You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYU ARA

71300 REMBAU
NEGERI SEMBILAN
MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI 2015
Masa
: 8.45 pagi 12.00 tengah hari
Tarikh
: 22 Disember 2014
Tempat: Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Kayu Ara
KEHADIRAN
1. En. Yahya Bin Mohamad (Guru Besar)
2. Pn. Norashikin Binti Majid (Guru Penolong Kanan HEM)
3. En. Rizuwan Bin Che Razak (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
4. En. Arian Smail
5. En. Navi Bin Zainudin
6. Tuan Hj. Mohd Islahuddin Bin Ismail
7. En. Mohd Faizal Bin Shariff
8. Cik Siti Faiznur Binti Norman
9. Pn. Zuhana Binti Baharudin
10. Pn. Rohana Binti Rain@Arbain
11. Pn. Zalina Binti Md. Jadi
12. Pn. Nor Faiza Binti Zakariya
13. Pn. Haswani Binti Mansor
14. Pn. Zaharah Binti Baharudin
15. Pn. Hazlina Binti Mohamat
Tidak Hadir Bersebab:
1. Pn. Hajah Norsiah Binti Abd. Majid (Guru Penolong Kanan 1)
AGENDA MESYUARAT
1.1 UCAPAN GURU BESAR
1.2 Ucapan salam dan terima kasih di atas kehadiran semua guru ke mesyuarat kali
pertama sesi 2015 dan bacaan doa oleh En. Navi Bin Zainudin.
1.3 Pelantikan Cik Siti Faiznur Binti Norman sebagai Setiausaha Mesyuarat Guru
bagi sesi 2015.
1.4 Guru Besar menyatakan tujuan-tujuan mesyuarat diadakan:
1.4.1
1.4.2
1.4.3
1.4.4
1.4.5
1.4.6

Mengenali guru-guru dengan lebih rapat lagi terutamanya dari segi


kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Memberi penghargaan kepada guru-guru khususnya guru-guru Tahun 6
yang telah bertungkus-lumus demi mencapai kecemerlangan UPSR.
Melihat semula tindakan-tindakan yang diambil bagi menepati
kehendak PPD.
Merangka perancangan yang perlu diambil perhatian.
Mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dalam
memberi komitmen penuh sepanjang menjalankan aktiviti-aktiviti pada
tahun 2014.
Menyatakan sasaran kedudukan tempat pertama dalam daerah Rembau
bagi pencapaian UPSR 2015.

2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


2.1 Guru Besar mengingatkan semua guru supaya mengetahui Falsafah Pendidkan
Kebangsaan serta Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.2 Memastikan Visi dan Misi ditampal di dalam buku rekod mengajar dan di setiap
kelas oleh guru kelas masing-masing.
Tindakan:
Semua guru.
3.0 DASAR PENDIDIKAN
3.1 Semua dasar kerajaan seperti KSSR, LINUS, MBMMBI dan PROTIM wajib
diikut dan dilaksanakan oleh semua guru tanpa sebarang masalah.
Tindakan:
Semua guru.
4.0 PENGHAYATAN PPPM 2013-2025
4.1 Mengetahui empat komponen utama PPPM iaitu tiga Gelombang, sebelas
Anjakan, lima Aspirasi Sistem dan enam Aspirasi Murid.
4.2 Guru-guru menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP.
4.3 Aspirasi Murid sangat penting kerana murid-murid adalah bakal peneraju
negara.
Tindakan:
Semua guru.
5.0 BUDAYA KERJA
5.1 Sentiasa komited, professional, positif dan kreatif dalam menjalankan tugas
sebagai guru.
5.2 Guru-guru mengamalkan konsep DIRFT iaitu do it right first time.
5.3 Guru-guru sentiasa melakukan penambahbaikan berterusan (KAIZEN) seperti
strategi pengajaran dan lain-lain.
Tindakan:
Semua guru.
6.0 TUGAS GURU
6.1 Tugas guru adalah mendidik murid-murid dengan ilmu secara ikhlas, mengasuh
mereka dan menanam hubungan akrab mereka dengan Tuhan.
6.2 Semua guru diingatkan supaya melakukan pemeriksaan buku latihan dengan
teliti. Elakkan menulis tanda soal jika kerja murid tidak siap, sebaliknya
memastikan mereka siapkan kerja tersebut.
6.3 Bilangan kerja murid yang diberi mencukupi dan guru-guru sentiasa membuat
analisis pencapaian murid dari semasa ke semasa.
Tindakan:
Semua guru.
7.0 KEHADIRAN BERTUGAS
7.1 Semua guru hendaklah menjalankan tugas yang telah ditetapkan seperti di
dalam buku Jadual Guru Bertugas Mingguan Sesi 2015.
7.2 Semua guru dinasihatkan supaya datang awal ke sekolah semasa bertugas dan
menandatangan rekod kehadiran semasa datang ke sekolah dan sebelum pulang
dari sekolah.
7.3 Guru-guru juga diingatkan supaya memaklumkan segera jika ada kecemasan
ataupun cuti. Hal ini bagi memudahkan pengurusan waktu ganti.
Tindakan:
Semua guru.

8.0 PAKAIAN RASMI


8.1 Semua guru mengenakan pakaian yang sesuai semasa berada di sekolah.
8.2 Guru dan murid yang terlibat dengan subjek PJ dibenarkan memakai pakaian
sukan lengkap dari awal hingga akhir waktu persekolahan.
8.3 Guru lelaki digalakkan memakai tali leher setiap hari.
8.4 Guru yang terlibat dengan 1M1S pada hari Khamis boleh memakai pakaian
sukan lengkap pada waktu pagi.
8.5 Guru-guru tidak dibenarkan memakai baju korporat.
Tindakan:
Semua guru.
9.0 BUKU REKOD MENGAJAR
9.1 Semua guru dikehendaki melengkapkan semua maklumat yang perlu diisi dalam
buku rekod sebelum 31Januari 2015.
9.2 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mesti ditulis pada hari pertama
persekolahan kecuali semasa cuti sekolah dan waktu peperiksaan. Guru yang
terlibat dengan kursus juga perlu menulis RPH.
9.3 Semasa perjumpaan guru, semua guru digalakkan membawa buku rekod dan
mencatat intipati perjumpaan di dalam ruangan yg disediakan.
Tindakan:
Semua guru.
10.0

BUKU KEDATANGAN MURID


10.1 Guru kelas perlu melengkapkan buku kedatangan murid sebelum jam 9.00
pagi setiap hari dan mengisi kehadiran dalam talian.
Tindakan:
Semua guru kelas.

11.0

BILIK DARJAH
11.1 Guru kelas memastikan kelas dalam suasana kelas kondusif dan semua
kelengkapan kelas ada dan berfungsi dengan baik.
Tindakan:
Semua guru kelas.

12.0

CUTI
12.1 Cuti rehat dibenarkan sebanyak tujuh hari dalam setahun dan guru hanya
dibenarkan mengambil cuti rehat sehari dalam tempoh dua bulan.
12.2 Guru yang cuti sakit perlu dapatkan sijil sakit, rekodkan di dalam buku
kedatangan guru dan menyerahkan sijil sakit tersebut kepada kerani pejabat.
12.3 Cuti tanpa rekod hendaklah dipohon berdasarkan surat arahan.
Tindakan:
Semua guru.

13.0

SURAT MENYURAT
13.1 Memastikan penggunaan laras bahasa surat dan format yang tepat dan betul
sebelum Guru Besar tandatangan.
Tindakan:
Semua guru.

14.0

PEMANTAUAN LUAR
14.1 Guru-guru sentiasa bersedia jika berlaku pemantauan oleh PPD, JPN, Nazir
atau KPM.
14.2 Semua guru memastikan semua dokumen lengkap dan tersusun.
Tindakan:
Semua guru.

15.0

KEWANGAN
15.1 Pembelian barang-barang keperluan sekolah hendaklah mendapat kelulusan
dan dibeli dengan pembekal.
Tindakan:
Semua guru.

16.0

KELAB GURU
16.1 Mewujudkan ahlijawatankuasa baru bagi sesi 2015 iaitu Tuan Hj. Mohd
Islahuddin Bin Ismail dilantik sebagai Pengerusi, En. Mohd Faizal Bin Shariff
selaku Setiausaha dan Cik Siti Faiznur Binti Norman sebagai Bendahari.
16.2 Semua guru mestilah betanggungjawab melibatkan diri dalam aktiviti kelab
dan tidak terkecuali dalam sumbangan bulanan kelab.
Tindakan:
Semua guru.

17.0

BERGERAK PANTAS
17.1 Guru-guru mesti mengambil tindakan menyediakan minit mesyuarat, kertas
kerja dan laporan dalam tempoh tiga hari mengikut masa yang ditetapkan.
17.2 Minit curai perlu diserahkan kepada Guru Besar sekiranya guru terlibat
dengan mesyuarat luar seperti di PPD.
Tindakan:
Semua guru.

18.0

HAL-HAL LAIN
18.1 En. Arian Smail mencadangkan Taklimat Ibu Bapa/Penjaga pada 3 Januari
2015 digantikan dengan Taklimat Sarana Ibu Bapa dan dipersetujui oleh Guru
Besar.
Tindakan:
Semua guru.
18.2 En. Arian Smail menyatakan bahawa YDP PIBG bersetuju menggunakan
wang PIBG sebagai sumbangan bagi keceriaan kelas kondusif.
Tindakan:
Semua guru.
18.3 En. Navi Bin Zainudin mencadangkan Guru Besar menghantar salinan
dokumen yang disediakan seperti Takwim Sekolah, Perancangan Umum Sesi
2015 dan Jadual Guru Bertugas Mingguan ke e-mel sekolah sebagai rujukan
akan datang.
Tindakan:
Guru Besar.
18.4 Pn. Zalina Binti Md. Jadi mencadangkan Pn. Haswani Binti Mansor sebagai
Penyelaras Kedai Buku bagi sesi 2015 dan dipersetujui oleh Guru Besar dan
semua guru.
Tindakan:
Semua guru dan Pn. Haswani
Binti Mansor

19.0

PENANGGUHAN MESYUARAT
19.1

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

(SITI FAIZNUR BINTI NORMAN)


Setiausaha Mesyuarat Guru
Sekolah Kebangsaan Kayu Ara
71300 Rembau
Negeri Sembilan

(EN. YAHYA BIN MOHAMAD)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kayu Ara
71300 Rembau
Negeri Sembilan

You might also like