You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI KALI KE 1 2010

Mesyuarat Panitia diadakan pada:

TARIKH : 06 JANUARI 2010


HARI : RABU
MASA : 12.30 tengahari
TEMPAT: Bilik Gerakan

KEHADIRAN :

1. E (Pengetua)
2. P
3. C
4. s
5. a

1. Ucapan Ketua Panitia

Ketua Panitia mengalu-alukan kedatangan pengetua dan semua guru ke mesyuarat kali pertama
ini. Beliau memaklumkan bahawa ini merupakan mesyuarat panitia Geografi kali ke 1 untuk
tahun 2010. Beliau memperkenalkan tiga orang guru baru mengajar Geografi.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

Pengesahan minit mesyuarat yang lalu dicadangkan oleh Pn aaaaaaa dan disokong sepenuhnya
Oleh Pn gggggggggg

3. Analisa Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009

3.1 Ketua Panitia menjelaskan secara keseluruhannya, keputusan menurun dan perlu ada
strategi peningkatan.
3.2 Peratus lulus untuk tingkatan 2 hanya 20.8% manakala tingkatan 1 ialah 31.4%.
3.3 Penurunan peratusan lulus ini perlu di atasi segera dengan meningkatkan strategi
Pengajaran dan Pembelajaran.
3.4 Cadangan dari Ketua Panitia, teruskan strategi peningkatan skor A untuk pelajar PMR dan
pastikan pelajar tingkatan 1 dan 2 diberi latih tubi dan pengukuhan selepas selesai setiap
subjek.
3.4 Ketua Panitia menjelaskan, pelajar perlu didedahkan dengan teknik menjawab dan latih
tubi berfokus hendaklah dijalankan.

Tindakan : Semua Guru


4. Tugas Guru Mata Pelajaran

4.1 Ketua Panitia mengingatkan semua guru menggunakan buku teks sebagai bahan rujukan
utama dan menggunakan alat bantu mengajar di dalam P&P.
4.2 Ketua Panitia juga meminta guru memaklumkan kepada pelajar menyediakan sebuah buku
berkulit tebal sebagai nota dan latihan dalam buku yang sama.
4.3 Ketua Panitia mengingatkan agar guru menyemak buku latihan pelajar.
4.4 Guru di beri agihan untuk menyediakan kertas soalan ujian dan peperiksaan untuk
tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Soalan ujian dan peperiksaan hendaklah megikut JSU yang
telah ditetapkan.
4.5 Kajian Geografi Tempatan untuk tingkatan 1 dan 2 dikira dalam Peperiksaan Akhir Tahun
2010 sebanyak 20%.
4.6 Cara penulisan buku rekod hendaklah berdasarkan kepada Rancangan Pengajaran Tahunan
Geografi.
Tindakan : Semua Guru

5. Tugasan 2010

5.1 Ketua Panitia mengingatkan semua guru supaya melengkapkan dan melaksanakan tugas-
tugas yang diberikan untuk tahun 2010.
5.2 Guru diminta memaklumkan kepada pelajar supaya menghasilkan satu ruangan untuk
sudut geografi di belakang papan kenyataan setiap kelas.

Tindakan : Semua Guru

6. Taman Angkat Kelab Geografi dan Alam Sekitar

6.1 Ketua Panitia mengingatkan Pppppppppppp supaya menyelenggara Taman Angkat dan
meletak label pada pokok yang terdapat di taman tersebut.

Tindakan : Ppppppppppppppp dan AJK Kelab Geografi dan Alam


Sekitar

7. Tiada Perkara Berbangkit

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.50 tengahari


Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

(rrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr) (kkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk)
SU Panitia Geografi 2010 KETUA PANITIA GEOGRAFI

You might also like