3. Sehubungan dengan itu, En. Hasbe menyatakan kerisauan beliau
berkenaan kesesakan lalu lintas dan masih lagi terdapat segelintir ibubapa
yang tidak menghiraukan waktu anjal bagi jalan sehala, ini dapat
mengundang perkara yang tidak diingini berlaku.

4. Perbincangan isu disiplin


4.1. Isu buli.
4.1.1. En. Roslan memaklumkan bahawa ada beberapa kes pelajar
SMKSU membuli murid SKSU sehingga mengakibatkan murid
tersebut ketakutan untuk hadir ke sekolah.
4.1.2. En. Hasbe mengakui sememangnya terdapat kes seperti itu dan
tindakan sewajarnya telah pun diambil, seterusnya beliau
menerangkan antara tindakan yang akan diambil sekiranya
berlaku masalah disiplin di SMKSU ialah siasatan, surat amaran,
panggilan ibubapa, rotan, gantung sekolah dan tindakan terakhir
ialah dibuang sekolah. Di samping itu, beliau menegaskan jika
perkara ini berlaku ibubapa perlu membuat laporan terus kepada
pihak sekolah bagi memudahkan tindakan seterusnya.
4.1.3. En. Nordin selaku PK Kokurikulum mencadangkan supaya dibina
pagar pemisah di antara SKSU dan SMKSU bagi menangani kes
buli yang melibatkan pelajar SMKSU dan murid SKSU.
4.1.4. En. Samrin YDP PIBG SMKSU bersetuju dengan cadangan
tersebut dan menjelaskan bahawa dengan adanya pagar
pemisah itu memudahkan pantauan pihak sekolah terhadap
pelajar sekaligus dapat mengatasi masalah buli ini secara
drastik.
4.1.5. En. Roslan berpendapat bahawa dengan terbinanya pagar
tersebut akan menambah kesempitan padang dan kesesakan
murid.
4.1.6. Mesyuarat telah bersetuju untuk menangguhkan pembinaan
pagar itu demi keselesaan pelajar.
4.1.7. Tuan Guru Besar memberi pendapat bahawa masalah-masalah
sosial ini boleh dikawal jika masyarakat berganding bahu untuk
mencegahnya sebagai contoh pihak sekolah harus sentiasa
memperingatkan murid, pihak masjid menganjurkan motivasi,
pihak persatuan penduduk melakukan kempen-kempen sosial
dan sebagainya.
4.1.8. En. Abd. Ghani selaku wakil PDRM mengajukankan soalan
adakah terdapat poster-poster jenayah di sekolah, dan memohon
pihak sekolah SMK agar mengenal pasti pelajar-pelajar yang

sering terlibat dengan masalah disipilin, seterusnya mengadakan


program motivasi yang akan disampaikan oleh pihak PDRM
(BAKA).
4.2. Masalah ponteng sekolah.
4.2.1. En. Roslan memaklumkan masalah ponteng ini berlaku
dikalangan pelajar SMKSU dan SKSU, beliau menegaskan bahawa
pelajar-pelajar ini ponteng sekolah dan berada di cyber cafe.
Seterusnya beliau mengemukakan soalan apakah tindakan yang
perlu diambil sekiranya terserempak dengan pelajar-pelajar yang
ponteng sekolah.
4.2.2. En. Abd. Ghani memberitahu bahawa jika terserempak dengan
pelajar berkenaan, boleh terus membuat laporan kepada pihak
Polis, dan pelajar tersebut akan dihantar kepada pihak sekolah
untuk tindakan selanjutnya.
4.2.3. En. Roslan merancang ingin mengadakan satu Program
Pencegahan Bersepadu untuk menangkap pelajar yang berada di
cyber caf pada waktu persekolahan.
4.2.4. En. Lokman selaku wakil MDKS memaklumkan bahawa pihaknya
pernah membuat serbuan dan tangkapan di cyber cafe namun
begitu, tiada sebarang tindakan susulan oleh pihak sekolah.
4.2.5. En. Hasbe memberitahu tindakan pihak sekolah berkenaan
masalah ponteng ini ialah surat amaran pertama akan dikeluarkan
apabila pelajar tidak hadir ke sekolah selama 3 hari berturut-turut
tanpa sebarang alasan yang munasabah.
4.2.6. En. Samrin mencadangkan supaya memberi amaran kepada
cyber caf yang membenarkan murid bawah umur masuk ke
cyber caf tanpa pantauan daripada pihak ibu bapa.
4.2.7. En. Khalil mengajukan soalan , adakah data ponteng dan buli
yang berlaku di SKSU dan SMKSU pada tahap kritikal.
4.2.8. En. Roslan memberitahu kes disiplin pelajar dan murid di sekolah
ini masih lagi terkawal dan belum sampai ke tahap kritikal, namun
begitu pemantauan dari semua pihak amat diperlukan supaya
masalah berkenaan tidak berlarutan.

4.3. Masalah Penjaja.

4.3.1. Pak Ali mengajukan soalan apakah tindakan pihak sekolah jika
murid-murid keluar membeli makanan di luar sekolah.
4.3.2. En. Roslan menerangkan bahawa pihak sekolah sering kali
mengingatkan murid tentang bahayanya membeli makanan di
luar, namun begitu pihak ibu bapa juga perlu tegas terhadap
anak-anak supaya melarang anak mereka daripada membeli
makanan di luar kawasan sekolah.
4.3.3.En. Khalil pula bertanyakan soalan apakah tindakan pihak MDKS
kepada golongan penjaja ini.
4.3.4. Pihak MDKS memaklumkan bahawa serbuan telah dibuat kepada
golongan ini namun begitu mereka tidak serik dan tidak
menghiraukan amaran yang diberi oleh pihak MDKS.
4.4. Masalah rokok.
4.4.1. En. Roslan selaku pengerusi majlis bertanyakan soalan adakah
sebarang tindakan khas yang dikenakan kepada peniaga yang
menjual rokok kepada pelajar yang di bawah umur.
4.4.2. En. Lokman menjelaskan bahawa tiada sebarang tindakan khas
yang dikenakan kepada peniaga tersebut, namun begitu, boleh
diperketat syarat penjualan rokok ini tetapi perlu dipanjangkan
kepada pihak Jabatan Kesihatan.
4.4.3 En. Ghani selaku wakil PDRM pula memaklumkan bahawa tiada
satu akta pun yang membenarkan pihak PDRM untuk menangkap
golongan perokok yang di bawah umur ini. Beliau juga
menegaskan bahawa walaupun pihak sekolah berjaya menangkap
golongan ini, namun begitu pihak sekolah hanya dapat
mengawalnya di sekolah sahaja , akan tetapi ada segelintir
ibubapa tidak peduli dan membenarkan anaknya merokok.
4.4.4. Pak Ali berpendapat bahawa segala masalah sosial yang berlaku
berpunca dari rumah di mana ibubapa sibuk bekerja sehingga
tidak mempunyai masa yang berkualiti untuk anak-anak.

4.5. Pelajar yang tidak mempunyai lesen memandu


4.5.1. En. Ghani meminta pihak SMKSU menasihati pelajar-pelajar
yang menunggang motosikal tanpa lesen memandu supaya tidak

pergi ke sekolah dengan menunggang motosikal bagi


mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
4.5.2. Tuan Hj. Bakar meminta jasa baik pihak Polis untuk
memaklumkan kepada pihak sekolah atas kejadian kemalangan
yang berlaku untuk memudahkan tindakan pihak sekolah.
4.5.3. En. Ghani memberitahu kebanyakkan kemalangan yang berlaku
melibatkan pelajar SMK tidak akan dilaporkan kepada pihak kami
kerana mangsa kemalangan itu sendiri telah melanggar undangundang dengan tiada lesen memandu.
4.5.4. En. Roslan mengajukan soalan kepada pihak Polis apakah
tindakan yang akan diambil kepada pelajar yang memandu tanpa
lesen sekiranya tertangkap oleh pihak Polis.
4.5.5. Pihak Polis menjelaskan bahawa sekiranya perkara itu berlaku
penunggang dan motosikal akan dibawa ke balai seterusnya
saman akan dikeluarkan kepada pihak ibubapa. Beliau juga
menegaskan bahawa walaupun tiada lesen memandu pelajar
tersebut hendaklah memakai topi keledar untuk keselamatan
mereka.
4.5.6. En. Samrin selaku YDP PIBG SMKSU merancang ingin
mengadakan kempen memakai topi keledar khas untuk mereka
yang pergi ke sekolah dengan menunggang motosikal.
5. Isu Kepadatan Sekolah.
5.1. Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa SK Saujana Utama ini telah
sampai ke waktu kemuncaknya. Ini kerana, bilangan murid sudah
mencecah 3300 orang murid, setiap aliran mempunyai purata 15 kelas
dan dimuatkan sebanyak purata 40 orang murid di dalam setiap kelas.
Beliau juga memaklumkan pada minggu ini sahaja seramai 20 orang
murid berpindah masuk ke sekolah ini.
5.2. En. Hasbe selaku PK 1 SMKSU juga memaklumkan bahawa bilangan
pelajar di SMKSU semakin meningkat,beliau memberitahu bahawa banyak
bilik-bilik khas yang kini sudah dijadikan bilik kelas bagi menampung
bilangan pelajar yang semakin meningkat. Beliau juga meluahkan rasa
kebimbangannya kerana khuatir pada tahun hadapan SMKSU tidak dapat
menampung kemasukan pelajar baru dan keadannya akan sesak sama
seperti SKSU.
5.3. En. Roslan memaklumkan bahawa tiada tanah di Saujana Utama ini
untuk membina sekolah baru, tanah yang sedia ada masih lagi milik pihak

Glomac dan masih belum diserahkan kepada Kementerian Pelajaran


Malaysia untuk dibina sekolah.
5.4. En. Roslan menerangkan rasional untuk membina sekolah baru:
5.4.1. Bilangan murid yang belajar di SK. Saujana Utama berjumlah
3300 orang pada tahun 2012 manakala SM. Saujana Utama pula
seramai 2800 orang pelajar. Bilangan murid dan pelajar yang
ramai ini menyebabkan berlakunya kesesakan dan kepadatan
di dalam bilik darjah dan sekolah.
5.4.2. Kekurangan bilik darjah dan kemudahan-kemudahan lain seperti
padang, dewan, dan bilik-bilik khas.
5.4.3. Bilangan murid dan pelajar semakin meningkat setiap tahun
disebabkan
bertambahnya kawasan perumahan baru yang dibina oleh
pemaju. Secara tidak langsung ianya juga telah meningkatkan
kadar populasi di kawasan ini.
5.4.4. Keadaan sekolah yang padat dan suasana bilik darjah yang
sesak dan tidak
kondusif menyebabkan ketidak selesaan
kepada pelajar dan guru untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan.
5.4.5. Berdasarkan beberapa kajian dan pengamatan , sekolahsekolah yang
mempunyai bilangan murid yang terlalu ramai menyumbang
kepada berlakunya masalah disiplin dan gejala sosial yang serius
di kalangan pelajar. Ini kerana pihak sekolah sukar mengawal
disiplin pelajar. Situasi ini pastinya amat membimbangkan
semua pihak terutama ibu bapa dan guru-guru.
5.4.6. Bilangan murid yang selesa bagi sesebuah sekolah ialah tidak
melebihi 1500 orang. Keadaan ini membolehkan pihak sekolah
merancang strategi dan pendekatan terbaik bagi meningkatkan
prestasi pelajar dan memberi tumpuan kepada pembangunan
sekolah.
5.5. Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk memohon membina sekolah
baru di kawasan Saujana Utama ini bagi kesempurnaan dan kemaslahatan
para pelajar.
6. Penyelenggaraan pagar sekolah.
6.1. Pihak SMKSU sudah memohon kepada pihak yang berwajib bagi
menyelenggara keadaan pagar yang sudah terhakis itu, namun begitu
masih belum ada tindakan susulan yang diterima setakat ini.

6.2. En. Fakaruddin selaku Ahli Majlis menegaskan bahawa perlunya desakan
yang berterusan kepada pihak-pihak yang tertentu supaya tindakan
segera dapat diambil sebelum keadaan buruk yang tidak diingini berlaku.
Seterusnya beliau mencadangkan supaya pihak SMKSU mengambil
tindakan sendiri untuk membaik pulih pagar yang sudah terhakis itu.
6.3. En. Nordin mencadangkan supaya dilebarkan lagi jalan di hadapan SKSU
bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan dibina banyak bonggol di
hadapan sekolah supaya tiada kenderaan yang akan bergerak laju seperti
waktu ini.
6.4. En. Fakaruddin memaklumkan akan mengusulkan perkara ini ke
mesyuarat Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor akan datang.
6.5. En Roslan pula bercadang untuk menukar waktu anjal pada sesi
persekolahan di Saujana Utama iaitu seperti berikut :
6.00am 8.00am
12.00pm 2.00pm
5.30pm 7.30 pm
6.6. Majoriti ahli majlis pemuafakatan pada hari itu bersetuju dengan
cadangan yang dikemukakan oleh En. Roslan.
7. Hal-hal Lain
7.1. En. Fakaruddin selaku wakil Ahli Majlis mengucapkan tahniah kepada
pihak penganjur dan berharap agar majlis seperti ini dapat diteruskan dari
masa ke semasa.
7.2. En. Lokman Selaku wakil Penguatkuasa mengucapkan ribuan terima
kasih di atas jemputan pihak penganjur, beliau memberitahu bahawa
hanya sekolah ini sahaja yang menganjurkan majlis seperti ini dan
menjemput pihak kami.
7.3. Pak Ali berpendapat bahawa semua pihak perlu memainkan peranan dan
memantau keadaan di sekeliling, terutama ibubapa perlu lebih peka dan
mengambil berat tentang kelakuan anak mereka.
7.4. En. Ghani selaku wakil pihak PDRM merasakan bahawa segala gejala
sosial yang berlaku ini berpunca dari rumah, pihak sekolah hanya dapat
membantu semaksimum yang mungkin pada waktu persekolahan sahaja.
7.5. En. Khalil selaku Pengerusi KRT Saujana Utama berharap agar majlis ini
dapat diteruskan dari masa ke semasa kerana banyak masalah yang
dapat diselesaikan.
8. Ucapan Penangguhan

8.1. Tuan Guru Besar berbangga dengan penduduk di kawasan Saujana


Utama ini kerana memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak
sekolah untuk membangunkan sahsiah murid-murid di sekolah ini.
8.2. Seterusnya Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih di atas
kehadiran tuan/puan ke majlis ini dan berharap agar apa yang telah
dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
8.3. En. Samrin selaku YDP PIBG SMKSU mengucapkan ribuan terima kasih
kepada yang hadir kerana dapat meluangkan masa untuk datang ke majlis
ini.
8.4. Seterusnya beliau menegaskan bahawa pihak PIBG akan sentiasa
berganding bahu untuk mewujudkan serta melahirkan anak-anak yang
cemerlang di dunia dan di akhirat.
8.5 En. Roslan selaku YDP PIBG SKSU berharap agar program seperti ini dapat
diteruskan untuk membentuk anak-anak kita supaya menjadi insan yang
cemerlang.
8.6. En. Roslan menangguhkan Majlis Pemuafakatan siri 2 2012 dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.05.

Disediakan oleh :

Disemak oleh:

Disahkan oleh:

.. .

(MOHD. HILMI B. BADRON)


(ROSLAN B ISMAIL)
( MOHD IKHSAN
B AHMAD)
Setiausaha PIBG,
Yang Dipertua PIBG,
Guru Besar,
SK. Saujana Utama,
SK. Saujana Utama,
SK
Saujana Utama,
Sungai Buloh,
Sungai Buloh,
Sungai
Buloh,
Selangor.
Selangor.
Selangor.

You might also like