You are on page 1of 7

Unit 1 Pengenalan Asas Pengurusan Da

ta|1

UNIT PELAJARAN 1

PENGENALAN ASAS PENGURUSAN DATA

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1.

Mentakrifkan pengumpulan dan pengurusan data, perwakilan data, ukuran


kecenderungan memusat dan sukatan serakan.

2.

Menyenaraikan pengetahuan
pengumpulan

dan

kandungan

pengurusan

data,

pedagogi
perwakilan

untuk
data,

tajuk
ukuran

kecenderungan memusat dan sukatan serakan.


3.

Membuat rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan


tajuk pengumpulan dan pengurusan data, perwakilan data, sukatan
kecenderungan memusat dan sukatan serakan.
Unit 1 Pengenalan Asas Pengurusan Da

ta|2

PENGENALAN

engurusan data merupakan satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian.
Pengetahuan tentang pengurusan data dapat membantu pelajar mengendalikan
aktiviti seharian mereka. Skop bidang pembelajaran ini merangkumi pengumpulan
dan pengurusan data, perwakilan data, ukuran kecenderungan memusat dan sukatan serakan.
Kemahiran yang akan dibincangkan ialah:
Pengumpulan dan Pengurusan Data
a.

Pengenalan pengumpulan dan pengurusan data;

b.

Pembolehubah dan data;

c.

Pengumpulan data.

Perwakilan data
a.

Pengenalan;

b.

Pengumpulan data;

c.

Jadual senarai dan gundal;

d.

Interpretasi data.

Sukatan Kecenderungan Memusat


a.

Pengenalan;

b.

Sukatan kecenderungan memusat bagi data tak terkumpul (min, mod dan median);

c.

Sukatan kecenderungan memusat bagi data terkumpul (min, mod dan median).
Unit 1 Pengenalan Asas Pengurusan Da

ta|3

Sukatan Serakan
a.

Pengenalan;

b.

Julat;

c.

Varians dan sisihan piawai;

d.

Sukatan serakan berdasarkan kuartil;

e.

Sukatan serakan berdasarkan persentil;

f.

Kaedah graf untuk menentukan kuartil dan persentil bagi data terkumpul.

Tajuk ini meliputi idea intuitif konsep matematik tentang pengurusan data. Pengurusan data
memainkan peranan yang sangat penting dalam hidupan harian. Ia adalah biasa dan amalan
kemahiran matematik ini digunakan dalam sains dan hidupan seharian. Pengurusan data adalah
satu daripada tajuk yang menarik dalam

kurikulum matematik sekolah. Oleh itu, murid perlu

belajar konsep dan proses yang berkaitan dengan pengurusan data melalui penglibatan aktif
daripada situasi pelbagai amalan.

PENGETAHUAN KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK)

Pengetahuan berhubung dengan aspek kandungan dan pedagogi adalah penting untuk mengajar
tajuk-tajuk berikut :
Pengertian pengumpulan dan pengurusan data, perwakilan data, sukatan
kecenderungan memusat dan sukatan serakan.
Urutan bagi pengajaran dalam asas pengurusan data.
Apakah pengumpulan dan pengurusan data?
Unit 1 Pengenalan Asas Pengurusan Da
ta|4

Apakah perwakilan data?


Apakah sukatan kecenderungan memusat?
Apakah sukatan serakan?

Pengumpulan dan Pengurusan Data

Dalam unit ini, perbincangan mengenai bagaimana data dikumpulkan dan diuruskan dengan
kaedah yang bersesuaian. Sebelum itu, apa itu pemboleh ubah kuantitatif dan pemboleh ubah
kualitatif turut dikenalpasti. Begitu juga dengan data kuantitatif dan data kualitatif. Dua jenis data

kuantitatif akan diperkenalkan iaitu data diskret dan data selanjar. Setelah mengenali apa itu
pemboleh ubah dan jenis-jenis data, bagaimana hendak mengumpulkan data mengikut taburantaburan tertentu pula diperkenalkan. Penerangan berserta contoh-contoh berkaitan dengan
taburan kekerapan dan taburan kekerapan relatif disertakan untuk lebih memahami dan
mendalami data dan taburannya.

Perwakilan Data

Perwakilan

data

melibatkan

pengumpulan,

pengurusan,

pewakilan,

mengintepretasi data yang berkaitan dengan pelajar. Apabila

penganalisisan

dan

perwakilan data telah

dilaksanakan, maka barulah keputusan boleh dibuat dan pada masa yang sama, proses kenapa
keputusan itu dibuat boleh dilihat. Cara terbaik untuk mempelajari cara melaksanakan perwakilan
data adalah dengan menjalankan projek di mana sesuai isu diterokai dan diilutrasikan melalui
beberapa
h

proses

dan

kemahiran.

Peringkat-peringkat

dalam

perwakilan

data

adala

Unit 1 Pengenalan Asas Pengurusan Da


ta|5

permasalahan, mengemukakan soalan, pengumpulan data, data, analisis data dan keputusan
interpretasi.

Sukatan Kecenderungan Memusat

Terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan memusat iaitu min, mod dan median. Min adalah
purata
an

satu

kumpulan

data.

Min

dikira

dengan

menjumlahkan

semua

nombor

membahagikannya dengan bilangan nombor tersebut. Ia juga menggambarkan prestasi


keseluruhan untuk tujuan perbandingan. Min juga berguna semasa mengira sisihan piawai dan
skor sisihan. Mod pula ialah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu
taburan. Manakala median ialah skor tengah dalam satu susunan taburan menaik atau menurun.

Median boleh dikirakan dengan membahagikan satu set skor yang tersusun kepada dua
bahagian yang sama.

Sukatan serakan

Sukatan serakan menghuraikan amaun sebaran antara nilai-nilai set data yang diperhatikan. Set
data yang tersebar luas akan mempunyai nilai sukatan serakan yang lebih besar berbanding
dengan set data yang berkumpul rapat. Dalam unit ini, akan dibincangkan beberapa jenis
sukatan serakan seperti julat, sisihan piawai dan varians serta sukatan serakan berdasarkan
kuartil dan persentil.
Unit 1 Pengenalan Asas Pengurusan Da
ta|6

MISKONSEPSI DALAM PENGURUSAN DATA

Kadang kala kita sebagai guru sering bertanya dalam hati, Mengapakah ramai pelajar termasuk
pelajar yang cerdik memberi jawapan yang salah kepada soalan yang mudah?
Mereka
seharusnya boleh menguasai kemahiran matematik dengan mudah. Ya, keadaan ini sering
berlaku di kalangan pelajar kita. Pelajar sentiasa menghadapi masalah semasa menjawab soalan
matematik. Pernahkah kita merenung kembali penyebab kepada masalah ini? Adakah perlu kita
berusaha membantu dan membimbing pelajar kita yang menghadapi masalah ini? Kesukaran
pelajar dalam mempelajari sesuatu kemahiran baru mungkin disebabkan oleh miskonsepsi yang
wujud untuk tajuk tersebut.

Miskonsepsi membawa maksud kefahaman, tanggapan atau kepercayaan yang berbeza


daripada kefahaman yang diterima pakai pada satu-satu masa (yang membawa maksud satu
kesalahan).

Miskonsepsi akan menjadi halangan untuk melangkah ke tajuk yang seterusnya

sekiranya tidak diselesaikan dengan segera. Sebagai seorang guru, kita haruslah selalu peka

terhadap penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran. Sebaik sahaja mendapati pelajar
melakukan kesilapan, tugas guru ialah mencari sebab dan cara mengatasi supaya dapat
membetulkan kesilapan mereka.

RUMUSAN
Konsep matematik hendaklah dibina melalui interaksi bersahaja di dalam suasana pembelajaran
yang kaya dengan kepelbagaian dan bukannya terkongkong oleh arahan aktiviti guru yang terlalu
Unit 1 Pengenalan Asas Pengurusan Da
ta|7

berstruktur.

Aktiviti pengumpul data dan analisis data seharusnya memberi peluang pelajar

untuk membina dan memahami konsep dan proses-proses mengenai asas pengurusan data.
Sebahagian daripada pengalaman mengenai konsep dan proses itu ialah perbendaharaan kata.
Seterusnya kemahiran mengumpul dan mengelaskan ini sangat penting untuk digunakan dalam
semua aspek kehidupan seharian. Kita perlu mengumpul pelbagai data setiap hari: memadan;
membanding dan menyusun. Seterusnya apabila seseorang bijak menyelesaian masalah,
mereka dapat menyusun maklumat terlebih dahulu dan membuat kesimpulan serta dapat
membuat jangkaan mengenai situasi masa hadapan. Lebih pelbagai pengalamannya, akan
menjadikannya seorang yang lebih fleksibel.

Unit 1 Pengenalan Asas Pengurusan Da


ta|8

Rujukan
Weiss, N. A. (2005). Introductory Statistics (7th Ed.). Boston: Pearson & Addison Wesley.
Utts, J. M., & Heckard, R. F.(2004). Mind on Statistics (2nd Ed.). Belmont, CA: Thomson Learning.