You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN HARI GURU SMK CHERAS JAYA

ATUR CARA
7.30 pagi

Guru berkumpul di lobi

8.00 pagi

Perarakan guru ke tapak perhimpunan

Bacaan doa

Penyampaian cenderamata kepada semua ahli KGK oleh


pengawas dan pelajar-pelajar

Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

Ucapan Ketua Pelajar

Ucapan Pengerusi KGK

Ucapan Pengetua

Ikrar guru dan lagu Kami Guru Malaysia

Penyampaian cenderamata kepada Guru Tingkatan oleh Ketua


Tingkatan

Bacaan Biodata dan ucapan Puan Sharifah Noraini Wan Hassan

Penyampaian cenderamata kepada Puan Syarifah Noraini Wan


Hassan

Acara memotong kek

9.30 10.00

Rehat

10.00 11.00

Sukaneka oleh semua ahli KGK

11.00 12.20
Persaraan

Persembahan guru dan pelajar sempena Hari Guru dan

Pn. Sharifah Noraini Wan Hassan


12.30 tgh

Majlis Send off Pn. Sharifah Noraini

Pelajar Bersurai
Jamuan Hari Guru di kantin sekolah
1

Mengumumkan........perarakan masuk guru-guru SMK Cheras Jaya ke Dataran


Integrasi
Para pelajar diminta memberikan tepukan yang bergemuruh kepada barisan
guru kita yang dikasihi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Bunga tanjung di tengah pekan,


Tiupan bayu mencelah suria,
Kalimah nan agung saya mulakan,
Salam sejahtera menambah ceria.

Yang berusaha,
Puan Rozita Binti Ahmad
dikasihi,

bonda pengetua SMKCJ yang amat

Yang dihormati,
Tuan Hj Azman Bin Idris

Yang Dipertua PIBG (jika ada)

Puan Sofia Nor Binti Molhit

Penolong Kanan SMKCJ

Encik Othman Bin Omar


Puan Anita Mazlina Binti Azman Arash
Encik Termizi Mohd Tahir

Penolong Kanan HEM

Penolong Kanan Kokurikulum


-

Penolong Kanan Petang

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran


Guru-guru Cemerlang
Yang diraikan
Puan Sharifah Noraini Binti Wan Hassan
Guru-guru
Kakitangan sekolah
2

Dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian

Hadirin sekalian,
16 Mei, tarikh keramat sambutan Hari Guru di seluruh negara telah berlalu
meninggalkan kita. Menyedari hakikat bahawa tiada guru, tiadalah murid,
tiada murid maka tiadalah guru, maka pada hari ini kita berkumpul untuk
menjayakan Hari Guru dengan cara kita.
Ikan merah dijual di pekan,
Syukur gembira dapat sebaldi,
Cuaca cerah turut mengizinkan,
Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.
Bagi memberkati majlis ini, dijemput Muhammad Adam Fauzi untuk
memimpin bacaan doa.
Dipersilakan...
Amin amin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini
akan berjalan dengan lancar.
Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti oleh lagu Negeri
Selangor dan Lagu Sekolah.
Hadirin diminta berdiri dan menyanyi dengan penuh semangat sebagai
lambang kecintaan kita kepada sekolah dan negara.
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Pengawas SMKCJ, iaitu
Muhammad Danial Bin Asni. Dipersilakan dengan segala hormatnya.
Demikianlah tadi ucapan yang disampaikan oleh Ketua Pelajar SMKCJ.
Acara diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pengerusi Kelab Guru dan
Kakitangan (KGK)
Dipersilakan al-fazil Ustaz Ab. Razak Bin Hussin selaku Pengerusi KGK untuk
menyampaikan sepatah dua kata.
Mekar melati diapit kejora,
Kuntuman tersemat, jadi pamitan,
Tersentuh hati mendengar bicara,
Ungkapan azimat jadi ingatan,

Tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa mendengar amanat dan ungkapan
keramat daripada Bonda Pengetua kita yang dikasihi. Dengan ini dipersilakan
Puan Rozita Binti Ahmad, Pengetua SMK Cheras Jaya untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan....
Tumbuh selirat bunga melati,
Mari direnjis dalam jambangan,
Ucapan tersirat seribu erti,
Semoga majls menjadi kenangan.
Semoga para guru akan terus berjuang mendidik kami dengan tekun dan
sabar menghadapi karenah kami. Terimalah kami dengan seadanya dan
usahlah dibandingkan dengan murid-murid yang bersekolah di sekolah yang
bertaraf dunia.
Hadirin yang dihormati sekalian, sambutan Hari Guru tidak akan lengkap
tanpa mendengar laungan Ikrar Guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia.
Dengan ini, majlis mempersilakan semua guru untuk bersama-sama naik ke
atas pentas bagi menyampaikan Ikrar dan menyanyikan lagu Guru Malaysia
yang akan diketuai oleh Pengerusi KGK, Ustaz Ab. Razak bin Hussein.
Menghilau laksana pokok kiambang
Di dalam kali tumbuh melata,
Setahun sekali nyanyian berkumandang,
Berbakat sekali guru-guru kita.
Guru,
Hadirmu sentiasa dinanti,
Sejak kecil kami diajar ABC,
Pelbagai ilmu kami pelajari,
Pelbagai bahasa kami kuasai,
Dunia sains diterokai, sejarah dikaji digali,
Kira mengira tak perlu lagi menggunakan jari..
Bidang teknikal tidak ketinggalan,
ICT pula melengkap pengetahuan
Disusul oleh pelbagai kemahiran
Melukis mewarna indah lakaran,
Agama dan akhlak paling ditutamakan,
Kami mengenal adab dan sopan,
Buat bekalan di masa depan.
Bagi menghargai jasa para guru sekalian, dipersilakan ketua-ketua Tingkatan
untuk menyampaikan cenderamata kepada guru tingkatan masing-masing.
4

Dengan ini, diminta semua guru tingkatan Satu hingga Lima bangun untuk
memudahkan Ketua Tingkatan menyampaikan cenderamata.
Indah selendang kebaya nyonya,
Sekali imbas puteri kayangan,
Usah dipandang pada harganya,
Ingatan ikhlas tanda kenangan.
Hadirin sekalian,
Pada hari ini juga, SMKCJ akan mengucapkan selamat berangkat kepada
salah seorang guru yang akan menamatkan perkhidmatannya. Beliau ialah
Puan Hajah Syarifah Noraini Binti Wan Hassan.
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Puan Kaladevi a/p Arumugam
untuk membacakan biodata Puan Hajah Syarifah Noraini Binti Wan Hassan.
Dipersilakan..
Sekarang dipersilakan dengan segala hormat dan takzimnya, Puan Hajah
Sharifah Noraini Wan Hassan untuk menyampaikan amanat dan pesanannya
yang terakhir sebelum meninggalkan kita semua.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intailah kami sementara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Batang selasih permainan budak,
Mari ditambat di hujung titi,
Bercerai kasih bukannya talak,
Kerana tamat tempoh berbakti.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada
Puan Hajah Syarifah Noraini Binti Wan Hassan.
Dipersilakan Puan Nor Anin Ali untuk mengiringi Puan Rozita Binti Ahmad
bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah..
Dipersilakan wakil KGK, Ustaz Ab Razak Hussin
Dipersilakan wakil Anjung Wacana / UBK/ PSS, Pn. Foo Lai Fong
Dipersilakan wakil Unit Kokurikulum, Pn. Salwani.
Dipersilakan wakil Unit HEM, Encik Kumaran
Hadirin yang dihormati sekalian,
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.
5

Sekarang dipersilakan Puan Hajah Syarifah Noraini untuk menyampaikan


cenderamata kepada guru-guru SMKCJ yang telah bersama-sama
mengharungi detik suka dan duka di sini. Dengan ini dipersilakan Puan Rozita
Ahmad untuk menerima cenderamata bagi mewakili guru-guru SMKCJ.
Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan Acara Memotong Kek yang
berupa kek hari jadi dan juga kek untuk sambutan hari guru. Sesungguhnya,
inilah simbolik untuk melambangkan kerjasama saling memberi dan
menerima, susah dan senang sama dirasa. Kek juga lambang kemanisan
dan keindahan hidup bermasyarakat.
Dipersilakan Puan Rozita Binti Ahmad dan Puan Hajah Syarifah Noraini untuk
memotong kek.
Demikianlah tadi selesai sudah majlis perasmian sambutan hari guru.
Seterusnya saya serahkan majlis ini kepada guru yang bertugas untuk
pengumuman yang berikutnya.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di bawah saji,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan dikutuk diumpat keji.
Pohon kuini dahannya patah,
Di situ tempat bermain kenari,
Sampai di sini kata bernoktah,
Izinkan saya mengundur diri.
Sekian, wassalamualaikum wbt.

You might also like