You are on page 1of 26

Pengetahuan

a j a r a n | 147

Isi

kandungan

Pedagogi

Dalam

Peng

UNIT PELAJARAN 9
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI DALAM
PENGAJARAN

UJIAN PRA-PELAJARAN
Item
1

Penyataan /Statement
1
Saya dapat menerangkan dan membincangkan
tentang
kefahamannya
tentang
maksu
d
pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK).
Saya
dapat
membincangkan
tentan
g
mengaplikasikan PCK dalam pengajaran bentuk
dan ruang.

Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari
unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian
pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu
bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya.

Sangat Tidak
Setuju
1

Tidak Setuju
2

Kurang Setuju
3

Setuju/Agree
4

Sangat Setuju
5

Pengetahuan
a j a r a n | 148

Isi

kandungan

Pedagogi

Dalam

147
Peng

UNIT PELAJARAN 9
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI DALAM
PENGAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat :

i.

Menerangkan dan membincangkan tentang kefahamannya tentang maksud


pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK).

ii.

Membincangkan tentang mengaplikasikan PCK dalam pengajaran bentuk


dan ruang.

PENDAHULUAN

eperluan memiliki pengetahuan merupakan prasyarat untuk menjadi seorang guru.


Soalannya

di

sini

ialah,

apakah

jenis

pengetahuan

yang

harus dimiliki

oleh

seseorang sebelum memikul tanggung jawab menjadi seorang guru? Adakah

memiliki pengetahuan isi kandungan sahaja mencukupi untuk menjadi seorang guru? Atau
adakah memiliki pengetahuan pedagogi sahaja sudah mencukupi untuk menjadi seorang guru?

PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK)

pakah yang dimaksudkan dengan pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)?


PCK merupakan suatu bentuk pengetahuan yang khusus yang mengintegrasikan
pengetahuan

isi

kandungan

Pengetahuan
a j a r a n | 149

Isi

matematik

dengan

kandungan

pengetahuan

Pedagogi

tentang

pelajar,

148
Peng

Dalam

konteks dan pedagogi (Shulman, 1988). Pengetahuan isi kandungan pedagogi bagi seseorang
guru adalah unik dan khusus, berdasarkan kebolehan dan professional seseorang guru dalam
pengajaran matematiknya. Ini menggambarkan bahawa memiliki pengetahuan isi kandungan
sahaja
ki

tidak

memadai

untuk

menjadi

seorang

guru

yang

baik.

Begitu

juga,

memili

pengetahuan pedagogi sahaja tidak mencukupi untuk menjadi seorang guru yang baik. Oleh itu,
memiliki kelayakan dalam ilmu matematik tidak mencukupi untuk menjadi seorang guru yang
baik sekiranya tidak dilatih dalam ilmu perguruan. Sebaliknya, seorang yang tidak memiliki atau
kurang berkebolehan dalam ilmu matematik, tidak dapat menjadi guru matematik yang baik
walaupun memiliki pengetahuan pedagogi.
Kepentingan PCK dalam pengajaran guru tidak disangkal lagi. Grossman, et al. (1989)
mengandaikan PCK ini sebagai jambatan untuk menghubungkan antara kefahaman guru
tentang ilmu pengetahuan matematik dengan pengetahuan matematik pelajar. Tamir (1987)
pula menjelaskan bahawa peranan guru adalah untuk merancang dan menyusun isi pelajaran
kepada bentuk isi pelajaran yang mudah difahami oleh pelajar. Pesno (2002) pula berpendapat
bahawa PCK ini adalah pengetahuan yang unik bagi seseorang guru, yang berupaya membina
perhubungan
h

antara

ilmu

tentang

pedagogi

dan

ilmu

tentang

matematik

agar

muda

disampaikan kepada pelajar dalam pengajaran.

Komponen PCK
Komponen

PCK

adalah

berbagai-bagai

dan

menyeluruh.

Fernandez-Balboa

(1995)

menjelaskan bahawa komponen bagi PCK termasuklah pengetahuan tentang isi kandungan,

pengetahuan tentang pelajar, pengetahuan tentang strategi pengajaran, iklim pengajaran dan
pembelajaran dan tujuan pengajaran. Shulman (1986) dan Grossman (1990) pula me
njelaskan
tentang PCK yang merangkumi pengetahuan tentang kepercayaan guru, kefahaman tent
ang konsep dan
miskonsepsi, pengetahuan tentang kurikulum, pengetahuan tentang strategi pengajar
an dan kaedah

Pengetahuan
a j a r a n | 150

Isi

kandungan

Pedagogi

Dalam

149
Peng

penyampaian. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa komponen PCK yang utama d
alam
pengajaran bentuk dan ruang ialah (Rajah 9.1):
-

Pengetahuan isi kandungan (PIK)

Pengetahuan pedagogi (PP)

Pengetahuan konteks. (PK)

PIK

PP

PCK

PK

Rajah 9.1: Komponen PCK

Pengetahuan isi kandungan adalah komponen utama yang perlu dimiliki oleh seseorang
guru sebelum menceburkan diri dalam bidang perguruan, khususnya untuk menjadi guru

matematik.

Pengetahuan

ini

adalah

meliputi

dua

bidang

utama.

Pertama

pengetahuan

substantive, iaitu pengetahuan tentang fakta, konsep, prinsip dan kerangka kefahaman dalam
memberi penjelasan tentang isi kandungan pengetahuan matematik. Contohnya, seseorang
guru matematik yang akan mengajar konsep isi padu bentuk dan ruang, perlu mengetahui
perkara-perkara

seperti

konsep

panjang,

lebar,

tinggi

suatu

objek,

sebelum

mencuba

mengaplikasikan rumus isipadu objek. Satu lagi ialah pengetahuan sintaktik yang meliputi
pengetahuan tentang perkara atau hujah atau bukti yang boleh menyokong dalam membina

Pengetahuan
a j a r a n | 151

Isi

kandungan

Pedagogi

Dalam

150
Peng

kefahaman pelajar terhadap sesuatu isi pelajaran. Ini bererti pengajaran tentang rumus ini tidak
seharusnya

terlalu

ditekankan

untuk

menghafal,

tetapi

lebih

memberi

tumpuan

kepada

membina kefahaman konsep pelajar melalui hujah dan pembuktian. Pengajaran matematik
pada peringkat awal seharusnya dikaitkan dengan perkara-perkara atau pernyataan yang
konkrit dan nyata, sebelum beralih kepada perkara-perkara atau pernyataan yang abstrak.
Oleh itu, dalam soal pengetahuan isi kandungan ini, seseorang guru seharusnya
sentiasa berusaha mempertingkatkan kebolehan diri. Walaupun sukatan pelajaran atau silibus
matematik itu kelihatan tekal, iaitu sudah dinyatakan oleh pihak yang berkuasa, namun konsepkonsep matematik adalah dinamik. Keupayaan guru untuk sentiasa mempertingkatkan diri akan
memastikan isi kandungan matematik guru sentiasa maju dan seiringan dengan perkembangan
semasa dalam bidang matematik. Perlu diingat bahawa, dalam zaman ini pelajar-pelajar terlalu
terbuka dalam soal mendapatkan ilmu, khusus melalui media umum seperti internet. Kegagalan
guru untuk mempertingkatkan pengetahuan akan menjadikannya tertinggal dan kemungkinan
besar kurang dihargai oleh pelajar.
Pengetahuan pedagogi pula adalah tentang pengetahuan untuk menyampaikan isi
kandungan
a

dengan

baik

dan

berkesan.

Dalam

hal

ini,

kebolehan

guru

bukan

sahaj

membabitkan interaksi guru dengan pelajar, tetapi juga meliputi tentang pengurusan dan
organisasi bilik darjah. Oleh itu para guru perlulah memiliki pengetahuan tentang strategi dan

kaedah pengajaran yang berkesan agar dapat diaplikasikan dalam pengajaran. Antara ciri-ciri
strategi pengajaran yang baik ialah seperti kebolehan bertutur dengan jelas, kebolehan
mengawal bilik darjah, kebolehan untuk memastikan semua pelajar terlibat dalam pengajaran
dan kebolehan untuk memastikan pelajar-pelajar bekerjasama antara satu dengan yang lain.
Dengan pedagogi yang baik dan berkesan maka pengajaran akan menjadi ceria, mudah
difahami, membina motivasi pelajar dan tentunya prestasi berkecenderungan untuk meningkat.

Pengetahuan
a j a r a n | 152

Pengetahuan

konteks

Isi

kandungan

adalah

pengetahuan

Pedagogi

tentang

Dalam

persekitaran

151
Peng

pengajaran

dan

pembelajaran. Ia bersifat umum yang merangkumi persekitaran pelajar, bilik darjah, sekolah
dan masyarakat. Memiliki pengetahuan konteks akan memberikan gambaran sebenar tentang
pelajar dan sekolah, dan seterusnya membantu guru merancang pengajaran yang sesuai dan
relevan dengan pelajar. Contoh pengetahuan konteks ialah seperti mengetahui pengetahuan
sedia ada pelajar, mendalami minat pelajar terhadap pelajaran, mengetahui tahap kesediaan
pelajar untuk bekerjasama dalam pembelajaran dan kesediaan masyarakat ke arah penyediaan
kemudahan pembelajaran di sekolah.

PCK DALAM PENGAJARAN BENTUK DAN RUANG

agaimana membina pengajaran geometri atau bentuk dan ruang ini dengan baik dan
berkesan? Dalam hal ini, panduan teori pengajaran dan pembelajaran sebagaimana
dikemukakan oleh pakar-pakar pendidikan seperti Piaget, van Hiele dan Hoffer

perlulah diberi perhatian dalam pembinaan PCK. Perbincangan seterusnya akan mengambil
kira tiga komponen utama PCK iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi dan
pengetahuan konteks. Dalam membina PCK dalam pengajaran bentuk dan ruang ini, bolehlah
dikelompokkan kepada lima bidang utama : pertama, pendedahan dan visualisasi; kedua,
komunikasi secara verbal dan bertulis; ketiga, aktiviti individu dan berkumpulan; keempat,

kemahiran berfikir; dan kelima, penyelesaian masalah.

Visualisasi
Suatu tumpuan asas dalam pengajaran dan pembelajaran bentuk dan ruang ialah visualisasi.
Menurut Booker, Bond Sparrow dan Swan (2004), kebolehan visual ialah kebolehan pelajar
memanipulasi dan memindahkan gambaran sebenar sesuatu bentuk atau ruang ke dalam
pemikiran. Kebolehan ini meliputi juga kebolehan mengenal pasti ciri-ciri atau proses yang

Pengetahuan
a j a r a n | 153

Isi

kandungan

Pedagogi

Dalam

152
Peng

berlaku bagi sesuatu bentuk atau ruang berkenaan. Dalam konteks kehidupan seharianpun,
banyak perkara yang dilalui oleh kita, perlu divisualkan agar mudah difahami dan diingati.
Sebagai contoh adalah tentang pengajaran melukis sudut tepat menggunakan pembaris dan
jangka lukis sahaja. Mungkin sukar difahami sekiranya pelajar belajar melalui penerangan
sahaja. Namun ia menjadi lebih mudah difahami dan diingati apabila pelajar sendiri melihat
aktiviti melukis sudut tepat tersebut

dan seterunya dapat divisualkan dalam

pemikiran,

seterusnya diingati untuk tempoh masa yang lebih lama.


Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bentuk dan ruang, murid-murid perlu
diberi peluang untuk menggambarkan sendiri tentang perkara-perkara seperti: objek, ruang dan
proses. Pada tahap ini, pelajar bukan sahaja diberi peluang membuat visualisasi tetapi juga
meliputi mengenal ciri-ciri dan proses bagi bentuk dan ruang tersebut. Satu contoh aktiviti yang
boleh dilaksanakan untuk membina keupayaan visualisasi murid-murid ialah aktiviti mengenali
objek. Dalam aktiviti ini kanak-kanak didedahkan kepada bongkah atau objek yang mempunyai
bentuk-bentuk asas seperti segi empat dan segi tiga. Kanak-kanak boleh bermain-main dengan
bentuk ini dan mencuba melukis bentuknya di atas kertas. Mungkin pada peringkat awal lukisan
bentuk
u

segi

empat

atau

segi

tiga

itu

tidak

tepat

sebagaimana

objek

sebenar. Wala

bagaimanapun, kemahiran ini akan meningkat apabila pengalaman dan kematangannya


bertambah.

Satu lagi aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk menggalakkan kemahiran visualisasi
ialah aktiviti menamakan sifat objek. Dalam aktiviti ini kanak-kanak boleh diminta untuk
mengenali dan menamakan sifat bagi objek atau bentuk yang dilihatnya. Pada peringkat awal
pembelajaran, memadai sekiranya murid-murid menjelaskan ciri-ciri bagi sesuatu bentuk
sahaja, tanpa menggunakan istilah yang betul. Sebagai contoh, apabila murid-murid bermain
dengan bongkah kubus, tanyakan kepada kanak-kanak tersebut, sifat-sifat atau ciri-ciri yang
ada seperti sifat bucunya yang bersegi dan runcing, sifat sisi tepinya yang lurus dan tajam dan

Pengetahuan
a j a r a n | 154

Isi

kandungan

Pedagogi

Dalam

153
Peng

sifat mukanya yang rata. Lakukan perbincangan sambil bertanya kepada murid-murid tentang
bilangan bucu, sisi tepi dan permukaan yang ada pada bongkah kubus tersebut. Seterunya buat
aktiviti seterusnya dengan melibatkan bongkah atau bentuk yang lain lagi, seperti bongkah
kuboid, pyramid dan sebagainya.
Satu lagi aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk menggalakkan visualisasi murid-murid
ialah membuat net. Net merupakan hamparan bagi suatu bongkah. Suatu net atau hamparan
yang betul ialah bentuk hamparan yang apabila dirangkumkan, ia boleh membentuk objek
sebenar semula.

Aktiviti membina lukisan bentangan (net) bagi suatu bongkah.


Langkah 1: Bahagikan murid-murid mengikut kumpulan seramai 4 orang setiap kumpulan.
Langkah 2: Berikan satu bongkah mudah kepada setiap kumpulan murid-murid. Setiap
kumpulan disuruh membuat lukisan net di atas kertas. Lukisan net yang dilukis itu mestilah
dalam ukuran yang sebenar.
Langkah 3: Suruh setiap kumpulan memotong lukisan net tersebut dengan menggunakan
gunting atau pisau dengan mengikut garis-garis lukisan tersebut.
Langkah 4: Setiap kumpulan perlu membuktikan bahawa lukisan itu boleh mewakili objek
sebenar dengan mencuba merangkumkan semula.

Langkah 5: Berikan berbagai bongkah lagi kepada setiap kumpulan dan meminta mereka
membuat lukisan net bagi setiap bentuk yang diberi. Dalam Rajah 1 adalah contoh-contoh
bongkah yang boleh diberi kepada murid-murid untuk tujuan membina net yang sesuai. Rajah 1
(a) adalah sebuah pyramid dan Rajah 1(b) ialah gabungan antara piramid dan kubus.

Pengetahuan
a j a r a n | 155

Isi

kandungan

Pedagogi

Dalam

154
Peng

a.

Piramid

b.

Langkah 6: Setiap kumpulan diminta membuktikan bahawa lukisan net yang diperoleh adalah

menepati objek sebenar.

Fikirkan:

Cuba anda fikirkan apakah

aktiviti

yang

boleh membina

kebolehan

visualisasi di kalangan murid-murid sekolah rendah.

Pengetahuan
a j a r a n | 156

Isi

kandungan

Pedagogi

Dalam

155
Peng

Komunikasi
Komunikasi boleh berlaku dengan berbagai cara di dalam bilik darjah, antaranya adalah seperti
secara verbal dan bertulis.
i

Menurut Booker, Bond Sparrow dan Swan

(2004), melalu

komunikasi secara verbal dan bertulis, secara langsung murid-murid akan terdedah kepada
penggunaan bahasa dan istilah yang betul tentang sesuatu objek atau bentuk geometri. Di
samping itu, melalui komunikasi verbal dan bertulis ini juga, murid-murid terdedah kepada
kemahiran
a

memberi

penerangan

tentang

sifat-sifat

sesuatu

objek

dan

juga

membin

perhubungan antara sifat-sifat objek. Sebagai contoh, sambil bermain dengan bongkah kuboid,
kanak-kanak diminta menerangkan kepada rakan-rakan yang lain di dalam kelas tentang sifatsifat bagi bongkah kuboid tersebut. Murid-murid digalakkan untuk menggunakan istilah yang
betul dalam penerangannya. Perhubungan antara sifat-sifat objek yang boleh dibincangkan pula
ialah seperti perhubungan sifat antara bongkah kuboid dan kubus.
Bagaimana cara menggalakkan berlaku komunikasi secara verbal dalam pengajaran
kelas? Berikut adalah contoh aktiviti mudah yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran kelas
(Aktiviti 1).

Aktiviti melabel rajah.

Langkah 1: Berikan lembaran kerja yang mengandungi gambar rajah (Rajah 9.2).
Langkah 2: Minta murid, secara individu atau berkumpulan, melengkapkan gambar rajah.
Langkah 3: Setelah selesai melabel, murid diminta menunjukkan kepada rakan-rakan yang lain
hasil kerja masing-masing. Seterusnya individu atau kumpulan terpilih diminta menjelaskan
hasil daripada aktiviti ini kepada rakan-rakan yang lain.

Pengetahuan
a j a r a n | 157

1.

Isi

kandungan

Pedagogi

Dalam

156
Peng

Namakan sifat kuboid ini


_______________________

_______________________
________________________

Rajah 9.2: Aktiviti melabel ciri-ciri bongkah kuboid

Daripada aktiviti 2 ini memberi peluang kepada murid-murid berbincang dan mengeluarkan
pendapat. Seterunya, satu lagi aktiviti boleh dilaksanakan untuk menggalakkan komunikasi
verbal dan bertulis ialah Aktiviti 3. Aktiviti 3 ini lebih menggalakkan murid-murid berfikir dan
membuat rumusan sendiri.

Piramid
Kubus
Aktiviti menamakan sifat bongkah

Bilangan bucu
Bilangan sisi tepi
Bilangan muka
Sifat serupa antara bongkah
Sifat berbeza antara bongkah

Aktiviti menamakan sifat bagi bongkah


Langkah 1: Murid-murid diberikan bongkah pyramid dan kubus, serta lembaran kerja seperti
dalam jadual di bawah. Aktiviti ini boleh dilakukan dalam kumpulan kecil yang mengandungi 4
orang.
Langkah 2: Murid-murid diminta mengisi jadual di bawah (Jadual 9.1).

Pengetahuan
a n | 158

Isi

kandungan

Pedagogi

Dalam

157
Pengajar

Jadual 9.1:

Langkah 3: Setiap kumpulan diminta menjelaskan hasil yang diperoleh masing-masing kepada
murid-murid lain seluruh kelas.
Aktiviti yang dilaksanakan ini adalah lebih mencabar kerana ia memerlukan pemikiran yang
lebih kritikal. Mengenali sifat yang serupa dan berbeza memerlukan murid-murid membina
perhubungan antara konsep sebuah piramid dengan konsep sebuah kubus.

Cuba anda fikirkan suatu aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan
kefahaman murid-murid dalam pelajaran bentuk dan ruang melalui komunikasi ini?

Pengalaman Individu dan Berkumpulan


Pembelajaran haruslah dijalankan secara aktif dengan melibatkan murid-murid, sama ada
secara individu atau berkumpulan. Dalam hal ini, pengetahuan sedia ada murid-murid amat
penting

demi

untuk

membina

pengetahuan

seterusnya.

Perlu

diberi

perhatian

bahawa,

pengajaran dengan hanya melalui penerangan sahaja tidak mencukupi untuk menjamin pelajar
berupaya memahami konsep bentuk dan ruang dengan baik. Satu contoh aktiviti di peringkat

Pengetahuan
a j a r a n | 159

Isi

kandungan

Pedagogi

Dalam

158
Peng

permulaan pembelajaran ialah murid-murid digalakkan untuk bermain dengan blok-blok seperti
kubus, kuboid, pyramid dan sebagainya. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak secara langsung akan
memerhatikan bentuk-bentuk dan sifat-sifat yang ada pada bentuk tersebut. Satu lembaran
kerja boleh diberikan kepada murid-murid untuk membantu mereka membuat pemerhatian
dengan lebih mudah dan berfokus. Aktiviti secara berkumpulan amat digalakkan agar muridmurid lebih kritikal dalam mengenal pasti sifat-sifat bagi blok-blok tersebut.

Fikirkan: Cuba anda fikirkan, apakah aktiviti yang sesuai untuk memberi pengalaman
tentang bentuk dan ruang kepada murid-murid dalam pengajaran bilik darjah.

Satu

lagi

cara

menggalakkan

pengalaman

individu

dan

kumpulan

ialah

dengan

menggalakkan murid-murid meneroka bentuk dan ruang dalam situasi sebenar. Pembelajaran
akan menjadi lebih bermakna sekiranya pelajar sendiri terlibat dalam situasi atau pengalaman
sebenar. Oleh itu, satu langkah awal yang boleh dibuat ialah dengan membawa murid-murid ke
taman sekolah dan diminta memerhatikan objek yang ada di sekitarnya. Di sini murid-murid
diminta untuk melukis objek yang ditemui dan seterusnya mengenal pasti bentuk yang ada dan
seterusnya meminta murid-murid mencari perhubungan bentuk di antara objek sebenar dengan
bentuk geometri yang ada seperti segi empat, segi tiga dan sebagainya. Melalui aktiviti di taman

ini juga murid-murid akan terdedah kepada konsep ruang, iaitu bagaimana objek-objek sebenar
itu tersusun dalam suatu ruang yang tertentu. Berikut adalah contoh senarai semak yang boleh
Bil

Objek yang ditemui

Bentuk permukaan
Senarai semak

Catatan sifat-sifat
permukaan

digunakan untuk membantu murid-murid memahami pengalaman masing-masing (Jadual 9.2).

Pengetahuan
a n | 160

Isi

kandungan

Pedagogi

Dalam

159
Pengajar

Jadual 9.2:

Fikirkan: Cuba anda fikirkan, apakah aktiviti yang sesuai untuk memberi pengalaman
sebenar tentang bentuk dan ruang kepada murid-murid.

Pengalaman murid-murid juga boleh dibina dengan memberikan tugasan berupa projek.
Satu daripada projek yang boleh memberi pengalaman kepada pelajar ialah membuat binaan
berupa binaan mudah atau model-model bagi mewakili suatu bentuk. Pada peringkat awal

pembelajaran, bahan binaan yang ringkas boleh digunakan, antaranya seperti plastisin dan juga
LEGO. Bagaimanapun dengan meningkatnya kematangan pelajar, bolehlah menggunakan
bahan yang lebih mencabar seperti menggunakan LEGO (binaan yang lebih sukar), straw atau
kayu. Perlu diberi perhatian di sini bahawa tugasan berupa projek membina objek begini
digalakkan untuk dilaksanakan secara berkumpulan. Melalui kerja berkumpulan akan memberi
peluang kepada pelajar berkomunikasi dan seterusnya menambahkan lagi kemahiran dan
pengetahuan.
Pengetahuan
a j a r a n | 161

Melalui

tugasan

Isi

berupa

kandungan

projek

seperti

Pedagogi

membina

model

Dalam

sebegini

boleh

160
Peng

memberi

pengalaman dan pengetahuan seperti: pengalaman merancang; pengalaman melaksanakan


aktiviti

secara

langsung;

pengalaman

bekerja

secara

kerjasama;

dan

kebolehan

menggambarkan suatu objek yang akan dibina. Satu contoh aktiviti yang boleh dilakukan di
dalam bilik darjah ialah membina model rumah atau kereta menggunakan LEGO.

Aktiviti membina model rumah dan kereta.


Langkah

1:

Bahagikan

murid-murid

mengikut

kumpulan

masing-masing,

dengan

setiap

kumpulan mengandungi 4 orang murid.


Langkah 2: Berikan satu set LEGO kepada setiap kumpulan. Seterusnya, setiap kumpulan
diminta membina model sebuah rumah dan sebuah kereta dengan menggunakan kepingan
LEGO yang diberi.
Langkah
masing.

3:

Hasil

daripada

setiap

kumpulan

dipamerkan

di

atas

meja

masing-

Seterusnya murid-murid daripada kumpulan yang lain diminta untuk memerhati dan mendalami
model yang dipamerkan oleh semua kumpulan itu. Borang senarai semak boleh digunakan bagi
membantu murid mendalami model yang dibina. Berikut adalah contoh beberapa soalan yang
boleh digunakan bagi membantu murid-murid:

Apakah bentuk model yang dibina?

Adakah bentuk model menarik?

Berapakah muka yang ada pada model tersebut?

Berapa bucu yang ada pada model tersebut?

Berapakah bilangan sisi tepi bagi model tersebut?

Apakah bentuk bagi setiap muka pada model tersebut?

Bagi setiap bentuk, berapakah bilangan muka yang ada pada model tersebut?

Pengetahuan
a j a r a n | 162

Isi

kandungan

Pedagogi

Dalam

161
Peng

Kemahiran Berfikir
Pengajaran dan pembelajaran ruang bentuk tidak memadai jika hanya tentang bentuk dan
ruang yang dapat dilihat secara fizikal sahaja. Tetapi yang lebih penting adalah untu
k
menggalakkan murid-murid berfikir dan berhujah. Daripada aktiviti-aktiviti yang seperti inilah
yang akan menjadikan murid-murid lebih kritikal dan seterusnya membina kemahiran berfikir
peringkat tinggi.
Suatu contoh cara menggalakkan kemahiran berfikir murid-murid adalah melalui aktiviti
menyelidik dan mendalami sifat-sifat yang ada bagi sesuatu objek. Antara sifat-sifat yang boleh
diselidiki adalah seperti mendalami sifat-sifat persamaan atau perbezaan yang terdapat pada
dua objek atau bongkah. Dengan mendalami sifat-sifat ini membolehkan murid-murid membuat
generalisasi tentang kumpulan atau bukan kumpulan yang sama bagi suatu bentuk.
Satu lagi contoh cara menggalakkan kemahiran berfikir ialah dengan melaksanakan
aktiviti yang menggalakkan pelajar memahami bahawa kedudukan tidak mempengaruhi luas
bagi sesuatu bentuk. Perhatikan contoh aktiviti berikut:

Aktiviti

mencari

luas

bagi

segi

tiga

dengan

kedudukan

yang

diubah-ubah

sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 9.3. Sediakan empat segi tiga dengan sais yang serupa,

iaitu panjang tapak 3 sm dan tinggi 4 sm menggunakan kertas tebal. Seterusnya, segi tiga ini
diletakkan di atas kertas graf dengan kedudukan yang berbeza-beza. Tanyakan:

(i)

Apakah luas bagi segi tiga ini?

(ii)

Adakah luas berbeza mengikut kedudukan berbeza?

Pengetahuan
a j a r a n | 163

Isi

kandungan

a.

Pedagogi

Dalam

162
Peng

b.
3 sm

3 sm

4 sm

4 sm
c.

c.

4 sm

4 sm

3 sm

sm

Rajah 9.3: Luas bagi segi tiga


Dalam penyelesaian soalan di atas ini menunjukkan bahawa kedudukan rajah segi tiga tidak
menyebabkan luas berubah, asalkan saiz bagi sudut-sudut dan sisi-sisi yang sepadan adalah
tidak berbeza.
Satu

lagi cara menggalakkan

kemahiran

berfikir

ialah

dengan

menyuruh

pelajar

membuktikan sama ada menerima atau menolak suatu hipotesis. Dalam hal ini guru juga boleh
menyuruh murid-murid membuat hipotesis sendiri tentang suatu bentuk dan ruang dan
seterusnya mencuba membuktikan hipotesis berkenaan diterima atau ditolak. Hipotesis yang
dibuat oleh murid-murid itu tidak semestinya sesuatu yang canggih, tetapi cukup sekadar
kemampuan murid-murid sendiri untuk mencuba membuktikannya. Suatu contoh hipotesis yang
boleh dibuat ialah seperti berikut:

Pengetahuan
a j a r a n | 164

Isi

kandungan

Pedagogi

Dalam

163
Peng

Hipotesis: Semua rombus adalah segi empat selari.

Berdasarkan hipotesis yang dibuat sendiri oleh murid-murid itu, mereka diminta mencuba
membuktikannya sama ada menolaknya (iaitu menyimpulkan bahawa hipotesis itu salah), atau
menerimanya (iaitu menyimpulkan bahawa hipotesis itu betul). Tindakan begini tentunya akan
menggalakkan pelajar berfikir dan seterusnya meningkatkan lagi kebolehan dan kemahiran
berfikir mereka.
Satu

lagi

cara

untuk

membina

kemahiran

berfikir

murid-murid

adalah

denga

n
menggalakkan murid-murid membuat penghujahan deduktif. Penghujahan deduktif yang mudah
ialah penghujahan berasaskan kepada objek sebenar. Suatu contoh adalah melibatkan
pembelajaran tentang sebuah segi tiga sama yang didefinisikan sebagai segi tiga yang
o

mempunyai tiga sisi, mempunyai tiga sudut yang sama saiz ialah 60 , jumlah ketiga-tiga sudut
o

adalah 180 . Berdasarkan definisi ini, murid-murid diminta untuk membuat kesimpulan sendiri
daripada beberapa gambar rajah yang diberikan oleh guru. Daripada gambar rajah tersebut,
murid-murid diminta untuk mengukur panjang sisi dan juga sudutnya. Seterusnya kesimpulan
dibuat sama ada segi tiga yang diberi itu memenuhi sifat-sifat yang dinyatakan dalam definisi
tersebut atau sebaliknya. Jika sifat-sifat berkenaan dipenuhi, dapatlah disimpulkan bahawa segi

tiga berkenaan adalah segi tiga sama. Jika sebaliknya maka jelaskan bahawa segi tiga yang
diberi adalah bukan segi tiga sama.
Melalui penghujahan deduktif akan menggalakkan pelajar berfikir dengan lebih kritikal.
Contohnya, satu pernyataan tentang segi empat adalah seperti berikut semua segi empat tepat
mempunyai dua pasang sisi yang selari. Berdasarkan pernyataan ini, murid-murid diminta
mengaji sifat-sifat yang ada bagi beberapa contoh bentuk segi empat iaitu: segi empat selari,
segi empat sama dan rombus (Rajah 9.4).

Pengetahuan
a j a r a n | 165

Isi

kandungan

a. Segi empat selari

Pedagogi

Dalam

164
Peng

b. Segi empat sama

c. Rombus

Rajah 9.4: Contoh segi empat


Berdasarkan pernyataan di atas, mungkin benar bahawa kesemua segi empat dalam Rajah di
atas adalah segi empat tepat. Ini adalah berasaskan alasan bahawa kesemua segi empat di
atas dibina daripada dua pasang sisi yang selari. Dengan cara beginilah pelajar berhujah.
Bagaimanapun kesimpulan ini mungkin menjadi persoalan seterusnya kepada murid-murid
untuk mencari definisi yang lebih tepat tentang segi empat tepat. Perbincangan dan perbahasan
antara sesama murid atau bersama guru seterusnya memungkinkan murid-murid memperoleh

kesimpulan yang lebih tepat tentang segi empat tepat itu. Dalam hal ini, galakkan pelajar berfikir
melalui pertanyaan seperti berikut:

Adakah sifat-sifatnya sudah mencukupi?

Adakah terdapat sifat tambahan yang lain?

Apakah sifat bagi sisi sebuah segi empat tepat?

Apakah sifat bagi sudut sebuah segi empat tepat?

Pengetahuan
a j a r a n | 166

Isi

kandungan

Pedagogi

Dalam

165
Peng

Melalui soalan seperti ini akan menggalakkan murid-murid mendapatkan maklumat yang lebih
tepat tentang segi empat tepat dan seterusnya membuat suatu generalisasi yang lebih tepat
dan menyeluruh.

Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah juga merupakan satu lagi kaedah pengajaran berasaskan PCK yang
boleh dilaksanakan dalam pengajaran kelas. Suatu perkara yang perlu diberi perhatian oleh
guru-guru ialah bahawa sesuatu pengajaran itu mestilah bermakna dan menarik kepada muridmurid sendiri. Pengajaran akan menjadi kurang bermakna sekiranya tidak mempunyai tujuan
atau matlamat untuk dituju atau hanya sekadar pengetahuan sahaja. Oleh itu, satu kaedah
pengajaran yang bermakna dan boleh menarik minat murid-murid ialah pengajaran berasaskan
penyelesaian masalah. Pengajaran berasaskan penyelesaian masalah bukanlah bermatlamat
hanya untuk mencari penyelesaian sahaja. Tetapi yang lebih utama ialah membina kebolehan
melaksanakan proses penyelesaian, yang memerlukan murid-murid berfikir, berikhtiar dan
mencuba menggunakan ilmu pengetahuan yang dimilikinya secara yang bermakna.
Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang menjadi asas pengajaran dan
pembelajaran matematik di sekolah. Antaranya adalah dikemukakan oleh Polya (1957),
Schoenfeld (1985) dan Model Mayer

(1985, 1987). Bagaimanapun Model penyelesaian

Masalah oleh Polya (1957) adalah lebih umum dan mudah diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik, khususnya Bentuk dan Ruang. Model ini melibatkan empat fasa iaitu
memahami

masalah,

merancang

penyelesaian,

melaksana

penyelesaian

dan

meninjau

kembali.
Fasa pertama: memahami masalah. Fasa pertama ini memberi tumpuan kepada dua
perkara. Perkara pertama ialah mendapat gambaran keseluruhan tentang sesuatu masalah,
mengenal pasti maklumat dan meransang ingatan yang berkait dengan maklumat yang

Pengetahuan
a j a r a n | 167

Isi

kandungan

Pedagogi

Dalam

166
Peng

terkandung dalam masalah. Perkara kedua ialah mendapat kefahaman yang lebih jelas tentang
masalah dengan melihat perhubungan antara maklumat dalam masalah dan perhubungan
dengan maklumat lain yang mungkin berguna untuk menyelesaikan masalah
Fasa kedua: merancang penyelesaian. Pada fasa ini rancangan penyelesaian dibina
sebagaimana yang dikehendaki oleh masalah. Pada fasa ini perancangan ditumpukan kepada
penggunaan strategi umum atau heuristik. Antara strategi umum yang mungkin berguna kepada
pelajar untuk menyelesaikan masalah ialah seperti: melukis gambar rajah; mengingat kembali
strategi yang serupa; menggunakan formula; dan memecahkan masalah menjadi lebih mudah.
Fasa ketiga: Melaksana penyelesaian. Pada fasa ini murid-murid hanya melaksanakan
strategi sebagai yang dirancang sebelumnya. Bagaimanapun perlaksanaan penyelesaian perlu
dibuat dengan berhati-hati agar terhindar daripada melakukan kesilapan.
Fasa keempat: meninjau kembali. Pada fasa ini murid-murid dikehendaki menyemak
kembali penyelesaian yang dilakukan. Murid-murid perlu memastikan, adakah jawapan yang
diperolehi munasabah ataupun tidak. Sekiranya jawapan didapai tidak munasabah maka muridmurid perlulah merancang semula penyelesaian dan seterusnya melaksanakan penyelesaian
Lebar = (panjang)
2
semula.

Contoh: Sebidang tanah berbentuk segiempat tepat berukuran panjang 15 meter dan lebarnya
adalah separuh daripada panjang tanah. Kira luas tanah tersebut?

Penyelesaian:
Memahami masalah: Melukis rajah sebagaimana arahan dalam soalan, iaitu bentuk tanah ialah
segi empat, panjang 15 meter, manakala lebar separuh daripada panjang tanah.

Lebar =

(panjang)
15 m

Pengetahuan
a j a r a n | 168

Isi

kandungan

Pedagogi

Dalam

167
Peng

Merancang strategi: Perlu mencari terlebih dahulu lebar tanah, iaitu separuh daripada panjang
(15) m
2
tanah. Seterusnya mengira luas menggunakan rumus panjang darab lebar.
1

Luas = panjang x lebar

Melaksana penyelesaian: Laksanakan strategi, iaitu mengira lebar tanah dan seterusnya
mengira luas tanah menggunakan rumus panjang darab lebar. Lakukan penyelesaian dengan
menggunakan algorithma yang sesuai.
Lebar =

Luas = 15 x 7.5 = 112.5 meter persegi

Menyemak kembali: Menyemak jawapan yang diperolehi itu sama ada betul atau salah. Satu
cara adalah dengan mengambil nilai luas (112.5 meter persegi) dibahagi dengan lebar 7.5
meter, dan seterusnya perhatikan sama ada jawapan yang diperolehi adalah betul iaitu 15
meter. Jika betul maka benarlah penyelesaian yang dilakukan itu.

Katakan anda adalah seorang juru ukur. Anda diminta mengukur luas suatu kawasan
padang permainan kanak-kanak. Terangkan bagaimanakah caranya anda mengukur luas suatu

padang permainan tersebut.

Fikirkan mengapa PCK penting kepada guru untuk pengajaran berkesan?

Pengetahuan
a j a r a n | 169

Isi

kandungan

Pedagogi

Dalam

168
Peng

RUMUSAN

mumnya, pengajaran berkesan oleh seseorang guru bukan hanya bergantung


kepada pengetahuan isi kandungan atau pedagogi semata-mata. Tetapi yang lebih
penting ialah pengetahuan yang merangkumi kedua-duanya, iaitu pengetahuan isi

kandungan pedagogi (PCK). Ini memberi maksud bahawa, matematik merupakan mata
pelajaran yang perlu diajar oleh seseorang guru yang memiliki pengetahuan tentang subjek ini
secara yang menyeluruh dan baik, di samping memiliki pengetahuan dan kemahiran pedagogi.
Pedagogi yang dimaksudkan di sini ialah pedagogi khusus, iaitu yang berkaitan langsung
dengan matematik, di samping pedagogi umum. Keupayaan mengaplikasikan PCK oleh
seseorang guru amat diperlukan demi menjamin pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
berkesan.
.

SOALAN LATIHAN
i.

Menggunakan contoh yang sesuai, bincangkan maksud pengetahuan isi


kandungan pedagogi (PCK).

ii.

Menggunakan contoh yang sesuai, terangkan bagaimana mengaplikasikan


PCK dalam pengajaran bentuk dan ruang.

UJIAN PASCA-PELAJARAN
Item
1

Penyataan /Statement
1
Saya dapat menerangkan dan membincangkan
tentang
kefahamannya
tentang
maksu
d
pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK).
Saya
dapat
membincangkan
tentan
g
mengaplikasikan PCK dalam pengajaran bentuk
dan ruang.

Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari
unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut:

Pengetahuan
a n | 170

Sangat Tidak
Setuju
1

Isi

kandungan

Tidak Setuju
2

Pedagogi

Kurang Setuju
3

Dalam

Setuju/Agree
4

169
Pengajar

Sangat Setuju
5

170

You might also like