You are on page 1of 3

AYAT SONGSANG

Untuk membezakan ayat biasa daripada ayat songsang, kita mestilah mengkaji susunan subjek
dan predikat dalam sesuatu ayat itu

AYAT BIASA ----> SUBJEK + PREDIKAT


AYAT SONGSANG -----> PREDIKAT + SUBJEK

Contoh :
Ayat Penyata
AYAT BIASA
AYAT SONGSANG
SUBJEK
PREDIKAT
SUBJEK
PREDIKAT
Penduduk Kampung A sangat peramah
Sangat peramah
penduduk Kampung A
Kakak saya
seorang guru
Seorang guru
kakak saya
Itu
pokok durian
Pokok durianlah
itu
Kata penegas lah yang terdapat dalam ayat songsang di atas bertujuan memberI penekanan
kepada predikat dalam ayat penyata.
Ayat Tanya
AYAT BIASA
AYAT SONGSANG
SUBJEK
PREDIKAT
SUBJEK
PREDIKAT
Anaknya
sedang buat apa?
Sedang buat apa
anaknya?
Mereka
hendak ke mana?
Hendak ke mana
mereka?
Hadiah ini
untuk siapa?
Untuk siapakah
hadiah ini?
Kata penegas kah yang terdapat dalam ayat songsang di atas bertujuan memberi penekanan
kepada predikat dalam ayat Tanya.
Ayat Pasif
AYAT BIASA
SUBJEK
Bilik-bilik itu
Masjid itu
Baju-bajunya

PREDIKAT
Sudah saya bersihkan.
dibina oleh datuk saya.
belum bergosok.

AYAT SONGSANG
SUBJEK
Sudah saya sapu
Dibina oleh datuk saya
Belum bergosok

PREDIKAT
bilik-bilik itu
masjid itu
baju-bajunya

Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa ayat songsang boleh dibentuk daripada ayat
biasa.
Ayat-ayat songsang boleh dibentuk daripada ayat biasa dengan dua cara iaitu :

(a) Pendepanan Seluruh Predikat

Contoh :
AYAT BIASA
Baju dan seluar saya belum bergosok.
Pelajar perempuan itu sangat rajin.
Pekerja-pekerja kilang itu sudah pulang.
Kerani pejabat itu masih belum sampai.
Rumah saya terletak berhampiran dengan
sebuah kedai buku.

AYAT SONGSANG
Belum bergosok baju dan seluar saya.
Sangat rajin pelajar perempuan itu.
Sudah pulang pekerja-pekerja kilang itu?
Masih belum sampai kerani pejabat itu?
Terletak berhampiran dengan sebuah kedai
buku rumah saya.

(b) Pendepanan Sebahagian daripada Predikat

Dalam proses ini, sebahagian daripada predikat di dalam ayat biasa dibawakan ke hadapan
mendahului subjek.

Terdapat tiga bahagian dalam predikat yang dapat didepankan dalam proses ini :
( a ) Pendepanan frasa kerja
( b ) Pendepanan frasa adjektif
( c ) Pendepanan frasa sendi nama
AYAT BIASA
(a)
Atan bekerja pada tiap-tiap hari.
Dia menulis surat di bilik.
Budak kecil itu sedang menangis.

AYAT SONGSANG
( a ) Pendepanan Frasa Kerja
Bekerja Atan pada tiap-tiap hari.
Menulis surat dia di bilik.
Sedang menangis budak kecil itu.

(b)
Dia terkejut apabila mendengar berita itu.
Kamal sedang sakit tenat di hospital.
Bangunan itu masih teguh lagi walaupun
dibina suku abad dahulu.

( b ) Pendepanan Frasa Adjektif


Terkejut dia apabila mendengar berita itu.
Sedang sakit tenat Kamal di hospital.
Masih teguh lagi bangunan itu walaupun di
bina suku abad dahulu.

(c)
Karim pergi ke perpustakaan untuk
mengulangkaji pelajarannya.
Soke Lee di Pulau Pinang pada masa ini.
Dia memotong kek itu dengan sebilah
pisau.

( c ) Pendepanan Frasa Sendi Nama


Ke perpustakaan Karim pergi untuk
mengulangkaji pelajarannya.
Di Pulau Pinang Soke Lee pada masa ini.
Dengan sebilah pisau dia memotong kek itu.