You are on page 1of 4

Alhamdulillahi Rabbil Alamin..

Qallallahutaala Fi Kitabbil Aziz, Auzubillahi minassyaitonirrajim..



Suratul Ahzab : Ayat 21
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu
contoh

ikutan

Yang

baik,

Iaitu

bagi

orang

Yang

sentiasa

mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,


serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam
masa susah dan senang).
Yang berusaha

- Tn. Hj. Ruslan Bin Musa, Pengetua SM Vokasional

Tanjung Puteri,
- En. Mohd Khalid Bin Lahuri, YDP PIBG SMVTP
Yang dimuliakan, penceramah jemputan kita pada pagi ini, Al-Fadhil
Ustaz Anuar Bin Husin, Guru j-QAF SK Kopok, Pasir Gudang
Yang dihormati,

Guru Pen. Kanan 1 En. Jamal Bin Giman


Guru Pen. Kanan HEM En. Mohamad B. Abd. Aziz
Guru Pen. Kanan Ko-Kurikulum En. Rohaizi B.

Mokhtar
Guru-Guru Kanan, Ketua-Ketua Bengkel
Barisan AJK PIBG SMVTP
Guru-Guru serta Para pelajar yang dikasihi dan
dirahmati Allah
sekelian

Assalamualaikum Wrth. Wbth.


Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat
dan keizinan-Nya jua maka dapatlah kita berkumpul bersama-sama
pagi ini bagi meraikan Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah
peringkat SMVTP. Walaupun bulan Rabiulawal telah lama berlalu
namun ianya bukanlah satu halangan untuk kita sama-sama
meraikan hari kelahiran Junjungan Besar kita iaitu Nabi Muhammad
SAW. Justeru itu, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah
mengambil inisiatif dengan menganjurkan sambutan ini dengan
harapan kita semua dapat sentiasa mengingati dan menghayati
segala pengorbanan dan usaha yang dilakukan oleh Rasulullah SAW
dalam menyebarkan syiar & syariat Islam hinggalah hasilnya kita
dapat nikmati pada masa ini.
Bagi memulakan majlis pada pagi ini, Dipersilakan saudara Nur
Ariffin Bin Suhaimi dari kelas 5 EE2 bagi mengalunkan bacaan ayatayat suci Al-Quran diikuti dengan terjemahannya yang akan
disampaikan oleh saudara Ahmad Nur Fadzly B. Adzraai juga dari
kelas 5 EE2. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis merakam ucapan terima kasih kepada saudara Nur Ariffin &
Ahmad Nur Fadzly di atas bacaan ayat-ayat suci Al-Quran serta
terjemahannya sebentar tadi. Untuk makluman hadirin-hadirat,
ayat-ayat yang dibacakan sebentar tadi adalah dari Surah
___________ bermula dari ayat ____ hingga ______.

Majlis akan diserikan lagi dengan menjemput kumpulan nasyid SM


Vokasional Tanjung Puteri bagi menyampaikan persembahan
mereka. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kepada kumpulan


nasyid SM Vokasional Tanjung Puteri atas persembahan mereka
sebentar tadi.
Seterusnya, majlis mempersilakan Tn. Hj. Ruslan Bin Musa,
Pengetua SM Vokasional Tanjung Puteri bagi menyampaikan ucapan
beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj.
Ruslan bin Musa di atas ucapan beliau sebentar tadi.
Seterusnya, marilah sama-sama kita menghayati ceramah yang
bakal disampaikan oleh Al-Fadhil Ust. Anuar Bin Husin sebentar
nanti. Sebelum itu, izinkan saya untuk memberikan sedikit latar
belakang penceramah jemputan kita pada pagi ini.
Asal

Pengajian

Status

Untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis dengan sukacitanya


mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Anuar Bin Husin untuk
menyampaikan ceramah beliau.
Majlis merakamkan setinggi tinggi penghargaan & ucapan terima
kasih kepada Al-Fadhil Ustaz atas ceramah yang telah disampaikan
sebentar tadi. Diharap agar ilmu dan maklumat yang telah
disampaikan tadi dapatlah kita semua dapat mengambil manfaat &
iktibar serta boleh disampaikan kepada mereka-mereka yang
mungkin tidak berkesempatan untuk hadir di majlis ini.

Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi


pertandingan merekabentuk sepanduk terbaik sempena Sambutan
Maulidur Rasul peringkat SM Vokasional Tanjung Puteri. Untuk itu,
majlis mempersilakan Ust. Abd. Rahman B. Ahmad bagi mengiringi
Tn. Hj. Ruslan Bin Musa bagi menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.
Tempat keempat dimenangi oleh :
Tempat ketiga dimenangi oleh :
Naib Johan dimenangi oleh :
Johan

bagi

pertandingan

merekabentuk

sepanduk

sempena

Sambutan Maulidur Rasul peringkat SMVTP dimenangi oleh :

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj. Ruslan di


atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah sebentar tadi, maka
majlis kita telah tiba ke penhujungnya. Oleh itu, marilah kita samasama kita tangguhkan majlis kita pada hari ini dengan bacaan
kafaratul majlis & Surah al-Asr.
Akhir sekali, majlis mempersilakan Tn. Hj. Ruslan bin Musa bersama
En. Mohd Khalid Bin Lahuri bagi mengiringi Penceramah jemputan
kita untuk menikmati jamuan telah disediakan

You might also like