You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2015

Tarikh
Hari
Masa
Tempat
Pengerusi

: 18 Mac 2014
: Selasa
: 8.30 pagi 10.30 Pagi
: Bilik Gerakan
: Pn. Gnammoney a/p Joseph @ Kanniah ( Guru Besar )

Kehadiran :
1. PN. Gnammoney a/p Joseph@ Kanniah
2 Pn. Aruna a/p Thannimalai
3. Cik. Kala a/p Salamba Durai
4. Cik. Subashini a/p Satasilan
5. En. Ragunathan a/l Krishnan
6. En. Kannan a/l Manicham

Penasihat
Penasihat Akademik
Setiausaha
Guru Akademik
Guru Akademik
Guru Akademik

Tidak hadir :
1. Tiada
AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI
1.1.

Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua guru

1.2.

Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan halhal yang berkaitan dengan panitia Bahasa Melayu.
Makluman: Ahli Panitia

AGENDA 2 : UCAPAN TUAN PENASIHAT


2.1.
Penasihat mengalu-alukan kehadiran Cik. Kala a/p Salamba Durai selaku Ketua Panitia
yang juga guru bagi menggantikan guru Bahasa Melayu yang telah berpindah sekolah.
Makluman: Ahli Panitia

2.2
Mengumumkan keputusan 75% UPSR 2013 untuk matapelajaran Bahasa Melayu
Pemahaman dan 50% untuk Bahasa Melayu Penulisan.
Makluman: Ahli Panitia
2.3.

Berharap pada tahun ini akan berlaku peningkatan dalam mata pelajaran ini.
Makluman: Ahli Panitia

2.4
Menerangkan tentang dasar dan polisi Kementerian Pelajaran iaitu Program NKRA iaitu
Program LINUS.
Makluman: Ahli Panitia
2.5
Menekankan tentang visi dan misi sekolah pada 2015 serta usaha yang diperlukan oleh
semua guru untuk menjayakannya.
AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA YANG
LALU
3.1.
3.2

Cik. Kala a/p Salamba Durai selaku Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang
lalu.
Cik. Subashini a/p Satasilan mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan
disokong oleh Pn. Aruna a/p Thannimalai
Makluman: Ahli Panitia

AGENDA 4 : PERKARA BERBANGKIT


Tiada
AGENDA 5 : DASAR KURIKULUM
5.1.
Pengerusi menjelaskan pada tahun 2011, dasar Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) telah diperkenalkan kepada murid-murid tahun 1. Pengerusi meminta guru-guru yang
terlibat supaya bersiap sedia untuk pemantauan. Semua dokumen KSSR boleh dimuat naik
melalui laman web www.moe.gov.my/bpk. atau kssronline.com
Makluman: Ahli Panitia

5.2.
Pengerusi juga menjelaskan dasar-dasar kurikulum yang sedia ada seperti PROTIM,
dan, LINUS (Literasi) perlu diambil perhatian sewajarnya.
Tindakan: Ahli Panitia

AGENDA 6 : RANCANGAN PELAJARAN


6.1.
Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan rancangan pelajaran tahunan (RPT),
rancangan pelajaran harian (RPH) dan huraaian sukatan pelajaran (HSP) hendaklah disediakan
dengan lengkap dan mengikut format yang sedia ada. Bagi tahun 1, 2 dan 3, format KSSR perlu
digunakan manakala tahun 4, 5 dan 6 menggunakan format KBSR.
Tindakan: Ahli Panitia

6.2.
Pengerusi memberitahu bahawa HSP boleh dimuat naik melalui laman web
www.moe.gov/bpk.
Makluman: Ahli Panitia
6.3.
Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua dokumen perlu disediakan secepat
mungkin untuk pemantauan.
Tindakan: Ahli Panitia
AGENDA 7 : BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR
7.1.
Pengerusi menjelaskan bahawa buku Rekod Mengajar Guru pada tahun ini perlu
disediakan mengikut format KSSR untuk tahun 1, 2 dan 3 manakala tahun 4, 5 dan 6 mengikut
format KBSR.
Tindakan: Semua Warga Sekolah
7.2.
Pengerusi berharap semua guru menyediakan buku Rekod Mengajar Guru sehari
sebelum pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Tindakan: Semua Warga Sekolah

AGENDA 8 : PROSEDUR PEMBELIAN DAN PENGURUSAN STOK


8.1.
Pengerusi menjelaskan kepada semua guru tentang prosedur pembelian dan
pengurusan stok panitia.
Tindakan:Semua Warga Sekolah
8.2.
Pengerusi memberitahu mana-mana guru yang ingin membeli bahan bantuan mengajar
hendaklah mengisi Nota Minta dan berbincang dengannya untuk persetujuan.
Tindakan: Semua Warga Sekolah
AGENDA 9 : PENCERAPAN HASIL KERJA MURID
9.1.

Pengerusi meminta semua guru mengadakan pencerapan kerja murid setiap minggu.
Tindakan: Semua Guru

9.2.
Pengerusi juga meminta semua guru memberi latihan yang lebih terutama kepada
murid-murid tahun 6.
Tindakan: Semua Guru
AGENDA 10 : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
10.1. Pengerusi meminta semua guru merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P) mengikut tahap murid.
Tindakan: Semua Guru

10.2. Pengerusi menjelaskan bahawa penggunaan buku teks dan buku aktiviti perlu
digunakan semaksimum mungkin. Walau bagaimanapun, buku kerja tambahan akan disediakan
untuk tujuan P&P.
Tndakan: Semua guru
10.3. Pengerusi juga menjelaskan penggunaan ICT dalam P&P digalakkan bagi menarik
minat murid.
Tindakan: Semua guru

AGENDA 11 : HAL-HAL LAIN


12.1.

Semakan buku tulis murid-murid perlu diteruskan.


Tindakan: Semua guru

AGENDA 12 : UCAPAN PENANGGUHAN


13.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana menyumbang
idea untuk meningkatkan prestasi dan menggerakkan panitia Bahasa Melayu.
13.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

Disediakan oleh,

........
CIK KALA A/P SALAMBA DURAI
Setiausaha

Disahkan oleh,

PN.GNAMMONEY A/P JOSEPH


Guru Besar SJK(T) Pasir Gajah.

You might also like