You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST MARK

JALAN BAGAN AJAM


13000 BUTTERWORTH

DOKUMENTASI
LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN
(FIRE DRILL)

TARIKH: 16 APRIL 2015

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST MARK


LAPORAN KAWAT PENGUNGSIAN BANGUNAN (LATIHAN
KEBAKARAN)
TAHUN 2015
Tujuan:
Sekolah Menengah Kebangsaan St Mark telah mengadakan latihan pengungsian
bangunan pada 16 April 2015 bersamaan hari Khamis. Sesi pagi diadakan pada
jam 9.40 pagi hingga 10.30 pagi manakala sesi petang telah diadakan pada jam
5.00 petang hingga 6.30 petang.
Tujuan diadakan Latihan Pengungsian Bangunan ialah untuk membiasakan diri
pengguna dan penghuni bangunan (murid-murid, guru dan para pekerja) dengan
jalan-jalan keluar keselamatan, memahami panduan jalan keluar supaya jika
berlaku kebakaran setiap individu dapat keluar dengan selamat dan
bersistematik dan mengurangkan panik.
Keperluan Sebelum Mengadakan Latihan Pengungsian :
1. Melantik AJK Keselamatan (Kebakaran).
2. Mengadakan Pelan laluan kebakaran dan panduan mengosongkan
bangunan. Pelan Kebakaran dan risalah panduan ini ditampal pada setiap
kelas, makmal, pejabat, bilik jahitan, bilik masakan, bilik computer dan
bengkel.
3. Membuat tunjuk arah laluan kebakaran pada setiap blok bangunan untuk
menunjukkan arah laluan keluar.
4. Memberi taklimat Pelan laluan kebakaran dan latihan kebakaran.
5. Membuat pengagihan tugas (AJK latihan kebakaran).
Semasa Latihan Dijalankan:
1. Membuat pengawasan di tempat berkumpul yang telah ditetapkan.
2. Membuat pemerhatian laluan keluar dan memeriksa persekitaran
bangunan.
3. Merekodkan kesalahan perilaku yang terdapat semasa latihan kebakaran.
4. Membuat pemeriksaan bilik darjah dan bilik-bilik khas sama ada lampu,
kipas dan suis elektrik ditutup.
5. Membuat panggilan telefon kepada pihak Jabatan Pertahanan Awam
cawangan Butterworth menyatakan ada kebakaran berlaku di SMK St
Mark
Selepas Latihan:
1. Para pelajar, guru-guru dan para pekerja berkumpul di tempat parkir
kereta di hadapan kantin..
2. Guru kelas mengambil kehadiran para pelajar dengan mengisi borang
kehadiran yang telah disediakan.
3. Masa yang diambil untuk berkumpul di tempat yang telah ditetapkan ialah
2 minit 11 saat. Masa yang ditetapkan untuk pelajar keluar dari bangunan

4.

5.

6.
7.

8.
9.

ialah 3 minit. Borang kehadiran tadi diserahkan kepada penyelaras


tingkatan untuk dibuat semakan dan analisis.
AJK Pemeriksaan Bangunan menyerahkan borang pemeriksaan bangunan
kepada Setiausaha untuk tindakan lanjut. Kebanyakan pelajar yang tiada
dalam barisan berada di padang sekolah untuk latihan kawad kaki unit
beruniform.
Tuan Pengetua, En. Murugan memberi ucapan dan komen latihan
kebakaran yang telah dijalankan. Teguran dibuat kerana pelajar berlari dan
guru-guru tidak mengiringi (membawa keluar) pelajar bersama-sama.
Semua kelas dan bilik-bilik khas menutup suis lampu dan kipas.
Jabatan Pertahanan Awam cawangan Butterworth iaitu Encik Mohd Zul Izzi
b. Zulkifli memberi komen latihan kebakaran dan memberi sedikit
ceramah berkaitan pencegahan kebakaran dan cara-cara menyelamatkan
diri sewaktu kebakaran kepada warga sekolah.
Cara-cara memadam api telah ditunjukkan.
Satu demonstrasi penyelamatan telah dijalankan.

Komen Kawat Pegungsian


Pertahanan Awam
1.
2.
3.
4.

Bangunan

daripada

pihak

Jabatan

Pelajar menjalankan latihan dengan agak memuaskan.


Pelajar tidak beratur dan berlari untuk turun daripada bangunan.
Persediaan untuk latihan adalah baik.
Keseluruhan kawat pengungsian bangunan ini berjaya dilaksanakan.

Kesimpulan
Latihan pengungsian bangunan ini perlu dijalankan setiap tahun untuk memberi
kesedaran dan panduan kepada para penghuni dan pengguna bangunan tentang
tatacara yang betul dan selamat untuk keluar apabila berlakunya kebakaran. Hal
ini penting untuk mengurangkan panik seterusnya dapat menyelamatkan nyawa.
Kesimpulannya, latihan pengungsian bangunan yang dijalankan telah berjaya
mencapai objektif kerana pelajar dapat mengikuti laluan yang telah ditetapkan.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
_________________________
(PN. RUBIAH BASRI & PN.
HARN SIANG FOONG)
AJK Dokumentasi
JK Latihan Kebakaran

GAMBAR FOTO LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN

GAMBAR FOTO
LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL)

You might also like