You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG RAMAI,

02000 KUALA PERLIS, PERLIS

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL


KALI PERTAMA/2015

Tarikh

: 22 Januari 2015

Hari

: Khamis

Masa

: 3.00 petang

Tempat

: Bilik Mesyuarat SKSR

Kehadiran

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Pn. Rashidah bt Mohd Saff (GPK Pentadbiran)


Pn. Normah bt Kadir (Ketua Panitia PSV)
Pn. Ida Hasniza bt Ahmad Roslani (Setiausaha)
En. Mohd. Nazlishah b Jaya
Pn. Norain bt Daud
Pn. Masliyah bt Wahab
En. Azman b Abdul
En. Md Hamry b Ismail
En. Mohd Roslan b Bakar

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada GPK Pentadbiran dan semua
guru yang dapat meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke mesyuarat
panitia PSV kali pertama pada tahun ini.
1.2 Beliau berharap agar mesyuarat kali ini akan dapat meningkatkan mutu PdP
untuk peningkatan pretasi murid dan sekolah.
1.3 Beliau juga menyarankan agar guru-guru dapat membuat senarai peralatan
yang ingin dibeli dan menyerahkan kepada beliau untuk tindakan selanjutnya.

2.0 UCAPAN GPK PENTADBIRAN

Fail Panitia PSV

2.1 Beliau mengucapkan sekalung tahniah buat guru-guru yang hadir pada
mesyuarat kali ini serta tahniah juga kepada Ketua Panitia kerana Berjaya
merangka tarikh dan masa untuk mesyuarat ini dijalankan dengan jayanya.
2.2 Beliau menyarankan agar mesyuarat tidak hanya berlangsung di awal tahun
sahaja kerana sepatutnya mesyuarat panitia harus berlangsung empat kali
dalam setahun meskipun PSV dilihat sebagai bukan subjek yang penting,
peranannya tetap ada dimana KPM masih mengeluarkan bajet untuk mata
pelajaran PSV/DSV.
2.3 Beliau menasihatkan seboleh-bolehkan wang panitia digunakan untuk aktiviti
didalam PdP serta mempelbagaikan aktiviti dan libatkan murid secara aktif.
2.4 Ruang-ruang didalam kelas mahupun Bilik seni digunakan untuk
mempamerkan hasil seni murid yang boleh dipertontonkan kepada murid
yang lain.
2.5 Bulan September adalah bulan aktif bagi panitia PSV dimana beliau meminta
panitia merangka aktiviti sepanjang bulan tersebut dan pastikan kertas kerja
dibuat serta laporan program didokumentasikan.
2.6 Akhir kata, beliau mengajak guru-guru sama-sama bermuhasabah dan
tetapkan di dalam pendirian bahawa tugas mendidik itu amat berat serta
telah diamanahkan oleh Allah SWT kepada kita golongan pendidik dan
didiklah sebaik mungkin anak-anak ini.
3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
3.1 Pn. Masliyah menyokong minit mesyuarat disahkan dan En. Hamry
menyokong.
4.0 PERKARA BERBANGKIT
4.1 Pn. Normah menasihatkan guru-guru yang telah menggunakan Bilik Seni
sewaktu menjalankan sesi PdP, sila kemaskan bilik berkenaan dan minta
kerjasama bersihkan serta tutup suis kipas sebelum keluar dari Bilik Seni
tersebut.
4.2 Pn. Ida Hasniza bertanya adakah projek mural yang dirangka pada tahun
2014 telah dijalankan atau belum. Jika tidak, sepatutnya tahun 2015 ini
boleh dijalankan.
5.0 PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PSV
5.1 Pn. Masliyah meminta guru PSV mengambil carta di dalam bilik BBM bagi
tujuan PdP serta meminta guru-guru yang mengajar subjek KSSR memuat
turun DSKP masing-masing.

6.0 PROGRAM PANITIA 2015


6.1 Ujian bulan Mac, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Ujian bulan Ogos dan
Peperiksaan Akhir Tahun bagi matapelajaran PSV/DSV.
Fail Panitia PSV

6.2 Mesyuarat Panitia akan dijalankan 3 kali setahun iaitu pada bulan Januari,
Jun dan Oktober.
6.3 Projek kesenian iaitu menepah banner untuk tujuan maklumat berkaitan Seni
Visual.
6.4 Pertandingan poster sempena Hari Kebangsaan pada bulan Ogos atau
September.
6.5 Program selepas UPSR dimana jenis program akan dirangka kemudian.
7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 En Roslan bertanya sama ada Bilik Seni sudah dibekalkan dengan penyapu
dan bakul sampah atau belum untuk tahun ini.
7.2 Pn. Normah mengatakan bahawa kerusi yang terdapat di dalam Bilik Seni
sudah banyak yang patah dan En.Roslan merespon soalan tersebut dengan
mengatakan bahawa kerusi boleh di ambil di Makmal Sains yang lama.
7.3 Pn. Norain bertanya sama ada waktu PdP PSV adakah boleh digantikan
dengan aktiviti mata pelajaran yang lain dan Pn.Rashidah merespon sebaikbaiknya guru harus mengajar mata pelajaran PSV dan jika waktu masih
berbaki, bolehlah mengajar mata pelajaran yang lainnya.
7.4 Pn. Normah memaklumkan bahawa hujung minggu ini, 24 Januari 2015 ada
Program Melukis yang dianjurkan oleh Persatuan Pelukis-pelukis Negeri
Perlis bertempat di hadapan C-MART Arau, Perlis dan meminta guru-guru
yang mempunyai masa lapang hadir untuk member sokongan kepada
peserta wakil sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.
Disediakan oleh;

Disemak oleh;

________________________
(IDA HASNIZA BT AHMAD ROSLANI)
S/U Panitia PSV
SK Seberang Ramai

______________________
(NORMAH BT KADIR)
Ketua Panitia PSV
SK Seberang Ramai

Fail Panitia PSV

Fail Panitia PSV

You might also like