You are on page 1of 7

3.

Nik Safiah Karim

3.1 Menurut Nik Safiah , ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan
dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara
tertentu sehingga menjadikannya ayat yang baharu .
Nik Safiah juga berpendapat bahawa dalam realiti kehidupan seharian , kita
sebenarnya lebih banyak menggunakan ayat majmuk berbandingan ayat tunggal.
Percantuman ayat ayat tunggal di dalam pertuturan kita telah membentuk ayat
makmuk. Nik Safiah telah memberikan satu

contoh bagaimana ayat -ayat majmuk

terbina berdasarkan ayat-ayat tunggal seterusnya


Ayat

membentuk ayat yang baharu .

1 di bawah adalah merupakan contoh yang terdapat di dalam tatabahasa dewan:


1. Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat kira-kira
Ayat tersebut terhasil daripada gabungan dua ayat iaitu ayat (a) dan ayat (b)
(a) Ali sedang membaca buku
(b) Fatimah sedang membuat kira-kira.
Contoh contoh lain ayat majmuk ialah:
1. Ali dan Zaini penyokong pasukan bolasepak Chelsea.
(a) Ali penyokong pasukan bolasepak Chelsea.
(b) Zaini penyokong pasukan bolasepak Chelsea.

2. Rahman gemuk tetapi adiknya kurus.


(a) Rahman gemuk.
(b) Adik Rahman kurus.

Nik Safiah berpendapat bahawa terdapat berbagai bagai jenis ayat


majmuk. Dengan berdasarkan cara ayat-ayat majmuk itu dibentuk, dapat dibuat
kesimpulan bahawa terdapat tiga jenis ayat majmuk utama , iaitu:
a) Ayat majmuk gabungan
b) Ayat majmuk pancangan
c) Ayat majmuk campuran

3.1.1 Ayat majmuk gabungan


Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih
yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan
tersebut dengan kata hubung seperti

atau

mencantumkan ayat-ayat

dan, atau, tetapi dan

sebagainya. Contoh - contoh

ayat majmuk gabungan yang diberikan oleh Nik Safiah seperti berikut :
a) Murid-murid berlari dan bernyanyi.
b) Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.
c) Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat?
Ayat-ayat yang digabungkan mempunyai kesetaraan sifat, iaitu ayat-ayat itu
sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Selain itu, ayat-ayat ini mempunyai hubungan
kerana ia disusun berturut-turut . Selain menggunakan kata hubung ayat- ayat majmuk
ini juga boleh disambung tanpa menggunakan kata hubung. Ayat yang tidak
menggunakan kata hubung memerlukan seseorang itu menggunakan nada suaranya
yang akan berfungsi sebagai penanda, iaitu suara digunakan sebagai deretan
penyataan. Contoh-contoh yang telah diberikan oleh Nik Safiah seperti berikut :
a) Ali berdiri tegak , memerhatikan gerak geri mereka.
b) Penari penari itu sungguh lincah, melompat ke kiri, melompat ke kanan.

Contoh- contoh lain ayat ialah:


a) Rahman tergamam , menyaksikan kejadian rompakan itu.
b) Akibat terlalu panik , perompak itu telah melompat menyeberangi longkang,
menahan sebuah teksi dalam cubaannya untuk melarikan diri.

Di dalam contoh-contoh ayat diatas

ayat-ayat yang digabungkan ini , dalam

bentuk tulisan , hanya dipisahkan oleh tanda baca koma(,). Kata hubung tidak
digunakan bagi memajmukkan ayat tersebut.

Ayat majmuk gabungan boleh terdiri daripada sekurang-kurangnya dua ayat,


namun begitu ayat majmuk gabungan juga terbentuk daripada percantuman

beberapa

ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung yang sesuai. Kata hubung ini
berfungsi sebagai penghubung ayat-ayat supaya ia menjadi satu ayat yang lebih
besar. Ayat ini digabungkan tanpa digugurkan mana mana bahagian ayat . Semua
bahagian ayat dikekalkan . Contoh ayat:
a) Saya memandu kereta.
b) Ahmad menunggang motosikal.
c) Saya memandu kereta dan Ahmad menunggang motosikal.
Namun begitu terdapat juga ayat-ayat yang digabung itu , digugurkan bahagian
bahagian tertentu . Perkara ini berlaku apabila ayat ayat yang digabung itu
mempunyai unsur yang sama dan diulang. Misalnya , daripada ayat di bawah :
a) Salman seorang jutawan
b) Salman seorang dermawan
Ayat yang terhasil selepas digugurkan bahagian yang sama adalah :
a) Salman seorang jutawan dan dermawan

Ayat - ayat majmuk gabungan tidak hanya terhad kepada ayat ayat penyata
sahaja . Ayat - ayat majmuk ini boleh terbentuk daripada ayat perintah , atau ayat
tanya. Namun begitu ayat ayat ini biasanya tidak dicampuradukkan

jenisnya. Jika

berlaku percampuran bentuk-bentuk ayat ini maka, ayat tersebut tidak gramatis.
Contoh ayat majmuk gabungan yang tidak gramatis adalah :
a) Abang seorang jurutera tetapi dia suka memandu laju keretanya.

Ayat-ayat yang digabung serta mempunyai hubungan makna akan menjadikan


ayat tersebut gramatis. Contoh ayat-ayat yang gramatis adalah seperti berikut :
a) Kakak masak nasi dan emak menggoreng sayur.

Proses penggabungan ayat juga boleh dilakukan untuk deretan beberapa ayat.
Contoh -contoh ayat yang digabung daripada

beberapa ayat :

a) Pada cuti sekolah yang lalu saya bersama keluarga pergi bercuti di
Kelantan , Terengganu , Pahang dan Perak.
Ayat ini terdiri daripada empat ayat tunggal . Frasa yang berulang-ulang telah
digugurkan , iaitu pada cuti sekolah yang lalu saya bersama keluarga pergi bercuti.
Frasa ini hanya digunakan sekali sahaja di permulaan ayat.

3.1.2 Jenis Gabungan


Ayat -ayat gabungan adalah terdiri daripada beberapa frasa yang digabungkan
menggunakan kata hubung yang berbeza. Perbezaan ini telah mewujudkan dua jenis
gabungan utama iaitu :

a) Gabungan yang susunan faktanya berurutan. Contoh ayat:


i)
Ahmad bersiul-siul sambil tersenyum ke arah saya.
b) Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta apabila
ayat digabungkan:
i)
Kereta yang dibelinya mahal , padahal gajinya kecil.
3.2 Ayat majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini
bermakna dalam ayat berkenaan terdapat sat u klausa bebas atau ayat utama dan satu atau
lebih klausa tak bebas atau ayat kecil. Atau dengan kata lainnya ayat majmuk pancangan
mengandungi satu ayat utama (induk) dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan
bersama untuk membentuk

ayat yang baharu.

Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubung seperti
yang, untuk, bagi, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Dalam bahasa
Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu ayat relatif, ayat
komplemen, dan ayat keterangan. Jenis ayat majmuk pancangan ini ditentukan dengan
cara pembentukannya dan jenis ayat yang dipancangkan.
3.2.1 Ayat relatif
Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa
terikat atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat
utama dengan menggunakan kata hubung yang. Jadi ayat relatif dikenal melalui penggunaan
kata hubung yang. Contoh ayat relative :
a) Kereta itu mewah
b) Kereta itu mahal harganya.
c) Kereta yang mewah itu mahal harganya.
3.2.2 Ayat Komplemen

Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil
yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama. Menurut Nik Safiah et.al. (2002),
pembentukan ayat-ayat komplemen biasanya disertai beberapa perkataan

yang digunakan

sebagai kata komplemen untuk menandakan hubungan berkenaan. Terdapat dua kata
komplemen dalam bahasa Melayu , iaitu bahawa dan untuk. Contoh ayat :
a) Azman masih tetap dengan pendiriannya untuk bertanding bagi merebut
jawatan Pengerusi PIBG sekolah itu.
Secara umumnya terdapat tiga jenis

komplemen iaitu

ayat komplemen frasa

nama, ayat komplemen frasa kerja dan ayat komplemen frasa adjektif. Ayat komplemen frasa
nama boleh menduduki dua tempat iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan ayat
komplemen frasa nama objek tepat. Contoh ayatnya adalah seperti
a) Sesungguhnya amat sukar untuk menyelesaikan

berikut ;

masalah yang berpunca

daripada sikap.
Ayat komplemen

frasa kerja pula berfungsi sebagai pelengkap kepada kata kerja. Ayat

komplemen frasa kerja ini tidak boleh dipasifkan jika dibandingkan dengan frasa nama objek.
Contoh ayat komplemen frasa kerja adalah seperti berikut ;
a) Pak Abu berpendirian bahawa tanah itu tidak patut dijual.
Manakala, ayat komplemen frasa adjekjtif pula merupakan ayat kecil frasa adjektif
yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Namun begitu, jumlah ayat jenis ini dalam bahasa
Malaysia terhad. Contoh ayatnya adalah seperti berikut ;
a). Saya yakin bahawa dia akan berjaya.

You might also like