You are on page 1of 2

Minit Mesyuarat Bil.

1/2014
Pengelolaan Kejohanan Bola Tampar Antara Unit-unit Jabatan Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan
IPG Kampus Raja Melewar
Tarikh : 15 Julai 2014 ( Selasa )
Masa

: 9.00 pm

Tempat

: Astaka IPGKRM

Kehadiran :
28 orang guru pelatih unit PISMP Semester 4 PJ (SJKC), PJ ( SK) dan PJ (SJKT) Ambilan
Januari 2013 .

Agenda 1 :
1.1

Ucapan Daripada Pengerusi

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh saudara Ameer Firdaus B. Redzuan. Beliau


bersyukur atas

kehadiran kesemua ahli jawatankuasa yang terbabit dengan

pengelolaan pertandingan ini dan berharap semua ahli jawatankuasa dapat memberi
kerjasama yang penuh semasa dalam mesyuarat .
Agenda 2 : Perlantikan Ahli Jawatankuasa Induk
2.1

Pengerusi memohon ahli jawatankuasa untuk mencadangkan calon calon yang

sesuai untuk menjawat jawatan bagi naib pengerusi , setiausaha , penolong setiausaha ,
bendahari dan naib bendahari . Akhirnya persetujuan dicapai melalui mengundi kepada
calon dipilih . Pelantikan ahli jawatankuasa induk telah dijalankan setelah mendapatkan
persetujuan daripada semua ahli jawatankuasa .
2.2

Berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa induk :

Pengerusi

: Saudara Ameer Firdaus B. Redzuan

Naib Pengerusi

: Saudari Teoh Mee Ying

Setiausaha

: Saudari Amy Ting Shu Ting

Bendahari

: Saudari Rowena Lim Siew Xian

Agenda 3 : Perbincangan Tentang Pengelolaan Pertandingan Bola Tampar

3.1

Selepas sesi perbincangan dengan semua ahli jawatankuasa , pertandingan bola

tampar ini akan dijalankan menggunakan sistem kalah mati dan peraturan pertandingan
bola tampar juga telah dibincangkan dan ditetapkan atas persetujuan semua ahli
jawatankuasa .
Penutup
Pengerusi telah merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua ahli
yang menghadiri mesyuarat pada pagi itu . Beliau berharap agar semua ahli jawatankuasa
boleh bekerjasama dan teruskan usaha masing-masing supaya pertandingan yang
dianjurkan dapat berjalan dengan lancar.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 malam.

Disediakan oleh,

(AMY TING SHU TING)


Setiausaha
Kejohanan Bola Tampar Antara Unit-unit Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
IPG Kampus Raja Melewar.

Disahkan oleh,

(AMMER FIRDAUS BIN REDZUAN)


Pengerusi
Kejohanan Bola Tampar Antara Unit-unit Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
IPG Kampus Raja Melewar.

You might also like