You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

KALI PERTAMA 2015


Tarikh
Masa
Tempat

: 10 Februari 2015 / Selasa


: 1.15 tengahari
: Bengkel KH

Kehadiran
:
1) En. Rohan bin Mohammad
2) En. Samsul Fadly bin Abdullah
3) En. Mohd Shamsull bin Mohd Zam
4) En. Abd Al Fatah bin Abu Bakar
Agenda
1.
2.
3.
4.
5.

:
Ucapan Pengerusi
Peraturan dan Keselamatan Bengkel
Perancangan 2015
Pembelajaran dan Persediaan Mengajar
Hal-hal Lain

BIL
AGENDA
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Tuan pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan
mengalu-alukan kedatangan semua guru atas kesudian
menghadiri Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali
yang pertama ini.

TINDAKAN

1.2 Tuan pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru baru


selaku ahli baru Panitia Kemahiran Hidup.
1.3 Tuan pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada
semua ahli panitia yang telah menjalankan tugas dengan
baik selama ini.

Makluman guru

1.4 Meminta supaya semua guru


memberi komitmen
terhadap tugas walaupun KH bukanlah matapelajaran
wajib untuk peperiksaan UPSR.
2.

Perturan dan Keselamatan Bengkel


2.1 Sentiasa mengawasi murid-murid semasa berada di
dalam bengkel memandangkan banyak peralatan yang
tajam dan bahaya di dalam bengkel KH.
2.2 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru supaya
tidak membenarkan murid meletakkan beg bersamasama dengan mereka.
2.3 Guru mesti menasihatkan pelajar supaya datang awal ke

Semua guru

bengkel.
2.4 Guru juga mestilah sentiasa ingatkan murid supaya
mematuhi peraturan bengkel dan sentiasa menjaga
keselamatan semasa di bengkel.
2.5 Pengerusi meminta kerjasama semua guru supaya
memastikan bengkel berada dalam keadaan bersih,
kemas dan ceria.
3.

Perancangan 2015
3.1 Semua AJK diminta 2member i idea dan kerjasama
untuk menceriakan bengkel KH terutama dari aspek
penyusunan peralatan dan bahan-bahan.
3.2 Mengadakan Minggu Keusahawanan dan Hari Kantin
untuk murid tahun 6.

4.

Makluman guru

Makluman guru

Pembelajaran dan Persediaan Mengajar


4.1 Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan rancangan

pelajaran tahunan (RPT), rancangan pelajaran harian


(RPH) dan huraian sukatan pelajaran (HSP) hendaklah
disediakan dengan lengkap dan mengikut format yang
sedia ada.
4.2 Pengerusi memberitahu bahawa HSP boleh dimuat naik

melalui laman web www.moe.gov/bpk

4.3 Pengerusi menjelaskan bahawa buku Rekod Mengajar

Guru tahun 6 mengikut format KBSR.


Makluman guru
4.4 Pengerusi berharap semua guru menyediakan buku

Rekod Mengajar Guru sehari sebelum pengajaran dan


pembelajaran berlangsung
5.

Analilis Perperiksaan Akhir 2014 - Lampiran

6.

Hal-hal lain
6.1 Pengerusi mengingatkan kepada guru yang
bertanggungjawab menjaga bengkel supaya menyemak
dan mengemakini buku stok bengkel dan memulangkan
peralatan yang dipinjam ke tempat asal.
6.2 Pengerusi juga memaklumkan kepada semua guru
supaya merekodkan waktu penggunaan bengkel dan
kelas.

6.3 Guru diingatkan sekali lagi supaya memastikan


keselamatan sangat diutamakan ketika berada dalam
bengkel.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

........
(SAMSUL FADLY ABDULLAH)
KP Kemahiran Hidup

.
( ROHAN MOHAMMAD )
PK Pentadbiran

You might also like