You are on page 1of 4

PENGGUNAAN TEKNIK PSIKOMETRIK DALAM PEMILIHAN KERJAYA

Ujian Minat Kerjaya Satu alat pengukuran untuk menentukan minat


individu tentang sesuatu aktiviti dalam pekerjaan-pekerjaan yang khusus
berdasarkan persekitaran kerja(Nowak 1986). Contoh ujian minat ialah
Vocational Preference Inventory(VPI), Self Directed Search(SDS), Strong
Campbell Interest Inventory( SC11), Inventori Minat Kerjaya Sidek(IMKS),
Borang Minat Rothwell-Miller(BMRM) dan Kuder Preference RecordsVocational(KPRV).
Ujian minat kerjaya secara umumnya boleh mengenal pasti potensi
individu daripada sudut minat. Alat ukuran Vocational Preference
Inventory(VPI) dan Self- Directed Search(SDS) misalnya boleh digunakan
untuk mengenalpasti minat individu sama ada dalam bidang Realistik(R),
Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) atau Conventional(C).
Ujian Personaliti Alat ukuran untuk menentukan sejauh mana
seseorang itu mempunyai tret-tret atau cirri lain-lain dengan mengukur
persamaannya gerak balas yang diberi dengan kumpulan-kumpulan rujukan
yang mempunyai tret-tret atau cirri-ciri berkenaan(Shertzer & Linden, 1979).
Contoh ujian personality Minnesota Multiphasic Personality Inventory(TSCS),
Junior Eysenck Personality Inventory(JEPI), Inventori Personaliti Warna(IPW)
DAN Inventori Personaliti Sidek(IPS). Digunakan oleh kaunselor kerjaya untuk
mengenalpasti tret-tret personality yang wujud dalam diri individu. Ianya
berkaitan dengan personality Agresif, Analitikal, Autonomi, Bersandar,
Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik-Diri,
Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur, Pencapaian dan Kejujuran(Sidek
Mohd Noah, 1999)
UJIAN NILAI PEKERJAAN Satu alat ukuran yang digunakan untuk
mengukur pelbagai nilai pekerjaan secara positif, negative atau neutral
berdasarkan keutamaan masing-masing(Nowak, 1986). Contoh ujian nilai
pekerjaan ialah Supers Work Values Inventory(WVI), Minnesota Importance
Questionnare(MIQ) dan Inventori Nilai Pekerjaan Sidek(INPS). Nilai-nilai
tersebut ialah kategori kontrak (manusia, data, benda), kategori hubungan
(pembantu, alturisme, pemimpin, autonomi), kategori fungsi (intelektual,
kreatif, kejayaan, organisasi) , kategori ganjaran ( keuntungan, promosi,
masa lapang, pengiktirafan, sokongan, keselamatan, kategori cita rasa
(kebudayaan , agama), kategori monotori (kepelbagaian aktiviti).
UJIAN PENCAPAIAN Satu alat yang digunakan untuk mengukur
pencapaian individu dalam mata pelajaran tertentu(Nowak, 1986). Contoh
ujian pencapaian ialah ujian yang dikendalikan oleh guru di sekolah sama
ada ujian bulanan, penggal atau semester yang meliputi ujian pencapaian
Matematik, Kimia, Biologi, Fizik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah
dan Geografi. Ujian Pencapaian selalu dilaksanakan di sekolah dengan guru
yang mengajar mata pelajaran itu sendiri menyediakan soalan-soalan ujian.
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

3.1.1 Ujian Pencapaian


Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh
mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah
menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujian pencapaian boleh
dijalankan dalam bentuk membuat perbandingan dengan pelajar lain dalam
sesuatu bilik darjah (rujukan norma) atau membuat rujukan tertentu bagi
sesuatu aras dalam topik (rujukan kriteria) sesebuah dalam kurikulum.
Kebanyakan pembinaan ujian pencapaian serta penskoran adalah
berteraskan ujian rujukan norma. Ujian pencapaian boleh digunakan untuk
mengukur aspek pencapaian akademik, aptitud, siasah, minat, sikap dan
sebagainya. Ujian pencapaian akademik dapat mengukur kebolehan,
pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah.
Ujian ini dibina oleh guru dan pada peringkat institusi seperti Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Penggubalan pada peringkat perseorangan dikenali ujian di bilik darjah.
Manakala bagi pencapaian peringkat pusat dikenali sebagai PMR, SPM, STPM
dalam sebagainya.
3.1.2 Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan dikenali juga ujian mental. Ujian ini cuba mengukur
perbezaan di antara individu. Ujian ini banyak mengalami perubahan
serentak dengan perkembangan bidang psikologi. Sejarah ujian ini bermula
sejak tahun 1796. Ujian ini mula berkembang sejak Galton pada tahun 1969
apabila beliau cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental serta
pencapaian intelektual di antara pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut
terlibat dalam mengukur aspek mental termasuklah Wundt, Cattell d n Binet
(Abu Bakar, 1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah skala BinetSimon.
Bagi kanak-kanak ujian kecerdasan tidak menekankan aspek kebahasaan.
Ujian ini mencerminkan pengalaman pada peringkat kanak-kanak. Ujian
kecerdasan memberikan bukti secara tidak langsung tentang potensi yang
ditunjukkan murid-murid berdasarkan prestasinya. Ujian ini kerap kali
digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi
pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain seperti Ujian IQ, Skala
Stanford-Binet, Weschler, Ujian Lorge-Thorndike dan lain-lain.
3.1.3 Ujian Prestasi
Ujian prestasi memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain
sebagai tambahan kepada menjawab soalan. Penekanan yang diberikan
tertumpu kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan yang

diberi berbanding hanya menjawab soalan sahaja. Hal ini kerana maklumat
personaliti seseorang tidak bernilai jika dia menyedari bahawa dia sedang
dinilai. Dengan itu dia akan melakukan dengan sebaik yang mungkin. Dalam
konteks ujian prestasi, tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai `baik.
Misalnya tidak ada ukuran baik atau buruknya minat seseorang itu pada
dunia perladangan. Individu yang berminat boleh meneruskan ladang dan
sebaliknya boleh memilih bidang lain yang bersesuaian dengan minatnya.
Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa
sahaja kaedah seperti pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan
maklumat pelajar. Pemerhatian boleh dilaksanakan semasa murid
melaksanakan tugas yang diberikan, misalnya perbincangan kumpulan,
peranan murid dalam aktiviti. Manakala melalui laporan kendiri pelajar
sendiri menilai diri sendiri melalui soal selidik tertentu yang menilai peribadi
diri.
3.1.4 Ujian Diagnostik
Ujian ini mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang berlaku dalam
pengajaran dan pembelajaran dan menentukan punca-punca yang
menyebabkan masalah berkenaan berlaku. Pentadbiran ujian ini bertujuan
untuk menentukan kedudukan murid dalam pelajarannya dan mengenal
pasti sebab-sebab berlakunya kelemahan murid dalam pembelajarannya.
Apabila sesuatu sebab dapat dikenal pasti maka tindakan selanjutnya dalam
merancang dan memulihkan keadaan yang berlaku dapat dilaksanakan.
Ciri-ciri ujian diagnostik termasuklah ujian tidak memberikan skor atau gred
kepada murid. Disebabkan ujian ini untuk memperbaiki kelemahan tertentu,
maka ujian ini dilaksanakan pada masa pengajaran dan pembelajaran masih
berjalan bukan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat
daripada ujian dalam ujian ini diterjemahkan dalam bentuk profil individu
berasaskan skor tentang aspek-aspek pembelajaran. Profil yang dibuat dapat
memperlihatkan kepada guru tentang aspek yang belum dikuasai
sepenuhnya oleh murid-murid. Contoh ujian diagnostik seperti ujian menilai
bacaan murid yang bertujuan mengenal pasti kemahiran murid untuk
mengenal huruf dan menyebut huruf.
Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini
memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah
pemulihan kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan
secara formal iaitu melibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh
dijalankan secara soal jawab, inventory, pemerhatian dan tugasan dari
semasa ke semasa.

3.1.5 Ujian Kecekapan


Ujian kecekapan ialah ujian yang digunakan oleh seseorang guru untuk
menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid atau calon dalam
melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti yang diberikan. Lazimnya ujian ini
melibatkan penggunaan instrumen yang konkrit seperti penggunaan gambar
dan radas serta tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan
pensel-kertas melainkan sewaktu mendapatkan arahan. Contoh ujian
kecekapan seperti ujian pada peringkat pra-persekolahan dengan meminta
murid mencantum-cantumkan perkataan dengan gambar yang diberikan
atau membina semula gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan
gambar yang diberi atau menjalankan uji kaji menggunakan radas tertentu.
3.1.6 Ujian Bakat
Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Suatu
waktu dahulu bakat dikenal sebagai kebolehan istimewa semulajadi yang
dimiliki oleh seseorang individu. Pada umumnya ujian bakat dapat
dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu: (i) ujian bakat yang berasaskan
kajian secara besar-besaran. Misalnya pada tahun 1930, kajian yang
dijalankan oleh Universiti Minnesota tentang bakat mekanikal; dan (ii) ujian
bakat yang berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dijalankan bagi
keperluan tertentu.
Pada umumnya, ujian ini memberikan maklumat asas dalam membuat
telahan prestasi masa depan calon. Ujian ini lazimnya digunakan untuk
pemilihan calon melakukan pekerjaan tertentu, kemasukan ke program
latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Contoh ujian bakat seperti
ujian kemasukan ke maktab perguruan (UKELP). Ujian ini juga digunakan
bagi tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut
kebolehan calon atau individu.
3.1.7 Ujian Personaliti
Ujian personaliti ialah ujian yang disediakan untuk mengenal pasti potensi
diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap
seseorang yang diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang
berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks. Contoh ujian personaliti
seperti Ujian Keirsey Temperament.

You might also like