You are on page 1of 3

Tokoh negara

Allahyarham Tengku Ibrahim Tengku Wook


Adiguru Ukiran Halus (1995)
Tokoh Kraf Negara Ukiran Halus (1998)
Negeri : Terengganu
Allahyarham Tengku Ibrahim dilahirkan pada tahun 1929 di Kampung Gong Kemuntong, Besut
Terengganu. Mula mengukir seawal usia remaja dan mempelajari kemahiran ini dari ayahnya. Beliau
yang lebih mesra dangan panggilan Ayah Ku merupakan antara tokoh yang tersohor kepakarannya
dalam seni ukiran halus senjata tradisional khususnya kepala keris.
Setiap ukiran yang dihasilkan dihiasi dengan motif dan reka corak yang diilhamkan terutamanya dari
tumbuh-tumbuhan, awan larat dan bentuk-bentuk geometri. Ayah Ku menyimpul pelbagai falsafah
dan firasat dalam setiap reka corak yang dihasilkan.
Di samping itu juga, beliau mempunyai kemahiran mereka cipta peralatan mengukir seperti pahat,
set penebuk lubang, semawar serta mesin menajamkan pahat.
Tengku Ibrahim insan seni yang mempunyai personaliti yang baik dan berwibawa tinggi. Ilmu
kemahiran yang diperolehi diperturunkan kepada anak-anak muda yang ingin mendalami bidang
ukiran.
Hasil ukiran beliau pernah dipersembahkan ke Bawah Duli Yang Di-Pertuan Agong Kesembilan
Sultan Azlan Muhibbudin Shah serta mantan Perdana Menteri yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir
Mohamad. Beliau dilantik sebagai ADIGURU KRAF UKIRAN HALUS pada tahun 1995 dan diiktiraf
sebagai Tokoh Negara pada tahun 1998.

Nik aziz nik mat

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (10 Januari 1931 12 Februari
2015) (Jawi: ) merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Imej beliau lebih

terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul AmParti Islam SeMalaysia (PAS).
Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai
Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai
menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir
18 tahun.[1]
Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan
dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims"

POLITIK
Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti
tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar
Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan. Pada pilihan
raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan
majoriti undi sebanyak 3,694.[5]
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain
Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara
peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila
lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun
beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula
borang pencalonan tersebut.[6] Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan
majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.[7]
Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya
yang terbaru ini.[8] Penggantinya itu akan dipilih melalui satu proses undian sulit. Namun jika undian
yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih, beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu
walaupun sudah terbabit dalam politik Pas sejak 42 tahun lalu.[9]
Beliau dituduh mengamalkan kronisme dengan melantik menantunya Ariffahmi sebagai CEO PMBK,
tetapi beliau menyatakan perlantikan itu berdasarkan kelayakan pendidikan tinggi dan pengalaman
luas dalam bidang kejuruteraan. Ariffahmi akhirnya meletak jawatan

You might also like