You are on page 1of 2

IMPAK TERAPI-TERAPI DALAM PROSES KAUNSELING

Terapi-terapi amat membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah


sekaligus memberikan imapak yang kuat dalam menjayakan proses
kaunseling. Seperti yang diketahui, kanak-kanak mempunyai masalah yang
tersendiri dari segi aspek fizikal, emosi, rohani dan social sehingga ada di
antara mereka yang tidak dapat menguruskan diri dengan baik.
Antara impak terapi-terapi yang kita boleh lihat ialah dapat membantu
untuk meningkatkan keupayaaan mental, emosi dan kesihatan. Melalui aktiviti
terapi, kanak-kanak dapat meningkatkan keupayaaan mereka dalam
mengawal mental dan emosi dengan baik. Sekiranya mereka dapat
mengawal mental dan emosi dengan baik, maka kesihatan diri mereka juga
dapat dijaga dengan baik. Sebagai contoh, terapi main yang membantu murid
dalam mengawal mental dan emosi ketika bermain dengan kawan-kawan
selain membantu mereka menyihatkan tubuh badan.
Seterusnya ialah meransang pemikiran dan kretiviti kanak-kanak.
Aktiviti terapi juga dapat membantu kanak-kanak dalampemikiran dan kognitif
mereka. Sebagai contoh, aktiviti terapi seperti terapi seni dapat merangsang
pemikiran dan kreativiti murid dalam mencipta, membina dan membentuk
hasil seni atau pergerakan melalui pemikiran mereka. Melalui terapi seni juga
menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan keupayaan kognitif mereka
ke tahap yang maksimum.
Terapi juga dapat mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta
emosi kanak-kanak. Mereka biasanya menghadapi gangguan atau tekanan
mental dan emosi sama ada dari keluarga atau pesekitaran mereka. Oleh
yang demikian, melalui aktiviti seperti terapi muzik dan membantu mereka
dalam menenangkan perasaan, emosi dan mental. Hal ini kerana terapi
tersebut telah membuatkan mereka melupakan tekanan atau trauma yang
pernah dialami dalam kehidupan melalui muzik yang mereka gemari.

Melalui terapi-terapi, kanak-kanak dapat memperbaiki kualiti hidup dan


keyakinan diri. Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pengurusan
kehidupan seharian boleh dibantu dengan terapi yang sesuai. Sebagai
contoh, terapi cara kerja yang melatih kanak-kanak dalam membuat kerja
atau aktiviti yang mendatangkan hasil. Kanak-kanak akan diajar untuk
melakukan kerja-kerja yang membantunya dalam kehidupan seharian seperti
memasak, mendobi, menukang dan sebagainya. Melalui ini, mereka dapat
meningkatkan

keyakinan

diri

dengan

mempercayai

keupayaaan

dan

kebolehan diri mereka dalam meningkatkan kualiti hidup mereka.


Disamping itu, terapi juga dapat membantu untuk meningkatkan
kemahiran bersosial kanak-kanak. Melalui aktiviti terapi, kanak-kanak dpaat
bergaul dan berkomunikasi dengan individu dan masyarakat di sekitar
mereka. Sebagai contoh, terapi bermain yang melibatkan kanak-kanak
dengan yang lain akan membantu mereka untuk berkomunikasi dan bergaul
sesama sendiri.
Akhir sekali, kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran pengamatan
melalui aktiviti terapi. Ada sebahagian kanak-kanak yang mempunyai
masalah dalam pengamatan sama ada pendengaran atau penglihatan boleh
dibantu dengan menjalani beberapa terapi tertentu. Sebagai contoh, terapi
muzik dapat meningkatkan pengamatan mereka dalam pendengaran dan
terapi visual dapat membantu meningkatkan pengamatan dalam penglihatan.
Kesimpulan, terapi-terapi amat penting dalam menjayakan proses
kaunseling kerana dapat memberikan impak kepada murid dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan sosial berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

You might also like