You are on page 1of 14

GMGA 1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

1.0

Pengenalan
Organisasi didefinisikan sebagai satu unit sosial yang sengaja dibentuk (atau

pengelompokan manusia) dan dibentuk kembali untuk mencapai matlamat-matlamat


tertentu (Etzioni, 1964). Apabila bercakap mengenai organisasi, kita tidak boleh lari
daripada membicarakan mengenai teori-teori organisasi yang ada. Salah satu teori
yang paling berpengaruh dalam bidang organisasi dan pentadbiran ialah teori birokrasi.
Teori ini diasaskan oleh Max weber, seorang ahli sosiologi dan ekonomi berpengaruh
Jerman. Hasil kerja yang dilakukan olehnya adalah sezaman dengan Frederick W.
Taylor dan Henri Fayol, namun beliau bekerja mengikut jalannya yang tersendiri.
Definisi awal birokrasi menurut Max Weber adalah berbeza dengan pandangan
mengenai birokrasi yang ada pada hari ini. Dari segi konsep, Weber merujuk birokrasi
sebagai satu jenis struktur pentadbiran yang dibangunkan dalam satu pertubuhan
dimana adanya autoriti rasional-sah(Scott, 2003). Weber menerangkan jenis birokrasi
yang ideal dari sudut yang positif, beliau menganggap organisasi birokrasi adalah
organisasi yang lebih rasional dan lebih cekap. Jenis birokrasi yang ideal termasuklah
tidak ada jenis autoriti atau perhubungan yang lain, tidak mempunyai persahabatan dan
permusuhan, tidak mempunyai komplot, dan tidak mempunyai badan jawatankuasa.

Sesuatu birokrasi yang dikatakan ideal hanya wujud dimana individu memberi
dan menerima arahan sebagai satu peraturan dalam sistem rasional. Weber juga
berhujah bahawa jenis birokrasi yang ideal memerlukan alat pentadbiran yang sukar,
sifat-sifat alat pentadbiran ini termasuklah ketepatan, kepantasan, tidak ada kekaburan,
mempunyai pertimbangan, mengetepikan kepentingan, tidak ada perselisihan, langkah
penjimatan, berkesinambungan dan kesepakatan. Beliau juga mengatakan bahawa
organisasi tidak dapat dielakkan dari berubah ke arah jenis ideal yang dikatakan
olehnya dalam pencarian proses kecekapan yang sangat berkesan (Sims et al., 1995).
Tulisan-tulisan beliau mengenai konsep dan falsafah birokrasi telah menarik minat
ramai pengkaji untuk menyelidik dengan lebih mendalam lagi mengenai konsep ini.
1

210815

GMGA 1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

2.0

Definisi Birokrasi

Perkataan "birokrasi" berasal daripada perkataan "biro" yang digunakan pada


awal abad ke-18 di Eropah Barat, bukan untuk merujuk kepada meja tulis tetapi untuk
pejabat,

iaitu

tempat

bekerja.

Maksud bahasa

Perancis yang

asal

bagi

perkataan biro ialah baize yang digunakan untuk melitupi meja-meja. Istilah "birokrasi"
bermula digunakan tidak lama sebelum Revolusi Perancis pada tahun 1789 dan dari
sini,

tersebar

dengan

pantas

ke

negara-negara

yang

lain.

Akhiran bahasa

Greek kratia atau kratos bermaksud "kuasa" atau "pemerintahan". Oleh itu,
"birokrasi" pada dasarnya bermaksud kuasa pejabat atau pemerintahan pejabat, iaitu
pemerintahan golongan pegawai.

3.0

Struktur birokrasi

Para sarjana dan tokoh tokoh telah membuat kajian dan mengenalpasti beberapa ciri
ciri

penting

struktur

birokrasi.terdapat

tiga

struktur

yang

dikenalpasti

iaitu

hierarki,perbezaan atau pengkhususan dan kelayakan atau kebolehan.


Hierarki
Hierarki ialah ciri yang paling penting kerana ia menggambarkan keupayaan untuk
merasionalisasikan kerja-kerja pentadbiran. Max Weber melihat ciri ini sebagai titik
permulaan dalam sesebuah organisasi. Weber merujuk birokrasi sebagai elemen yang
berkait dengan prinsip-prinsip dan tahap dalam autoriti yang menentukan sistem
kakitangan pengurusan dan kakitangan bawahan di mana kakitangan pengurusan akan
menyelia kakitangan bawahan. Menurut Weber lagi, sistem yang formal ini penting
demi menentukan hala tuju, kekuatan, dan kesinambungan dalam sesuatu bentuk
pentadbiran.

210815

GMGA 1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

Perbezaan atau pengkhususan


Ciri

struktur

yang

kedua

ialah

pengkhususan.

Pengkhususan

wujudkerana

pembahagian tugas dan ia amat penting dalam mewujudkankerjasama di antara satu


sama lain demi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Perbezaan dalam
pengkhususan kerja mewujudkan perananperanantertentu. Peranan-peranan ini pula
mestilah berkait antara satudengan yang lain supaya semua individu bergerak
mencapai satu matlamat yang sama.
Kelayakan atau kebolehan
Ciri struktur yang ketiga ialah kelayakan. Ciri ini penting dalam menjamin supaya
peranan yang telah dikhususkan akan mampu dilakukan dengan efektif oleh individu
yang memegang peranan tersebut. Kelayakan ini datang melalui persiapan atau
pendidikan. Walau bagaimanapun, persiapan sahaja tidak cukup untuk menjamin
keberkesanan sesuatu pekerjaan. Ia mesti juga disertai dengan kebolehan dan
kelayakan untuk menyesuaikan dengan peranan yang perlu dimainkan.

210815

GMGA 1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

4.0

Birokrasi kerajaan moden

Birokrasi adalah had kuasa membuat keputusan dan bertindak untuk menentukan
sistem yang dipraktikkan dalam pentadbiran sesebuah organisasi awam beroperasi
secara betul mengikut peraturan yang diterapkan. Sumber peraturan ini adalah
daripada dasar perkhidmatan awam. Aspek pengelasan fungsi dalam birokrasi juga
sebenarnya membantu menentukan jenis tugas yang sepatutnya dibereskan dalam
perkhidmatan awam dan paling utama implikasinya kepada perkhidmatan yang
disediakan kepada rakyat.Shafritz dan Russell menyatakan bahawa birokrasi adalah
keseluruhan aspek yang membabitkan pegawai-pegawai kerajaan, aliran kuasa dalam
carta organisasi agensi kerajaan dan saluran-saluran yang saling berkait dalam
susunan struktur kuasa dan tugas. Kenyataan ini memberi kesan kepada aspek mesej
dan medium komunikasi bukan setakat di dalam sesebuah organisasi malah juga di luar
organisasi.
Doktrin pentadbiran menghendaki setiap penjawat awam untuk patuh kepada
prosedur, peraturan dan paling penting melakukannya mengikut format yang
dipersetujui oleh organisasi yang berkenaan agar nilai yang bakal diraih hasil hebahan
bahan berita yang mengaitkan organisasi awam yang berkenaan selaras dengan
matlamat organisasi.Hebahan yang telus, padat dengan maklumat dan seiring dengan
keperluanmencapai matlamat organisasi ini akhirnya akan memberi kesan positif
kepada rakyat tatkala organisasi awam diwujudkan khusus untuk memberikan
perkhidmatan demi pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara ini. Rakyat hari ini
semakin sensitif kepada tahap kualiti perkhidmatan awam yang diterima.Sekali gus,
suasana ini melahirkan sikap tegas dan tingkah laku memerhati setiap satu tindakan

210815

GMGA 1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

pihak kerajaan menjadi lebih ekstrem dan berupaya menjejaskan kredibiliti pihak
pemerintah.

Pentadbiran awam di Malaysia telah memainkan peranan yang sangat penting


dalam pentadbiran negara, pembangunan ekonomi, sosial dan proses modenisasi di
negara ini. Kemajuan negara selama 46 tahun yang lepas tidak mungkin menjadi
kenyataan tanpa kebolehan, profesionalisme dan dedikasi yang ditunjukkan oleh
kakitangan kerajaan.Bermula pada zaman penjajahan British, dua tujuan utama
pentadbiran awam ketika itu adalah untuk mengekalkan undang-undang dan keamanan
selain berfungsi untuk mengeksploit sumber asli di negara ini. Ketika itu, orientasi
perkhidmatan awam adalah berdasarkan keperluan dan bukannya berdasarkan
memberi khidmat kepada rakyat.Kini sebagai sebuah negara yang merdeka, orientasi
perkhidmatan awam telah berubah dan komited untuk meningkatkan ekonomi dan
perkembangan sosial rakyat. Tanggungjawab dalam usaha pembangunan kemudian
terletak di bahu ahli birokrat.
Perkembangan birokrasi semenjak hari kemerdekaan sehinggalah ke hari ini
selama empat dekad yang lalu telah menunjukkan bahawa sistem pentadbiran yang
diacuakan daripada gaya British dahulu telah berubah secara drastik untuk
menyesuaikannya dengan nilai-nilai sosiopolitik dan peranan perkhidmatan awam yang
pelbagai fungsi. Polisi utama, pertama membentuk dan menguji perkhidmatan awam di
awal permulaannya adalah berkaitan dengan pembangunan luar bandar di awal tahun
1960an melalui sistem Buku Merah yang berlatarbelakangkan pembentukan Malaysia
dan zaman yang tidak menentu pada ketika itu.
Keduanya, pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970-an yang
mana sektor awam memainkan peranan utama untuk menggerak dan menjayakannya.
Pada dekad itulah banyak syarikat awam ditubuhkan untuk menjayakan DEB. Zaman
berikutnya pula, negara memasuki fasa industrialisasi pada tahun 1980-an yang
menyaksikan peningkatan penglibatan sektor swasta berganding bahu bersama-sama
dengan sektor awam. Dekad ini juga menjadi saksi bermulanya polisi penswastaan
5

210815

GMGA 1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

negara.

Pada dekad 1990-an pula telah ditandai dengan perkembangan pesat di bidang
komunikasi

dan

teknologi

maklumat

(ICT)

dan

permulaan

Wawasan

2020.

Sepanjang empat dekad, negara pernah menikmati perkembangan ekonomi yang tinggi
dan tidak kurang juga krisis ekonomi yang melanda negara. Perkhidmatan awam telah
memainkan peranan utama dalam menguruskan polisi utama dan menangani peristiwaperistiwa ketika itu.

5.0

Birokrasi dalam pentadbiran

Pengkaji-pengkaji sains sosial mencadangkan penggunaan model sebagai satu cara


untuk memudahkan penganalisisan terhadap bentuk-bentuk pentadbiran yang wujud di
dunia ini. Terdapat tiga model utama yang sering dibincangkan oleh tokoh-tokoh
akademik dalam menghuraikan bentuk birokrasi, iaitu Stateness Model, Model Klasik
(Classic Model), dan Model Prismatik (Prismatic Model).Model klasik menggabungkan
pendekatan struktur dan tingkah laku dalam pengaplikasiannya. Dari sudut struktur,
model ini menggunakan ketiga-tiga unsur penting dalam sesebuah pentadbiran
birokrasi iaitu hierarki, pengkhususan, dan kelayakan. Dari sudut tingkah laku pula,
model ini menggunakan konsep rasional, iaitu tingkah laku sesuatu pentadbiran
mestilah berlandaskan kepada pengetahuan. Terdapat beberapa ciri penting yang
mengukuhkan lagi pendekatan rasional dalam pentadbiran, iaitu:

Pengambilan dan promosi pekerja adalah perlu berdasarkan kepada kebolehan,


bukan atas dasar kenalan.
Perkhidmatan dalam sektor awam adalah bersifat professional dan tertakluk
kepada tindakan disiplin jika seseorang penjawat awam itu melanggar sesuatu
peraturan dan prosedur kerja.
Tugas dan tanggungjawab penjawat awam adalah jelas mengikut pengkhususan
dan kebolehan masing-masing dan skop hubungan antara pihak pengurusan
6

210815

GMGA 1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

dan pekerja adalah jelas.


6.0

KRITIKAN-KRITIKAN TERHADAP KONSEP BIROKRASI

Antara kritikan utama terhadap teori birokrasi Weber adalah seperti berikut: Kritikan pertama adalah berdasarkan kebergantungan terhadap peraturan.
Menurut Robert Merton, peraturan-peraturan yang ketat yang mengawal tingkah
laku penjawat-penjawat awam kadang-kala boleh menjadi penghalang dalam
usaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Di samping itu, faktor tidak
dipengaruhi oleh perasaan ketika menjalankan tugas dengan pelanggan boleh
menimbulkan konflik bilamana pelanggan merasakan bahawa kehendak mereka
tidak dilayan dengan sepenuhnya.
Kritikan yang kedua ialah pekerja bawahan tidak semestinya akan menuruti
segala perintah daripada pihak pengurusan. Sebagai contoh, kajian yang
dijalankan ke atas jururawat di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa mereka
akan lebih cenderung mematuhi arahan pegawai atasan mereka yang
berkelayakan daripada pegawai yang mempunyai hierarki yang sama tetapi tidak
mempunyai kepakaran.
Kritikan yang terakhir ialah teori birokrasi Weber adalah berdasarkan
pengamatan beliau politik dan pentadbiran yang berlaku di negara-negara maju
seperti Eropah Barat dan Amerika Syarikat. Negara-negara ini kebanyakkannya
mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi sosial, politik, dan ekonomi. Oleh itu,
teori birokrasi yang diamalkan dinegara tersebut tidak semestinya boleh
dipraktikkan dengan sempurna di Negara negara membangun yang mempunyai
struktur pemerintahan, sistem pentadbiran, sistem sosial, politik, dan ekonomi
yang berbeza antara satu dengan yang lain. Oleh itu, penerangan mengenai
birokrasi di negara-negara membangun mestilah mengambil kira faktor-faktor
persekitaran,

kuasa-kuasa

yang

berpengaruh,

dan

agen-agen

yang

bertanggungjawab dalampenggubalan dasar sekiranya ingin menghuraikan


mengenai pengaplikasian birokrasi di negara-negara tersebut.
7

210815

GMGA 1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

7.0

Birokrasi di Malaysia

Birokrasi sememangnya satu skop yang berkait rapat dengan dasar ketidaktelusan
dan kecerewetan dalam urusan pentadbiran kerajaan. Kebiasaanya bila membicarakan
tentang

birokrasi

maka

tanggapan

masyarakat

menjurus

kepada

Jabatan

Perkhidmatan Awam ataupun pejabat-pejabat kerajaan. Birokrasi sebenarnya tidak


salah

pada

dasarnya

namun

jika

birokrasi

ini

menjadi

amalan

harian

pentadbiran kaunter-kaunter kerajaan maka timbulah pelbagai permasalahan dan


kelemahan-kelemahan kepada Negara.
Ahli-ahli di dalam perkhidmatan awam merupakan kakitangan kerajaan yang
akan melaksanakan polisi-polisi yang telah digubal oleh kerajaan.Kakitangan ini
hendaklah bertugas secara bebas, adil, dan berani. Mereka mestilah berkecuali dalam
memberi sokongan terhadap mana-mana parti politik. Ahli-ahli perkhidmatan awam
telah

ditentukan

oleh

perlembagaan.maka

kaitangan

awam

mesti

bertugas

berpandukan pada perlembagaan yang ditetapkan bagi mereka.Kegagalan mematuhi


arahan-arahan pentadbiran yang ditentukan oleh pelembagaan akan memberikan
impak kepada organisasi dari segi pencapaian matlamat dan pembangunan organisasi
tersebut.Birokrasi tidak sepatutnya menjadi

penghalang bagi pencapaian sebuah

Negara.
Mengikut Perlembagaan, kakitangankakitangan awam yang berkhidmat di bawah
agensi badan-badan berkanun dan Kerajaan Tempatan tidak dikategorikan sebagai
kakitangan perkhidmatan awam. Mereka adalah dilantik oleh Lembaga Pengurus
Agensi masing-masing yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan atau
Negeri. Walau bagaimanapun, agensi ini juga turut dipanggil perkhidmatan awam
kerana masih bergantung kepada sumber kewangan dari kerajaan di samping anggotaanggotanya masih tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan awam seperti
kakitangan awam yang lain.

210815

GMGA 1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

8.0

Peranan Birokrasi

Proses-proses pemodenan yang berlaku di dalam perkhidmatan awam di Malaysia


pada hari ini adalah berasaskan kepada peranan-peranan yang perlu dimainkan sejajar
dengan tuntutan semasa. Konsep-konsep baru seperti penswastaan, pengurangan saiz
birokrasi, pembentukan budaya keusahawanan, pengurusan awam, dan penekanan
dalam kualiti kerja adalah merupakan perubahan-perubahan yang berlaku dalam
perkhidmatan awam sepanjang tempoh 1980an dan 1990an. Perubahanperubahan ini
berlaku kerana perkhidmatan awam di Malaysia terpaksa mengikuti arus perubahan
dunia yang menuntut reformasi dalam perkhidmatan awam bagi meningkatkan tahap
keberkesanan pentadbiran kerajaan. Perkhidmatan awam di Malaysia telah melalui tiga
tahap penting yang telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam peranan
perkhidmatan awam.antaranya adalah seperti berikut:

Pemeliharaan undang-undang dan peraturan


Tugas utama perkhidmatan awam ialah untuk menjaga dan memelihara undangundang dan peraturan di dalam negara. Di samping itu, perkhidmatan awam ini
juga bertanggungjawab melaksanakan polisipolisi British di Tanah Melayu seperti
membantu pembangunan sumbersumber perlombongan dan pertanian melalui
pembinaan jalan keretapi,sistem perparitan dan saliran; menubuhkan pasukan
keselamatan untukmenjaga kehidupan dan harta benda awam; membina
mahkamah,membuka hospital-hospital dan sekolah-sekolah; dan menghapuskan
semua halangan-halangan ke atas perdagangan, perniagaan, dan perindustrian.

Penekanan Terhadap Pentadbiran Penyelenggaraan


perkhidmatan awam terpaksa memperluaskan fungsinya dan secara tidak
langsung menyebabkan saiz perkhidmatan awam juga turut menjadi besar.Di
samping

bertanggungjawab

memelihara

undang-undang

dan

peraturan,

perkhidmatan awam dalam tempoh ini juga terpaksa menggubal dasar-dasar


9

210815

GMGA 1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

pembangunan, menguruskan pembangunan di kawasan luar bandar, dan


melaksanakan

pembangunan

industri.

Peranan-peranan

yang

semakin

bertambah ini wujud kerana negara Malaysia pada ketika itubaru sahaja
mencapai kemerdekaan dan perlu menumpukan kepada pembangunan nasional.

Penekanan terhadap Pentadbiran Pembangunan


Dasar-dasar seperti penswastaan dan persyarikatan telah dilancarkan bagi
menggembleng tenaga pihak swasta dalam merealisasikan matlamat DEB.
Dasar penswastaan yang dilancarkan pada bulan Mac 1983 bertujuan
mengurangkan beban kewangan kerajaan, meninggikan kecekapan dan
penghasilan kerja, menggalakkan pertumbuhan ekonomi, mengagihkan sumber
dengan lebih cekap, dan mempercepatkan pencapaian hasrat DEB. Dasar
Persyarikatan Malaysia yang juga diperkenalkan pada tahun yang sama
berhasrat mengurangkan persaingan di antara sektor awam dan juga swasta.
9.0

Kekuatan teori birokrasi

Teori birokrasi ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri, walaupun teori ini
sering dikaitkan dengan pelbagai streotaip negatif, namun teori birokrasi ini juga
banyak memberikan sumbangan kepada teori dalam pengurusan sumber
manusia.Menurut Kettner (2002), terdapat tiga pertimbangan yang diambil kira
dalam teori birokrasi iaitu pertama ialah kebertanggungjawapan (accountability),
kedua ialah hierarki dan definisi tanggungjawab, manakala yang ketiga pula ialah
penyediaan untuk kerja. Kesemua instrumen tersebut adalah kekuatan kepada
teori ini dan inilah yang membezakannnya dengan teori organisasi yang lain.
Kebertanggungjawapan
Dalam sesebuah organisasi yang memerlukan kebertanggungjawapan
yang tinggi dalam pembuatan keputusan, birokrasi adalah merupakan
satu pilihan yang lebih praktikal.
10

210815

GMGA 1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

Hierarki dan definisi tanggungjawap


Ianya dapat memberi kekuatan terhadap organisasi birokrasi kerana ia
dapat memantapkan lingkungan kuasa yang ada pada jabatan, program,
unit kecil dan bagi setiap pekerja itu sendiri. Salah satu lagi kelebihannya
disini ialah setiap pekerja amat jelas serta tahu kerja dan tugas harian
yang patut dilakukan oleh mereka.
Penyediaan untuk kerja
Organisasi birokrasi mengamalkan kaedah pemilihan pekerja yang benarbenar layak untuk bekerja di organisasinya dan tujuan utamanya ialah
untuk mencapai kecekapan dalam melaksanakan tugas.

10.0

Kelemahan teori birokrasi

Salah satu kelemahan yang sering dikaitkan dengan birokrasi ialah red tape .
Istilah ini merujuk kepada satu peraturan birokrasi yang sangat berlebihan
sehingga menyebabkan kelewatan kepada sesuatu urusan ataupun proses.
Menurut struktur birokrasi Weber yang diberikan oleh Etzioni dalam bukunya,
sistem pencatatan perlu dilakukan untuk merekod segala tindakan, keputusan
dan

peraturan

dalam

pentadbiran.

Peraturan

inilah

yang

sebenarnya

menyebabkan red tape kerana iamenyebabkan proses perjalanan urusan


dokumentasi menjadi lambat.
Peraturan seperti ini dilihat mendatangkan tujuan yang tidak berguna dan
sering diberi sindiran dengan istilah red tape (Sims et al., 1995). Contoh bagi
menggambarkan masalah red tape disini ialah seseorang individu ingin
mendapatkan khidmat bantuan kebajikan daripada sebuah agensi, bagi
mendapatkan bantuan tersebut, individu itu perlulah mendapat pengesahan
daripada beberapa pihak tertentu dari pihak bawahan sehinggalah ke pihak
atasan bagi membuktikan bahawa individu tersebut benar-benar layak menerima
bantuan. Individu tersebut terpaksa menyediakan dokumen, membuat temu janji
dengan pihak-pihak tersebut, membuat perjalanan ke hulu dan ke hilir dan

11

210815

GMGA 1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

akhirnya dalam jangka masa yang panjang barulah permohonan individu


tersebut diluluskan dan memperolehi bantuan kebajikan tersebut.

11.0

Kesimpulan

Daripada huraian diatas dapat dinilai bahawa teori ini mempunyai kekuatan dan
kelemahannya yang tersendiri apabila diaplikasikan ke dalam sesebuah
organisasi. Teori birokrasi yang dihuraikan oleh Weber banyak berhubungkait
dengan pengurusan saintifik dimana teori ini menekankan kepada rasionaliti,
kebolehan untuk diramal, tidak dipengaruhi oleh perasaan, kecekapan teknikal
dan autoritarianisme. Walaupun teori birokrasi ini lebih sinonim dikaitkan dengan
kelemahan-kelemahan tertentu, namun dalam bidang pengurusan khidmat
manusia, masih terdapat pelajaran dan pengetahuan yang kita dapat pelajari
daripada teori birokrasi dan seterusnya dapat memberi sumbangan kepada teori
pengurusan khidmat manusia.
Menurut Kettner (2002), ramai pekerja kerja sosial profesional dan pengamal
perkhidmatan manusia yang lain, termasuk ramai pengurus dapat melaksanakan
tugas bahagian mereka dengan baik dan profesional apabila bekerja di dalam
sebuah organisasi birokrasi. Pada hari ini kita dapat melihat bahawa birokrasi
banyak dipraktikkan di dalam agensi kerajaan, hospital, instituisi pertahanan,
pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat, kelab-kelab sosial,
institusi akademik dan sebagainya lagi. Hal ini membuktikan bahawa teori
birokrasi bukanlah sekadar ideologi semata-mata namun sebenarnya dapat
diaplikasikan ke dalam mana-mana jenis organisasi yang ada.

12

210815

GMGA 1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

12.0

Rujukan

Etzioni, A. (1964). Modern Organization. United States: Prentice-Hall, Inc.

Hall, R. H. (1999). Organizations: Structures, Processes, and Outcomes. (7th ed).


United States: Prentice-Hall, Inc.

Kettner, P. M. (2002). Achieving Excellence in the Management of Human Service


Organizations. United States: Pearson Education, Inc.

Mouzelis, N. P. (1967). Organization and Bureaucracy. Great Britain: Routledge 11 New


Fetter lane.

Robbins, S. P. & Coulter, M. (2009). Management. (10th ed). New Jersey: Pearson
Education, Inc.

Scott, W. R. (2003). Organizations: Rational, Natural, and Open Systems. (5th ed). New
Jersey: Pearson Education, Inc.

Sims, D., Fineman, S. & Gabriel, Y. (1995). Organizing & Organizations: An


Introduction. London: Sage Publications, Ltd.

13

210815

GMGA 1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

14

210815

You might also like