You are on page 1of 4

Barangan Panduan Kegunaan Harga Barangan E-dagang Soalan

Lazim

Bentuk - Tablet
Kandungan - 90 biji
Untuk dimakan

Bentuk - Uncang
Kandungan - 10 uncang
Untuk diminum

Bentuk - Minyak
Kandungan - 100 ml
Kegunaan Luaran

Bentuk - Krim
Kandungan - 60 gm
Kegunaan Luaran

Bentuk - Uncang
Kandungan - 10 uncang
Kegunaan Luaran

Bentuk - Serbuk
Kandungan - 100 gm
Kegunaan Luaran

Soalan :
Adakah set Rangkaian Herbanika Bersalin mencukupi
pemakaiannya / pengunaannya untuk jangkamasa /
tempoh 1 bulan ?
Jawapan :
Set Rangkaian Herbanika Bersalin yang dikeluarkan dalam pek
terbaru khusus untuk ibu-ibu dalam pantang bersalin adalah
untuk anggaran 1 bulan.
1 - Mustajab PhytoNatal 90 tablet
Kelahiran Normal
Disyorkan mengambil tablet PhytoNatal pada hari ke 4 selepas
bersalin. Dosej yang disarankan adalah bergantung kepada
kelawasan pembuangan air besar anda. 1 botol PhytoNatal jika
di ambil dosej diantara 2 3 tablet 1 hari boleh bertahan selama
30 hari 45 hari.
Kelahiran Secara Pembedahan
Disyorkan mengambil tablet PhytoNatal pada hari ke 4 7
selepas bersalin ( bergantung keadaan kesihatan ibu bersalin ).
Dosej yang disarankan adalah bergantung kepada kelawasan
pembuangan air besar anda. 1 botol PhytoNatal jika di ambil
dosej di antara 2 3 tablet 1 hari boleh bertahan selama 30 hari
45 hari.
Nota : Bagi ibu yang mengalami masalah sembelit, selepas
tempoh 30 hari, teramat disyorkan penerusan pengamalan
PhytoNatal. Anda masih boleh meneruskan pengambilan
PhytoNatal walaupun setelah tamat tempoh berpantang.
2 - Akar Herbanika 10 Uncang
Pengambilan minuman Akar Herbanika disyorkan pada hari
pertama selepas bersalin.
1 pkt Akar Herbanika yang direndam dalam 1 teko air panas
mendidih dapat diguna semula untuk tempoh 3 hari.
Pengamalannya setiap hari adalah mencukupi selama 1 bulan.
Nota penting : Bagi ibu yang melalui pembedahan,

disyorkan pengambilan minuman Akar Herbanika


pertamanya selepas berjaya melakukan sendawa atau
pembuangan angin ( kentut ).
3 - Minyak Herbanika 100ml
Disarankan pengunaannya pada hari pertama selepas
bersalin. Anggaran 1 botol Minyak Herbanika dengan
pengunaan 3 ml setiap kali boleh bertahan sehingga 1 bulan.
4 - Krim Herbanika Barut 60 gm
Adalah disyorkan sapuan Minyak Herbanika sebelum sapuan
krim Herbanika Barut. Digunakan sebagai krim sapuan bahagian
perut sebelum berbengkung. Amalan seharian 2 kali dapat
bertahan selama 30 hari .
Kelahiran Normal sapuan bermula pada hari ke 4 selepas
bersalin.
Kelahiran Secara Pembedahan sapuan disyorkan selepas 1
minggu 2 minggu selepas bersalin ( mengikut keadaan luka
jahitan pembedahan ).
Dosej yang disarankan bagi ibu yang bersaiz kecil, tekan tiub
krim Herbanika Barut sebesar syiling 20 sen di tapak tangan,
sapu rata di bahagian perut dan pinggang.
Dosej yang disarankan bagi ibu yang bersaiz besar, tekan tiub
krim Herbanika Barut sebesar syiling 50 sen di tapak tangan,
sapu rata di bahagian perut dan pinggang.
5 - Herbanika Lulur 100 gm
Disyorkan pengunaannya pada hari ke 4 sehingga ke hari 20
selepas bersalin. Anggaran pengunaan setiap kali sebanyak 1
2 sudu besar penuh.
6 - Uncang Cuci Herbanika 10 pkt
1 pkt Uncang Cuci Herbanika yang direbus bersama 1 cerek air
dapat diguna sebagai air cebukan atau rendaman untuk tempoh
5 7 hari. Anggaran pengunaannya adalah mencukupi selama 1
bulan.

Nota :
Penerangan di atas bukan cara pengunaan & pemakanan
herba Bersalin Nona Roguy, tetapi ia hanyalah untuk
menerangkan / menjelaskan bahawa kuantiti yang
terkandung dalam set Rangkaian Herbanika Bersalin
mencukupi kegunaannya selama 1 bulan.

Pengenalan | Profail | Berita Nona Roguy | Pusat Rawatan | Produk | Stokist | Hubungi Kami
2003 - Pusat Rawatan Dan Kesihatan Nona Roguy. Hakcipta terpelihara.

You might also like