You are on page 1of 4

JURNAL MINGGU 1:

1 FEB 2015 -5 FEB 2015


SK. DATO SYED NAHAR, KODIANG.
ISU/CABARAN
Masalah yang dihadapi pada minggu pertama adalah hilang kawalan murid
semasa mengendalikan aktiviti di dalam bilik darjah. Terdapat segelintir murid yang
tidak memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajaran saya sejak bermulanya
proses pengajaran sehingga berakhir. Selain itu, punca daripada masalah ini adalah
disebabkan oleh guru yang tidak tegas semasa mula-mula memasuki kelas pada kali
pertama iaitu semasa sesi suai kenal dengan murid.
ANALISIS MASALAH
Faktor mengapa masalah ini terjadi adalah, keadaan saya yang kurang tegas
dengan murid-murid. Murid-murid tidak berasa takut dan mula membuat perkara
yang mereka suka seperti bermain, bercakap dan mengusik rakan-rakan yang lain.
Apabila pada kali pertama memasuki kelas tanpa menunjukkan sikap tegas, murid
sekaligus mengandaikan bahawa guru ini baik dan mereka dapat berbuat apa yang
mereka suka.
Faktor kedua ialah guru kurang pengalaman dalam mengurus kelas bahasa
Inggeris khususnya bagi murid-murid sekolah rendah. Pendekatan mengurus kelas
pelajar sekolah rendah amat berbeza dengan mengurus pelajar sekolah menengah.
Saya tidak mengetahui pendekatan yang perlu diguna pakai sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran sehingga kelas menjadi bising dan tidak terkawal.
Penggunaan BBM yang digunakan juga tidak mencukupi bagi setiap murid
melaksanakan

aktiviti

menyebabkan

murid

merasa

tidak

berminat

untuk

menjalankan aktiviti pada hari tersebut. Menurut Dr Rajbir Kaur (2005), aktiviti yang
kurang menarik akan menyebabkan tercetusnya gangguan komunikasi dalam bilik
darjah dan sekaligus menyebabkan minat murid-murid untuk belajar akan
berkurangan dan mereka akan cenderung untuk membuat bising dalam bilik darjah.
Tambahan pula, suara dan juga intonasi yang kurang jelas juga membuatkan
murid hilang tumpuan. Suara saya pada mulanya agak perlahan dan tidak dapat

didengar bila berada di kawasan yang luas. Oleh yang demikian, kawalan kelas
terganggu disebabkan oleh murid tidak dapat mendengar arahan guru dengan jelas.
Di samping itu, istilah guru baru juga membuatkan murid mengambil kesempatan
terhadap individu ini. Mereka sudah biasa dengan guru mereka yang bersuara
lantang dan tegas. Oleh itu, mereka lebih menghormati guru dan mendengar arahan
guru mereka.
CADANGAN
Untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini iaitu mencari pendekatan
yang sesuai untuk p&p bagi murid Tahun 2 Bestari iaitu berjumpa dengan guru kelas
dan bertanya cara mereka mengajar dan membuat kawalan kelas sewaktu
mengendalikan kelas masing-masing. Di sini, mereka dapat memberikan sedikit
perkongsian pengalaman mereka dalam mempraktikkan p&p dan kawalan yang
berkesan. Ini kerana guru-guru terlibat sudah berpengalaman lebih kurang 3 hingga
4 tahun di sekolah tersebut. Saya juga perlu kreatif dan mencari kesesuaian
khususnya dari segi penggunaan BBM. BBM yang digunakan mesti sesuai dengan
tahap penerimaan murid tersebut, serta mampu untuk menarik minat mereka dalam
melakukan aktiviti dan seterusnya dapat memberi nilai selepas pembelajaran. Saya
akan menggunakan BBM lain untuk setiap kelas agar murid-murid tidak mempelajari
perkara yang sama.
TEMPOH PENYELESAIAN
Tempoh penyelesaian yang diambil selama 3 minggu kerana saya akan
memasuki kelas ini pada 11 minggu akan datang sepertimana yang dijadualkan.
Oleh hal demikian, dalam tempoh ini, saya akan cuba untuk mempraktikkan sebaik
mungkin langkah-langkah penyelesaian kepada masalah yang timbul ini.
PENILAIAN KEJAYAAN.
Saya akan meminta kerjasama rakan saya untuk memberi penilaian tentang
kejayaan saya di samping saya memanfaatkan pengajaran berpasangan saya. Saya
juga akan meminta rakan saya merakam video pengajaran saya, agar saya dapat
melihat kembali pengajaran saya dan membuat penilaian.

TINDAKAN SUSULAN
Saya telah berjumpa dengan guru pembimbing dan cara pendekatan yang
sesuai semasa pengajaran bagi murid Tahun 2 Bestari. Guru pembimbing memberi
beberapa penekanan untuk proses pengajaran dan pembelajaran iaitu dengan
menggunakan suara yang lantang dan tegas sewaktu kali pertama memasuki kelas.
Ini kerana, pandangan pertama murid terhadap guru baru itu memberi kesan untuk
proses p&p yang seterusnya. Dan ini sekaligus akan menimbulkan rasa hormat
mereka kepada guru.
Selain itu, perlukan perbincangan dengan murid-murid sebelum memulakan
aktiviti. Murid bukan sekadar mendengar sahaja, tetapi melihat dan mengaplikasikan
apa yang diajari. Ini membolehkan nilai yang diinginkan di sampaikan dengan oleh
guru diperolehi selepas p&p. Di samping itu, saya turut menggunakan sistem
mengecop kepada kumpulan yang mematuhi peraturan dan mendengar arahan
saya. Hadiah akan diberikan kepada kumpulan yang mempunyai markah yang
tertinggi selepas 2 minggu dan ini sekaligus dapat memotivasikan murid-murid
berusaha dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan mematuhi peraturan bilik
darjah. Tempoh masa pemberian hadiah itu saya singkatkan ekoran pada praktikum
yang lepas terdapat sesetengah murid enggan berusaha lagi kerana pengukuhan
positif itu bukan dibagi secara segera. Oleh itu, saya mengandaikan untuk
mengubah waktu pemberian hadiah kepada murid yang berkelakuan baik.
Selain itu juga, pengukuhan positif seperti kata-kata pujian atau makanan
sebaik sahaja murid-murid melakukan sesuatu yang baik turut diberikan. Misalnya,
setiap kali tamat waktu, saya akan mengisytiharkan kumpulan yang terbaik pada hari
tersebut dan memberikan kata-kata pujian untuk memotivasikan murid-murid yang
lain. Bagi murid-murid yang bermasalah, saya akan cuba untuk menegur mereka
apabila mereka melakukan kesalahan.
CATATAN
Penggunaan BBM yang pelbagai juga dilihat mampu menarik minat pelajar
sewaktu proses P&P. Selain itu juga, saya perlu meneliti dari aspek kepelbagaian
latar belakang murid. Hal ini adalah perlu kerana setiap pelajar mempunyai gaya
pembelajaran yang berlainan. Oleh itu penggunaan BBM juga perlu bervariasi dan

sesuai dengan gaya mereka itu sendiri. Saya juga turut merasakan adalah perlu
untuk membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Agar setiap murid
dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti tersebut dan menjadikan
pembelajaran

pada

hari

itu

bermakna

serta

hasil

yang

diperolehi

amat

memberangsangkan dan murid mendapat nilai-nilai murni hasil pembelajarannya.

You might also like