You are on page 1of 5

Misteri!

Pengalaman Ngeri Rakyat


Malaysia Di Segitiga Bermuda
Misteri! Pengalaman Ngeri Rakyat Malaysia Di Segitiga Bermuda | Sebelum ini
Melayukini.net pernah berkongsi sebuah artikel yang berkaitan tentang misteri Segi Tiga
Bermuda yang sehingga kini masih belum terungkai (LINK). Apa yang kita pernah
dengar ialah apabila sesiapa sahaja yang melalui di kawasan ini, jika bernasib baik ia mampu
menyusuri dengan selamat, jika tidak adalah sebaliknya. Kini terdapat satu artikel yang
menceritakan tentang pengalaman sebenar rakyat Malaysia ketika melalui perairan di
Segitiga Bermuda ini.

Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari itulah
aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik malaysia selendang ayu. pada hari itu juga
adalah pengalaman pertama utk tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun
yang menghantui pelayar-pelayar dari malaysia Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak
SIB diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan aku,bahtiar dan ramzul utk
mengendali kes ini. Apabila kami ditugaskan tanpa membuang masa kami terus bersiap utk
ke pelabuhan labuan dimana tempat kami akan berlepas. perjalanan menaiki helikopter
milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.
petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo selendang
ayu yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran perubatan dan
keperluan bantuan mangsa ribut disana. pihak Malaysia begitu perihatin utk membantu
walaupun bahamas adalah dibawah pemerintahan amerika namun atas dasar keperimanusiaan
kerajaan kita tetap membantu.

aku,ramzul dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30
kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa la jugak. tapi salah
seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab
memang dah biasa dengan lantai-lantai ni. aku termenung seketika diatas tilam tempat
bahtiar berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang termenung itu disedari
bahtiar lalu dia menegur. weh apsal ko termenung bro? sapa bahtiar sambil menolak
bahuku. Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni cube kamu
tengok tadi ramai yang jadi pak guard depa senjata pon ada. jawab aku dengan penuh
hairan. Entah la aku pon pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover
kapal ni? sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar
menempik dalam nada yang sederhana weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to kene
lalu segitiga tu baru sampai sana? ha ah la mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah
menyesal la pulak aku join cover ni kata ramzul.
Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang kapal ni akan
melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma tenteramkan mereka yang
nampak gelisah..segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima yang korank risau apehal?
seloroh aku.. ye la kamu jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau
penangan tempat tu. kata-kata ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang
dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita
apa disini.. kita lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka tu memang senjata
kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang
ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh
yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang didalam kesusahan madah aku dengan
penuh yakin.
Perjalanan kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini
kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan
dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan
barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut. apabila tiba di
setiap perairan ada saja tentera marin ataupon penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa.
jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.
Apabila kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau apabila melihat
sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di tengah-tengah lautan atlantik
yang luas dan menurut kapten kapal inilah dia laluan segitiga bermuda. bahtiar dan
ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya
bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. apa kapten tak berasa risau melalui
laluan ni? tanyaku dengan penuh berani.
ini pertama kali saya mengikuti laluan ni sebelum ini kawan saya yang juga kapten
kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar barang
di miami sesampainya beliau di pelabuhan para petugas menemui hanya dia seorang
sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew
yang menyertai pelayaran itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat
beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut atlantik
seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini. sebab itulah saya juga
mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan kata beliau dengan nada yang sedikit
kesedihan.

aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa dengan apa yang
terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke ke lautan
yang sedikit berkabus. sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg
melampau tatkala angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.
ramzul dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan
keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya melayu dan
seorang adalah berbangsa sigh. dalam penghayatan aku di lautan tiba2 bahtiar menggoncang
bahuku dengan laju weiii.. korang nampak tak kat sana? tuju jari bahtiar ke selatan
laut. aku dan ramzul pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali
kabus yang semakin tebal dan hitam. mana taka ada apa2 pon pintas ramzul. ada aku mmg
nmpak tadi yakin kata2 bahtiar itu. apa yang kamu nampak kata ku. aku nmpak kapal
jawab bahtiar. Ahhh.. kapal pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini pintas
ramzul lagi. takk.. aku nampak kapal zaman portugis yakin bahtiar lagi. biar betul
kamu ni bahtiar? tanya ku dengan penuh kepastian.
Aku sekali lagi mengamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat sekeliling
apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin tebal dan hitam. tiba2
mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2 semakin lama
semakin objek itu menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama..
ramzulll.. minorrr jerit aku meminta ramzul teropong. ramzul segera memberi padaku
beliau pun sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal tersebut dengan
teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu nama dikapal
tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama kapal tersebut dikenali
sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki oleh kapten columbus pada tahun
1492 dan pernah melaui perairan atlantik ini utk mendarat di bahamas.
Hati aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang ternampak dimata
disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. mereka semua terpegun dengan kapal yang
sudah berusia beratus lamanya belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini..
bahkan dari tadi kami rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo
kami ini setara sahaja. sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia beratus tahun itu dengan
tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak
sebarang kelibat manusia pun didalam kapal tersebut.
Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang
melihatkan kapten zulfakar dalam keadaan cemas.. apa yang terjadi kapten? entahlah
saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas didepan
kapal seperti dinosour tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri kata kapten zul.
aku melihat kembali di luar.. kapal santa maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini.
Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir sekali
sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan.
Ramzul dan bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon
dari mereka.
Aku turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka.. alhamdulillah
mereka sedar.. apa yang kita nak buat ni? kata bahtiar. angin semakin kencang.. para krew
kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang
keseimbangan para pasukan keselamatan pun bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi
kapal aku melihat kedepan ahh kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu yang datang

menghampiri kata ku. sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa
ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu juga kapal
santa maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung. ramzul
dan bahtiar masih berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau
dengan keadaan kapal yang tidak stabil. ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku
dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya kataku di hati kecil. dengan tak semana2 ada satu
gelombang yang muncul didepan kapal merempuh kami dan kesemua krew termasuk aku dan
rakan2 tersungkur jatuh dan muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak
tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.
kilat terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua
krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami..
Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja
yang tahu. aku gagahkan utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu
utk berdiri termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten
melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan. aku papah
kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata cepat AZAN.. tengok tuu kapten menunjuk jari
ke depan ..
Ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah
datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami..
tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah yang
mengetahui apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku
memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh
kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak bergerak. tangan
kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah
padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR ..
biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal
ini.. tengahku bertarung nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara yang
ramai melaungkan Azan.. wpt.dan apabila didalam kapal itu bergema Azan.. selesai Azan
telingaku seperti dengan jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat
berbunyi Wa ja alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum
fa hum laa yubsiruun diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga ini dan
dengan sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon melafazkannya dengan izin
Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan termasuk kapal santa maria yang berada
seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2
hitam itu terus menguasai lautan. pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat
hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi
seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH
MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR
KEHADRATMU krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa
tidak bermayanya aku.
Keadaan pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku
lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan
bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya melihat
situasi kami yang sedikit tidak teruurus.wpt. apabila barang2 kargo di serahkan kami
bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari mulut
penduduk itu sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang lain dan yang

bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja. lautan atlantik pernah digelar
seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama kapten columbus seorang kapten
yang pernah mengemudi kapal santa maria yang kami jumpai di tengah lautan
atlantik.
perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan
berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal bacaan yassin juga tidak
terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 yassin itulah dia ayat yang didengar dicelah2
telinga semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi. yang baiknya apabila ahli
pasukan keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat kebesaran
yang benar dari Allah yang maha esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk islam.
syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3 minggu belayar dari
bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa berada di lautan Atlantik..
ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR.. wassalam

You might also like