You are on page 1of 3

CARA KAUNSELOR BOLEH MEMBANTU AHLI-AHLI SECARA KELOMPOK

Peringkat Permulaan
o
o
o
o
o
o

Membentuk peraturan serta norma kelompok


Mengajar proses kelompok yang asas
Hadir dari segi psikologi dan emosi
Bersifat terbuka terhadap diri dan ahli
Berkongsi ekspektasi dan harapan terhadap kelompok
Memberitahu ahli bahawa mereka adalah
bertanggungjawab terhadap arah dan hasil
kelompok

Membantu ahli menentukan matlamat yang konkrit dan bermakna


Menentukan matlamat kelompok
Membincangkan rasa takut dan bimbang dikalangan ahli
Mengajar ahli kepentingan menerima dan meluahkan perasaan cemas
Memberi contoh perlakuan yang memudahcarakan ahli membuat
pendedahan kendiri serta perlakuan teraputik
o Menentukan semua ahli melibatkan diri
o Membantu ahli mengenal sikap membantah dan memberitahu ahli
bahawa sikap ini adalah natural dan sihat dan seterusnya
mengujudkan suasana yang terbuka supaya mereka dapat
membincangkan sikap tersebut
o
o
o
o
o

Peringkat Konflik
o Memberitahu ahli kebaikan menerima dan membincangkan secara
terbuka konflik yang berlaku dalam kelompok
o Menegur perlakuan-perlakuan merebut kuasa dan mengajar ahli cara
mereka boleh membahagikan tanggungjawab di antara mereka untuk
menentukan arah kelompok
o Menunjukkan contoh supaya ahli berbincang secara terus terang dan
jujur dengan pemimpin sebagai seorang profesional dan juga seorang
manusia
o Membantu ahli berbincang apa sahaja perkara yang boleh membawa
kebebasan mereka serta membuat mereka berdikari
o Menggalakkan ahli supaya sentiasa mengingat apa yang mereka
kehendaki dari kelompok dan sentiasa minta apa yang diperlukan
o Membantu ahli menimbangkan pilihan dan alternatif apabila
berhadapan dengan keadaan yang serba salah

Peringkat Kerja
o Mengekalkan kemuafakatan kelompok
o Memberi peneguhan yang sistematik terhadap perlakuan yang
mendatangkan kemuafakatan dan kerja-kerja yang produktif
o Memberi contoh perlakuan yang sesuai, terutama bersemuka secara
jujur dan berhati-hati, mendedahkan kepada kelompok reaksi-reaksi
yang sentiasa berlaku di dalam kelompok serta menunjukkan hormat
terhadap ahli lain
o Membuat interpretasi atau memberi makna sesuatu pola perlakuan
secara membina dan pada masa yang sesuai supaya ahli rela
membuat penjelajahan kendiri dan memikirkan perlakuan alternatif
o Membantu ahli meluahkan perasaan sebak pada waktu-waktu yang
sesuai
o Membantu ahli memberi makna serta memikirkan semula tentang apa
yang dialami di dalam kelompok
Peringkat Penamatan
o memberi peneguhan kepada perubahan ahli dan mengingatkan isu-isu
yang belum selesai di antara ahli denganahli dan di antara ahli dengan
pemimpin sebelum kelompok tamat
o Membantu ahli menentukan cara mereka hendak aplikasikan apa yang
dipelajari di dalam kelompok pada hidup mereka di luar kelompok
o Memberi masa yang secukupnya kepada ahli membawa unfinished
business atau perkara-perkara yang terkilan semasa berada di dalam
atau di luar kelompok
o Memberi ahli maklumbalas supaya boleh membantu mereka
aplikasikan apa yang dipelajari dan menstruktur kelompok supaya
semua ahli boleh memberi dan menerima maklumbalas
o Mengajak ahli merenung perkara-perkara lain yang hendak diperbaiki
supaya dapat terus berkembang
o Menggalakkan ahli meluahkan dengan sepenuhnya perasaan mereka
mengenai penamatan dan membantu mereka menghadapi perasaan
sedih atau cemas kerana hendak berpisah
o Menegaskan kepentingan menyimpan rahsia selepas kelompok tamat
dengan cara tidak bercakap tentang mana-mana ahli di dalam
kelompok atau situasi spesifik yang telah berlaku
o Menyediakan satu panduan untuk ahli menilai kesan kelompok ke atas
diri mereka
o Merancang sesi susulan untuk semua ahli berkumpul semula
o Menimbangkan keperluan sesi susulan bersama ahli secara individu
untuk membincangkan hasil kelompok yang mereka alami

o Mencari sumber rujukan untuk ahli merujuk jika mereka perlukan


perundingan yang lanjut

You might also like