You are on page 1of 14

TINGKAHLAKU MURID DISLEKSIA DALAM KELAS

BAB 1

1.1

PENGENALAN

Kajian ini dijalankan bagi melihat tabiat belajar murid bermasalah


pelajaran kategori murid disleksia. Tabiat belajar murid dalam kelas
berbeza di antara satu sama lain. Tambahan pula jika murid terbabit
merupakan murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Kajian kes
ini akan memberi tumpuan kepada tabiat murid disleksia belajar ketika
berada dalam kelas.
1.2

LATARBELAKANG KAJIAN

Kajian kes ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf, Batu


Gajah, Perak. Murid yang dikaji merupakan murid disleksia yang berada
di kelas inklusif secara separuh masa. Pemerhatian dijalankan ke atas
corak dan tabiat tingkahlaku murid disleksia ketika belajar dalam kelas
pendidikan khas. Pemerhatian dijalankan dengan menggunakan senarai
semak tingkahlaku murid berdasarkan aspek tingkahlaku agresif,
tingkahlaku pasif, tingkahlaku kognitif, masalah emosi dan tingkahlaku
negatif sosial.
1.3

SOALAN KAJIAN

1.3.1 Apakah tingkahlaku yang kerap dilakukan oleh murid disleksia ketika
berada dalam kelas?
1.3.2 Apakah aspek tingkahlaku yang dominan bagi murid disleksia?
BATASAN KAJIAN

Kajian hanya dijalankan ke atas murid disleksia di SK Sultan Yusuff dan


tidak merangkumi keseluruhan populasi yang ada. Kekangan masa dalam
menyiapkan kajian juga merupakan batasan dalam kajian. Walaupun
kajian ini dijalankan dalam kuantiti yang kecil, namun kajian ini penting
bagi guru untuk mengetahui realiti sebenar tentang tingkahlaku murid
disleksia. Kajian ini juga dapat memberi gambaran mengenai kaedah
pembelajaran yang bersesuaian supaya pelajar disleksia dapat keluar dari
kelompok pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran yang
lebih serius.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian adalah untuk melihat tabiat murid disleksia dalam
kelas dan menjalankan langkah-langkah intervensi bagi mengelakkan
murid disleksia melakukan kesalahan yang sama. Ia juga sebagai rujukan
guru untuk mengetahui dan seterusnya memahami tabiat murid disleksia
belajar. Pendedahan ini dapat membantu guru memilih kaedah pengajaran
yang dapat menambahbaik pembelajaran murid disleksia. Dengan kajian
ini juga adalah diharapkan:
(i)

Dapat memberikan gambaran dan pendedahan kepada guru


mahu pun ibu bapa untuk mengetahui secara mendalam
mengenai tabiat tingkahlaku murid disleksia kerana masalah ini
akan

menjadikan

mereka

mengalami

kesukaran

dalam

pembelajaran.
(ii)

Dapat menjadi sumber rujukan dan panduan kepada guru


mengenali serta memahami permasalahan murid disleksia.

(iii)

Dapat membuat andaian dan merumuskan tahap masalah murid


disleksia agar langkah modifikasi tingkahlaku dapat dijalankan.

DAFTAR ISTILAH
Disleksia
Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dari aspek bacaan,
pertuturan,

dan

tingkahlaku

tingkahlaku.

bermasalah.

Disleksia
Disleksia

sering

disalahtafsir

merupakan

masalah

sebagai
dalam

perkembangan murid yang mempengaruhi kebolehan seseorang untuk


membaca dan menulis.
Tabiat
Sesuatu perlakuan yang sering dilakukan secara berulang-ulang. Tabiat
merupakan tindakan seseorang dalam melakukan sesuatu yang digemari
atau menjadi rutin dalam kehidupannya.
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
Bagi mengenalpasti masalah murid disleksia, Rosana (1998) telah
menyenaraikan ciri kanak-kanak disleksia iaitu kosa kata tulisan tidak
seimbang berbanding kosa kata lisan, lambat dalam tindakan berlisan,
lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa
pada hari berikutnya, kurang kemahiran mengeja pada tahap yang
sepatutnya, faham bahan pengajaan dalam kelas tetapi merosot dalam
ujian, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang. Manakala menurut
Jamilah Ahmad (1999), menyenaraikan pelbagai ciri masalah tingkahlaku murid yang lemah
dalam pelajaran:
1. Aspek mental

a) Lambat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar sama ada kemahiran lisan, bacaan
atau penulisan.
b) Lemah atau lambat dalam mengubahsuai pengetahuan mengikut berbagai-bagai situasi
pembelajaran.
c) Lambat memahami atau memastikan sesuatu perkataan atau membentuk sesuatu
konsep.
2. Aspek fizikal
a) Selalu lupa tentang sesuatu perkata yang telah diajar.
b) Lemah pengamatan, penglihatan dan pendengaran.
c) Cepat letih

3. Aspek sikap
Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti-aktiviti p&p.
4. Aspek sosial
Suka bersendirian dan mempunyai konsep kendiri negatif.
5. Aspek emosi
Mempunyai masalah tingkah laku, malu dan cepat bosan.

Chow, 1992 menyatakan bahawa disleksia dirujuk kepada beberapa ciri


iaitu seperti:
(i) kesukaran berbahasa
(ii) ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual
(iii) tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak
(iv) tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru
tulisan dari papan hitam atau buku).
(v) mata mudah menjadi penat setelah beberapa minit menumpu
perhatian kepada tulisan,
(vi) daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual).

BAB 3
METODOOGI
Metadologi kajian adalah dengan menjalankan pemerhatian ke atas lima
orang murid disleksia dengan menggunakan senarai semak tingkahlaku
murid. Guru akan membuat pemerhatian dan menyatakan skala bermula
dari tiada hingga ke kerapkali/teruk. Tabiat murid disenaraikan mengikut
kategori

berdasaarkan

aspek

perlakuan

agresif,

perlakuan

pasif,

tingkahlaku kognitif, masalah emosi dan tingkahlaku negatif sosial.


Senarai semak yang digunakan adalah Senarai Semak Tingkahlaku yang
dibuat oleh KDPK pada tahun 1997 dan diubahsuai mengikut kesesuaian
bagi mendapat hasil kajian yang lebih baik.

BAB 4
DAPATAN KAJIAN

Jadual 1 : Perlakuan Agresif

PERLAKUAN AGRESIF
4
3
2

Perlakuan Agresif
Jadual 1 menunjukkan 2 dari 5 orang murid sering menunjukkan
tingkahlaku seperti merosakkan harta sendiri/ orang lain, selalu berkelahi,
mengacau/membuli dan melakukan perlakuan negatif secara tiba-tiba. 1
dari 5 orang murid menunjukkan tingkahlaku seperti cepat marah, panas
baran dan hyperaktif. Selain itu, 3 dari 5 murid disleksia sering
mempamerkan

tingkahlaku

tantrum.

Tingkahlaku

degil

merupakan

kekerapan paling tinggi di mana 4 dari 5 orang murid disleksia


mempamerkan sikap sedemikian ketika berada dalam kelas. Melalui data
yang telah dikumpul, didapati bahawa tiada murid disleksia yang
mempamerkan tingkahlaku mencederakan diri sendiri atau mencederakan
orang lain.

Jadual 2 : Perlakuan Pasif

PERLAKUAN PASIF
4

Memencilkan diri

Pendiam

Malas

Pemalu

Cepat letih

Perlakuan Pasif
Jadual 2 menunjukkan 1 dari 5 orang murid menunjukkan tabiat
memencilkan diri. Data juga menunjukkan 2 dari 5 orang murid telah
menunjukkan tabiat tidur/mengantuk ketika dalam kelas, lembab dan
cepat letih. Selain itu, 3 dari 5 murid mempamerkan perlakuan sugul
(tidak ceria), tiada respon ketika disoal, dan malas dalam menyertai
aktiviti yang dijalankan dalam kelas. Murid dilihat sering mempamerkan
sikap pendiam dan pemalu dengan kekerapan 4 dari 5 orang murid
melakukan sikap tersebut ketika proses pembelajaran.

Jadual 3 : Perlakuan Negatif

PERLAKUAN KOGNITIF
4

3
2

2
1

Perlakuan Negatif
Jadual 3 menunjukkan perlakuan kognitif murid disleksia ketika berada
dalam kelas. Tiada murid disleksia tidak boleh menulis seperti yang
diarahkan oleh guru. Hanya 1 dari 5 orang murid tidak memahami konsep
pelajaran yang telah diajar oleh guru. Murid dilihat cenderung menunjukan
ciri kognitif seperti tidak boleh membaca dengan baik seperti kanak-kanak
seusia dengannya, tidak menghantar kerja, hasil kerja yang tidak kemas
dan gagal dalam peperiksaan dengan 2 dari 5 orang murid melakukan
sikap sedemikian ketika berada dalam kelas. 3 dari 5 orang murid dilihat
mempamerkan

sikap

kurang

menumpukan

perhatian

dan

tidak

menyiapkan kerja yang telah diberi. Kekerapan paling tinggi dengan 4 dari
5 orang murid menunjukkan sikap sukar memahami, tidak boleh
menjawab soalan, tidak memahami arahan dengan baik serta cepat lupa.

Jadual 4 : Perlakuan Masalah Emosi

MASALAH EMOSI
3

Perlakuan Masalah Emosi


Jadual 4 menunjukkan ciri-ciri perlakuan negatif murid ketika berada
dalam kelas. Data mencatatkan bahawa tiada murid mempamerkan sikap
muring, ketawa secara tiba-tiba, menjerit secara tiba-tiba, dan gagap
dalam pertuturan. Hanya seorang dari 5 murid menunjukkan sikap sedih,
cemas,

membebel,

cemburu,

pendendam,

menarik

perhatian

dan

mengada ketika guru mengajar dalam kelas. 2 dari 5 murid menunjukkan


reaksi risau, menyampuk ketika guru mengajar, merajuk, berbohong dan
panik/gelabah. Menurut data, tabiat murid disleksia dalam kelas adalah

termenung, fobia/takut, gemuruh, tersinggung/cepat terasa, enggan


bercakap dan tidak yakin dengan kekerapan 3 dari 5 orang murid
melakukan sikap tersebut.

Jadual 5 : Perlakuan Negatif Sosial

PERLAKUAN NEGATIF SOSIAL


3

Perlakuan Negatif Sosial


Jadual 5 mencatatkan perlakuan negatif sosial yang sering dilakukan oleh
murid disleksia. Tiada murid dilihat keluar secara tiba-tiba dari kelas ketika
proses mengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hanya seorang dari 5
murid menunjukkan perlakuan menghisap jari/mengigit kuku dan bosan.
Kekerapan paling tinggi yang dilihat sering dilakukan oleh murid disleksia
dengan 3 dari 5 murid telah menunjukkan perlakuan seperti berpura
mengasah pensil, berjalan-jalan sewaktu pengajaran dan pembelajaran,

berpura-pura mencari barang, sering keluar ke tandas dan tidak senang


duduk di kerusi.

BAB 5
PERBINCANGAN

Bibliografi
Jamilah Ahmad.(1999). Penduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu
KBSR & KBSM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Buku
Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan
3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kamarudin Hj. Husin. (1993) . Pedagogi 3: Penggunaan Psikologi dalam
Bilik Darjah. Selangor: Longman.
Kamaruddin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa.Selangor: Longman.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1992). Siri Panduan Guru Kurikulum Baru
Sekolah Rendah, Jilid 3: Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rajesvari a/p Ramasamy. (2008). Masalah Disleksia dalam Kalangan


Murid-Murid Pemulihan di Sekolah Rendah, Pulau Pinang. Dimuat turun
daripada <http://eprints.usm.my/9988/1
Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas Perkhidmatan
Pendidikan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bold. 2000. Disleksia : kit penerangan asas. Pulau Pinang: Bureau on
Learning.
Carolie,

L.1998.

Dyslexia:

Petanda

dan

gejala.

Buletin

Persatuan

Kesukaran Pembelajaran
Spesifik Wilayah Persekutuan. Bil.1/98 Mac 1998: 4. Institute Paediatric,
Hospital
Kuala Lumpur.
Drake, C. 1989.The terminology trap. Dlm R. E. Cocen, & J. C. Needly
(pnyt) Learning
disability law. New York: Committee on Juvenile Justice, Dyslexia and other
Language
Disabilities of the Appellate Division of the Supreme Court of the State of
New
York.
Hammond, L & Hughes, P. 1990. When bright kids fail: how to help
children overcome
specific learning difficulties. Australia: Simon and Schuster.
Irwin, G. 2000. Dyslexia. Manila: BSM SEN Conference.
Simptom Disleksia Kanak-kanak Prasekolah 19

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Kertas mesyuarat perancangan


jangka panjang
dan

pendek,

program

Pendidikan

khas,

Jabatan

Pendidikan

Khas:

Kementerian
Pendidikan Malaysia. Julai.
Mercer, C. D.1997. Students with learning disabilities. U.S.A: Merrille,
Prentice Hall.
Miles, T. R. 1983. Dyslexia: The pattern of difficulties. Blackwell: Oxford.
Mohd Annuar Abdullah. 2001. Tinjauan terhadap pengetahuan guru guru
Pendidikan
Pemulihan Khas mengenai disleksia di Daerah Hilir Perak. Latihan Ilmiah
Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Musa Abdul Wahab. 2002. Tinjauan ciri-ciri disleksia di kalangan murid
pemulihan di zon
Pudu,

Wilayah

Persekutuan.

Latihan

Ilmiah.

Universiti

Kebangsaan

Malaysia.
Nocolson, R. I, Fawcett, A. J. & Dean, P. 1995. Time estimation deficits in
developmental
dyslexia: evidence for celebellar involvement. Proceedings of Royal
Society of London,
Biological Sciences. 259: 43-421.
Norani Mohd. Salleh, Abdul Razak Habib, Nor Azizah Mohd Salleh, Adnan @
Nan

Khamis & Siti Esah Mohd. 1999. Educational provisions for preschool age
of
special

needs

children

in

Malaysia.

Kajian

bersama

Kementerian

Pendidikan Malaysia
dan Unicef : Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Rosana Awg. Bolhasan. 1998. Disleksia di kalangan pelajar sekolah rendah
di Kuching,
Sarawak. Dissertasi Sarjana Sains. Universiti Malaysia Sarawak.
Smith, C. R. 1991. Learning disabilities. The interaction of learner, task,
and setting.
U.S.A: Allyn and Bacon.
Sofiah. 2000. Anak Lembapmungkin disleksia. Utusan Malaysia, 13
November.
Zabidi. 2000. Disleksia: kanak-kanak boleh dirawat. Utusan Malaysia, 20
November.
By: Michael Ryan, M.D. 2010 and International Dyslexia Association. Social
and

Emotional

Problems

http://www.ldonline.org/article/19296/

Related

to

Dyslexia

on

You might also like