You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA 2014

KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN (3K) DAN BENCANA


Tarikh
Masa
Tempat:
Kehadiran:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
1.

:
12 Januari 2014 (Ahad)
:
1.35 petang
Makmal Komputer
Pn. Rozilah Binti Sulaiman
(PK HEM)
Pn. Siti Norbaya Binti Ghazali
En. Bashir Bin Yassin
En. Noor Jalaluddin Bin Mohd Noor
Pn. Nor Hazani Bt. Mahamud
Pn. Siti Masitah Binti Othman
Pn. Robiah Binti Baharuddin
Pn. Noor YAni Binti Mohd Isa
Pn. Zarina Binti Md Ali

- Penasihat
- Setiausaha
- AJK (Guru)
- AJK (Guru)
- AJK (Guru)
- AJK (Guru)
- AJK (Guru)
- AJK (Guru)
- AJK (Guru)

Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab Al-fatihah
1.2 Berharap piawaian 3K yang dibuat mengikut standard yang telah ditetapkan
mencakupi aspek kebersihan, sistem keselamatan berfungsi dan persekitaran yang
selamat (Contoh : Tempat pembiakan nyamuk aedes)
Tindakan: Makluman

2.

Ucapan Penasihat
2.1 Berharap semua pihak dapat berusaha untuk mengekalkan markah sekolah dalam
aspek 3K dan bencana demi merealisasikan visi sekolah iaitu mencapai tahap
sekolah berprestasi tinggi menjelang 2015.
Tindakan: Makluman

3.

Perkara yang dibincangkan


3.1 Aktiviti Tahunan Program 3K Dan Bencana 2014
3.1.1 Keceriaan Kelas seperti susun atur dan hiasan kelas pada minggu
pertama persekolahan.
3.1.2 Program bersama agensi luar (RNT) pada Mei 2014 berkaitan
dengan latihan kebakaran dan demonstrasi memadam kebakaran,
Tindakan : AJK Biro 3K
3.1.3 Gotong-royong peringkat sekolah pada Mei 2014 fokus untuk
membersihkan kawasan-kawasan seperti kelas, bilik-bilik khas dan
kantin.
Tindakan : Semua Guru
1

3.1.4
3.1.5

3.1.6
3.1.7
3.1.8

Suntikan Imunisasi Tahun 1 dan Tahun 6 akan diadakan di makmal


komputer oleh pihak Kementerian Kesihatan
Pemeriksaan Tandas
- Pintu tandas dan selak akan dibaiki
- Cadangan untuk mengecat dinding tandas dengan pelbagai jenis
warna supaya nampak ceria
- Cadangan untuk mengecat doa masuk ke tandas pada dinding
sebagai panduan kerana penggunaan kertas tidak efektif dan
tidak tahan lama
Mengemaskini buku rekod kesihatan pelajar oleh guru kelas pada
bulan Januari.
Tindakan : Guru Kelas
Pemeriksaan peti ubat dan menambah alat-alat bantuan kecemasan
adalah 2 kali setahun
Tindakan : AJK Biro 3K
Pemeriksaan tandas, bangunan pendawaian elektrik, parit dan
longkang akan dilaksanakan setiap minggu oleh guru yang bertugas
dan mesti dicatat di dalam buku Laporan Bertugas Harian
Tindakan : Guru Bertugas Mingguan

3.2 Perancangan Aspek Keselamatan


3.2.1 Laluan keluar masuk sekolah perlu lebih sistematik. Pagar sekolah
akan ditutup selepas pukul 8.00 pagi
Tindakan : PK HEM
3.2.2

Papan tanda dan poster keselamatan perlu ditambah terutamanya di


kantin dan laluan ke kantin

3.2.3

Pemeriksaan alat pemadam api yang sudah tamat tempoh dan perlu
ditukar ganti

3.2.4

Pelan laluan kecemasan perlu dikemaskini

3.2.5

Latihan Kebakaran peringkat sekolah akan dua kali setahun

3.2.6

Membuat dan membina lebih banyak taman di kawasan sekolah.


Cadangan untuk melihat dan memastikan kawasan yang sesuai
terlebih dahulu dan akan dibincangkan kemudian.

3.2.7

Pemantauan sistem perparitan sekolah perlu dilakukan oleh semua


pihak dan maklumkan kepada pekerja jika memerlukan tindakan
lanjut.

4.

Hal-hal lain
4.1.1

5.

Mural di dinding-dinding bangunan sekolah akan diserahkan kepada


pihak luar jika harga yang ditetapkan berpatutan.

Penutup
5.1 PK HEM berharap semua pihak akan melaksanakan tanggungjawab masingmasing demi sekolah tercinta dan juga untuk anak-anak murid hasil didikan kita
supaya mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif dan lebih selamat.
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan mesyuarat
ditangguhkan pada jam 3:30 petang dengan surah Al Asr.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(Pn. Siti Norbaya Binti Ghazali )


Setiausaha
Program 3K
Sekolah Kebangsaan Darulaman

...
(Pn. Rozilah Binti Sulaiman)
PK HEM
Sekolah Kebangsaan Darulaman

Tarikh: 13 Januari 2014

You might also like