You are on page 1of 3

JURNAL MINGGU KESEPULUH

KESUKARAN MURID UNTUK MELAKUKAN SESI APRESIASI DI


HADAPAN KELAS.

Masalah :
Murid-murid tidak menimbulkan banyak masalah bahkan setiap aktiviti Dunia
Seni Visual yang telah saya dirancang untuk mereka dapat dijalankan dengan
baik. Cuma, apabila melibatkan sesi apresiasi di hadapan kelas, agak sukar
untuk mendapatkan murid secara sukarela membuat apresiasi di hadapan
kelas. Saya merancang mereka dapat berkongsi di hadapan kelas hasil karya
yang telah dihasilkan untuk membiasakan mereka bercakap di hadapan
orang ramai. Apa yang mereka perlu buat adalah membaca hasil tugasan
yang telah dihasilkan atau menceritakan tentang gambar yang telah dilukis.
Apa

yang

berlaku

biasanya

adalah

kebanyakan

murid

akan

mula

menundukkan kepala atau ada yang menuding jari ke arah murid-murid lain
dan menyebut nama rakan lain apabila diminta bercakap di hadapan kelas.
Analisis masalah :
Semasa sesi apresiasi di akhir pengajaran dan pembelajaran Dunia Seni
Visual, saya meminta murid-murid secara sukarela untuk berkongsi atau
menceritakan hasil karya yang telah disiapkan di hadapan kelas. Selalunya,
mereka akan mula membuat bising dan menyebut nama murid lain agar
keluar dan bercakap di hadapan. Yang selebihnya ada yang hanya menunduk
kepala dan bertingkah seolah-olah sibuk menyiapkan tugasan yang saya
berikan. Kelas ini terdiri daripada murid-murid yang agak baik pencapaian
akademiknya. Mereka juga bukan dari kalangan murid yang suka membuat
bising ketika guru mengajar. Namun, kebanyakan murid tidak mahu bercakap
di hadapan kelas. Ada juga yang bersetuju untuk membuat apresiasi di
hadapan. Namun, apabila berada di hadapan kelas, murid tersebut berdiam
diri pula. Menurut Nurabadi (2007) antara sebab murid malu untuk bertanya
ialah kerana tidak yakin dengan diri sendiri dan bimbang diketawakan oleh
orang lain. Begitu juga untuk bercakap di hadapan kelas. Persamaan dua

perkara ini ialah orang yang bercakap akan menjadi tumpuan kelas. Jadi apa
yang dilakukan akan menjadi tontonan umum. Kalau salah atau ada yang
tidak kena, pasti akan ditertawakan. Selain itu, mereka juga mungkin tidak
biasa untuk bercakap di hadapan kelas kerana ia tidak menjadi amalan
kebiasaan dalam P&P terutamanya apabila guru mengamalkan interaksi
sehala dengan murid-murid. Aktiviti pembelajaran bercorak pasif di mana
hanya guru yang bercakap dan murid-murid hanya mendengar.
Cadangan :
Apa yang guru boleh lakukan ialah bergerak ke tempat di mana murid
tersebut duduk dan memimpinnya bergerak ke hadapan sambil mengatakan
kepadanya yang guru akan menemaninya di hadapan. Jika dia berdiam diri,
bantunya dengan mengucapkan apa yang sepatutnya disampaikan agar
murid dapat mengikuti apa yang guru ucapkan.
Selain itu, berikan galakan kepada murid-murid yang telah membuat apresiasi
di hadapan. Contohnya arahkan semua murid memberi tepukan kepadanya.
Guru juga boleh memberi galakan dengan memberikan kata-kata pujian dan
positif seperti Bagus! dan ucapan terima kasih. Pemberian hadiah
contohnya coklat atau apa sahaja juga boleh membantu menggalakkan
murid-murid untuk bercakap di hadapan kelas. Ia perlu diberikan sejurus
selepas murid tersebut telah bercakap di hadapan agar dapat menyuntik
motivasi ekstrinsik dalam diri murid-murid yang

lain supaya

mahu

membentang dan bercakap di hadapan kelas.


Tempoh penyelesaian :
1 minggu
Tindakan susulan :
Guru membuat aktiviti yang melibatkan murid-murid untuk bercakap dan
berkongsi aktiviti yang telah di buat di hadapan kelas. Sebagai permulaan, isi
yang ingin dikongsi itu adalah perkara yang amat dekat dengan diri murid dan
mudah untuk diceritakan kepada orang lain. Kemudian, apabila melakukan

apresiasi, guru hanya perlu meminta murid-murid membaca kembali apa yang
telah ditulis di hadapan kelas dengan suara yang kuat.
Catatan :
Kebanyakan murid kurang menyukai aktiviti yang melibatkan mereka untuk
bercakap atau membuat aktiviti di hadapan kelas berhadapan dengan orang
ramai walaupun audien merupakan rakan sekelas yang telah mereka kenali.
Namun, aktiviti sebegini yang seharusnya mendapat penglibatan dari semua
murid bagi membina keyakinan diri, keberanian bercakap di khalayak dan
berani meluahkan apa yang mereka rasakan dan fikirkan. Dek kerana
ketidakbiasaan melakukannya, maka murid-murid enggan dan berasa malu
apabila diminta bercakap di hadapan di mana semua mata dan perhatian
ditumpukan kepadanya. Setiap perkara baru pasti sukar untuk dimulakan dan
dilakukan. Di sinilah peranan guru untuk memberi peluang dan galakan
kepada murid-murid untuk mencungkil dan menggunakan potensi diri ke arah
yang lebih baik.

You might also like