You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PINANG

11010 BALIK PULAU


MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP 2/2014

Tarikh

: 24 April 2014 (Khamis)

Masa

: 1.35 petang

Tempat

: Bilik Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang

Kehadiran

: En Osman Bin Ramly (PK PENTADBIRAN)


En Mohd Sharisal Bin Mohd Isa (Ketua Panitia)
En Nor Azam Bin Md Isa (Setiausaha)
Pn Zakiah Binti Md Rashid
En Syahrail Bin Mahamud

1. KATA-KATA ALUAN KETUA PANITIA KEMAHIRAN HIDUP


1.1 Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir
dalam mesyuarat kali kedua ini.
1.2 Beliau juga berharap kerjasama daripada semua guru dapat diteruskan
bagi menjayakan setiap aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh
panitia tahun ini.
Tindakan : Semua ahli
2. UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
2.1 Encik Osman menyampaikan kesyukuran kerana mesyuarat kali kedua ini
dapat diatur dan dijalankan dengan baik.
2.2 Beliau berharap panitia ini dapat menjalankan aktiviti-aktiviti seperti mana
yang telah dirancang.
Tindakan : Semua ahli

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan memohon ahli
mesyuarat untuk membuat semakan dan mengemukakan cadangan minit
mesyuarat tersebut diterima dan disahkan.
Dicadangkan sah oleh

: En Syahrail Bin Mahamud

Disokong oleh

: Puan Zakiah binti Md Rashid

4. ISU YANG DIBINCANGKAN


4.1 Sila pastikan keadaan bilik KH adalah bersih selepas digunakan dan
keselamatan murid semasa dibengkel mestilah diutamakan.
Tindakan : Semua ahli
4.2 Semua ahli mesti mengutumakan keselamatan murid semasa dibengkel.
Tindakan : Semua ahli
4.3 Sila rekodkan waktu pengunaan bilik kemahiran hidup.
Tindakan : Semua ahli
4.4 Peperiksaan pertengahan tahun(PKSR1) akan diadakan paba bulan mei.
Semua guru mesti menyediakan soalan.
Tindakan : Guru yang terlibat
4.5 Standard soalan Penilaian Kendiri Sekolah Rendah 1 adalah 30 soalan
objektif dan 20 soalan berbentuk struktur.
Tindakan : Guru yang terlibat
4.6 Markah peperiksaan mesti dimasukkan didalam SAPS selewat-lewatnya
seminggu selepas peperiksaan diadakan.
Tindakan : Guru yang terlibat
4.7 Jumlah kewangan panitia yang boleh digunakan adalah sebanyak
RM1200 dan semua ahli boleh memesan barang yang diperlukan. Sila
rujuk pembantu tadbir.
Tindakan : Semua ahli

5. HAL-HAL LAIN

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Disediakan oleh,

..........................................................
(NOR AZAM BIN MD ISA)

Disahkan oleh,

...................................................
(MOHD SHARISAL BIN MOHD ISA)

Setiausaha Panitia Kemahiran Hidup

Ketua Panitia Kemahiran Hidup

Sek. Keb. Sungai Pinang

Sek. Keb. Sungai Pinang

You might also like