You are on page 1of 4

Refleksi

FAEZ BIN MOHD JAWAWI (920122-08-6757)


Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan
PJM 3123E, iaitu Pengurusan & Pentadbiran PJ dan Sukan. Kami sangat berbesar hati
kerana tugasan yang diberikan telah berjaya kami sempurnakan. Semua ini tidak akan
berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa tidak memberi galakan dan dorongan
kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Kami berasa sangat gembira setelah
menyelesaikan tugasan ini kerana kami tidak menyangka bahawa telah berjaya
menyelesaikan tugasan dengan jayanya. kami dan rakan-rakan yang lain telah berjaya
menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat
juga beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan tugasan.
Pada mulanya, kami mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara
untuk membuat kerja khusus ini dari pensyarah ketika di dalam kelas. Setelah mendengar
penerangan tersebut kami mula berbincang untuk membuat kerja kursus ini antara satu
sama lain.

Melalui aspek pengetahuan, kami telah meluangkan masa di perpustakaan

untuk mencari maklumat tentang folio ini. Selain dari itu kami juga mencari maklumat di
internet. Dengan cara ini ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan kami
untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang dikehendaki,
kami meneruskan langkah dengan mensintesis serta menganalisis maklumat yang
diperolehi. Agak sukar bagi kami untuk melakukan tugasan ini. Namun, berkat kerjasama
dan ketekunan, kami berjaya juga menyempurnakan tugasan ini.
Antara masalah yang kami hadapi adalah untuk mencari bahan rujukan mengenai
Pengurusan & Pentadbiran PJ dan Sukan. Bahan rujukan yang berkaitan tajuk ini sukar
dicari terutamanya dalam bentuk buku dan dokumen bertulis. Jadi, kami telah menambah
sumber rujukan lain dengan mencari maklumat-maklumat yang berkaitan di internet
disebabkan maklumat-maklumat yang kami peroleh mengenai tajuk ini agak terhad. Kami
juga tidak tahu bagaimana hendak memulakan tugasan ini kerana tidak begitu faham akan
kehendak soalan. Walaubagaimanapun, setelah diterangkan dengan lebih lanjut manamana kehendak soalan yang kami tidak faham oleh pensyarah, Encik Rosli Sham bin Ramli
dan Encik Faisal bin Japeri. Kami amat bersyukur, akhirnya dapat juga memahami
kehendak soalan yang sebenar.
Kami juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi
dalam kerja kursus ini. Tambahan pula, sebelum ini kami tidak mempunyai asas dalam
subjek Pengurusan & Pentadbiran PJ dan Sukan. Nota-nota yang telah diberikan oleh Encik

Rosli Sham bin Ramli dan Encik Faisal bin Japeri telah kami gunakan untuk dimasukkan di
dalam kerja kursus kami. Kami telah memperoleh maklumat-maklumat penting dari
perpustakaan dan kami juga telah menyalin semula untuk memahami tajuk yang diberikan di
dalam soalan kerja kursus. Pada mulanya, ia nampak seperti susah untuk disiapkan.
Namun, berkat doa dan pertolongan pensyarah, kami telah berjaya melakukannya. Tugasan
yang telah diberikan telah berjaya kami siapkan tanpa berlengah.
Selain itu, kami turut memperolehi pengalaman baru melalui tugasan ini. Antaranya
seperti pengalaman berkomunikasi

dengan pensyarah dan juga rakan-rakan dalam

menyiapkan tugasan berkaitan Pengurusan & Pentadbiran PJ dan Sukan ini, dengan itu
secara tidak langsung kami dapat meningkatkan kemahiran intrapersonal dan interpersonal.
Kemahiram berkomunikasi sememangnya amat penting bagi seorang individu yang bergelar
guru kerana seorang guru akan berhadapan dengan masyarakat terutamanya ibu bapa
murid tidak kira sama ada semasa berada di kawasan sekolah mahupun di luar kawasan
sekolah. Justeru itu, kami sebagai guru pelatih yang akan bergelar guru kelak perlu
mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran.
Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna kerana dapat kami gunakan ia
ketika bergelar guru kelak. Contohnya kami mungkin perlu mengendalikan sekumpulan
pelajar dalam mengelolakan sesuatu program ataupun pertandingan seperti sukan tahunan
dan Satu Murid Satu Sukan. Kami sebagai jurulatih perlu membimbing dan memberi
pendedahan kepada mereka tentang kepentingan bersukan serta berusaha menggilap
bakat dan potensi yang ada pada diri mereka supaya dapat dikembangkan ke peringkat
yang lebih tinggi lagi. Alhamdulillah, sekali lagi kami memanjatkan rasa syukur ke hadrat
Illahi kerana limpah kurnianya kami berjaya menyempurnakan tugasan ini.
Di samping itu, sepanjang proses menyiapkan tugasan ini kami telah diberi
pendedahan dalam mengelolakan sesuatu pertandingan. Dalam tugasan ini kami dan rakanrakan telah mengelolakan Karnival Permainan Tradisional. Melalui karnival yang dikelolakan
ini, kami dapat mempelajari bagaimana proses sesuatu program itu dilaksanakan bermula
daripada peringkat perancangan, peringkat semasa sehinggalah ke peringkat selepas
program. Setiap daripada kami juga perlu bekerja keras dalam menjayakan karnival tersebut
kerana telah diberikan peranan yang tersendiri. Oleh itu, program ini dapat memberi
pengalaman yang bermakna kepada para peserta untuk diaplikasikan dalam Pendidikan
Jasmani di sekolah.
Permainan yang dikelola oleh kumpulan kami ialah permainan congkak. Dalam
permainan ini, kami telah menggunakan sistem permainan kalah mati kerana kami
melibatkan ramai peserta dalam permainan ini. Tambahan pula, masa juga menjadi faktor

utama kami menggunakan sistem ini. Kesemua pelajar memberikan kerjasama yang baik
bagi menjayakan karnival yang dijalankan pada hari berkenaan. Ini dapat dilihat melalui
reaksi wajah mereka bahawa mereka benar-benar seronok terhadap permainan yang
dijalankan. Permainan yang dianjurkan juga bersesuaian dengan tahap umur mereka di
samping keselamatan turut terjaga tanpa melibatkan sebarang peralatan yang berpotensi
menjadi bahaya .
Antara kelemahan yang mungkin berlaku semasa pertandingan tersebut adalah
pertukaran stesen yang tidak sistematik dalam kalangan pemain itu sendiri. Pada satu-satu
masa terdapat stesen yang dipenuhi oleh ramai pemain dan stesen yang lain kelihatan sepi
kerana pemain tertumpu kepada permainan yang lain. Sekiranya boleh untuk diperbaiki,
maka pertukaran stesen itu akan kelihatan lebih teratur sekiranya ditetapkan dalam satusatu kumpulan untuk berpindah ke stesen yang lain apabila siren atau hon dibunyikan.
Dalam situasi ini, semua stesen akan sentiasa dikunjungi oleh pemain lain tanpa perlu
berlakunya kekosongan dalam stesen-stesen tertentu kerana pada masa yang sama semua
kumpulan sedang bermain di dalam stesen yang telah ditetapkan untuk mereka.
Tugasan PJM3123E ini juga merupakan tugasan yang telah memberikan kami satu
pengalaman pembelajaran yang menarik. Dengan siapnya tugasan ini, secara tidak
langsung telah memberikan kami pengetahuan dan pendedahan dalam melaksanakan
pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah nanti. Hal ini demikian kerana, kursus ini
membantu kami dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak
terutamanya dalam melaksanakan sesuatu program. Justeru, kami juga perlu mengambil
sebanyak mungkin pengetahuan dan pengalaman daripada kursus PJM3123E ini sebagai
persediaan apabila bertugas sebagai guru di sekolah nanti.
Sesungguhnya tugasan ini mempunyai kecacatan dan kekurangan disebabkan
kurangnya pengetahuan dan sumber rujukan. Walaubagaimanapun, tunjuk ajar yang
diberikan oleh pensyarah sedikit sebanyak dapat membantu kami mendapatkan maklumat
bagi menyiapkan tugasan ini.

Kekurangan dan kecacatan ini memberikan pengajaran

kepada kami supaya dapat melakukan tugasan yang lebih baik pada masa depan. Kami
menganggap masalah dan juga kekurangan ini sebagai satu cabaran yang dapat
mematangkan diri ini. Tanpa cabaran, kami akan menjadi seorang terlalu selesa dan tidak
mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Akhir sekali, kami berharap agar ilmu yang kami peroleh ini dapat diaplikasikan
dalam pembelajaran dan pengajaran pada masa akan datang. Tugasan ini telah membuka
perspektif baru kepada kami dalam proses pembelajaran dan proses pemerolehan
maklumat serta mengenai pengurusan bilik darjah. Dengan siapnya tugasan ini, ia

memberikan kami satu dimensi baru mengenai subjek PJM3123E. Ia secara tak langsung
telah menjadikan kami seorang pelajar yang kreatif dan mempunyai pemikiran yang positif
terhadap tugasan. Sikap ini akan kami terapkan kepada pelajar sekolah apabila kami tamat
belajar kelak. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah
membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah kami iaitu Encik
Rosli Sham bin Ramli dan Encik Faisal bin Japeri.

You might also like