You are on page 1of 2

Permainan Batu Seremban

Pengenalan
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering
dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama
ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua
hingga empat orang atau lebih.
Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan
objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek
ini dikenali sebagai buah.

Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat


atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah
dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah
kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Permainan Wau

Pengenalan
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh
penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih
digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan
Perlis.
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung,
wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang
kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang
Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau
yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan
permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding
Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua


orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan
memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan
cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan
cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.

You might also like