You are on page 1of 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG BUKIT SIDIM,

09007 KULIM, KEDAH.


,
09007 , .

MINIT MESYUARAT PANITIA DUNIA SENI VISUAL 1/2015

Tarikh

: 2 Februari 2015

Masa

: 1.30 ptg 2.40 ptg

Tempat

: Pusat Sumber Sekolah

Pengerusi

: Puan Komathi A/P Sivananthan

Kehadiran(Bilangan)

: 12 / 12

Nama Yang Hadir

1. En. A.Maree

7. Cik. L.Reeta

2. En. N.Saravanan

8. Pn. M.Sasikala

3. Pn. M.Panjavarnum

9. Pn. S.Garabagavally

4. Pn. V.Kayal Vily

10. Pn. S.Kogilavani

5. Pn. M.Sivakami

11. En. S.Arunasalam

6. Pn. L.Theyvanay

12. Pn. S.Komathi

Nama Yang Tidak Hadir


Turut Hadir (Jika ada) :

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan ahli jawatankuasa Panitia
Dunia Seni Visual.
1.2 Beliau berharap agar mesyuarat kali pertama ini berjalan dengan lancar dan dapat
memantapkan pengurusan dan program-program yang dirancang.
Tindakan : Semua guru mata pelajaran
2.0 UCAPAN GURU BESAR

2.1 Guru besar mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan guru-guru
ke mesyuarat Panitia Dunia Seni Visual.
2.2 Beliau menyatakan bahawa semua guru perlu bertanggungjawab dalam pencapaian di
dalam segala rancangan yang dirancang dan dilaksanakan dari masa ke semasa seperti
yang dirancang.
2.3 Guru besar meminta kepada panitia supaya merancang aktiviti-aktiviti yang berguna
dan berkemampuan dengan kebolehan murid yang dapat meningkatkan prestasi murid
dalam matapelajaran Dunia Seni Visual pada tahun 2015.
2.4 Beliau juga menegaskan tentang kepentingan matapelajaran Dunia Seni Visual yang
perlu diasah dari sekolah rendah supaya murid dapat menguasai secara mendalam.
Tindakan : Semua guru mata pelajaran
3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
3.1 Pengerusi Panitia Dunia Seni Visual membentangkan minit mesyuarat untuk
pengesahan.
Dicadangkan oleh : Pn.S.Kogilavani
Disokong oleh
: Cik.L.Reeta
Tindakan : Semua guru mata pelajaran
4.0 PERKARA BERBANGKIT
4.1 Guru-guru yang mengajar Dunia Seni Visual mengemukakan bahawa segelintir
pelajar tidak membawa bahan semasa pdp dijalankan.
4.2 Perkara berkenaan telah dibincang dan diberi beberapa cadangan oleh ahli panitia
demi mengurangkan masalah ini.

5.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA


5.1 Ahli jawatankuasa Panitia Dunia Seni Visual 2015 adalah seperti berikut:
Penasihat

: En.A.Maree

Ketua Panitia : Pn.S.Komathi


Setiausaha

:.Pn.M.Sivakami

Bendahari

: Pn.S.Garabagavally

AJK

: Semua guru Mata Pelajaran


Tindakan : Semua guru mata pelajaran

6.0 PENGURUSAN PANITIA


6.1 Penulisan Buku Rekod Mengajar
6.1.1 Guru-guru diminta membuat persediaan untuk sesi persekolahan 2015.
6.1.2 Guru besar mengingatkan dan menegaskan perkara yang mesti lengkapkan
di dalam penulisan buku rekod mengajar.
6.1.3 Buku persediaan mengajar perlu dilengkapkan dengan semua maklumat
yang diperlukan mengikut butiran yang ada dalam buku tersebut.
Tindakan : Semua guru mata pelajaran Dunia Seni Visual
6.2 Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan.
6.2.1 Panitia perlu menggunakan sukatan pelajaran yang terkini.
6.2.2 Satu salinan sukatan pelajaran terkini mesti disimpan dalam fail panitia.
6.2.3 Semua guru mesti bersedia dengan Rancangan Pelajaran Harian yang
lengkap sebelum masuk ke kelas.
6.2.4 Penulisan rancangan mengajar harian perlulah mengikut format yang telah
ditetapkan dalam mesyuarat panitia.
6.2.5 Guru besar meminta persetujuan semua guru menguruskan Rancangan
Pelajaran Tahunan dikumpul dan disimpan dalam sebuah fail berasingan.
Tindakan : Semua guru mata pelajaran Dunia Seni Visual
6.3 Pengurusan Fail
6.3.1 Guru besar meminta setiausaha mengemaskinikan fail panitia.
6.3.2 Guru-guru matapelajaran Dunia Seni Visual dikehendaki melengkap butirbutir peribadi diri dan memasukkan maklumat tersebut kedalam fail.
Tindakan : Semua guru mata pelajaran Pendidikan Moral

6.4 Ujian dan Peperiksaan


6.4.1 Ujian adalah diselaraskan iaitu 4 kali setahun seperti ujian bulanan (Ujian 1
dan Ujian 2) dan PKSR 1 dan 2.

6.4.2 Kertas soalan Ujian Bulanan perlu disediakan oleh guru matapelajaran.
Tindakan : Semua guru mata pelajaran Dunia Seni Visual
6.5 Pencapaian PKSR 2, 2014
6.5.1 Analisa Pencapaian Keseluruhan Penguasaan Murid bagi mata pelajaran
Dunia Seni Visual adalah seperti berikut :
Band

Tahun 1

Bilangan Murid
Tahun 2
Tahun 3

Tahun 4

Band 1
Band 2
Band 3
Band 4
Band 5
Band 6
Jumlah Murid

6.5.2 Tahun 5 adalah seperti berikut:


Gred
A
B
C
D
E
F
Bil Lulus
% Lulus
Bil Gagal
% Gagal

Bilangan Murid

Tindakan : Semua guru mata pelajaran Dunia Seni Visual


6.6 Perancangan Strategi Pembelajaran dan Pengajaran
6.6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat 5 program Panitia Dunia Seni

Visual akan dilaksanakan sepanjang bulan Februari hingga November. Cadangan


program adalah seperti berikut:
a)

Program Pertandingan Mewarna

b)

Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster Sempena Minggu Anti Dadah

c)

Pertandingan Mewarna Sambutan Bulan Kemerdekaan


Tindakan : Semua guru mata pelajaran Dunia Seni Visual

7.0 HAL-HAL LAIN


7.1 Kelas pengajaran Pendidikan Moral pada tahun 2015 diagihkan seperti berikut :
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6

: Pn.S.Komathi
: En.N.Saravanan
: Pn.M.Sivakami
: Pn.M.Sivakami
: En.A.Maree
: Pn.S.Garabagavally

7.2 Guru Besar memaklumkan kepada semua guru bahawa pencerapan akan dilakukan
oleh pentadbir sebanyak 2 kali setahun.
7.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir ke mesyuarat
panitia kali 1 bagi tahun 2015 dan berharap semua guru dapat memberikan kerjasama
yang sepenuhnya kepada segala program atau aktiviti panitia.
Tindakan : Semua guru mata pelajaran Dunia Seni Visual

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30ptg.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

...............................................
(KOMATHI A/P SIVANANTHAN)
Ketua Panitia Dunia Seni Visual
SJK(T) Ladang Bukit Sidim

............................................
(MAREE A/L ATCHANAN)
Guru Besar
SJK(T) Ladang Bukit Sidim

You might also like