You are on page 1of 1

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid untuk


memainkan rentak zapin dengan betul melalui strategi pengajaran dan pembelajaran
pelbagai sudut kecerdasan. Responden terdiri daripada 16 orang murid tahun lima,
di sebuah sekolah di kawasan Nibong Tebal, iaitu di kawasan Seberang Prai Selatan
Pulau Pinang yang mempunyai tahap pencapaian yang lemah. Instrumen yang
digunakan untuk mengenal pasti keberkesanan strategi pengajaran dan
pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan ialah temubual, pemerhatian, dan analisis
dokumen manakala Ujian kecerdasan pelbagai untuk mengenal pasti kecerdasan
murid. Analisis data temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen dilakukan setelah
strategi berasaskan teori kecerdasan pelbagai diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran rentak zapin. Hasil analisis data instrumen menunjukkan peningkatan
kemahiran murid melalui permainan rentak zapin dengan betul. Secara keseluruhan,
dapatan kajian menunjukkan strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut
kecerdasan dapat meningkatkan kemahiran murid untuk memainkan rentak zapin
dengan betul dengan menggunakan alat perkusi serta dapat mengiringi lagu.
Cadangan kajian seterusnya ialah menjalankan stesen kecerdasan di dalam bilik
darjah dan juga di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

You might also like