You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KALI KEDUA 2014

KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN (3K) DAN BENCANA


Tarikh
Masa
Tempat:

:
13 Mei 2014 (Selasa)
:
1.35 petang
Makmal Komputer

Kehadiran:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
1.

Pn. Rozilah Binti Sulaiman


- Pengerusi
(PK HEM)
Pn. Siti Norbaya Binti Ghazali
- Setiausaha
En. Bashir Bin Yassin
- AJK (Guru)
En. Noor Jalaluddin Bin Mohd Noor
- AJK (Guru)
Pn. Nor Hazani Bt. Mahamud
- AJK (Guru)
Pn. Siti Masitah Binti Othman
- AJK (Guru)
Pn. Robiah Binti Baharuddin
- AJK (Guru)
Pn. Noor Yani Binti Mohd Isa
- AJK (Guru)
Pn. Zarina Binti Md Ali
- AJK (Guru)
Ucapan Aluan Pengerusi
1.1Pengerusi memulakan majlis dengan ucapan terima kasih kepada AJK yang sudi
hadir pada mesyuarat kali ini
1.2 GPK Hem Pn.Rozilah Bt. Sulaiman selaku pengerusi Program 3K

meminta

semua guru kelas menyediakan buku kesihatan terutamanya tahun 1 supaya


tidak berlaku kemusykilan semasa pemeriksaan/rawatan jururawat sepanjang
hari persekolahan
Tindakan: Makluman
Tindakan: Makluman
2.

Pembentangan dan pengisian minit mesyuarat yang lalu.


2.1 Dicadang oleh : Pn.Noor Yani Bt. Md Isa
Disokong oleh : Pn.Nor Hazani Bt. Mahamud

3.

Perkara berbangkit
3.1. Pada perkara 4.1.1 tentang keceriaan kelas masih terdapat kelas yang belum
menceriakan kelas sepenuhnya. Diharap guru kelas mengambil tindakan segera
3.2. Perkara 4.1.3 Berkaitan gotong royong masih tidak dapat dijalankan kerana
kekangan masa namun akan dilaksanakan sebelum hujung tahun
1

4.

Perkara yang dibincangkan


4.1 Laporan Program Latihan Kebakaran Kali Pertama 2014
Pegawai RNT membuat ulasan dan nasihat kepada semua warga sekolah.

4.1

Lapor n Pegawai RNT :


4.1.1 Masa yang diambil untuk mengosongkan bangunan ialah 3 minit 10 saat. Perlu
tingkatkan kepantasan menyelamatkan diri
4.1.2

Semua warga perlu lebih peka dengan bunyi loceng kecemasan dengan berlari pantas ke

4.1.3

padang
Pujian kepada En.Bashir kerana memberi arahan kepada murid-murid cara menuruni

4.1.4
4.1.5

tangga dengan selamat


Demonstrasi cara menggunakan pemadam api dengan betul
Tiada mangsa yang cedera dan harta benda dalam keadaan selamat

4.1.6

Kekuatan Program :
*Mendedahkan kepada murid pengalaman langsung menghadapi bahaya kebakaran
*Melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan/kebakaran
berlaku di sekolah
*Menjalin hubungan erat sesama agensi keraajaan dengan agensi luar dalam menjaga
keselamatan dan pencegahan kebakaran

4.1.7 Kelemahan Program :


* Murid kurang peka dengan isyarat loceng kecemasan. Ini kerana loceng tidak dapat
didengari di kawasan belakang sekolah terutamanya di surau, namun ini dapat diatasi
dengan suasana kecemasan di mana setiap pelajar akan memanggil pelajar lain supaya
menyelamatkan diri.
* Masa yang diambil untuk semua warga menyelamatkan diri melebihi 3 minit. Pada masa
akan datang pihak AJK akan mempastikan masa yang diambil kurang daripada 2 minit.
Tindakan : Makluman
5.

Hal-Hal Lain
5.1 Penyelaras mengharapkan semua kakitangan sekolah menjalankan
tugasan dengan menitik beratkan perkara yang dibincangkan .
5.2 Pengerusi berharap aktiviti yang tidak dapat dijalankan pada penggal
pertama persekolahan akan dapat diteruskan pada pengaal kedua nantu

6.

Penutup

6.1 PK HEM hem meminta semua guru mengemaskinikan buku rekod kesihatan
murid.
6.2 Beliau meminta semua setiausaha memantau semua kawasan
Sekolah supaya selamat dari segi wabak penyakit denggi.
6.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan
mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:30 petang

Disediakan oleh,

(Pn. Siti Norbaya Binti Ghazali )


Setiausaha
Program 3K
Sekolah Kebangsaan Darulaman

Disahkan oleh,
...
(Pn. Rozilah Binti Sulaiman)
PK HEM
Sekolah Kebangsaan Darulaman

Tarikh: 20 Mei 2014

You might also like