You are on page 1of 30

1.

PENDAHULUAN
Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan

kehidupan masyarakat

tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat
perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.
Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit , iaitu Buddayah. Namun,
ada pendapat mengatakan perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan
Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang membawa maksud kecergasan
fikiran dan akal ,manakala Daya (Melayu) diertikan sebagai kekuatan kuasa,
tenaga

dan

pengaruh.Selain

itu,

kebudayaan

pula

ditakrifkan

sebagai

keseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan


berfikir di mana ia meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan
dan bukan kebendaan
Dalam konteks pendidikan semasa , budaya dilihat melalui budaya di sekolah
yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah,
murid

akan di didik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh

masyarakat. Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di


sesebuah sekolah.
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang
pelbagai kaum. Ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dari
segi kepelbagaian budaya, adat resam, bahasa dan sebagainya. Sehubungan
dengan hal sedemikian, sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, guru
hendaklah mempunyai kesedaran tentang keunikan pelbagai budaya dan adat
resam dan ini boleh membantu seorang guru untuk melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan dalam suasana bilik darjah yang mesra.

2.0 KONSEP KEPELBAGAIAN KELOMPOK

EK
tP
nK
iA
kK
P
M
I

E
G
E

N
M

K
A

D
L

I
Y

A
Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup

dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India
telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan
tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur.
Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban. Terdapat
pelbagai konsep kepelbagaian kelompak di Malaysia disebabkan oleh kemajmukan
rakyat di negara ini. Antaranya ialah; etnik, ras, minoriti, masyarakat, dan kelompok.
Menurut Noriati A. Rashid (2011), perkataan etnik diambil daripada perkataan
Greek ethnos yang membawa maksud manusia atau negara. Etnik merujuk kepada
kumpulan manusia yang mengidentifikasikan antara satu sama lain dengan
berlandaskan keturunan dan warisan budaya yang sama. Manakala, menurut
Maciver (1981), kelompok etnik merupakan kesatuan berdasarkan kesedaran minat
dan nonvoluntary. Secara umumnya, etnik tidak mempunyai organisasi yang formal
dan dari segi relatifnya adalah terhad saiznya, di mana ahli ahli dihubungkan
bersama oleh perhubungan utama dan sekunder. Selain itu, ciri kelompok yang lain
ialah adanya sikap yang menunjukkan perbezaan, tentangan atau prasangka. Dari
konsep etnik inilah akan terbentuk konsep konsep lain seperti etnisiti,
etnosentrisme dan diskriminasi.
Konsep kedua yang wujud di dalam kepelbagaian kelompok ialah ras. Ras
merupakan kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi fizikal. Ciri
2

ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari satu generasi ke generasi
yang lain.Ras mempunyai ciri ciri fizikal yang menjadi tanda pengenalan kepada
sesuatu ras contohnya; warna kulit, warna mata dan sebagainya. Selain itu, ras juga
boleh diklasifikasikan mengikut sifat sifat atau kebolehan moral dan intelek mereka.
Konsep yang seterusnya ialah; konsep minoriti yang merujuk kepada bilangan
penduduk atau statistiknya. Konsep ini sebenarnya merujuk kepada kumpulan
penduduk yang dianggap sebagai kumpulan yang lebih rendah statusnya dan sering
didiskriminasikan.
Konsep yang keempat ialah konsep masyarakat. Menurut Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka Edisi kedua, masyarakat bermaksud sekumpulan orang yang
hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara cara dan peraturan peraturan
tertentu. Manakala menurut Roureck dan Warrne (1979) , masyarakat merupakan
satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun kumpulan
manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dan menjalankan aktiviti secara
kolektif serta merasakan bahawa mereka hidup bersama. Dapat disimpulkan di sini
bahawa masyarakat merupakan kumpulan individu yang mempunyai ciri ciri seperti
berkelompok, berbudaya, mengalami perubahan, dan berinteraksi serta menjalankan
aktiviti bersama.
Kelompok bermaksud sekumpulan manusia yang memiliki kesedaran yang
sama tentang keanggotaan ahlinya, sering berinteraksi dan dibentuk oleh
masyarakat ( Noriati A. Rashid et. Al, 2011). Kelompok terbahagi kepada dua jenis
kelompok iaitu kelompok asas dan kelompok sekunder. Dari segi hubungan dalam
kelompok asas, hubungan adalah lebih erat kerana disertai emosi dan hubungan ini
akan berterusan walaupun mereka tidak lagi tinggal berdekatan atau di tempat yang
sama. Manakala bagi kelompok sekunder bersifat tidak berkekalan, kerana individu
hanya mengenali satu sama lain secara formal dan tidak melibatkan perasaan. Ini
biasanya terjadi di kawasan bandar bandar besar dan interaksi mereka sangat
terhad.

3.0 KONSEP KEPELBAGAIAN SOSIO - BUDAYA

Pelbagai takrifan yang telah diberikan bagi mendefinisikan budaya. Budaya


atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah

yang terbentuk

daripada kata buddhi (budi atau akal) yang diertikan sebagai hal hal yang berkaitan
dengan budi dan akal manusia (Noriati A. Rashid et. Al, 2011). Manakala, dalam
Bahasa Inggeris pula budaya disebut sebagai culture yang berasal dari perkataan
Latin Colere yang bermaksud mengolah atau mengerjakan.
Antara ciri penting budaya dalam sesuatu kelompok ialah budaya perlu
dipelajari secara langsung atau tidak langsung. Selain itu, ciri ciri penting budaya
yang seterusnya ialah budaya perlu dikongsi dan boleh diwarisi. Ini bermaksud
budaya yang diamalkan oleh satu generasi akan diturunkan kepada generasi yang
seterusnya. Malah, setiap budaya yang diamalkan mempunyai unsur simbolik yang
bererti bagi setiap kaum.
Sebelum kita teruskan lagi perbincangan mengenai sosio - budaya, kita perlu
mengerti definisi dan konsep sosio budaya. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka
Edisi keempat, sosio- merupakan awalan asing berkaitan dengan faktor sosial atau
kemasyarakatan. Manakala, budaya dari definisi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
edisi keempat mempunyai beberapa maksud. Antaranya ialah kemajuan fikiran, akal
budi merangkumi cara berfikir dan berkelakuan dan sebagainya. Selain itu, budaya
juga merujuk kepada membiasakan sesuatu perilaku atau perbuatan yang baik
supaya berbudaya atau beradab, kebudayaan keseluruhan cara hidup yang
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan
penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun,
atau peradaban. Oleh yang demikian, dapat dirangkaikan bahawa definisi sosio
budaya merupakan faktor sosial atau kemasyarakatan yang berkaitan dengan cara
berfikir dan cara hidup sesuatu masyarakat di sesuatu kawasan. Menurut Patricia L.
Marshall (2002), budaya merujuk kepada cara yang konsisten dimana manusia
mengalami, menginterpretasi dan bertindak balas terhadap dunia persekitaran
mereka; ataupun cara kehidupan bagi sekelompok populasi.
Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang
etnik iaitu Melayu, Cina, India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi
Sabah & Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain menjadi kaum minoriti.
Disamping itu, setiap etnik dalam kalangan masyarakat membawa budaya yang
berbeza yang diwarisi dari keluarga mereka sejak turun temurun. Selain itu, kita juga

perlu melihat pandangan yang diberikan terhadap konsep kepelbagaian budaya dari
pelbagai sumber
Kepelbagaian budaya di Malaysia disebabkan oleh faktor sejarah penjajahan di
mana pendatang dari China yang tiba di Tanah Melayu yang dimiliki oleh orang
Melayu. Pendatang China tiba di Tanah Melayu sekitar abad ke 15 hingga
pertengahan abad ke 20. Pendatang China awal di Melaka dan Pulau Pinang
kemudiannya membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selatan yang
mengamalkan kebanyakan adat Melayu secata takat yang berbeza. Kebanyakkan
orang Cina Malaysia menganggap kecinaan mereka sebagai satu identiti etnik,
budaya dan politik.
Seterusnya kaum India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan
daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di
Tanah Melayu. Orang India telah berhijrah ke Tanah Melayu sejak 2 000 tahun yang
lalu. Kumpulan seperti komuniti Chitty dan komuniti Mamak merupakan keturunan
penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa penjajahan
Portugal dan Belanda.. Berdasarkan faktor penghijrahan dan pergabungan kawasan
Semenanjung dan Sabah, Sarawak, maka Malaysia mempunyai kepelbagaian
bangsa, agama dan budaya.
Akibat dari kepelbagaian bangsa dan penjajahan British, maka terbinalah jenis
jenis sekolah yang pelbagai antaranya ialah sekolah pondok, sekolah Melayu,
sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggeris (Choong Lean Keow, 2008).
Namun begitu, pada zaman penjajahan pihak British mengamalkan Pecah dan
Perintah bagi mengelakkan perpaduan di antara kaum dan memudahkan lagi
pentadbiran pihak Inggeris. Oleh yang demikian, proses asimilasi dan akomodasi di
antara pelbagai budaya tidak dapat dilihat pada ketika itu.
Walaubagaimanapun, selepas merdeka telah berlaku perkembangan sistem
pendidikan di Malaysia. Terdapat tiga penyata atau laporan pendidikan yang
dikemukakan iaitu Penyata Rahman Talib, Laporan Hussein Onn, dan Laporan
Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir). Kesemua
laporan tersebut mempunyai matlamat utama iaitu untuk menyatupadukan rakyat
yang berbilang kaum.

4.0 KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA

"Kepelbagaian sosio budaya inilah yang menjadi aset utama negara dan perlu
dipelihara dan terus disemarakkan di bawah gagasan 1Malaysia,"

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (2012)


Berikut merupakan antara petikan ucapan Perdana Menteri kita, Datuk Seri
Najib Tun Razak dalam sambutan Hari Malaysia pada tahun 2012. Beliau membuat
kenyataan ini demi memastikan kelangsungan keharmonian dan kesejahteraan

di Malaysia dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.


Dalam masyarakat heterogen seperti di Malaysia yang mempunyai pelbagai
kaum dan budaya, pendidikan dan pengajaran di sekolah seharusnya berupaya
menekankan nilai-nilai persefahaman budaya dan toleransi antara kaum. Menurut
Banks (1993), pendidikan multi-budaya merupakan visi sekolah berdasarkan idea
demokrasi yang mementingkan keadilan dan kesamarataan. Oleh yang demikian,
pemahaman antara satu sama lain adalah sangat penting. Melalui pemahaman
tentang budaya pelbagai kaum ini, penghayatan pelajar tentang hubungan antara
kaum akan semakin baik, rapat dan tidak mewujudkan prasangka. Untuk tujuan itu,
pelajar perlu diberikan kefahaman yang jelas tentang sejarah budaya yang
menerangkan tentang kewujudan budaya pelbagai kaum di Malaysia serta elemenelemen penting dan keunikan setiap budaya yang terbentuk.

K
U
R I
K
S
U
E
L
K
U
O
M
L
A
H

I M P L I K
A S I
K E S E D
A R A N
S O S I O
B U D A Y
A
P
E
L
A
J
A
R

4.1 Implikasi Kepelbagaian Sosio budaya kepada Guru

G
U
R
U

Guru merupakan pencorak masa depan. Oleh yang demikian, guru


bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Dengan adanya
pemahaman terhadap budaya ini, guru akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya
kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat
Malaysia. Nilai-niai menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri mereka.
Seterusnya, mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh
dilakukan dalam masyarakat yang berbudaya.
Masalah dari aspek bahasa dan pertuturan boleh menimbulkan kekeliruan
maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Kepekaan guru terhadap
murid yang mempunyai masalah berbahasa amat dituntut. Perhatian yang wajar
perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah bahasa dan bertutur. .
Guru seharusnya mengintegrasikan mereka iaitu murid Melayu yang mampu bertutur
dengan baik dengan murid Cina dan India yang lemah bertutur di dalam kumpulan
pemulihan yang sama. Hal ini dapat membantu murid Cina dan India bertutur dengan
lebih baik seterusnya mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru
dengan berkesan.
Selain itu, pengetahuan tentang adat resam, budaya, kepercayaan dan sistem
nilai pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia perlulah dikaji dan diteliti bagi
menambahkan dan meluaskan ilmu pengetahuan guru berkaitan amalan dan budaya
murid-muridnya di dalam bilik darjah. Pengetahuan awal guru terhadap budaya
murid-muridnya

amat

penting

dalam

menyusun

aktiviti

pembelajaran

terutamanya di dalam subjek Kajian Tempatan (KT) dan Pendidikan Sivik dan
Kerohanian (PSK). Kurikulum yang terkandung dalam kandungan sukatan pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK) umpamanya mengandungi adab-adab
dalam setiap budaya di Malaysia. Justeru, guru lebih mudah mengajar dan
membimbing murid adab-adab tersebut dan menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan
yang melibatkan pelbagai kaum di dalam satu kumpulan. Melalui aktiviti
ini, perkongsian dan pertukaran ilmu tentang budaya masing-masing akan berlaku
dan secara tidak langsung aktiviti ini membolehkan jurang perkauman antara murid
dapat dihapuskan. Ciri-ciri persamaan dalam setiap budaya mampu membentuk
hubungan yang harmonis sesama sendirisetelah murid-murid dewasa kelak.
Guru mestilah berupaya menyusun dan merangka pelbagai aktiviti yang
melibatkan penyertaan semua murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu
mengambil kira peluang yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan. Hal ini
7

bermaksud setiap kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengambil
peranan penting untuk menjayakan tugasan yang diberi. Kejayaan dalam
melaksanakan aktiviti tersebut akan membentuk rapport

yang positif dalam

kumpulan mereka. Dengan adanya aktiviti yang dirangka dengan baik, guru dapat
mengelakkan prejudis antara murid yang berbeza budaya. Prejudis berlaku dalam
bentuk pandangan negatif yang tersemat dalam hati seseorang yang berbeza
kelompok etnik terhadap kelompok etnik lain (Shamsul Amri Baharuddin,2007:12).
Secara ringkasnya dapat disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru bukan
sahaja meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan meliputi
skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, pengurusan
bilik darjah, motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja.
4.2 Implikasi Kepelbagaian Sosio- budaya kepada murid
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan
bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik
darjah mahupun di luar bilik darjah. Menurut Gollnick dan Chin (1990), Culture
provides the blueprint that determines the way an individual thinks, feels, and
behaves in society. Perbezaan budaya dikalangan murid menyebabkan terdapat
sedikit perasaan takut dalam diri murid seperti yang dinyatakan oleh Jerry V. Dilver
dan Jean Moule (2005), murid akan tertanya tanya sama ada mereka dibenarkan
untuk menyuarakan pemikiran mereka atau guru hanya akan mendengar pendapat
dan pertanyaan oleh sesuatu kaum sahaja.
Namun begitu, di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 12. Hak
berkenaan dengan pendidikan telah menyatakan bahawa tanpa menjejaskan
keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara
semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir. Oleh yang
demikian, murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu
membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain. Kepercayaan dan amalan
agama yang dianuti tidak harus dipertikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah
berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa
murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah
dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.

Dalam berkomunikasi, penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu


harus diamalkan oleh murid sejajar dengan tujuan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, penggunaan
laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang
bercorak ke arah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan
bahasa murid sentiasa bertambah.. Murid juga digalakkan berinteraksi dan
berhubung dengan mereka yang berlainan jantina. Mereka juga perlu diberikan
kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina.
Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan
dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan
kelas mereka. Ahli Jawatan Kuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping
jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murid dapat
merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka. Murid biasanya
akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang
profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program program yang bertujuan
membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan
segala tingkahlaku negatif.
4.3 Implikasi terhadap Sekolah
Jenis-jenis sekolah yang mempunyai fokus yang berbeza turut mengamalkan
budaya yang berbeza. Warga sekolah yakni guru atau pelajar juga mempunyai latar
belakang berbeza. Sosiobudaya yang mempengaruhi amalan budaya di sekolah juga
terbatas kepada etnik majority. Namun akan wujud juga kepelbagaian berdasarkan
budaya mikro sub-etnik daripada aspek bahasa dan adat resam.
Kepelbagaian budaya dalam sistem pendidikan di Malaysia menyebabkan
wujudnya pelbagai alirah sekolah seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina da Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Manakala aliran sekolah
menengah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Harian, Sekolah Model Khas,
Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama.
Memandangkan pada peringkat sekolah rendah, interaksi sosial dan budaya
masih tidak dapat diintegrasikan, kementerian telah menubuhkan Sekolah Wawasan
untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid yang pelbagai bangsa dan latar
9

belakang dengan melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleranis dan


persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu dan
menggalakkan interaksi maksimum antara semua warga sekolah melalui kemudahan
sekolah dan pelaksanaan aktiviti lain di sekolah (KPM, 2010a). Sekolah Wawasan
merupakan merupakan antara percubaan yang dilakukan oleh kerajaan bagi
membawa perubahan dalam sistem pendidikan negara. Sekolah Wawasan bererti
sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersamasama dalam satu kawasan yang
sama tanpa mengira kaum atau agama. Dengan cara ini, ternyata ia dapat
membawa kesedaran yang tinggi kepada masyarakat tentang pentingnya perpaduan
di kalangan masyarakat yang perlu dipupuk sejak kecil lagi.
Kepelbagaian sosiobudaya juga terdapat dilihat dari segi kelas sosial dan
amalan adat resam serta kepercayaan agama. Kelas pemulihan yang berfungsi
membantu murid-murid yang lemah dari aspek akademik juga dapat membantu
mengukuhkan lagi pertuturan mereka. Ada juga sebilangan murid Melayu yang
lemah berbahasa tetapi mereka dapat bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik
kerana dipengaruhi latar belakang keluarga.
4.4 Implikasi terhadap Kurikulum
Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik
merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk
dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu (Saedah Siraj; 2001, Wiles dan
Bondi, 1998; Pratt, 1994; Schubert, 1986). Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan
luar negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan
institusi pendidikan bukanlah setakat kandunan yang tercatat dalam sukata pelajaran
atau proforma kursus tetapi merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran yang
diperolehi penuntut semasa belajar (Margolis, 2001; Cahfel, 1997; Eisner, 1994)
Kurikulum tersirat juga merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh
pelaksana

kurikulum

pengkategoriannya

itu

adalah

sendiri

(pelajar

berbeza-beza

guru/pengajar),

mengikut

jenis

jenis

institusi,

atau
tahap

pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri dan ia boleh menjadi objektif
pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah bersifat relatif dan agak sukar
diukur secara kuantitatif. Kewujudan kurikulum tersirat adalah berbeza-beza
bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum
10

(pelajar-guru/pengajar). Sebagai contoh, kurikulum tersirat boleh menyatukan murid


pelbagai kaum dengan adanya aktiviti kokurikulum.
Konsep Gagasan 1 Malaysia yang dikonsepsikan oleh Perdana Menteri, YAB
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah antara satu tindakan strategik dalam
mewujudkan kesatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada kepelbagaian kaum
dan budaya (Dr. Ismail Ibrahim, 2011). 1 Malaysia membawa aspirasi untuk
memeperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menalin
perpaduan yang lebih erat. Sejajar dengan konsep tersebut, kementerian pelajaran
berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya
antara kaum.
Guru digalakkan menyelit nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, harus
menyelitkan dan menggalakkan interaksi dalam kelas sosial. Oleh itu, semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, guru harus menstruktur
semula pengalaman pembelajaran murid supaya menekankan kepada aspek nilai.
diambil. Selain itu, penerapan dan penggabungjalinan di antara pelbagai subjek
di dalam sebuah proses pengajaran dan pembelajaran seperti sejarah dan geografi
di dalam subjek Bahasa Malaysia dan Pendidikan Moral dapat membantu pelajar
untuk mengenali dan memahami budaya bagi sesuatu kaum yang berbeza.
Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah
sekolah. Oleh itu, sebagai seorang pendidik tanggungjawab guru termasuklah perlu
menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan
material mengikut acuan Malaysia. Penting bila murid keluar dari sistem
persekolahan mempunyai budaya Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai
lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum/etnik.
Oleh yang demikian, jelas dilihat bahawa kurikulum tersirat memang begitu
penting dalam menghasilkan suasana pembelajaran yang mengambil kira pelbagai
aspek kepelbagaian sosio-budaya dan ini secara tidak langsung memberikan
implikasi kepada murid tanpa mengira kaum. Sebagai kesimpilannya, kurikulum
tersirat perlu menjadi salah satu agenda utama dalam usaha mempertingkatkan
kualiti kurikulum negara.

11

JADUAL PERBANDINGAN IMPLIKASI SOSIO BUDAYA


IMPLIKASI SOSIO - BUDAYA
GURU
IMPLIKASI 1

Guru perlu peka

MURID

SEKOLAH

- menggunakan Bahasa - Pelbagai aliran

terhadap masalah

Malaysia sebagai

bahasa dan

bahasa komunikasi

KURIKULUM
- penerapan nilai

sekolah yang wujud.

perpaduan dan
kerjasama

komunikasi murid
IMPLIKASI 2

Guru perlu

- Murid perlu

- konsep 1 Malaysia

mempunyai

berinteraksi bersama

sekolah yang

yang bermatlamat

pengetahuan awal

rakan rakan dan

berhampiran dan

untuk membentuk satu

mengenai latar

mengelakkan prejudis

perkongsian

bangsa Malaysia

belakang murid

terhadap bangsa lain

infrastruktur ( Sekolah

muridnya
IMPLIKASI 3

- lokasi pelbagai jenis

Wawasan)

Guru perlu
merangka aktiviti
yang melibatkan
interaksi sosial
sesama mereka.

- aktiviti sekolah seperti - penggabungjalinan


-Murid berperanan dan
bertanggungjawab di
dalam membentuk
sikap kerjasama

12

kelas pemulihan dan

beberapa subjek

mentor

seperti Sejarah dan

mentee

dalam kalangan rakan

Geografi di dalam
subjek- subjek lain.

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani
Tahap

:2

Tunjang

: Kesukanan

Tahun

: 5Keadilan

Tajuk

: Permainan Kecil

Bil. Murid

: 16 [ 8 lelaki : 8 perempuan ]

Sub tajuk

: Permainan Tradisional

Tarikh

: 8.3.2013

Masa

: 8.00 9.00 a.m

Objektif

: Diakhir pelajaran murid-murid dapat

Psikomotor

: Menguasai setiap permainan kecil yang dilaksanakan dan mengaplikasikan pergerakan asas dengan
melibatkan seluruh anggota badan.

Kognitif

: Merancang strategi dalam permainan yang dijalankan.

Efektif

:Melakukan aktiviti ini dengan suasana yang harmoni dan menyeronokkan.


13

Menghargai kepelbagaian kaum dan permainan tradisi masyarakat di Malaysia.


Persediaan murid: Murid telah mempelajari beberapa contoh permainan kecil dan tradisional secara teori di dalam kelas.
Persediaan guru

: Menyediakan peralatan yang diperlukan oleh pelajar. (kon, skitel, wisel, bola takraw, tali gym, bip)

Gabung jalin matapelajaran : Bahasa Melayu, Matematikdan Sains


Kemahiran berfikir: Merancang strategidan mengendalikan permainan tradisional dengan baik secara berkumpulan.
Kajian masa depan : Mengadakan perbincangan ilmiah kekuatan dan kekurangan setiap permainan tradisional yang dilakukan
dan kelebihan kepelbagaian kaum di Malaysia.

14

FASA/MASA
Permulaan
(5 minit)

AKTIVITI

Pemanasan Badan :

FOKUS PEMBELAJARAN
1. Aktiviti pemanasan

ORGANISASI
aktiviti belalang belatuk :

Permainan Belalang dan

badan yang bertujuan

belatuk

Belatuk
1. secara berdua arahkan

meningkatkan kadar

belalang

pelajar untuk mencari

bagi menyediakan

pasangan masing-masing

pelajar sebelum

yang sama saiz.


2. tentukan setiap

melakukan aktiviti yang

pasangan sebagai
belalang dan belatuk.
3. minta pelajar membuat
dua barisan mengadap
pasangan masing-masing.
4. apabila mendengar guru
menyebut belalang maka
pelajar sebagai belalang

denyutan nadi pelajar

lebih berat.
2. Aktiviti regangan bagi
mengelakan berlaku
kecederaan melibatkan
anggta badan dan otot
akibat kekejangan.
3. Mengutamakan aspek
keselamatan.

hendaklah lari manakala


pasanganya iaitu belatuk
hendaklah mengejar dan
15

CATATAN
Peralatan
1. Kon
2. Wisel

Gabung jalin
antara PJ dan
Sains.

menangkap belalang

Buat satu separa bulatan


dan guru mengetuai aktiviti
regangan. Minta pelajar
membuat kiraan secara
bersama.

Perkembanga
n
(20 minit)

Sepak raga :
1. Setiap murid diberi satu

1. Memperkenalkan
permainan tradisional

bola takraw yang diikat

masyarakat India dan

dengan tali.

Melayu kepada para

2. Murid melakukan
aktiviti menendang dan

pelajar.
2. Melakukan aktiviti ansur

menimbang secara

maju bagi membantu

individu

pelajar menguasai

3. Murid melakukan
langkah tersebut pada
aras rendah dan tinggi.
4. Murid murid
mengulangi langkah ini
sebanyak 10 kali.

kemahiran asas di
dalam permainan sepak
raga dan kabadi.
3. Melatih pelajar
menggunakan kesemua
deria, anggota dan
kemahiran serta yang
16

Ansur maju sepak raga :

1.
2.
3.

Peralatan
Kon
Wisel
Bola takraw

5. Murid di arahkan
menendang dan
menimbang bola tanpa

berkaitan.
4. Mengutamakan aspek
keselamatan.

menggunakan tali
sekurang-kurangnya 3
kali dengan berjaya.
6. Arahkan pelajar
membentuk satu
bulatan penuh.
7. Berikan sebijik bola
takraw dan minta
pelajar menimbang
bola takraw di dalam
bulatan besar. Pelajar
yang menjatuhkan bola
dikeluarkan. Set ini di
ulang sebanyak 3 kali.

Kabadi :
1. Bahagikan pelajar
kepada dua pasukan.
2. Satu pasukan akan
menghantar penyerang
17

kepada pasukan pihak


lawan bertujuan untuk
menyentuh salah
seorang daripada
pemain pihak lawan
sebelum patah balik
kepada pasukannya.
3. Pemain yang telah
disentuh akan terkeluar
dan meninggalkan
padang.
4. Pihak pertahanan
membentuk sebuah
rantai seperti
berpegangan tangan
antara satu sama lain.
5. Jika rantai itu terputus,
salah seorang pemain
pertahanan akan
meninggalkan padang.
6. Sasaran pertahanan
adalah untuk
menghentikan
18

penyerang balik ke
pasukannya.
7. Setiap pemain yang
terkeluar, pihak lawan
akan mendapat mata.
8. Pasukan yang skor dua
mata bonus, yang
dipanggil lona,
manakala semua pihak
lawan akan tersingkir.
Kemuncak
(30 min)

Pertandingan (sepak raga)


1. Bahagikan pelajar

dipelajari sebelumnya.
Mewujudkan satu
persekitaran yang

kumpulan sebiji bola


takraw dan arahkan

sepak raga bertiga :

kemahiran yang telah

kepada kumpulan
bertiga.
2. Berikan setiap

Mengaplikasikan

bersaing secara sihat.


Menilai keberkesanan

pelajar menimbang

P&P dan tahap

bola takraw secara

penguasaan kemahiran

individu sebanyak yang

oleh pelajar.

boleh dalam kalangan


mereka.
3. Pelajar yang dapat
19

1.
2.
3.

Peralatan
Kon
Wisel
Bola takraw

menimbang bola

4. Tali gym

takraw paling banyak

dikira sebagai
pemenang.
4. Pemenang dari setiap

PJ dan
Matematik

kumpulan akan
mewakili kumpulan dan
berentap di dalam
kumpulan berlima.
5. Pelajar paling banyak
berjaya menimbang
bola dikira sebagai

Gabung jalin

pemenang.
Pertandingan (kabadi)
1. Bahagikan pelajar
kepada kumpulan
berlapan iaitu dua
kumpulan.
2. Buat undian lambung
syiling untuk
menentukan pasukan
penyerang dan
bertahan.
3. Setelah tamat satu
20

pusingan, tukar
pasukan bertahan
kepada pasukan
menyerang dan
sebaliknya.
4. Pasukan yang
mengumpul paling
banyak mata dikira
sebagai pemenang.
Penutup /
Refleksi
(3 minit)

Regangan
1. Murid membuat separa
bulatan.
2. Guru mengetuai aktiviti
regangan.

Melonggarkan otot-otot
setelah melakukan

aktiviti yang berat.


Menurunkan kadar nadi
pelajar secara perlahan-

Refleksi

lahan.
Guru mementa pelajar

melakukan refleksi.
Guru merumuskan hasil
pembelajaran dan
aktiviti pada hari
tersebut.

21

Masukan
elemen Muzik

22

6.0 PENUTUP
Walaupun Malaysia sudah mengecapi kemerdekaan hampir 55 tahun, masih
terlalu banyak yang perlu diperbaiki dan diberikan perhatian. Salah satu darinya ialah
kepelbagaian budaya di negara ini. Masyarakat pelbagai latar-belakang ini sangat
unik dan dikagumi oleh negara-negara luar yang lain. Untuk itu, wajiblah ke atas
setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia mempertahankan keunikan ini daripada
sebarang kesulitan yang boleh menghancurkan keamanan tersebut. Untuk menjadi
masyarakat yang saling memahami dan menghormati, terlebih dahulu setiap individu
perlu menguasai dan mendalami apa yang dikatakan sebagai bangsa Malaysia.
Langkah-langkah sewajarnya harus di ambil meskipun berlainan budaya, kita
harus menjadikannya sebagai salah satu tanggungjawab sebagai rakyat untuk
mendekati budaya lain dan berkongsi nilai-nilai positif yang ada untuk kesejahteraan
bersama.Untuk menanamkan semangat satu bangsa Malaysia ini, guru merupakan
ejen terpenting dalam memastikan anak-anak muda sekarang memahami erti
kepelbagaian budaya dari akar umbi lagi. Guru merupakan role model dan
pembentuk jiwa murid-murid manakala sekolah sebagai tempat untuk memupuk
perpaduan dan mesra budaya. Pembabitan guru dalam menerapkan nilai-nilai murni
amatlah penting semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Aktiviti yang dijalankan juga perlu sesuai dan selaras dengan ciri-ciri kelas
mesra budaya agar persefahaman dan saling hormat-menghormati sesama murid
dapat dibentuk.
Sistem pendidikan di negara kita juga jelas mengutamakan kepentingan semua
budaya dan kaum agar tiada yang ketinggalan untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan.Sejarah
kelemahan

yang

silam

ada

dan

dijadikan

sempadan

langkah-langkah

untuk

memperbaiki

setiap

dijalankan

semata-mata

untuk

mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Diharap usaha yang dijalankan
dapat membentuk sebuah negara bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang
meskipun mempunyai kepelbagaian budaya.

23

7.0 BIBLIOGRAFI
Buku
A. Nazri Abdullah (1985).

Hubungan Ras dalam Teori Sosiologi. Percetakan

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Choong Lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya,
Selangor

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Azman, Zuraidah A.
Majid. 2011. Budaya dan Pembelajaran : Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Jerry V. Diller dan Jean Moule (2005).

Culture Competence a Primer for

Educators. Thomson Learning Inc. Amerika Syarikat.


Patricia L. Marshall (2002). Cultural Diversity in Our Schools. Thomson Learning
Inc, Amerika Syarikat.

Internet
Azizi Ahmad. 2009. Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya. Diakses pada 25
Februari

2013

daripada

http://kheru2006.i8.com/EDU3106/2_SosioBudaya.htm
Syed Ismail. 2011. KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA. Diakses
pada

25

Februari

2013

daripada

http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-2-kesedaran-kepelbagaiansosio.html

Cikgu Min. 2011. RUMUSAN IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA.


Diakses

pada

20

Februari
24

2013

daripada

http://mhdamin2011.blogspot.com/2012/09/rumusan-implikasi-kepelbagaiansosio.html

Fatia89. 2011. KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA. Diakses pada 25


Februari 2013 daripada http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com/2011/01/edu3106-kesedaran-kepelbagaian-sosio_23.html

JURNAL
James T. Collins (1989). Malay Dialect Research In Malaysia: The Issue Of
Perspective pp. 235-264. Published by: KITLV, Royal Netherlands Institute of
Southeast Asian and Caribbean Studies
Puyok, Arnold (2004) The Understanding, Perception And Receptiveness Of
Globalisation Amongst Rural East Malaysians. Masters thesis, Universiti Putra
Malaysia.

Zalizan Mohd Jelas, and Saemah Rahman, and Roselan Baki, and Jamil
Ahmad, (2005) Prestasi akademik mengikut gender. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 30 . pp. 93-111. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

8.0 REFLEKSI

25

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kepada yang maha Esa
kerana dengan keizinannya tugasan EDU 3106 : Budaya dan Pembelajaran ini dapat
saya siapkan pada masa yang telah ditetapkan. Banyak perkara yang saya pelajari
daripada tugasan kali ini dan input-input baru yang sangat berguna kepada saya
seorang bakal guru yang masih baru.
Pertama sekali kerja kursus ini secara tidak langsung telah menambahkan
ilmu saya mengenai kepelbagaian sosio budaya dan emosi di dalam sesebuah bilik
darjah. Walaupun perkara ini nampak mudah dah remeh namun sebenarnya perkara
ini perlu diambil kira dan dititikberatkan di dalam setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran kerana perkara yang kecil inilah sebenarnya mempengaruhi
keberkesanan pengajaran kita. Kita harus peka dan sensitif terhadap kepelbagaian
sosio budaya ini kerana negara kita adalah terbentuk daripada pelbagai kaum latar
belakang agama dan budaya yang mencerminkan para pelajar kita. Sikap
mengambil mudah perkara ini akan memberikan kesan buruk dimasa hadapan.
Sebagai contoh kesan buruk kepada negara ialah berlakunya perpecahan antara
kaum serta menganggu keperpaduan masyarakat majmuk di Malaysia ini.
Keprihatinan kita sebagai seorang guru terhadap kepelbagaian budaya dan latar
belakang pelajar di dalam bilik darjah mampu membantu kita dalam menarik minat
pelajar terhadap sesi P&P. Setiap pelajar mempunyai minat serta kebolehan yang
berbeza-beza. Oleh yang demikian adalah peranan kita sebagai seorang guru untuk
mengenalpasti dan melatih kebolehan mereka ini secara optimum. Setiap dari pelajar
ini mempunyai potensi dalam diri masing-masing yang terpendam dan harus
dicungkilkan.
Kepelbagaian sosio budaya di dalam bilik darjah seharusnya menjadi
kekuatan kepada seseorang guru itu. Hal ini adalah kerana dengan kepelbagaian
sosio budaya ini guru boleh merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang
menarik dan baru yang mampu menjadikan sesi P&P itu lebih menyeronokkan dan
menghiburkan. Jika pelajar itu berasa selamat dan seronok dengan persekitarannya
maka pelajar akan melibatkan diri dengan sepenuhnya terhadap aktiviti tersebut dan
ini akan memberikan kesan yang positif terhadap objektif P&P tersebut. Keprihatinan
guru terhadap kepelbagaian sosio emosi dan budaya turut membantu dalam
mengawal disiplin dan tingkah laku murid di dalam kelas. Oleh sebab itu saya
sebagai bakal guru harus mendalami dan memahami keperluan setiap individu dan
26

perbezaan pelajar saya. Kerja kursus ini sangat membantu dalam saya menguasai
dua perkara tersebut. Diharapkan saya dapat mengaplikasikan setiap ilmu yang saya
perolehi daripada kursus ini apabila saya berada di sekolah kelak sebagai seorang
guru sebenar.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing saya iaitu Puan Ramlah kerana telah banyak membimbing serta
memberikan input yang sangat berguna sepanjang saya menghadiri kursus EDU
3106 dan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Turut tidak dilupakan
kepada ahli kumpulan saya yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan kali
ini.

Disediakan oleh :
AHMAD ZUHAIRI BIN ASLI
911129-11-5069

REFLEKSI

27

Tugasan kursus EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran ini berkaitan dengan
unsur unsur kebudayaan yang perlu diambil kira oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Tugasan ini merupakan tugasan berpasangan yang memerlukan setiap
daripada kami untuk memahami tentang kepelbagaian budaya yang berada di dalam
negara kita. Memandangkan negara kita merupakan negara yang yang mempunyai
pelbagai kaum kesan daripada pelbagai faktor sejarah. Hal ini menyebabkan
wujudnya pelbagai budaya dari setiap kaum di Malaysia. Melalui soalan tugasan
pertama, saya dan Zuhairi perlu memahami tentang konsep konsep yang berkaitan
dengan kepelbagaian kelompok.
Selain itu, tugasan kedua bagi kursus ini adalah berkaitan dengan implikasi
yang berlaku pada beberapa pihak iaitu pihak guru, murid, sekolah dan kurikulum.
Apabila wujudnya kepelbagaian kaum, perlulah wujud persefahaman dan perpaduan
bagi membolehkan kita hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Atas dasar
inilah, kesedaran mengenai kepelbagaian sosio budaya dianggap penting dan
Kementerian Pendidikan mula menyelitkan unsur ini bagi mencapai matlamat ini. Ini
member kesan kepada guru, murid, sekolah dan kurikulum. Sebagai seorang bakal
guru, perkara ini perlu diambil kira kerana bakal pelajar saya bukan sahaja terdiri
daripada satu kaum sahaja, tetapi terdiri daripada pelbagai kaum yang berada di
Malaysia. Setiap kaum mempunyai ciri dan budaya yang berbeza. Hal ini, perlulah
saya mengambil kira sebelum merancang proses pengajaran dan pembelajaran bagi
mengelakkan daripada menyentuh isu isu sensitif dan sekaligus menggalakkan
setiap pelajar untuk berinteraksi, mengenali dan memahami setiap budaya yang
berbeza.
Tugasan ini juga memerlukan kami untuk menyediakan satu sesi rancangan
pengajaran harian yang dapat menerapkan nilai nilai murni dan perbezaan budaya.
Setelah berbincang dengan rakan sekumpulan, kami memilih subjek Pendidikan
Jasmani iaitu subjek minor kami untuk dijadikan rancangan pengajaran kami. Hal ini
adalah kerana subjek Sains sukar untuk dikaitkan dengan perbezaan budaya dan
membolehkan unsur unsur kebudayaan diterapkan. Permainan kecil atau
permainan tradisional dipilih untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang. Hal ini adalah kerana pelbagai permainan tradisional setiap kaum dapat
28

dilaksanakan antaranya ialah sepak bulu ayam, kabadi, dan sebagainya. Dengan ini,
diharapkan murid murid dapat mencapai objektif kurikulum tersirat iaitu mengenali
dan memahami budaya yang berbeza dari budaya kaum sendiri.
Akhir sekali, saya berharap pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi
sepanjang pembelajaran dan penyediaan tugasan EDU 3106 ini boleh diaplikasikan
dan disampaikan kepada pelajar pelajar saya kelak.

Disediakan oleh;

Nuradilah Sharifudin
910720 04- 5366

29

LAMPIRAN

30

You might also like