You are on page 1of 3

NamaWong Shiu Ping

Markah:

ID: B150041A
Pensyarah: Dr. Tham Chew Peng
Tajuk: Ulasan Filem Gadoh
Filem Gadoh menggambarkan beberapa konflik antara etnik di Malaysia.
Dalam filem tersebut, pemuda dari kaum Melayu dan pemuda dari kaum Cina telah
lama benci-membenci antara satu sama lain dan akhirnya tercetus pergaduhan. Sebenarnya,
dua-dua permuda tersebut tidak bertembung sebelum pergaduhan itu, segala perasaan bencimembenci itu disebabkan oleh pengaruh keluarga. Sejak kecil lagi, mereka telah dikelilingi
dengan konsep negative yang mencemarkan nama kaum lain walaupun tidak faham dan
bergaul dengan mereka. Konsep negative seperti Melayu itu pemalas, Cina itu kuat tipu,
dan India itu kuat mabuk telah disemai ke dalam jiwa hati kanak-kanak yang bersih dan
suci. Hal ini mengakibatkan kanak-kanak untuk membina sebuah banteng semasa bergaulan
dengan kaum lain. Benteng itu menghalang seagala pemahaman dan interaksi antara satu
sama lain Malahan, banteng itu memainkan peranan sebagai garis pertahanan, sekiranya
sesautu meyeberangi garis itu, seseorang akan mula menolak balik dan ini sebab berlakunya
pertelingahan antara kaum, ia itu kurang faham.
Benarkah kita berfikir sama ada konsep yang sering disebut-sebut oleh orang tua itu
betul dan benar? Kita tidak seharusnya menyalahkan genarasi tua yang menyebar konsepkonsep senegini kerana latat belakang mereka tidak sama seperti zaman kini. Mereka telah
dibecah-bela mengikut kaum oleh semasa penjajahan. Dalam konteks ini, bukannya mereka
tidak mahu saling memahami dan berinteraksi antara satu sama lain, sebenarnya mereka tidak
mempunyai peluang demi membuat demikian. Situasi ini menjadi lebih teruk apabila Jepun
menjajahi Tanah Melayu. PIhak Jepun pada masa itu agak benci orang Cina kerana semua
orang Cina di setiap pelosok dunia menyokong Negara Cina semasa Jepun menyerangnya.
Tentera Jepun yang dating ke Tanah Melayu mula menyeksa kaum Cina dengan pelbagai cara
yang kejam. Pada masa itu, tentera Jepun telah menggunakan cogan dan propaganda seperti
Asia untuk orang Asia dan Semangat Asia untuk menipu dan memperalatkan orang
Melayu yang menginginkan kemerdekaan. Tentera Jepun melantik kaum Melayu sebagai
polis dan menyuruh mereka menangkap kaum Cina untuk diseksa oleh tentera Jepun. Hakikat
ini telah mengakibatkan kedua-dua kaum ini saling membenci. Orang Cina menganggap
kaum Melayu sebagai pengkhaniat dan Orang Melayu menganggap kaum Cina sebagai
pengganas yang menentang kerajaan. Inilah yang merupakan factor genarasi tua mempunyai
konsep yang salah antara satu sama lain. Tetapi, patutkah kita menerima konsep-konsep
tersebut secara buta-buta atau kita seharusnya menganjak anjakan pertama untuk memahami
kaum yang lain demi mewujudkan masyarakat aman dan damai? Tepuk dada tanya selera.
Filem Gadoh juga mempamerkan beberapa cara yang tidak sesuai untuk
diaplikasikan demi mengatasi konflik etnik dalam kalangan pelajar, iaitu mengasingkan dan
membahagikan pelajar mengikut kaum. Cara sebegini tidak ada perbezaan dengan zaman
penjajahan British. Segala peluang untuk bergaul dan berinteraksi dengan etnik lain telah
disekat dan hubungan antara etnik akan erputus. Cara sebegini hanya ada fungsinya apabila
waktu persekolahan. Setelah tamat waktu persekolahan, apakah yang akan berlaku sekiranya
pelajar-pelajar dari etnik yang berlainan bertemu? Ini bukanlah cara yang efektif untuk

jangka masa yang panjang kerana ini semata-matanya memisahkan merekasecara fizikal, api
yang bergenggam dalam lupuk hati teap tidak dihapuskan. Hal ini sangat bahaya kerana
secupit perselisihan cukup mencetuskan pertembungan antara etnik dan akibatnya tidak dapat
diramalkan kerana semakin lama api bergenggam, semakin panas api membakar. Kita
haurslah mencari cara yang dapat menangani masalah dari akrnya dan bukan semata-mata
melari dan menyembunyikan masalah tersebut.
Cara untuk menangani masalah etnik dalam kalangan pelajar tidak dapat tersenaraikan
semuanya. Namum, pada pandangan saya, aktiviti ko-kurikulum merupakan salah satu cara
yang paling efektif dan efesien untuk mengatasi masalah etnik antara pelajar mahupun
memeupuk sekiap bertoleransi dan bertolak ansur antara mereka yang berasal daripada etnik
yang berlainan. Dlam filem Gadoh, seseorang cikgu telah bercadang untuk menyelesaikan
konflik etnik antara pelajar dengan melalui aktiviti ko-kurikulm iaitu Kelah Treater, dan
dibuktikan cara ini amat efektif apabila pelajar-pelajar yang bertembung antara satu sama lain
boelh bekerjasama untuk menghasilkan sebuah persembahan. Dari sudut reality, pelajarpelajar yang terdiri daripada pelbagai etnik bergaul rapat tanapa mengira kaum dan bangsa
merupakan symbol kejayaan aktiviti ko-kurikulm dalam usaha mengatasi masalah etnik
dalam kalangan pelajar. Demi menjayakan sesuatu aktiviti atau program, pelajar takala kaum
Melayu, kaum Cina, kaum Indai mahupun kaum-kaum lain akan berganding bahu untuk
mencapai misi dan vivi yang sama. Dalam proses tersebut, mereka berpeluang untuk
memahami perbezaan etnik lain dari sudut fikiran, pandangan serta amalan. Sebenarnya,
mereka bukan sahaja memahami, maka mereka juga bertoleransi dan menerima perbezaan
tersebut. Sebagai contohnya, sesebuah kelab ingin mengadakan jamuan di sekolah, ahli
jawatankuasa akan mengambil masuk amalan makan setiap kaum dalam timbangan semasa
merancangkan jamuan tersebut. Situasi ini bukan sahaja mencapai tahpa menerima
perbezaan malah ini boleh dikatakan sebagai tanda menghormati identity etnik lain. Ini
merupakan satu galakan yang begitu kuat untuk pihak berkuasa demi terus berusaha
memperkembangkan aktiviti ko-kurikulum di sekolah.
Selain itu, ibubapa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha
mengatasi masalah etnik dalam kalangan pelajar. Kanank-kanak dianggap sebagai sehelai
kain yang bersih dan suci, ibupada yang akan mewarnakannya. Ibubapda seharus
menyemaikan konsep bertolak ansur dan bertoleransi ke dalm jiwa hati kanak-kanak demi
melahirkan insan yang bersikap keterbukaan terhadap perbezaan antara etnik yang berlainan.
Sejak kecil lagi, kanak-kanak sudah diajar dan dipengaruh supaya menerima dan
menghormati perbezaan antara satu sama lain. Mereka tidak akan sesekali mengkritik dan
menghina etnik lain kerana mereka faham tentang kepentingan sikap keterbukaan,
bertoleransi dan bertolak ansur supaya dapat mengurangkan risiko berlakunya pertelingahan
antara etnik. Setelah mereka kian membesar, mereka akan mula bergaul rapat dengan rakan
yang berasal dari etnik lain tanpa sebarang perasaan paksaan. Mereka faham dan tahu
bagaimana untuk mengelakkan pantang larang etnik lain. Lama kelamaan, ini menjadi satu
kebiasaan semasa mereka berinteraksi dengan etnik lain tanpa sebarang paksaan. Inilah yang
menjadi batu asa untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bermuafakat dan dapat
berganding bahu untuk menjana tenaga raksasa demi mengatasi segala halangan yang
menyekat kemajuan nagara kita. Ibarat kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
dan muafakat membawa berkat.

Kesimpulannya, masalah antara etnik merupakan salah satu rintangan yang merintang
kemajuan negara tercinta kita. Masyarakat yang aman, damai dan harmoni memberi
keyakinan kepada pelabuh asing untuk berlabur di Negara kita. Oleh sebab itu, setiap
warganegarra yang bertanggungjawab haruslah seia, sekata, sehati dan sejiwa untuk
berganding bahu tanpa mengira usia, jantina, agama, dan bangsa untuk menghapuskan segala
halangan, rintangan dan sekatan yang memperlahankan kita demi mencapai wawasan 2020.
Kesatuan etnik merupakan batu asas kepada usaha mewujudkan masyarakat majmuk dan
bersatu-padu. Ini merupakan sasaran kita semua seabagai anak kepada tanah air tercinta.

You might also like