You are on page 1of 3

SKRIP PIDATO

Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad


Badawi pernah berkata,Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja
bangsa yang kaya dengan intelek tetapi kaya dengan sikap berbudi
bahasa.
ANAK KEDIDI TERBANG RENDAH,
HINGGAP BERLABUH DI RANTING BIDARA;
IZINKAN HAMBA MENYAMPAI WADAH,
BERKONGSI ILMU DALAM BICARA.

Budi Bahasa Amalan Mulia.


Demikianlah bunyi bicara ilmu yang akan saya kupas satu persatu pada
pagi yang berbahagia ini.
Sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisan
kehakiman intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia dengan
masanya, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.
Assalamualaikum salam sejahtera dan salam satu Malaysia ,
Izinkan saya merungkaikan maksud pidato saya pada hari ini. Budi
bahasa merujuk kepada tutur kata ,kelakuan , sopan santun dan tatatertib
. Dengan kata lain setiap gerak laku , tutur kata , tata cara hidup,
pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain, mahupun pergaulan
masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.
Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya
,peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Ingatlah falsafah hidup yang bertunjangkan nilai-nilai murni akan
mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia
Sidang saksi yang saya muliakan,
Meninjau dari skop yang lebih luas , amalan berbudi bahasa dapat
melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun dan memiliki tahap
tatasusila yang tinggi. Bagi merealisasikannya subjek pendidikan moral
dan pendidikan Islam memainkan peranan penting dalam menerapkan
nilai-nilai murni kepada murid-murid seawal mereka di bangku
persekolahan. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Banyak implikasi akan timbul jika masalah budi bahasa tidak dihiraukan .
Gejala tidak menghormati orang tua akan membawa kepada kesan buruk

seperti wujud perasaan dendam, kasar, tidak segan silu melakukan


perkara-perkara buruk, tutur bahasa yang kasar dan tidak sopan.Ini
semua berlaku akibat terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak
sihat, terikut-ikut dengan budaya barat sehingga lupa kepada nilai-nilai
murni dan adat resam timur yang akhirnya mempengaruhi imej, watak
dan penampilan diri seseorang. Mengamalkan budaya bahasa yang baik
dan nilai-nilai murni mencerminkan seseorang itu memiliki budi pekerti
tinggi.
Amalan berbudaya bahasa menzahirkan rasa hormat antara satu sama
lain, contohnya orang muda menghormati orang tua, anak menghormati
ibu bapa, murid menghormati guru. Dengan jelasnya kita dituntut
menghormati orang tua dan menyayangi orang muda.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Hajh ayat 24 bermaksud
Dan mereka diberi petunjuk (didunia) dengan mengucapkan
kata-kata yang baik serta diberi petunjuk ke jalan Allah yang
maha terpuji.
Dewasa ini amalan budi bahasa dikalangan masyarakat kita semakin
luntur nilai-nilai budaya bahasanya.Ini disebabkan oleh tuntutan mengejar
kebendaan, pangkat hingga menafikan nilai-nilai murni. Dengan
terhakisnya nilai-nilai murni menyebabkan masyarakat luntur akhlaknya.
Kita mestilah berusaha untuk menaikkan kembali budaya Melayu
dipersada dunia dengan budi pekerti yang mulia. Budi bahasa perlu
diterapkan dalam apa jua keadaan agar budaya dan agama kita dinilai
sebagai yang terbaik.
Sidang saksi yang saya hormati,
Bahasa melambangkan bangsa. Justeru ia perlu diterapkan dalam apa jua
keadaan dan masa agar bangsa dan agama kita dapat dinilai sebagai
yang terbaik. Kita hendaklah membudayakan budi bahasa samada di
tempat kerja, jalan raya, rumah dan masjid. Kita juga perlu sentiasa
mempamerkan imej diri yang positif dalam segala tindakan samada cara
berfikir, melahirkan perasaan, pertuturan dan perlakuan. Hanya dengan
cara itulah kita dapat membentuk satu budaya kerja yang mantap dan
berkesan.
Jika suasana ini dapat diwujudkan, maka kemesraan akan wujud, saling
hormat-menghormati antara satu sama lain, tanpa memperkecilkan dan
meremehkan pandangan orang lain.
TEGAK RUMAH KERANA SENDI,
ROSAK SENDI RUMAH BINASA,
TEGAK BANGSA KERANA BUDI,

ROSAK BUDI RUNTUHLAH BANGSA.

Kesimpulannya, untuk memastikan amalan berbudi bahasa ini subur


dalam setiap masyarakat pada setiap masa, maka semua pihak
perlulah memainkan peranan masing-masing. Setiap ibu bapa adalah
model dan sewajarnya menunjukkan sikap yang terbaik ketika
berkomunikasi dengan anak-anak. Ibu bapa perlu menyemai sikap berbudi
bahasa yang cemerlang samada percakapan atau perbuatan.Media massa
diharapkan dapat memainkan peranan penting ke arah melahirkan
generasi berbudi bahasa melalui penyebaran maklumat kepada
pengguna. Pemantauan hendaklah dilakukan dengan lebih berkesan dari
semasa ke semasa untuk memastikan budaya berbudi bahasa dapat
dihayati oleh masyarakat. Marilah sama-sama kita menerapkan amalan
budi bahasa dalam komunikasi, ucapan, pertuturan, panggilan, pergaulan
dan perlakuan samada dalam keluarga, masyarakat, mahu pun di tempat
kerja.
APA TANDA MELAYU JATI,
ADAT DAN SYARIAT DIPEGANG MATI,
APA TANDA MELAYU BERADAT,
BUDI BAHASA DIPEGANG ERAT.
.
Sekian terima kasih.

You might also like