You are on page 1of 2

Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang

tanpa mengubah maksud asalnya.


1. Dialah kawan yang amat rapat dengan saya.
2. Projek pembinaan pasar raya yang terbengkalai itu akhirnya siap
juga.
3. Encik Nashan tetap menghantar anak-anaknya ke kelas tuisyen
walaupun dia berpendapatan kecil.
4. Semua khabar angin tentang salah laku tokoh politik itu benar
belaka.
5. Mereka sedang bermain bola di padang yang luas itu.
6. Pihak polis akan mengambil tindakan yang tegas untuk menangani
jenayah gengsterisme.
7. Pelajar yang cacat penglihatan itu rajin sungguh.
8. Ibu Darshini belum pulang dari pejabat walaupun sudah pukul 8
malam.
9. Dia menyiapkan karangan itu di dalam perpustakaan.
10.
Semua umat Islam wajib berpuasa pada bulan Ramadan.
11.
Ingatan Pak Hamid yang berusia 70 tahun itu masih kuat.
12.
Kehebatan pemidato itu terletak pada kekuatan hujahnya.
13.
Perangai budak lelaki itu baik sungguh.
14.
Pendaki itu berjaya mendaki Gunung Kinabalu pada akhirnya.
15.
Murid itu sangat rajin membuat latihan tatabahasa Melayu.
16.
Masakan ibu sangat sedap.
17.
Ayam betina itu berketuk.
18.
Cikgu Rezuali seorang guru disiplin yang amat tegas.
19.
Bapa Nabila seorang juruukur.
20.
Mereka akan pergi ke Melaka pagi esok.
Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah
maksud asalnya.
1. Murid itu ditahan oleh guru disiplin kerana melanggar peraturan
sekolah.
2. Alat pendingin hawa itu dijualnya dengan harga yang agak mahal.
3. Anak-anak sewajarnya dikawal oleh ibu bapa supaya mereka tidak
bergaul dengan budak-budak nakal.
4. Kampung itu dilanda banjir dua hari yang lepas.
5. Bantuan kewangan untuk meringankan beban mangsa banjir
disalurkan oleh kerajaan.
6. Bekalan makanan untuk mangsa banjir tersebut disumbangkan oleh
sektor swasta.
7. Penculik kanak-kanak ditangkap oleh polis pada awal pagi tadi.
8. Undang-undang negara mestilah kita patuhi agar hidup kita aman.
9. Eksperimen sains itu kami jalankan dengan baik di makmal sekolah.
10.
Wani telah saya jemput ke majlis pertunangan saya pada
minggu hadapan.

You might also like