You are on page 1of 10

2.

1 PEDAGOGI
Konsep PEDAGOGI
Pedagogi ialah satu strategi bagaimana sesuatu pelajaran disampaikan melalui
proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai hasil yang cemerlang.
Strategi pedagogi ini mampu mewujudkan keupayaan yang tinggi dalam membentuk
generasi masa kini supaya lebih efektif untuk memperoleh ilmu pengetahuan.
Pedagogi telah menjadi kaedah pengajaran dan pembelajaran di kesemua institut
pendidikan mahupun sekolah

di Malaysia. Pendidikan ialah proses mengubah

manusia untuk menghadapi masa akan datang. Salah satu faktor yang menentukan
pembangunan sesebuah negara terletak pada mutu pendidikannya. Melalui strategi
pedagogi ini, sekolah dapat menyediakan keperluan pembelajaran secara optimum
dan mencapai objektif yang ditetapkan serta membuat anjakan pradigma daripada
segi penyampaian di bilik darjah yang mampu meningkatkan mutu pendidikan di
Malaysia.

PEDAGOGI merangkumi beberapa komponen iaitu :


1. Mempengaruhi pembentukan dan perubahan dalam kurikulum.
2. Meliputi kehendak Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum
Bersepadu Menengah.
3. Guru berperanan dalam pelaksanaan perubahan kurikulum era teknologi
maklumat dan komunikasi.
4. Melibatkan ciri-ciri kurikulum Futuristik yang dapat mencadangkan persediaan
guru untuk menanganinya.
5. Pelaksanaan kurikulum menggunakan alat berfikir dan strategi.

2.1.1 Konsep kurikulum, jenis-jenis dan faktor mempengaruhi pembentukan


dan perubahan dalam kurikulum.

Konsep Kurikulum
Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara
menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari semua aspek seperti
jasmani, rohani, emosi, dan intelek. Falsafah ini digunakan bertujuan melahirkan
warganegar yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang.
Kurikulum juga adalah bidang yang berteraskan falsafah ini. Tanpa falsafah, sesuatu
kurikulum pendidikan itu tidak sempurna dan tidak ada asas.
Dalam pendidikan formal, kurikulum merupakan satu set kursus atau
pembelajaran yang ditawarkan di sebuah sekolah atau universiti. Menurut
Kementerian

Pelajaran

Malaysia,

kurikulum

bermaksud

segala

rancangan

pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk
mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum adalah suatu rancangan yang meliputi
segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma unsur-unsur kebudayaan
dan kepercayaan masyarakat.
Kurikulum juga bermaksud skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di
institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti. Kurikulum lazimnya ditentukan
oleh Kementerian Pendidikan negara masing-masing. Walau bagaimanapun, guru
turut terlibat memainkan peranan dalam menentukan kurikulum mata pelajaran yang
diajarinya semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Kurikulum

Kurikulum

Kurikulum

JenisJenis
Kurikulum

Kurikulum

Kurikulum

Kurikulum

Kurikulum Ideal

Kokurikulum

Kurikulum

Kurikulum yang digubal dan dibentuk berlandaskan pedagogi, psikologi dan teori kurikulum.

Kurikulum Rasmi

Kurikulum yang menjadi panduan asas untuk penulisan buku teks, persediaan
ringkasan mengajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta panduan dalam
setiap peringkat persekolahan kebangsaan.

Kurikulum Formal

Kurikulum yang berlandaskan matlamat pendidikan negara dan mengandungi segala


isi pengajaran dan pembelajaran serta penilaian di dalam bilik darjah termasuk
aktiviti-aktiviti persatuan,kelab,permainan dan unit beruniform.

Kurikulum Operasi

Merujuk kepada ringkasan mengajar yang disediakan oleh guru, mengikut jadual
waktu sekolah dan sukatan pelajaran yang terkandung dalam kurikulum rasmi dan
kurikulum formal.

Kokurikulum

Dikenali sebagai kurikulum tambahan atau pendidikan pada waktu lapang atau
aktiviti kelas tambahan.

Kurikulum Teras

Kurikulum yang mengutamakan perkembangan individu dan keperluan masyarakat.


Masa pengajaran diperuntukkan kira-kira 40% bagi mata pelajaran teras manakala
masa yang lain digunakan bagi mengajar mata pelajaran pilihan.

Kurikulum Integrasi

Kurikulum penyerapan atau kurikulum mata pelajaran gabungan iaitu


menggabungkan beberapa mata pelajaran yang berkaitan dan menghasilkan mata
pelajaran baru.

Kurikulum Aktiviti

Kurikulum ini dikenali sebagai kurikulum pengalaman atau kurikulum berpusatan


pelajar kerana dirancang dan dibentuk berlandaskan minat dan keperluan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perubahan dalam kurikulum


Falsafah Pendidikan
Falsafah pendidikan negara berperanan penting dalam mencorak sistem
pendidikan di sesebuah negara khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan
Malaysia adalah seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.

KBSR daan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam


Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas ialah

penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni, menyusun semula


program pendidikan dan memperkenalkan program pendidikan yang menitik
beratkan pendidikan umum.
Kehendak Masyarakat
Pembentukan kurikulum berkait rapat dengan desakan dan kehendak
masyarakat. Masyarakat juga menentukan sama ada kurikulum yang dilaksanakan
sesuai atau tidak dengan kehendak mereka. Walau bagaimanapun, tuntutan
masyarakat terhadap kurikulum ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipenuhi
lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang
pesat. Oleh hal yang demikian, kajian dan penilaian berterusan adalah diperlukan
untuk memastikan matlamat dan kehendak masyarakat terlaksana.

2.1.2 Kehendak Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum


Bersepadu Sekolah Menengah dalam konteks FPK
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua
sekolah rendah pada tahun 1983. Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan
terhadap kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Ia juga member
tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh iaitu meliputi aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.
Pada tahun 1989, KBSR yang berasakan 3M telah menjurus kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) . Matlamat utama kurikulum baru
ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengentahuan
dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh.
Kurikulum

Bersepadu

Sekolah

Rendah

bermatlamat

memastikan

perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Dalam


konteks ini, perkembangan adalah meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan
melahirkan insane yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Antara tujuan
pendidikan di peringkat rendah ialah:

Menguasai bahasa Melayu iaitu Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi


negara;

Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis;


Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira;
Menguasai kemahiran berfikir;
Menguasai kemahiran belajar;
Bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan

kedudukannya sebagai bahasa kedua dan,


Membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula dilaksanakan di


sekolah menengah adalah bagi memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh, seimbang, dan bersepadu yang meliputi aspek-aspek jasmani, rohani,
emosi, dan intelek. Hal ini bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang,
harmoni dan berakhlak mulia.

2.1.3 Peranan Guru dalam Pelaksanaan Perubahan Kurikulum Era Teknologi


Maklumat dan Komunikasi
Era masa kini iaitu era teknologi maklumat memperlihatkan perubahan
kehidupan manusia dalam pelbagai dimensi berlaku dengan begitu pantas. Sama
ada secara langsung atau tidak perubahan itu merupakan faktor pendorong kepada
institusi pendidikan untuk melakukan perubahan terhadap kurikulumnya. Hal ini bagi
memastikan sekolah dapat memainkan peranannya dengan berkesan untuk
menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang sesuai dan seiring
dengan perkembangan semasa.

Guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa


pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Hal ini boleh dilaksanakan melalui
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah dengan mengintegrsikan
teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses P&P. Oleh itu, segala

perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti dan berperingkat-peringkat supaya


objektif

pembelajaran

yang

ditetapkan

tercapai.

Selain

itu,

guru

boleh

mengaplikasikan teori behaviorisme dan kognitivisme dalam P&P. Teori ini ialah
pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan
pelajaran. Proses ini merangkumi demonstrasi, pengajaran yang menggunakan
perisian CD Rom, laman web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang
dikawal oleh sistem dan pembelajaran ekspositori.
Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran
tutorial direka berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi yang
memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai
penerima (Merill, 1996). Pendekatan seperti memerlukan pertimbangan yang teliti
oleh guru sebelum dilaksanakan. Adalah dicadangkan guru perlu menlilai setiap
perisian yang sesuai sebelum menjalakan proses P&P dan melakukan persediaan
rapi dalam penyediaan peralatan ICT. Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah
dibahagikan untuk memudahkan guru membuat penilaian di akhir sesi pengajaran.
Kumpulan yang lemah akan diberi latih tubi manakala yang cemerlang diberi latihan
berbentuk pengayaan.
Dalam proses P&P, guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan
P&P dan menggunakan ICT sebagai alat. Pelbagai strategi boleh digunakan untuk
menjana idea serta meningkatkan kemampuan murid untuk memanipulasi maklumat
yang telah dikumpul. Kaedah pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan
bagi membolehkan murid-murid mencari dan megakses maklumat daripada
ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet (Haynes & Holmevik,
1998). Melalui pengumpulan bahan-bahan ini, maklumat akan digunakan untuk
menguji dan menjana hipotesis dalam penyelesaian masalah.

2.1.4 Ciri-Ciri Kurikulum Futuristik


Ciri-ciri kurikulum futuristik dibahagikan kepada beberapa kelompok: (mengikut
RANCANGAN

PERKEMBANGAN

PENDIDIKAN

2001-2010

dalam

Seminar

Perkembangan Pendidikan di Shah Alam pada 8.10.2001)


PENDIDIKAN
PENDIDIKAN

MENENGAH

PRASEKOLAH

RENDAH
CIRI-CIRI
KURIKULUM
FUTURISTIK

PENDIDIKAN
MENENGAH
TINGGI

Pendidikan Prasekolah

Sistem monitor akan dikuatkan untuk memastikan pengurusan prasekolah

mematuhi peraturan dan mengikut kurikulum yang ditetapkan.


Peluang latihan untuk guru prasekolah akan ditambah.

Pendidikan Sekolah Rendah

Kewajipan

lingkungan umur 6+ hingga 11+.


Membaiki penguasaan kemahiran BM, BI, Math, dan Sains.
Memastikan tiada masalah kekurangan guru.

PSR

dikuatkuasakan

bagi

semua

kanak-kanak

dalam

Pendidikan Sekolah Menengah

Menjelang tahun 2008, tempoh masa pendidikan sekolah menengah akan


dikurangkan dari 7 tahun ke 6 tahun 2 tahun SMR, 2 tahun SMA, dan 2

tahun Tingkatan 6.
Sukatan Pelajaran Sains akan dimodifikasikan merangkumi elemen-

elemen baru seperti Mektronik, Bioteknologi, dan Mikroeletronik.


Membaiki mutu BI pelajar termasuk guru, dan memperkenalkan program

BI seperti Umum, Alternatif, Sains, Teknikal dan Remdial.


Program latihan tenaga pekerja diperkenalkan untuk melatih guru ijazah
sarjana mengajar tingkatan 6. Bermula tahun 2010 semua guru Tingkatan
6 pemegang ijazah sarjana.

Persediaan Guru Untuk Menghadapi Kurikulum Futuristik


J.M.Cooper berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu
pengetahuan khusus dan kemahiran mengajar seperti:
I.

Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi

II.

manusia.
Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran

III.

serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala.


Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan pelajar
menjalankan aktiviti pembelajaran mereka

2.1.5 Strategi dan Alat-Alat Berfikir Dalam Pelaksanaan Kurikulum


Matlamat Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan dan mendidik pelajar
supaya menjadi generasi yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Hal ini seiring
dengan Falsafah Pendidikan Negara dan hasrat Malaysia dalam Wawasan 2020.
Walaupun begitu, masih terdapat kekangan yang dihadapi dalam usaha mencapai
matlamat itu dari pelbagai sudut. Oleh hal yang demikian, pelaksanaan kurikulum
perlu diperkukuh dengan strategi-strategi yang dapat mencapai matlamat tersebut.
Antara strategi dalam pelaksanaan kurikulum ialah:
1. Pengurusan Tenaga Pengajar
Menggalakkan guru menggunakan pelbagai kaedah atau pendekatan dalam
proses P&P.
2. Pengurusan Pelajar
-Memastikan bilangan pelajar tidak melebihi 40 orang dalam sesuatu kelas.
-Pelajar dalam kelas tahap Satu adalah seimbang dari segi tahap pencapaian
akademik.
3. Sistem Penilaian
Sekolah melaksanakan penilaian secara formal sebanyak 4 kali setahun iaitu
seperti:
3.1 Penilaian Satu ( MAC ) , menentukan TOV dan sasaran.
3.2 Pertengahan Tahun ( MEI ) , melihat pencapaian pelajar.
3.3 Penilaian Dua ( OGOS ), melihat pencapaian pelajar.
3.4 Akhir Tahun ( OKTOBER), pencapaian pelajar sebenar bertujuan
Penganugerahan.
Semasa proses P&P, penggunaan alat-alat berfikir adalah perlu bagi
memastikan pemikiran pelajar tidak tertumpu kepada sesuatu mata pelajaran
sahaja. Perkara ini penting untuk melahirkan pelajar yang berupaya berfikir secara
kritis dan juga mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam P&P. Guru yang
berperanan sebagai fasilitator perlu sentiasa membantu dan menyokong pelajar
untuk memperkembangkan kemahiran berfikir mereka. Penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi adalah tunjang utama dalam melaksanakan perkara ini.
Penggunaan teknologi pembelajaran masa kini dengan strategi yang betul mampu
melahirkan pelajar yang optimum dalam ilmu pengetahuan.

You might also like