You are on page 1of 4

Solat tahajjud ini biasanya dilakukan pada pertengahan malam selepas bangkit dari tidur

atau sepertiga malam walaupun selepas tidur sekejap. Bermula waktunya selepas
menunaikan solat isyak bersama 2 rakaat ba'diyahnya sehinggalah datang waktu subuh.
Solat ini tidak mempunyai bilangan rakaat yang tertentu, paling sedikit 2 rakaat dan yang
paling banyak tidak terhad.

NIAT









Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala.
DOA-DOA SOLAT TAHAJJUD













"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan
peliharalah kami dari azab neraka"



Maksudnya : "Ya Allah ! BagiMu kepujian, Engkau cahaya di langit dan di bumi, bagi
Engkau kepujian, Engkau yang mendirikan langit dan bumi, bagi Engkau kepujian,
Engkau Tuhan di langit dan di bumi dan segala yang terkandung padanya, Engkau Yang
Maha Benar, dan janji engkau adalah benar, dan percakapan Engkau adalah benar, dan
bertemu dengan Engkau adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar,
dan hari kiamat adalah benar, Ya Allah ! KepadaMu aku telah berserah, dan denganMu
aku beriman, dan kepadaMu akau bertawakal, dan kepadaMu aku bertaubat, dan
kepadaMu aku mengadu, dan ke arah Engkau aku menghakimi, ampunilah dosa-dosa

yang telah aku dahulukan dan kemudiankan dan rahsiakan dan lahirkan, Engkau
Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau"
Sesudah itu bacalah istigfar banyak-banyak, sama ada membaca istighfar biasa atau
sayyidil istighfar.





Maksudnya

"Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah
menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu
sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku
lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan
dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat
mengampunkan segala dosa melainkan Engkau"

Solat ini dilakukan pada waktu Dhuha iaitu pada saat matahari naik lebih kurang
sepenggalahan (istiwak). Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah 8 rakaat
dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang
boleh dikerjakan oleh 2 rakaat.

NIAT DHUHA

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala.

SURAH YANG DIBACA


Tiada ditemui riwayat tentang surah-surah yang dibaca oleh Nabi SAW. dalam solat ini.
Antara surah yang dianjurkan ulamak ialah Surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas atau AsSyams dan Ad-Dhuha.
DOA SOLAT DHUHA






.



Maksud :
Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah
keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu,
kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya
Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika
berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika
haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu,
Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada
kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Solat ini dilakukan apabila kita menghendaki sesuatu pemilihan antara dua perkara atau
lebih yang mana memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan
yang terbaik.
NIAT ISTIKARAH











Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah
Taala"
DOA



....








....


















Maksudnya : "Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan
pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan
aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya
Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui
sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib.
Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini . Berkebajikan
bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat,
maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku
padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini . Mendatangkan
keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat,
maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian
redhalah akan daku dengannya" (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang
bertitik).

You might also like