You are on page 1of 17

SULIT

3.12.2014

ELEMEN-ELEMEN DAN STANDARD CELIK KEWANGAN


Elemen Celik Kewangan (CK) yang dicadangkan ialah:

CK1 - Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya


(Pelajar akan dapat mentakrifkan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi dan dapat mengaitkan antara pendidikan, pendapatan, kerjaya dan potensi pendapatan peribadi)
CK2 - Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan
(Pelajar akan dapat membuat keputusan kewangan peribadi secara sistematik berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai)
CK3 - Pengurusan dan Perancangan Kewangan
(Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mengurus wang secara berkesan dengan mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan)
CK4 - Simpanan dan Pelaburan
(Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mencapai matlamat jangka panjang yang berkaitan dengan simpanan dan pelaburan bagi membina jaminan kewangan dan
kekayaan)
CK5 - Pengurusan Kredit dan Hutang
(Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berkaitan dengan hutang yang ditanggung dan dapat mengekalkan kepercayaan
kredit)
CK6 - Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans
(Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk menggunakan strategi pengurusan risiko secara wajar dan kos efektif bagi meminimumkan kegagalan kewangan dan memelihara kekayaan)

STANDARD CELIK KEWANGAN


CK1 - Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya
- Pelajar akan dapat mentakrifkan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi dan dapat mengaitkan antara pendidikan, pendapatan, kerjaya dengan potensi pendapatan peribadi
CK

Standard Pembelajaran
Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan


Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

1.1

Menerangkan peranan wang.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)


Murid dapat:
membezakan jenis wang
(duit syiling dan wang
kertas).
mengenal pasti nilai setiap
jenis mata wang Malaysia.
mengira mata wang Malaysia
termasuk duit syiling dan
wang kertas.
menerangkan perbezaan
antara barangan dengan
perkhidmatan.

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
mengenal pasti mata wang
yang berbeza bagi setiap
negara.
membandingkan nilai mata
wang Malaysia dengan mata
wang negara lain.
menjelaskan bagaimana wang
digunakan untuk membeli
barangan dan perkhidmatan.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
menukar mata wang Malaysia ke mata
wang negara lain.
menjelaskan bagaimana inflasi boleh
mempengaruhi nilai wang dan kuasa
membeli.
mengenal pasti jenis sistem pertukaran
yang lain (sistem barter, perdagangan).

1.2

Mengenal pasti sumber


pendapatan dan sumber
alternatif.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)


Murid dapat:
menyenaraikan sumber
pendapatan murid sekolah.

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
menyatakan pelbagai sumber
pendapatan serta sumber
alternatif (daripada pekerjaan
atau hadiah) ibu bapa, ahli
keluarga, jiran, rakan-rakan.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
menjelaskan perbezaan antara
pendapatan yang diperoleh dan
pendapatan tanpa usaha (contohnya
hadiah, dividen).
mengenal pasti sumber pendapatan
yang diperoleh dan pendapatan tanpa
usaha (contohnya pulangan daripada
pelaburan, faedah simpanan atau
pendapatan sewaan).

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
menganalisis jenis mata wang yang berbeza,
bagaimana mata wang digunakan untuk
membeli barangan dan perkhidmatan.
menganalisis bagaimana wang boleh
dipindahkan daripada seseorang kepada
seseorang yang lain.
mengira harga sebenar barangan setelah
mengambil kira diskaun atau cukai, jika
berkenaan, sebelum membayar.
membuat pengiraan yang perlu untuk
menyemak resit dan memantau perbelanjaan
mereka.
Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)
Murid dapat:
menganalisis dan memberi contoh tentang
pelbagai pendapatan (contohnya elaun, gaji,
komisen, faedah, pendapatan kasar dan
bersih) dan sumber lain (contohnya aset
kewangan, harta tanah, dan bayaran
pindahan) dan bagaimana semua ini boleh
digunakan sebagai pendapatan yang
diperoleh.

SULIT

SULIT
CK1 - Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya (samb.)
- Pelajar akan dapat mentakrifkan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi dan dapat mengaitkan antara pendidikan, pendapatan, kerjaya dengan potensi pendapatan peribadi
CK

Standard Pembelajaran
Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan


Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

1.3

Mengenal pasti bagaimana


pilihan kerjaya, pendidikan,
kemahiran dan keadaan
ekonomi mempengaruhi
pendapatan.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)


Murid dapat:
menghubungkaitkan jenis pekerjaan
dengan pendapatan yang diperoleh.

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
mengenal pasti pelbagai pekerjaan
yang terdapat dalam masyarakat
dan pendapatan yang berkaitan.
membezakan antara kerjaya dan
pekerjaan.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
mengaitkan bagaimana pilihan
kerjaya, pilihan pendidikan,
kemahiran, keusahawanan dan
keadaan ekonomi dapat
mempengaruhi pendapatan.
mengaitkan permintaan terhadap
kemahiran tertentu dengan kuasa
pendapatan individu.

1.4

Menjelaskan faktor yang


mempengaruhi pendapatan
boleh guna.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
menjelaskan maksud dan tujuan
cukai.
mengenal pasti jenis-jenis cukai lain
(contohnya cukai kerajaan, cukai
jualan, cukai pintu dll.).
memberi contoh bagaimana
kerajaan menggunakan hasil
kutipan cukai.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
menerangkan komponen yang
biasanya ditolak daripada gaji
kasar.
memberi contoh manfaat yang
diterima pekerja dan menerangkan
mengapa manfaat itu boleh
dianggap sebagai suatu bentuk
pampasan.
mengira pendapatan kena cukai
sebuah keluarga dan mengaitkan
cukai yang dibayar oleh seorang
pekerja dengan perkhidmatan yang
disediakan oleh kerajaan.
Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)
Murid dapat:
membandingkan kebaikan dan
keburukan kaedah pembayaran
yang berbeza, seperti kad simpanan
nilai, kad debit, kad kredit dan
kaedah pembayaran dalam talian.

1.5

1.6

Menerangkan cara
menggunakan instrumen
kewangan yang berlainan.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)

Menjelaskan bagaimana
pendapatan memberi kesan
kepada gaya hidup, pilihan dan
keputusan berbelanja.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
mengenal pasti pelbagai cara
membuat pembayaran dan
instrumen yang digunakan (tunai,
kredit, cek, kad kredit, kad debit dan
kad prabayar).
menerangkan bahawa bayaran
bukan tunai masih memerlukan
dana yang mencukupi.
membandingkan kos menggunakan
kaedah pembayaran yang berbeza.
Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)
Murid dapat:
menjelaskan bagaimana
pendapatan mempengaruhi
keputusan perbelanjaan.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
mengkaji bagaimana pendapatan
mempengaruhi keputusan
perbelanjaan dan gaya hidup.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
menganalisis kaitan antara pelbagai
kerjaya dgn matlamat pendapatan
peribadi.
mengenal pasti matlamat kerjaya
dan mewujudkan pelan dan jadual
waktu untuk mencapainya, termasuk
keperluan pendidikan/latihan, kos
dan kemungkinan hutang yang
ditanggung.
Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)
Murid dapat:
mengenal pasti pelbagai jenis
potongan wajib ke atas gaji dari segi
tujuan dan kesannya terhadap
pendapatan semasa dan
pendapatan masa hadapan pekerja.
menjelaskan bagaimana
pengecualian/jenis potongan gaji
dapat mengurangkan pendapatan
kena cukai.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
mengenal pasti pelbagai opsyen
transaksi kewangan dalam talian
bagi membeli, membuat
pembayaran, pemindahan dana dll.
menerangkan tanggungjawab
menggunakan instrumen kewangan
seperti akaun semasa, kad debit
dan kad ATM.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
menganalisis bagaimana kos sara
hidup boleh mempengaruhi
pendapatan sebenar, keputusan
perbelanjaan dan gaya hidup.
menjelaskan kesan inflasi kepada
kuasa membeli.

SULIT

SULIT

CK2 - Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan


- Pelajar akan dapat membuat keputusan kewangan peribadi secara sistematik berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai
CK

Standard Pembelajaran
Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan


Sekolah Rendah

2.1

Membuat keputusan
kewangan secara
bertanggungjawab.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)


Murid dapat:
membincangkan perihal
wang sebagai sumber
terhad dan
menghubungkaitkan
keputusan menyimpan
dengan kos melepas.

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
menyenaraikan contoh
keputusan kewangan dan
akibat daripada keputusan
tersebut.
mengenal pasti cara untuk
menjadi seorang murid yang
bertanggungjawab dalam
membuat keputusan
kewangan.

2.2

Menilai maklumat
kewangan yang didapati
daripada pelbagai sumber.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
memberi contoh situasi di
mana maklumat kewangan
dapat mempengaruhi
keputusan yang dibuat.

Sekolah Menengah
Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)
Murid dapat
mengenal pasti ciri-ciri untuk menjadi
seseorang remaja yang bertanggungjawab
terhadap kewangannya.
menerangkan pentingnya sikap
bertanggungjawab terhadap keputusan
kewangan peribadi.
membandingkan sikap orang ramai yang
berbeza-beza dalam mengendalikan urusan
kewangan.
memberi contoh manfaat yang diperoleh oleh
individu yang bertanggungjawab terhadap
kewangannya dan sebaliknya kos yang
terpaksa ditanggung jika gagal berbuat
demikian.
menerangkan bahawa sikap/nilai seseorang
terhadap wang boleh memberi kesan kepada
masyarakat secara keseluruhan.
Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)
Murid dapat:
membuat analisis dan menilai maklumat
kewangan dan iklan.
mengenal pasti sumber maklumat produk
kewangan (contoh:dalam talian, media dan
bahan cetak) dan menyenaraikan kelebihan
dan kelemahan setiap sumber maklumat
tersebut.
menerangkan bagaimana desakan daripada
rakan sebaya boleh mempengaruhi keputusan
berbelanja.
menilai iklan di media cetak, dalam talian dan di
televisyen serta menilai sama ada iklan-iklan
berkenaan merupakan fakta atau pendapat.
menerangkan strategi persuasif yang
digunakan oleh rakan sebaya, media dan
perniagaan untuk mempengaruhi masyarakat
(dalam membuat keputusan).

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
mengenal pasti keputusan kewangan yang
perlu dibuat pada setiap peringkat
kehidupan.
memberi contoh sikap bertanggungjawab
yang boleh membawa kesejahteraan
kewangan sepanjang hayat.
menerangkan bagaimana sikap dan nilai
individu mempengaruhi keputusan
kewangan masing-masing.
membincangkan kepentingan etika bagi
pelbagai keputusan kewangan peribadi.
menjelaskan bagaimana tingkah laku yang
tidak beretika memberi kesan negatif
terhadap masyarakat secara keseluruhan.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
menilai maklumat kewangan daripada
sumber tertentu, sama ada ianya objektif
dan terkini.
mengenal pasti pelbagai jenis penipuan
kewangan terkini, termasuk penipuan
dalam talian.
mengenal pasti maklumat kewangan yang
diperlukan untuk membuat keputusan
berdasarkan senario tertentu.
memberi contoh bagaimana faktor luaran,
seperti teknik pemasaran dan pengiklanan
dapat mempengaruhi keputusan
berbelanja bagi individu yang berbeza.
menganalisis keputusan yang dibuat oleh
pengguna dan membezakan antara fakta
dan pendapat.

SULIT

SULIT

CK2 - Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan (samb.)


- Pelajar akan dapat membuat keputusan kewangan peribadi secara sistematik berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai
CK

Standard Pembelajaran
Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan


Sekolah Rendah

2.3

2.4

Menjelaskan secara ringkas


mengenai undang-undang
utama perlindungan
pengguna.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)

Huraikan/jelaskan bahawa
kontrak adalah ikatan
perjanjian.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)

Sekolah Menengah

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
menerangkan hak dan
tanggungjawab pengguna.
membandingkan polisi pemulangan
barangan di kedai berdekatan.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
menerangkan kepentingan
menyimpan dokumen kewangan dan
jenis-jenis perlindungan untuk
pelajar.
menjelaskan pelbagai organisasi
yang memberi perlindungan
pengguna serta peranan yang
dimainkan.
menyenaraikan contoh-contoh
penipuan kewangan dan
penyelewengan yang dilindungi di
bawah undang-undang perlindungan
pengguna.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
menjelaskan kepentingan undangundang dan dokumentasi bertulis
bagi melindungi pengguna.
mengenal pasti agensi dan badan
kerajaan yang boleh membantu
pengguna dalam menyelesaikan
masalah/pertikaian dengan penyedia
perkhidmatan kewangan.

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
menjelaskan mengapa orang ramai
perlu membuat ikatan kontrak.
membezakan antara kontrak bertulis
dengan kontrak lisan.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
menjelaskan kegunaan kontrak.
mengenal pasti syarat-syarat yang
mesti dipenuhi apabila membuat
ikatan kontrak.
mengenal pasti faktor yang perlu di
pertimbangkan apabila membuat
ikatan kontrak, seperti kadar faedah,
skor kredit, reputasi, dan/atau
rujukan daripada pihak yang terlibat.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
menjelaskan situasi di mana kontrak
bertulis diperlukan.
memeriksa contoh kontrak untuk
komponen yang penting dan
bermakna.
mengenal pasti hak dan
tanggungjawab semua pihak yang
membuat ikatan kontrak (contohnya
sebagai pinjaman pendidikan,
kontrak telefon bimbit, pinjaman
kereta).

SULIT

SULIT

CK3 - Pengurusan dan Perancangan Kewangan


- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan menguruskan wang secara berkesan dengan mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan
CK

Standard Pembelajaran
Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan


Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

3.1

Membuat keputusan
kewangan secara sistematik
dengan mengambil kira
pelbagai alternatif dan kesan
yang akan dihadapi.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)


Murid dapat:
menerangkan duit yang disimpan
dapat memenuhi keperluan dan
kehendak masa hadapan.
menerangkan pelbagai cara
penjimatan (air, elektrik dan telefon).

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
membuat keputusan kewangan
secara sistematik termasuk
simpanan, perbelanjaan dan derma.
menghubungkaitkan wang ialah
sumber yang terhad dengan
kepentingan menguruskan wang
secara berhemat untuk memenuhi
kehendak dan kepentingan masa
hadapan.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
menghasilkan pelan peribadi yang
merangkumi simpanan,
perbelanjaan, derma, dan pelaburan
yang konsisten dengan matlamat
kewangan masing-masing.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
membuat satu pelan kewangan
peribadi bagi seorang remaja yang
tinggal berasingan daripada
keluarga.
menganalisis bagaimana perubahan
yang berlaku ke atas pekerjaan/
pendapatan, kadar inflasi dan
kehidupan peribadi boleh
mempengaruhi keputusan
kewangan.
menggariskan proses
pengubahsuaian pelan kewangan
bagi mengikut perubahan dalam
dana.
menganalisis dan memberi contoh
bagaimana keputusan yang dibuat
pada hari ini boleh mempengaruhi
peluang masa hadapan.

3.2

Kebolehan untuk menetapkan


matlamat berdasarkan
kehendak dan keperluan.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)


Murid dapat:
mentakrifkan matlamat.
mengenal pasti matlamat peribadi
masing-masing.
mengenal pasti matlamat sesuatu
kumpulan/pasukan.
mentakrifkan kehendak dan
keperluan.
mengatur `keperluan' dan' kehendak
peribadi' mengikut keutamaan.

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
membezakan antara matlamat
jangka pendek dan jangka panjang.
mengenal pasti langkah-langkah
dalam proses penetapan matlamat.
menghasilkan matlamat yang
mempunyai jangka masa dan boleh
dicapai.
menerangkan perbezaan antara
keperluan dan kehendak.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
menjelaskan kepentingan penetapan
matlamat, bagaimana untuk
mengutamakan matlamat tersebut,
dan keperluan untuk matlamat
jangka pendek dan jangka panjang.
menjelaskan kaitan antara
penetapan matlamat dengan
pencapaian.
menghasilkan matlamat mengikut
keutamaan `keperluan' dan
`kehendak' yang spesifik, realistik,
dan boleh diukur.
mengenal pasti perbelanjaan
sebagai keperluan atau kehendak.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
membuat keputusan secara
sistematik bagi menetapkan
matlamat kewangan jangka pendek
(enam bulan) dan jangka sederhana
(enam bulan hingga 1 tahun).
menilai peranan matlamat jangka
pendek dan jangka panjang dalam
menentukan kejayaan kewangan.
menilai kesan penetapan matlamat
dalam kejayaan kewangan peribadi.
menjelaskan perbezaan antara
keperluan dan kehendak.
menganalisis keperluan dan
kehendak diri sendiri dalam
menentukan kepentingan
(keutamaan).
mewujudkan rancangan untuk
mencapai keperluan dan kehendak
yang penting.

SULIT

SULIT

CK3

CK

Pengurusan dan Perancangan Kewangan (samb.)


Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mengurus wang secara berkesan dengan mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan
Standard Pembelajaran
Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan


Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

3.3

Menyediakan pelan
perbelanjaan dan simpanan.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)


Murid dapat:
membincangkan bagaimana
murid menggunakan wang saku
mereka.
mengenal pasti kesan terhadap
pelbagai cara penggunaan wang
saku.
menyediakan bajet harian.

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
membuat pertimbangan serta
keputusan untuk berbelanja.
membandingkan manfaat dan
akibat daripada setiap keputusan
kewangan.
menyediakan bajet mingguan dan
bulanan.
menerangkan konsep pelan
perbelanjaan.
menerangkan faktor utama yang
perlu dipertimbangkan apabila
menentukan keputusan berkaitan
perbelanjaan.
memahami bahawa setiap
keputusan berbelanja mempunyai
kos melepas.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
menerangkan betapa pentingnya
menyimpan rekod perbelanjaan dan
simpanan.
menerangkan faktor yang
mempengaruhi tabungan dan pelan
perbelanjaan.
membuat bajet peribadi yang seimbang
merangkumi pendapatan, perbelanjaan,
simpanan dan derma.
membuat pelan bagi mengumpul
wang/dana untuk kegunaan semasa
kecemasan atau perubahan dalam
kehidupan peribadi.
menghuraikan kepentingan bajet dan
matlamat peribadi dalam proses
simpanan/pelaburan.
menerangkan dan menghitung faedah
dan fi yang berkaitan dengan pelbagai
bentuk perbelanjaan, hutang dan
simpanan.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
mengenal pasti dan menjelaskan faktor
yang mempengaruhi corak
perbelanjaan.
menerangkan konsep bagi merangka
pelan perbelanjaan yang boleh
mendorong seseorang itu berbelanja
mengikut kemampuan.
menilai pelan perbelanjaan yang
mendorong jumlah pendapatan sentiasa
melebihi perbelanjaan.
menerangkan kepentingan
pengubahsuaian matlamat mengikut
peringkat umur serta penyediaan pelan
persaraan dan harta tanah.

3.4

Menyediakan satu sistem


untuk menyimpan rekod
kewangan.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)


Murid dapat:
menunjukkan keupayaan untuk
merekod perbelanjaan dan
simpanan harian.

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
menunjukkan keupayaan untuk
menyimpan rekod perbelanjaan
dan simpanan harian.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
menyediakan diari perbelanjaan
peribadi.
menerangkan pentingnya menyimpan
rekod kewangan yang tepat.
mengenal pasti akaun kewangan.
menerangkan kemungkinan wujudnya fi
dan caj pada mana-mana akaun.
menerangkan betapa pentingnya
menyimpan rekod yang tepat.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
mempraktikkan kemampuan untuk
menyelaraskan rekod urusan perbankan
peribadi dengan rekod yang disediakan
oleh institusi kewangan.
membezakan antara akaun yang
membayar pulangan/faedah dengan
akaun yang tidak membayar
pulangan/berfaedah.

SULIT

SULIT

CK3

CK

Pengurusan dan Perancangan Kewangan (samb.)


Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mengurus wang secara berkesan dengan mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan
Standard Pembelajaran
Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan


Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

3.5

Menggunakan kemahiran
untuk membuat keputusan
berbelanja yang berhemat.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)


Murid dapat:
menentukan setiap barangan
sebagai keperluan atau
kehendak sebelum berbelanja.
membandingkan harga setiap
barang yang sama di dua buah
kedai yang berlainan.
membandingkan harga bagi
barang yang sama tetapi buatan
yang berlainan di kedai yang
sama/berlainan/berbeza.

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
membandingkan kebaikan antara
menyimpan dengan berbelanja.
menerangkan kesan berbelanja ke
atas simpanan.
mengenal pasti tabiat kendiri
terhadap simpanan dan perbelanjaan.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
menerangkan kebaikan sekiranya
seseorang itu bijak dan jimat
berbelanja.
membandingkan harga barangan
dan perkhidmatan bagi
mendapatkan nilai terbaik untuk
wang.
menjelaskan kesan jangka pendek
dan jangka panjang jika berbelanja
berlebihan.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
membuat perbandingan harga bagi
setiap keputusan berbelanja.
menggunakan teknik membuat
keputusan secara sistematik dalam
setiap keputusan berbelanja.
memahami sesuatu pembelian
mungkin akan susut nilai dengan
peredaran masa (kereta, barang
kemas) manakala pembelian yang lain
boleh meningkat nilainya (rumah).

3.6

Menyediakan perancangan
kewangan peribadi.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
memberi contoh aset keluarga.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
menerangkan perbezaan antara
aset dengan liabiliti serta memberi
contoh bagi kedua-duanya.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
membincangkan faktor-faktor yang
mempengaruhi nilai bersih.
menghasilkan penyata aliran tunai
daripada kajian kes yang ringkas.

SULIT

SULIT

CK4

CK

- Simpanan dan Pelaburan


- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mencapai matlamat jangka panjang yang berkaitan dengan simpanan dan pelaburan bagi membina jaminan kewangan dan
kekayaan
Standard Pembelajaran
Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan


Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

4.1

Membincangkan bagaimana
simpanan/pelaburan dapat
membantu ke arah
kesejahteraan kewangan.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)


Murid dapat:
memberi sebab-sebab setiap orang
perlu menyimpan wang.
memberi contoh bahawa wang
disimpan untuk mendapatkan
keperluan dan kehendak masa
hadapan.

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
menerangkan kaitan di antara
kepentingan menyimpan dengan
pencapaian matlamat kewangan.
menerangkan bagaimana
perbelanjaan perlu dikurangkan
bagi menambahkan simpanan.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15


tahun)
Murid dapat:
menerangkan bagaimana
simpanan dapat membantu
untuk mencapai matlamat .
menerangkan kepentingan
dana kecemasan.
menerangkan simpanan
merupakan prasyarat untuk
melabur.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
mengenal pasti dan membandingkan
strategi simpanan, termasuk `membayar diri
anda dahulu, menggunakan potongan gaji
dll.
menghasilkan definisi `kekayaan
berdasarkan nilai peribadi, keutamaan dan
matlamat.

4.2

Menerangkan bagaimana
simpanan/pelaburan dapat
membantu meningkatkan
kekayaan.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)


Murid dapat:
menerangkan faedah/pulangan
yang diterima jika menyimpan di
institusi kewangan.

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
mengenal pasti pelbagai cara untuk
menyimpan.
membezakan maksud simpanan
dan pelaburan.
memberi contoh satu jenis
simpanan dan pelaburan dan
menerangkan bagaimana nilai
simpanan dan pelaburan tersebut
bertambah dari semasa ke semasa.
menerangkan bagaimana nilai
sesuatu pelaburan boleh
bertambah atau berkurangan.
mengira faedah mudah dan faedah
kompaun dan menerangkan
kelebihan faedah kompaun.
menyediakan pelan simpanan
berdasarkan matlamat yang dibuat.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15


tahun)
Murid dapat:
menerangkan secara ringkas
bagaimana pelaburan dapat
meningkatkan kekayaan dan
membantu memenuhi
matlamat jangka pendek dan
jangka panjang.
menerangkan perbezaan
antara pelaburan dengan
simpanan dari segi potensi
risiko dan pulangan.
menjelaskan nilai masa wang
dan menerangkan
bagaimana sejumlah wang
yang kerap dilaburkan dari
semasa ke semasa
bertambah secara eksponen.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
menghitung jumlah deposit yang terkumpul
berdasarkan masa dan kadar pulangan
yang berbeza dan kekerapan
pengkompaunan.
membuat keputusan secara sistematik bagi
menentukan masa untuk melabur wang
tunai yang tidak diperlukan untuk
perbelanjaan jangka pendek atau semasa
kecemasan.
menggunakan peraturan 72 untuk
menganggarkan masa atau kadar faedah
yang diperlukan untuk menggandakan
sejumlah wang.
merangka pelaburan berkala bagi
mengumpul wang untuk membeli sebuah
komputer baru.
menjelaskan kesan inflasi terhadap nilai
simpanan/pelaburan.
menerangkan bahawa harapan untuk
meraih keuntungan daripada perjudian
bukanlah cara yang bijak untuk membina
kekayaan.

SULIT

SULIT

CK4

CK

- Simpanan dan Pelaburan (samb.)


- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mencapai matlamat jangka panjang yang berkaitan dengan simpanan dan pelaburan bagi membina jaminan kewangan dan
kekayaan
Standard Pembelajaran
Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan


Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

4.3

Membuat penilaian dan


perbandingan pelbagai
alternatif pelaburan.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)


Murid dapat:
menerangkan perbezaan di
antara menyimpan wang di dalam
tabung dengan di institusi
kewangan.

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
menyenaraikan kebaikan
menyimpan/melabur wang di
institusi kewangan.
mengenal pasti pelbagai pilihan
menyimpan/melabur.
membuat perbandingan antara
kelebihan dan kelemahan pelbagai
alternatif pelaburan.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
mengenal pasti jenis-jenis akaun
simpanan di bank.
mengenal pasti institusi kewangan di
Malaysia dan membandingkan kadar
faedah bagi akaun deposit yang
berlainan.
mengenal pasti pelbagai jenis
pelaburan yang ditawarkan oleh
institusi kewangan dan
membandingkan faedah/pulangan
yang diterima.
mengenal pasti tahap risiko yang
berkaitan dengan sesuatu pelaburan.
menerangkan perbezaan di antara
stok, bon dan amanah saham sebagai
alat pelaburan.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
menjelaskan bagaimana faktor yang
berbeza mempengaruhi kadar
pulangan pelaburan.
menerangkan produk kewangan yang
sesuai bagi mencapai matlamat
kewangan yang berbeza, iaitu akaun
bank untuk simpanan dan sekuriti
(debentur, saham, unit amanah) untuk
pelaburan.
menjelaskan kesan perkembangan
dalam pasaran yang pelbagai,
terhadap harga saham dan lain-lain
simpanan dan pelaburan.
membandingkan strategi bagi
simpanan dan pelaburan dan
mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi jumlah yang perlu
disimpan atau dilaburkan untuk
mencapai matlamat kewangan.
membandingkan potensi pelbagai
pelaburan, contoh: stok, bon dan harta
tanah, koleksi dan logam berharga.

4.4

Memahami kaitan antara


risiko dan pulangan
pelaburan.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)


Murid dapat:
menjelaskan sesuatu yang
dipinjam mungkin dikembalikan
atau tidak.

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
menerangkan bagaimana nilai
sesuatu pelaburan boleh
bertambah.
menerangkan bagaimana nilai
sesuatu pelaburan boleh
berkurangan.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
menerangkan perbezaan di antara
pelaburan dengan simpanan dari segi
potensi risiko dan pulangan.
menerangkan kepentingan bajet dan
matlamat peribadi dalam proses
melabur.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
membandingkan tahap risiko, pulangan
dan kecairan pelbagai jenis pelaburan.
mengenal pasti opsyen pelaburan dan
potensi pulangan.
menjelaskan konsep pengumpulan
kekayaan.

SULIT

SULIT

CK4

CK

- Simpanan dan Pelaburan (samb.)


- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mencapai matlamat jangka panjang yang berkaitan dengan simpanan dan pelaburan bagi membina jaminan kewangan dan
kekayaan
Standard Pembelajaran
Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan


Sekolah Rendah

4.5

4.6

Menerangkan bagaimana
membuat keputusan untuk
membeli dan menjual
pelaburan.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)

Menyelidik bagaimana agensi


yang mengawal selia pasaran
kewangan melindungi
pelabur.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)

Sekolah Menengah

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
membuat perbandingan
pulangan simpanan deposit di
beberapa buah institusi
kewangan.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
mengenal pasti pelbagai sumber di
mana pelabur boleh mendapatkan
maklumat untuk membuat pilihan
pelaburan.
mentafsirkan sebut harga pasaran
kewangan saham dan dana bersama.
membandingkan sejarah kadar
pulangan saham atau dana bersama.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
menganalisis proses dan kaedah
pembelian dan penjualan pelaburan.
menjelaskan manfaat daripada
pemurataan kos ringgit dan mengira
purata kos sesyer bagi pelaburan yang
menggunakan strategi sedemikian.
menjelaskan tanggungjawab mengenai
usaha wajar sebelum melabur dan
tanggungjawab untuk memantau dan
menguruskan pelaburan seperti saham
dan unit amanah.

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
menerangkan bagaimana insurans
deposit melindungi penyimpan/pelabur.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
menerangkan struktur Pasaran Kewangan
dan Modal dan peranan peserta pasaran
dan agensi pengawalseliaan yang
berbeza.

10

SULIT

SULIT

CK5

Pengurusan Kredit dan Hutang


Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berkaitan dengan hutang yang ditanggung dan dapat mengekalkan kepercayaan
kredit

CK

Standard Pembelajaran
Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan


Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

5.1

Memahami konsep kredit


dan mengenal pasti
pelbagai jenis kredit
termasuk faedah dan kos
masing-masing.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)


Murid dapat:
mengenal pasti kredit merupakan
alat kewangan yang asas.
menerangkan mengapa
penggunaan kad kedit merupakan
satu cara berhutang.
menerangkan perbezaan harga
barangan sekiranya membayar
secara kredit dan secara tunai.

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
menghuraikan kebaikan dan
kelemahan penggunaan kredit.
menerangkan mengapa institusi
kewangan memberi pinjaman.
mengenal pasti pembiayaan
melalui kredit yang biasa dibuat
oleh pengguna.
mengenal pasti situasi yang
rasional untuk menggunakan
kredit.
menerangkan peranan faedah ke
atas kredit.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
menjelaskan cara mengira
keseluruhan kos pinjaman
menjelaskan bagaimana kadar
faedah dan tempoh pinjaman
mempengaruhi kos bayaran
keseluruhan sesuatu kredit.
menjelaskan kelebihan membayar
secara tunai dan secara kredit.
memahami jenis hutang yang
ditanggung oleh pengguna.

5.2

Mengenal pasti
pengurusan kredit secara
bertanggungjawab.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)


Murid dapat:
membincangkan maksud kredit.

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)
Murid dapat:
Murid dapat:
mengenal pasti pengeluar-pengeluar
menjelaskan kegunaan kredit.
kad kredit yang sedia ada dan ciri mengenal pasti masa/situasi yang
cirinya (kadar faedah, yuran tahunan,
sesuai untuk menggunakan kad
had, sistem ganjaran).
kredit.
menjelaskan cara penggunaan kad
kredit yang betul dan salah.
menjelaskan bagaimana penggunaan
kad kredit boleh memberi kesan yang
baik atau buruk pada bajet.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
membandingkan syarat dan kadar
pinjaman bagi menentukan pilihan terbaik.
mengenal pasti hutang untuk menjana aset
berbanding dengan hutang untuk keperluan
perbelanjaan.
mengenal pasti kesan pinjaman kepada
pelan kewangan peribadi, seperti kereta,
pelajaran, kad kredit, pembelian yang
besar.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
membuat perbandingan tawaran kad kredit,
pinjaman segera dan tawaran pengenalan
yang berbeza (kadar pengenalan, fi
permulaan dan fi tetap yang rendah).
menjelaskan ciri-ciri kad kredit, termasuk
yuran tahunan, caj kewangan, cukai
kerajaan dan insentif.
menjelaskan kesan jika seseorang itu
membuat pembayaran minimum,
pembayaran lewat dan yuran lewat.
membincangkan kesan yang mungkin akan
di alami akibat mengambil kredit secara
mudah.

11

SULIT

SULIT

CK5

CK

Pengurusan Kredit dan Hutang (samb.)


Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berkaitan dengan hutang yang ditanggung dan dapat mengekalkan kepercayaan
kredit
Standard Pembelajaran
Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan


Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

5.3

Menjelaskan hak dan


tanggungjawab sebagai
peminjam dan bagaimana
untuk mengekalkan
kepercayaan kredit.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)


Murid dapat:
menerangkan bahawa setiap
barang yang dipinjam harus
dipulangkan.
menerangkan akibat yang akan
ditanggung jika tidak
memulangkan barang yang
dipinjam.
mengenal pasti bahawa
seseorang tidak patut meminjam
wang sekiranya keadaan tidak
memaksa.

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
menerangkan langkah yang harus
diambil untuk mendapatkan
kembali kepercayaan rakan
sekiranya kita merosakkan barang
peribadinya yang dipinjam.
menjelaskan pentingnya untuk
membayar hutang.
menerangkan akibat tidak
membayar hutang.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
menjelaskan bahawa peminjam perlu
mempunyai aset untuk digunakan
sebagai cagaran dalam membuat
pinjaman.
menghuraikan bahawa setiap hutang
perlu dibayar dan pentingnya untuk
membayar hutang.
menjelaskan kebaikan membayar
hutang tepat pada masanya.
menjelaskan hak dan tanggungjawab
sebagai peminjam dan pemberi
pinjaman.
menjelaskan konsep penilaian kredit.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
membincangkan pentingnya tingkah laku
yang beretika dalam membina
kepercayaan.
menjelaskan kepentingan untuk
mewujudkan rekod kredit yang positif.
menerangkan kepentingan laporan
kredit kepada peminjam dan pemberi
pinjaman.
mengenal pasti langkah-langkah untuk
menyemak skor kredit diri sendiri dan
membuat pembetulan jika perlu.

5.4

Menerangkan cara mengelak


daripada perangkap hutang
dan menangani masalah
kredit.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
mengenal pasti tanda-tanda dan
akibat hutang yang berlebihan.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
mengenal pasti kesan hutang kepada
pelan kewangan peribadi.
mengenal pasti langkah-langkah yang
perlu diambil untuk menilai kedudukan
kredit dan memahami tindakan susulan
yang perlu diambil.
mengenal pasti cara untuk mengelak
daripada masalah pembayaran balik
hutang.
menjelaskan tindakan yang perlu diambil
oleh pengguna bagi membebaskan diri
daripada perangkap hutang.

12

SULIT

SULIT

CK6

Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans


Pelajar akan dapat meningkakan kemahiran untuk menggunakan strategi pengurusan risiko secara wajar dan kos efektif bagi meminimumkan kegagalan kewangan dan memelihara kekayaan

CK

Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan


Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

6.1

Mewujudkan strategi bagi


perlindungan identiti.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)


Murid dapat:
menerangkan apakah maksud
identiti.
menerangkan bahawa setiap
orang mempunyai identiti.

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
menyenaraikan jenis maklumat
peribadi yang tidak boleh
didedahkan kepada orang lain dan
akibat yang akan berlaku jika anda
mendedahkan maklumat peribadi.
menerangkan apa yang
dimaksudkan dengan kecurian
identiti kewangan peribadi.
mengenal pasti cara mengawal
maklumat peribadi.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
menjelaskan kepentingan melindungi
maklumat peribadi.
menyenaraikan tindakan yang boleh
diambil oleh seseorang bagi mencegah
kecurian identiti.
menghuraikan masalah yang timbul apabila
seseorang menjadi mangsa kecurian
maklumat peribadi.
mengenal pasti kesan teknologi atas
keselamatan peribadi.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
mengenal pasti bagaimana
kecurian maklumat peribadi
secara tidak sah boleh berlaku.
mengenal pasti maklumat
peribadi yang penting dan tidak
boleh dikongsikan dengan pihak
yang tidak berkenaan.
membezakan kegiatan yang
betul daripada yang salah.

6.2

Mengenal pasti jenis risiko yang


biasa dihadapi dan cara asas
pengurusan risiko.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
memberi contoh risiko yang biasa
dihadapi di dalam dan di luar rumah.
membuat analisis bagaimana
mengelakkan atau mengurangkan
pelbagai risiko - berdasarkan kajian
kes yang melibatkan murid seperti
aktiviti berbasikal dll.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
membincangkan hubungan antara risiko
dengan insurans.
menyenaraikan kesan kerugian dari segi
kewangan dan bukan kewangan.
menyenaraikan contoh strategi pengurusan
risiko.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
mencadangkan insurans yang
sesuai dengan risiko yang
mungkin dihadapi oleh golongan
remaja.

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
menyenaraikan barangan isi rumah
yang berharga.
menerangkan bagaimana barangan
berharga mungkin rosak atau hilang
dan cara untuk melindungi barangan
tersebut.
mengenal pasti implikasi kerugian
kewangan dan bukan kewangan.
menerangkan kepentingan insurans
dapat mengurangi bebanan akibat
kemalangan, sakit, kematian dll.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
menyenaraikan ancaman utama kepada
pendapatan isi rumah dan aset keluarga.
menerangkan maksud dan kepentingan
insurans/takaful.
menerangkan bahawa insurans merupakan
alat untuk mengurus risiko.
menerangkan bahawa takaful ialah kaedah
perkongsian risiko dalam kalangan peserta
skim takaful.
menilai keperluan individu dan keluarga
terhadap perlindungan insurans/takaful
menggunakan analisis kos melepas.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
memberi contoh beberapa jenis
insurans/takaful dan mengenal
pasti keperluan yang sesuai bagi
setiap jenis.
menentukan pelbagai opsyen
bagi mengurangkan premium
yang perlu dibayar.

6.3

Menerangkan tujuan dan


kepentingan perlindungan
insurans dan takaful.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)

13

SULIT

SULIT

CK6

Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans (samb.)


Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk menggunakan strategi pengurusan risiko secara wajar dan kos efektif bagi meminimumkan kegagalan kewangan dan memelihara kekayaan

CK

Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan


Sekolah Rendah

6.4

Menjelaskan jenis-jenis
perlindungan bukan insurans.

Tahun 1 - 3 (umur 7-9 tahun)


Murid dapat:
menjelaskan bagaimana nota
bertulis, e-mel, atau panggilan
telefon antara sekolah dan rumah
boleh membantu mencegah
daripada menerima maklumat yang
salah.
memahami peranan orang dewasa
dalam menyediakan keselamatan.

Sekolah Menengah

Tahun 4 - 6 (umur 10-12 tahun)


Murid dapat:
memahami kepentingan dokumen
bertulis dan jenis-jenis perlindungan
yang terdapat untuk pelajar.
menjelaskan pelbagai organisasi
yang memberi perlindungan serta
peranan yang dimainkan.

Tingkatan 1 - 3 (umur 13-15 tahun)


Murid dapat:
mengenal pasti jenis dokumen yang
boleh berfungsi sebagai
perlindungan undang-undang.
menjelaskan potensi bahaya akibat
penggunaan dokumen yang tidak
sesuai atau kehilangan dokumen.

Tingkatan 4 - 5 (umur 16-17 tahun)


Murid dapat:
menjelaskan pentingnya undangundang dan dokumen bertulis
dalam melindungi individu.
mengenal pasti jenis dokumen yang
digunakan oleh individu untuk
mengelakkan daripada kerugian
peribadi dan kewangan.
menganalisis jenis perlindungan
yang ada dan kesesuaian
penggunaannya.

14

SULIT

SULIT
KANDUNGAN PENGETAHUAN CELIK KEWANGAN
CK1 - Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya
- Pelajar akan dapat mentakrifkan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi dan dapat mengaitkan antara pendidikan, pendapatan, kerjaya dengan potensi pendapatan peribadi
Pengetahuan Celik Kewangan
Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

Murid akan tahu bahawa:


wang ialah alat pertukaran untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.
mata wang Malaysia terdapat dalam bentuk syiling dan wang kertas.
mata wang syiling dan kertas Malaysia mempunyai pelbagai denominasi dan setiap
denominasi mempunyai nilai yang berbeza.
setiap negara mempunyai mata wang yang berbeza.
setiap negara mempunyai nilai mata wang yang berbeza berbanding dengan ringgit
Malaysia.
sumber pendapatan seseorang boleh diperoleh melalui gaji dan sumber-sumber lain
seperti upah, perniagaan, elaun dan hadiah.
pekerjaan yang berlainan mempunyai pendapatan yang berlainan.
kebiasaannya, mereka yang berjawatan dan bergaji tinggi mempunyai kelayakan yang
tinggi.
pekerja boleh meningkatkan keupayaan mereka untuk menjana pendapatan dengan
memperoleh pengetahuan baru, kemahiran dan pengalaman.
orang ramai perlu membayar pelbagai jenis cukai kepada kerajaan.
kerajaan menggunakan cukai sebagai sumber hasil.
pengguna mempunyai pilihan untuk membuat bayaran sama ada menggunakan wang
tunai, cek, kad kredit, kad debit dan kad prabayar.
bayaran secara kredit adalah lebih mahal berbanding dengan secara tunai.
pendapatan menjejaskan perbelanjaan dan gaji bersih seseorang.

Murid akan tahu bahawa:


mata wang Malaysia boleh ditukar ke mata wang negara lain.
mata wang boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan.
jumlah potongan gaji/upah perlu diambil kira dalam menentukan jumlah gaji bersih seseorang.
wang boleh dipindahkan daripada seseorang kepada seseorang yang lain.
terdapat pelbagai sumber pendapatan yang diperoleh dan pendapatan tanpa usaha
(contohnya hadiah, dividen).
inflasi mengurangkan kuasa beli mata wang.
kos sara hidup boleh mempengaruhi keputusan berbelanja dan gaya hidup seseorang.
manfaat yang diterima oleh seseorang itu boleh dianggap sebagai suatu bentuk pampasan.
pendapatan seseorang menggambarkan pilihan pekerjaan dan kerjaya, taraf kelayakan
akademik dan kemahiran.
upah atau gaji pekerja bergantung kepada kemahiran dan kelayakan akademik, sumbangan
kepada masyarakat dan permintaan terhadap kemahiran atau kelayakan yang dimiliki.
setiap pekerja dan pemilik perniagaan yang layak, bertanggungjawab untuk membayar cukai
atas pendapatan seperti upah atau gaji dan keuntungan daripada perniagaan milik sendiri
kepada kerajaan.
setiap orang yang mendapat perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan perlu membayar
cukai.
pengecualian/jenis potongan gaji dapat mengurangkan pendapatan kena cukai seseorang.

CK2 - Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan


- Pelajar akan dapat membuat keputusan kewangan peribadi secara sistematik berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai
Pengetahuan Celik Kewangan
Sekolah Rendah
Murid akan tahu bahawa:
setiap keputusan untuk menyimpan mempunyai kos melepas.
setiap keputusan kewangan harus dibuat secara sistematik dan tersusun.
pengguna yang berhemat akan membuat perbandingan antara manfaat yang akan
diperoleh dengan kos yang ditanggung, bagi setiap pilihan perbelanjaan sebelum
membuat sesuatu keputusan.
maklumat mengenai barangan dan perkhidmatan boleh didapati melalui pelbagai
sumber.
orang ramai mengikat kontrak bertulis dan kontrak lisan.

Sekolah Menengah
Murid akan tahu bahawa:
pilihan yang dibuat semasa membuat keputusan kewangan mempunyai faedah, kos dan kesan
pada masa hadapan.
pengguna perlu membuat perbandingan harga sebelum berbelanja bagi mendapatkan nilai yang
terbaik bagi wang mereka.
pengguna yang bijak tidak akan bergantung kepada kenyataan dalam iklan semata-mata untuk
mendapatkan maklumat tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan.
murid harus menerima hakikat bahawa kedudukan kewangan masa hadapan setiap individu
merupakan tanggungjawab masing-masing.
sikap dan nilai seseorang mempengaruhi keputusan kewangan yang dibuat.
khidmat nasihat kewangan boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti perunding kewangan
professional, buku dan Internet.
faktor-faktor seperti model peranan (role model), dan desakan rakan sebaya mempengaruhi corak
perbelanjaan.
tingkah laku yang tidak beretika memberi kesan negatif terhadap masyarakat secara keseluruhan.
orang ramai mempunyai hak dan tanggungjawab apabila mengikat kontrak.
penipuan kewangan wujud dalam pelbagai bentuk yang berlainan, termasuk penipuan dalam talian.

15

SULIT

SULIT
CK3 - Pengurusan dan Perancangan Kewangan
- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan menguruskan wang secara berkesan dengan mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan
Pengetahuan Celik Kewangan
Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

Murid akan tahu bahawa:


langkah pertama ke arah menetapkan matlamat kewangan ialah mengenal pasti keperluan dan
kehendak dan menyenaraikannya mengikut keutamaan.
wang merupakan sumber yang terhad, sedangkan kehendak seseorang tidak terhad.
terdapat pelbagai cara penjimatan (contohnya air, elektrik).
bajet merupakan pelan supaya pendapatan digunakan secara efektif dan teratur. Ia termasuk pelan
untuk simpanan, perbelanjaan, derma dan menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan.
setiap keputusan berbelanja mempunyai kos melepas.
setiap keputusan berbelanja mempengaruhi simpanan.
membuat perbandingan ketika membeli-belah dapat membantu orang ramai mendapat nilai terbaik bagi
wang mereka.
bayaran secara tunai dan kredit mempunyai kos melepas masing-masing.
orang rami perlu mengetahui perbezaan antara matlamat jangka pendek dan jangka panjang dan boleh
mewujudkan matlamat yang tepat pada masanya dan boleh dicapai.

CK4

Murid akan tahu bahawa:


bajet merupakan alat untuk mengenal pasti pendapatan dan perbelanjaan ,
termasuk penjimatan bagi membantu orang ramai hidup dalam batas
pendapatan masing-masing.
kunci utama dalam membina kekayaan ialah berbelanja kurang daripada
pendapatan.
sesuatu pelan kewangan peribadi harus meliputi komponen berikut: matlamat
kewangan, penyata nilai bersih, rekod pendapatan dan perbelanjaan, pelan
insurans, pelan simpanan dan pelaburan dan bajet.
menghasilkan matlamat perlu mengikut keutamaan keperluan dan
kehendak'yang spesifik, realistik, dan boleh diukur.
perubahan yang berlaku ke atas pekerjaan/pendapatan, kadar inflasi dan
kehidupan peribadi boleh mempengaruhi keputusan kewangan.
membuat keputusan secara sistematik dapat membantu orang ramai
menetapkan matlamat kewangan jangka pendek dan jangka sederhana.

- Simpanan dan Pelaburan


- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mencapai matlamat jangka panjang yang berkaitan dengan simpanan dan pelaburan bagi membina jaminan kewangan dan
kekayaan
Pengetahuan Celik Kewangan
Sekolah Rendah
Murid akan tahu bahawa:
orang ramai menyimpan wang untuk keperluan
masa hadapan.
menyimpan wang dalam tabung merupakan satu
bentuk simpanan. Menyimpan dalam akaun
simpanan dan melabur dalam bon simpanan
adalah cara untuk memperoleh wang daripada
pendapatan yang tidak dibelanjakan.
wang yang disimpan/dilaburkan dalam institusi
kewangan adalah lebih selamat. Nilai wang
tersebut akan bertambah disebabkan faedah atau
pulangan yang dibayar oleh institusi kewangan.
nilai simpanan dan pelaburan boleh bertambah.

Sekolah Menengah
Murid akan tahu bahawa:
simpanan merupakan sebahagian daripada pendapatan yang disisihkan bertujuan untuk kecemasan dan memenuhi keperluan
matlamat jangka pendek.
pelaburan merupakan cara untuk menjana pendapatan yang lebih untuk kegunaan masa hadapan.
dana untuk pelaburan ialah daripada pendapatan semasa yang tidak dibelanjakan.
setiap jenis pelaburan masing-masing mempunyai potensi kadar pulangan, kecairan dan tahap risiko yang berbeza.
kebiasaanya terdapat perhubungan positif antara pulangan purata tahunan dengan pelaburan dan risiko.
faedah kompaun ialah faedah yang dibayar atas pelaburan asal dan faedah yang diterima pada tahun sebelumnya.
inflasi mengurangkan pulangan daripada pelaburan dan nilai simpanan.
peraturan 72 merupakan cara untuk membantu pelabur membuat anggaran tempoh yang diperlukan bagi menggandakan wang
pelaburan mereka.
membuat keputusan secara sistematik dapat membantu orang ramai menentukan masa untuk melabur wang tunai yang tidak
diperlukan bagi perbelanjaan jangka pendek atau semasa kecemasan.
pelabur boleh mendapat maklumat tentang pelaburan daripada pelbagai sumber.
terdapat pelbagai cara pembelian dan penjualan pelaburan.
kekayaan akan bertambah dengan kekerapan pelaburan, tempoh masa dan pengkompaunan.
kepelbagaian (diversification) merupakan teknik yang dapat mengurangkan risiko dengan memperuntukkan pelaburan di dalam
pelbagai portfolio dan kategori.
pemurataan kos ringgit mengurangkan kos pelaburan dalam tempoh masa tertentu dan menggalakkan pelaburan secara tetap.
agensi seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti mengawal selia institusi perbankan dan syarikat pelaburan bagi
mengelakkan penyelewengan kewangan.
insurans deposit melindungi penyimpan/pelabur.
pelbagai perkembangan dalam pasaran mempunyai impak terhadap harga saham dan lain-lain simpanan dan pelaburan.

16

SULIT

SULIT
CK5

Pengurusan Kredit dan Hutang


Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berkaitan dengan hutang yang ditanggung dan dapat mengekalkan kepercayaan
kredit
Pengetahuan Celik Kewangan
Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

Murid akan tahu bahawa:


kredit merupakan salah satu daripada alat kewangan yang asas.
pembelian secara kredit melibatkan kos yang lebih tinggi berbandingkan secara
tunai kerana peminjam harus membayar balik wang yang dipinjam beserta
dengan faedahnya sekali.
peminjam mempunyai tanggungjawab moral untuk membayar balik setiap
pinjaman.
peminjam bertanggungjawab membayar balik pinjaman seperti yang dijanjikan,
supaya mereka wajar dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan kredit pada
masa hadapan.

CK6

Murid akan tahu bahawa:


membandingkan kos dan faedah membuat bayaran secara kredit merupakan kunci utama untuk
membuat keputusan berbelanja yang bijak.
bagi setiap jumlah pinjaman dan kadar faedah, semakin lama tempoh pinjaman, semakin rendah
bayaran bulanan, semakin banyak pula jumlah terkumpul bayaran kredit yang perlu dibayar.
pengguna boleh memilih untuk mendapatkan kemudahan kredit daripada pelbagai sumber.
Biro Kredit pada amnya mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan dan
menyalurkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan berkenaan dalam bentuk laporan
kredit melalui sistem yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit
Reference Information System, CCRIS).
meminjam lebih daripada kemampuan untuk membayar akan mengakibatkan peminjam menghadapi
masalah pemilikan semula barangan atau menerima notis garnisan.
pemajakan, pembelian secara kredit dan sewa beli mempunyai terma, kontrak dan kos yang berbeza.
dengan membuat bayaran minimum, tempoh yang diambil oleh pengguna untuk menjelaskan hutang
kad kredit akan menjadi lebih lama dan jumlah kos juga meningkat disebabkan kadar faedah yang
tinggi.
memahami terma dan syarat kad kredit dapat membantu mengawal kos bayaran kad kredit.
pengguna yang menghadapi beban hutang yang banyak mempunyai pelbagai opsyen, termasuk
berunding dengan institusi kewangan untuk penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman.
Sekiranya menghadapi jalan buntu, pengguna boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan
Pengurusan Kredit.
laporan kredit yang negatif akan memberi kesan kepada urusan kewangan anda di institusi kewangan
pada masa hadapan.

Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans


Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk menggunakan strategi pengurusan risiko secara wajar dan kos efektif bagi meminimumkan kegagalan kewangan dan memelihara kekayaan
Pengetahuan Celik Kewangan
Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

Murid akan tahu bahawa:


Murid akan tahu bahawa:
semua orang mempunyai 'identiti'.
strategi pengurusan risiko merangkumi pengelakan dan kawalan risiko, dan pemindahan risiko melalui
kecurian identiti berlaku apabila maklumat peribadi (seperti kad pengenalan, kad
pembelian insurans.
kredit, kad ATM dan lain-lain) dicuri dan digunakan untuk tujuan jenayah.
transaksi dalam talian boleh menyebabkan pengguna terdedah kepada pencerobohan privasi dan
setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai risiko.
pencurian identiti.
risiko tidak dapat dielakkan sama sekali. Walau bagaimanapun, risiko dapat
undang-undang dan peraturan diwujudkan untuk melindungi pengguna daripada pelbagai amalan
dikurangkan melalui pembelian insurans.
yang tidak beretika dan penyalahgunaan kuasa oleh institusi kewangan.
takaful merupakan alternatif kepada konsep insurans dan ia berdasarkan prinsip
orang ramai membeli insurans bertujuan memindahkan risiko kerugian kewangan kepada syarikat
Syariah.
insurans.
insurans dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung akibat
terdapat pelbagai jenis insurans termasuk insurans kesihatan, penjagaan jangka panjang, hilang
kehilangan harta benda, kemalangan, kematian dan kecacatan anggota badan.
upaya, empunya rumah/penyewa, insurans motor, insurans hayat dan insurans liabiliti.
terdapat pelbagai jenis perlindungan bukan insurans yang disediakan untuk
insurans menyediakan jaminan kewangan dan ketenangan fikiran dan ia bukan bertujuan menjadikan
pelajar.
seseorang itu lebih baik berbanding sebelum berlaku kerugian.
insurans memberi manfaat pada sesuatu pelan kewangan kerana ia membantu mengurangkan beban
kewangan individu.

17

SULIT

You might also like