You are on page 1of 4

Warna Aura

www.iluvislam.com
Berita Harian
Editor : doraemong13
Nikmati Masa Hidup Selagi Ada Waktu. Bila Hidup
Bertemu Penghujung, Masa Tidak Bisa Berpatah Lagi
Merah
mereka yang mempunyai aura berwarna merah adalah seorang yang aktif, produktif,
selalu memandang masa hadapan dan pelbagai lagi sifat. Namun, pada masa sama
mereka ini membuatkan orang lain di sekeliling mereka sukar untuk menjalinkan
kerjasama dengan mereka kerana sifat ego dan suka bertengkar.
Bagaimanapun, mereka boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif kerana
mempunyai fokus yang jelas untuk mencapai matlamat. Mereka ini melambangkan
api yang digunakan dalam teori awal mengenai alam. Cahaya mereka terus menyala
dan menjadi obor kekuatan untuk menghasilkan produktiviti yang maksimum.
Saranan bagi mereka ini, perlulah meningkatkan hubungan dengan orang lain secara
emosional dan sosial. Selain itu berusaha untuk memuji usaha orang lain yang
melakukan terbaik untuk mereka, kurangkan bersikap kritikal kerana boleh
menciptakan rasa takut kepada individu lain.
Terima pandangan orang lain dan hindarkan diri daripada menyalahkan orang lain
apabila terjadi sesuatu kegagalan.
Jingga
Mereka yang sukakan kesenangan duniawi, sukakan tentangan, suka berkhayal,
suka membantu orang lain dan pelbagai lagi sifat.
Secara umumnya, mereka yang mempunyai aura berwarna jingga yang sangat ego
dan terlalu mementingkan diri sendiri. Mereka ini hidup dalam dunianya sendiri tanpa
menghiraukan keadaan orang lain di sekelilingnya. Ada kalanya mereka ini tidak
menyukai kehidupan untuk berkeluarga. Namun, kebaikan mempunyai aura
berwarna jingga, mereka ini panjang akal dan kreatif.
Saranan bagi mereka ini agar sentiasa menyedari bahawa kesederhanaan dalam
hidup amatlah penting. Dengan mengamalkan kesederhanaan, mereka mampu hidup
dalam semua lapisan masyarakat dan mula menjalinkan hubungan dengan orang
sekeliling agar kehidupan senang pada kemudian hari.

Kuning
Mereka yang mempunyai aura berwarna kuning suka menyenangkan orang lain,
sukakan humor dan membuat orang ketawa, suka mengambil risiko dan pelbagai lagi
sifat.
Meskipun mereka ini pandai menghidupkan suasana di kalangan orang yang tidak
dikenalinya, mereka juga pada masa yang sama berkecenderungan untuk berasa
malu. Mereka adalah seorang yang suka memberontak, mudah sedih, selalu tertekan
dan tidak bahagia.
Selain itu, mereka senang terjerumus ke dalam sesuatu perkara yang tidak elok.
Bagaimanapun, mereka ini mempunyai kekuatan yang tidak terbatas, tidak boleh
duduk diam dan gemar untuk bersukan.
Saranan untuk mereka yang mempunyai aura berwarna kuning agar sentiasa
berhati-hati dan tidak terjerumus ke dalam perkara yang tidak elok.
Hijau
Mereka ini mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka
diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang
menarik. Bagaimanapun, secara umumnya mereka terlalu agresif dan tidak boleh
menerima pandangan orang lain di sekeliling mereka.
Mereka mempunyai sifat keras kepala, bongkak dan mengutamakan kesempurnaan
serta tidak sabar untuk mendapatkan sesuatu. Mereka juga sukar untuk mengalah
dan mengakui kesilapan mereka. Mereka ini mempunyai keperibadian yang kuat,

cenderung untuk membuat keputusan sendiri.


Saranan bagi mereka ini agar mencari sahabat yang dapat menghargai kelebihan
mereka kerana mereka selalunya cepat bosan dengan sahabat yang tidak
mempunyai cita-cita dan tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri.
Biru
Mereka ini mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir
berkomunikasi. Mereka yang mempunyai aura berwarna biru selalu ingin disayangi
tetapi agak ragu-ragu di dalam soal ini kerana mereka inginkan diri mereka disayangi
melebihi daripada apa pun yang ada di dunia ini.
Selain itu, mereka ini terlalu dramatis dalam soal percintaan dan cenderung untuk
memanipulasikan orang lain. Namun, mereka ini mampu merasakan dan mengetahui
apa yang difikirkan orang lain dan mempunyai ramai teman.
Orang di sekeliling mereka sangat senang untuk bergaul dengan mereka tetapi
malangnya mereka yang beraura biru senang untuk diambil kesempatan kerana sifat
mereka yang murah hati dan tidak ego.
Saranan untuk mereka ini adalah untuk belajar untuk menjadi lebih tegas supaya
tidak akan dipergunakan oleh orang lain.

Indigo
Mereka yang mempunyai aura berwarna indigo, adalah seorang yang lemah.
Mempunyai kulit yang putih dan pucat. Tidak suka keluar rumah dan bermacammacam lagi. Mereka ini juga kurang mempunyai tanggungjawab. Mereka tidak
pandai menjalinkan persahabatan atau mempunyai hubungan sosial dengan orang di
sekeliling mereka.

Selain itu mereka kurang pandai berkomunikasi dan sukar untuk menjadi seorang
sahabat yang sentiasa berlaku adil. Jika mereka memerlukan teman, mereka lebih
senang untuk berkhayal bagi mendapatkannya daripada berusaha sendiri.
Namun begitu, mereka ini tidak ingin membuat orang yang mereka sayangi itu
kecewa dan sangat takut jika tiada orang yang akan menyayangi dan menyukai
mereka. Malah, jika orang di sekelilingnya menjaga mereka ini dengan baik, mereka
akan menjadi seorang sahabat yang peka, ramah, menghargai dan bersedia
berkorban.
Saranan untuk mereka yang beraura indigo, mereka harus berani menghadapi dunia
nyata.
Ungu
Bagi yang beraura ungu, walaupun mereka ini suka bersahabat, mereka suka
mengambil ringan sesuatu perkara itu. Susah bagi mereka untuk sentiasa serius
dalam sesuatu perkara.
Saranan bagi mereka, cubalah berusaha untuk mengambil sesetengah perkara itu
lebih serius supaya mereka tidak akan dipandang ringan oleh orang sekeliling
mereka.

You might also like