You are on page 1of 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan. Panjangnya
huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Analisis soalan:
Tugasan
:
Kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan
Tema
:
Teknologi maklumat
Kata kunci
:
Kepentingan
Isi 1
Isi 2
Isi 3

:
:
:

berkongsi pendapat
memperoleh maklumat
menjanakan pendapatan

Teknologi maklumat merupakan antara isu yang sering diwara-warakan dalam media cetak
dan media elektronik di negara kita akhir-akhir ini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah
komited untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya,
apakah kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan?
Pada pendapat saya, antara kepentingannya ialah berkongsi pendapat. Hal ini dikatakan
demikian kerana, seseorang yang menggunakan teknologi maklumat dapat bertukar-tukar idea
dengan pengguna Internet yang lain dengan pantas. Di samping itu, teknologi maklumat ini juga
dapat membantu seseorang menyalurkan pendapat terhadap sesuatu isu yang sedang hangat
dibincangkan. Sebagai contoh, seseorang boleh menggunakan laman sosial Facebook untuk
menyatakan idea atau memberi komen terhadap idea yang dimuat naik oleh pengguna yang lain.
Mereka juga boleh menggunakan kemudahan WhatsApp, Twitter dan sebagainya untuk berbuat
demikian. Saya ingin menegaskan bahawa berkongsi maklumat merupakan antara kepentingan
teknologi maklumat dalam kehidupan.
Selain itu, memperoleh maklumat juga dikenal pasti sebagai salah satu kepentingan
teknologi maklumat dalam kehidupan. Hal ini bermaksud, seseorang yang menggunakan teknologi
maklumat mampu mengakses pelbagai maklumat yang tersedia dalampelbagai laman sesawang atau
blog. Lagipun, teknologi maklumat ini juga membantu menjimatkan kos kerana maklumat yang
dikehendaki hanya berada di hujung jari. Contohnya, para pelajar boleh menggunakan teknologi
maklumat untuk mencari bahan pembelajaran dengan hanya menggunakan enjin carian Google.
Mereka juga boleh menggunakan Internet Explorer atau Mozilla dan maklumat yang dicari akan
dipaparkan dalam sekelip mata. Jelaslah, salah satu kepentingan teknologi maklumat dalam
kehidupan ialah memperoleh maklumat.
Kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan yang berikutnya ialah menjanakan
pendapatan. Dalam konteks ini, pengguna yang menggunakan teknologi maklumat berupaya untuk
mempromosi sesuatu produk yang dihasilkan secara meluas kerana bilangan pengguna Internet
yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Tambahan pula, teknologi maklumat ini juga
berupaya untuk memudahkan urusan jual beli kerana urusan pembayaran dan penghantaran
barangan boleh dibuat secara atas talian. Misalnya, pengusaha boleh mempromosi barangan
mereka melalui laman sesawang atau blog persendirian dengan memuat naik foto dan info berkaitan
sesuatu produk. Mereka juga boleh menggunakan Facebook untuk mempromosi barangan mereka.
Saya optimis, menjanakan pendapat merupakan antara kepentingan teknologi maklumat.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menggunakan teknologi maklumat
agar mereka memperoleh manfaat yang optimum daripada kemudahan ini. Dalam hal ini, orang
bijak pandai pernah berpesan, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih!
Nota: Esei ini sekadar wahana untuk menunjukkan kaedah huraian.

You might also like