You are on page 1of 2

B04 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Melalui refleksi daripada internship ini, beberapa cadangan perlu dibuat untuk
memperbaiki dan meningkatkan penggunaan modul ini. Antara cadangan
tersebut adalah seperti berikut:
1. Membuat penambahbaikan terhadap modul ini dari semasa ke semasa dan
melengkapkan lagi modul ini dengan grafik yang lebih menarik, kreatif dan
mempelbagaikan bentuk latihan seperti peta minda, aktiviti memadankan
dan lain-lain lagi.
2. Memberi motivasi kepada murid-murid yang menggunakan modul ini
dengan menyediakan hadiah atau insentif menarik bagi yang mendapat
markah penuh/ tertinggi/ melepasi target dalam setiap set latihan yang
diberi.
3. Saya berharap agar kajian akan datang penggunaan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) dapat digunakan sebagai alat intervensi.
4. Membawa ke Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu dan membincangkan
penggunaan modul ini secara rasmi untuk digunapakai oleh semua murid
tahap 2 di sekolah saya.
5. Membahagikan tugas kepada guru-guru lain untuk menambah set latihan
bagi modul supaya dapat dibukukan untuk manfaat bersama.
Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan.
Pencapaian murid semakin baik walaupun bukan 100%. Namun begitu, usaha
diteruskan agar murid mahir sehingga mereka boleh membuat ulasan berkaitan
nilai murni dengan gramatis semasa UPSR nanti. Saya juga akan menggunakan
pendekatan ini untuk membimbing murid dalam penulisan bahagian B.

Ini kerana langkah dan caranya sama iaitu untuk membina ayat dengan baik dan
gramatis. Saya berharap hasil kajian saya ini boleh diguna pakai akan memberi
manfaat kepada murid untuk meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu khususnya Penulisan.
Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan kepekaan dan rangsangan
kepada pihak sekolah dan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah saya. Semoga
hasil kajian ini dapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru
dan pembelajaran murid. Sebagai guru, kita seharusnya peka dengan masalah
dan keperluan murid dan bertanggungjawab menyelesaikan kemelut yang
mereka hadapi. Kepentingan dalam membantu dan mendidik murid supaya
menjadi lebih baik adalah satu kemestian dan amanah. Kita juga haruslah
mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjayakan hasrat
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

You might also like