You are on page 1of 27

MODUL POWER POINT

Microsoft Power Point menyediakan beberapa kaedah bagi membolehkan


seseorang pengguna membina atau menghasilkan satu siri slaid atau
persembahan elektronik yang diingini.
Sekarang anda akan membina satu siri slaid untuk pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas.

1.

Klik pada Start pada desktop.

2.

Pilih Start > All Programs > Microsoft Office > Microsoft Office PowerPoint
2007.

3.

Sesuatu persembahan boleh dibina sama ada daripada template


rekabentuk yang disediakan atau pun dari imej yang dimasukkan pada
latar belakang. Dalam aktiviti ini kita akan menggunakan Design Template.

4.

Pada tetingkap sebelah kanan, klik pada


Presentation.

di sebelah perkataan New

5.

Pilih dengan mengklik pada Design.

6.

Pilih salah satu daripada template yang ada dengan klik padanya.

7.

Tutup tetingkap sisi dengan klik pada tanda pangkah hitamnya.

8.

Klik pada kotak Click to add title, di mana tajuk persembahan perlu
dimasukkan, Nombor.

9.

Pada kotak subtitle, klik padanya dan taip pengenalan kepada nombor.

10.

Untuk beralih ke slaid seterusnya, terdapat tiga cara iaitu pertama pilih
Home > New Slide atau klik pada

atau cara yang terakhir, di

mana klik pada slaid nombor 1 seperti rajah di bawah, kemudian tekan
Enter pada papan kekunci.

11.

Penggunaan langkah yang terakhir adalah lebih baik di mana tetingkap


sisi Slide Layout dipaparkan untuk kemudahan pengguna memilih layout
mereka sendiri.

12.

Memasukkan teks adalah sama seperti memasukkan title dan subtitle tadi.

13.

Masukkan slaid baru dengan cara ketiga tadi.

14.

Pada tab Home klik Layout pilih Title and Content seperti di bawah untuk
memasukkan gambar dengan klik padanya.

15.

Pada slaid tadi terdapat tanda di bawah untuk memasukkan samada


grafik, jadual dan sebagainya,

16.

Klik pada Insert Clip Art dan tetingkap Select Picture dipaparkan.

17.

Klik pada imej kereta lumba berwarna merah dan kemudian tekan Insert.

18.

Klik pada rajah tersebut dan ubah saiznya mengikut citarasa sendiri.

19.

Sekarang, masukkan teks di bawah rajah tersebut dengan menggunakan


text box dengan klik pada

20.

pada bahagian bawah aplikasi tersebut.

Apabila kursor bertukar bentuk ke tanda tegak bersilang di bawah, klik


pada bahagian yang hendak diletakkan teks tersebut.

21.

Simpan hasil ini sebelum beralih ke langkah seterusnya sama ada dengan
klik pada tanda disket di bar menu atau pilih File > Save As.

22.

Taipkan nombor.ppt sebagai nama persembahan ini di ruangan File name


di My Documents dan kemudian klik butang Save.

23.

Sekarang anda masukkan bunyi di mana semasa slaid ketiga ini dibuka,
bunyi tadi akan dimainkan. Pilih Insert > Movies and Sounds > Sound
from Clip Organizer.

24.

Tetingkap sisi akan memaparkan bunyi-bunyi yang disediakan dalam


PowerPoint, klik pada Telephone.

25.

Tanda

akan muncul di mana bermaksud bunyi telah dimasukkan,

alihkannya ke kedudukan yang diingini pada slaid tersebut juga.


26.

Klik pada slaid pertama.

27.

Kemudian klik pada

28.

Untuk beralih ke slaid berikutnya, klik sekali tetikus atau Enter pada papan

untuk memainkan persembahan slaid.

kekunci. Didapati pada slaid terakhir, bunyi telephone tadi terus dimainkan.

29.

Cara gerakan sesuatu objek pada slaid boleh dimasukkan dengan


memilih Custom Animation di bawah tab Animations pada bar menu.

30.

Kemudian klik pada objek kereta.

31.

Klik pada Add Effects pada tetingkap sisi.

32.

Pilih Entrance > Blinds.

33.

Begitu juga dengan text box, pilih Add Effect > Entrance > Diamond.

34.

Cuba mainkannya dengan klik pada

di bahagian bawah tetingkap

sisi.
35.

Didapati objek-objek tadi telah dinomborkan. Anda boleh memainkan


persembahan slaid anda dengan klik pada

36.

Kemudian tekan butang

untuk menyimpannya.

37.

Untuk slaid keempat ini,masukkan gambar sebagai latar belakang slaid.


Selepas klik pada slaid ketiga, tekan Enter pada papan kekunci.

38.

Di bawah tetingkap Slide Layout, pilih blank di bawah Content Layouts.

39.

Kemudian tekan pangkah pada tetingkap sisi Slide Layout untuk


menutupnya.

40.

Slaid baru adalah kelihatan seperti di atas.

41.

Pada bahagian atas bar menu PowerPoint, di bawah Insert klik ikon
shapes. Pilih Basic Shapes.

42.

Dalam Basic Shapes, pilih bentuk oval > klik Format Shapes dan lukis di
atas slaid.

43.

Apabila kursor telah bertukar menjadi tanda tambah, +, bawanya ke


tengah slaid dan dengan menekan kiri tetikus bentukkan bulatan yang
dipilih menggunakan bentuk oval dengan klik kanan pula.

44.

Dengan meletakkan kursor pada bentuk tadi, klik kanan, dan menu pintas
akan muncul.

45.

Klik pada Format Shape.

46.

Pada tab Fill, klik pada warna yang dipaparkan di Color.

47.

Kemudian pilih warna kegemaran, warna merah dengan klik padanya


untuk mengubah warna asal bentuk, biru.

48.

Selepas itu, klik Close untuk menutup tetingkap Format Shape.

49.

Ulangi langkah untuk membina bentuk tadi untuk membentuk dua lagi
bentuk yang sama seperti berikut,

50. Kemudian masukkan text box, dan taip Tiga bentuk bulatan.

51.

Tekan tanda disket di bar menu untuk menyimpannya.

52.

Kemudian klik pada tanda pangkah


PowerPoint.

untuk menutup aplikasi Microsoft

PERSEMBAHAN INTERAKTIF

1.

Buka Microsoft PowerPoint.

2.

Pilih blank layout seperti di bawah dan kemudian klik pada tanda
pangkah tetingkap sisi Slide Layout.

3.

Sekarang latar belakang atau background dimasukkan dengan klik


Design > Background Styles pada bar menu dan Format Background
akan dipaparkan. Selain daripada memilih pada bar menu, background
juga boleh didapati dengan klik kanan tetikus sekali.

4.

Pilihan untuk latar belakang boleh diambil dengan klik pada Fill . Boleh
dipilih sama ada ingin menggunakan warna Solid fill, Gradient fill, dan
Picture or texture fill yang telah sedia tersenarai atau klik pada ikon
berikut:

5.

Gradient fill pula memberi pilihan warna tona.

6.

Klik pada butang Color dan pilih warna pilihan anda mengikut
spesifikasi berikut:
Preset colors:

Daybreak

Type

Direction :

Linear up

Angle

Linear

90

gradient stops: Stop 1

7.

Stop position:

0%

Color:

Pink

Transparency:

38%

Didapati warna latar belakang pada Background fill sekarang adalah


seperti warna pilihan pada tetingkap Fill dan kemudian klik butang Apply
to All.

8. Selepas itu, klik pada text box,

di bar pilihan bawah.

9. Kemudian klik tetikus yang bertanda palang tersebut pada bahagian


atas slaid sehingga kotak yang mengandungi kursor muncul.
10. Taipkan seperti berikut, PERSEMBAHAN INTERAKTIF.

11.

Setkan perkataan tadi dengan parameter berikut,

12.

Text box ini boleh diubah dengan bawa tetikus pada box tersebut
sehingga kursor bertukar kepada bentuk anak panah empat penjuru.

13.

Klik kiri tetikus tanpa lepas dan seret box tersebut ke kedudukan lebih
ke tengah dan bersesuaian.

14.

Klik text box sekali lagi dan letakkannya di bahagian bawah text box
pertama dan taipkan,
Oleh :
Rosnah binti Ahmad Zain

15.

Setkan parameter bagi perkataan dalam kotak teks kedua mengikut


kehendak sendiri dan hasilnya adalah seperti berikut.

16.

Sekarang masukkan gambar kecil penghias muka depan slaid dengan


pilih Insert > Clip Art pada bar menu.

17.

Tetingkap sisi Clip Art akan dipaparkan, taipkan academic pada kotak
Search for kemudian klik butang GO atau hanya tekan Enter pada
papan kekunci.

18.

Apabila hasil carian dipaparkan, klik pada satu imej yang diminati
dengan klik penunjuk > Insert padanya.

19.

Kemudian klik pada tanda pangkah tetingkap sisi Clip Art untuk
menutupnya.

20.

Gambar yang telah dipilih tadi akan muncul pada slaid dan guna cara
yang sama pada text box tadi untuk mengubah kedudukan gambar di
samping mengubah saiznya.

21.

Kemudian masukkan butang navigasi dengan klik pada Slide Show >
Action Buttons, dan pilih anak panah ke kanan dengan klik padanya.

22.

Kursor telah berubah menjadi tanda tambah dan klik serta bentukkan
butang tadi pada bahagian bawah sebelah kanan slaid.

23.

Apabila siap membentuk butang tadi, tetingkap Action Settings muncul.


Terima sahaja tetapan lalai ini dengan klik butang OK. Ini adalah

kerana, slaid-slaid lain perlu dibina lagi untuk menetapkan hyperlink


antara slaid.
24.

Pilih Office Button > Save As PowerPoint 97-2003 Presentation..

25.

Taipkan di File name: Persembahan Interaktif dan Save as type:


PowerPoint 97-2003 Presentation kemudian tekan butang Save.

26.

Pastikan slaid pertama telah diklik di bahagian Slides sebelah kiri.

27.

Kemudian tekan Enter pada papan kekunci.

28.

Untuk latar belakang slaid kedua, klik Design> Background > Format
Background > Fill > Picture or texture fill dan klik butang Texture dan
memilih Texture seperti di bawah,

29.

Klik pada texture pilihan dan kemudian tekan butang Apply to All..

30.

Tekan butang Close untuk menutup tetingkap Background.

31.

Klik pada AutoShapes dan klik pada Oval.

32.

Bentukkan oval dan letakkannya di bahagian atas sebelah kiri slaid.

33.

Kemudian klik kanan pada oval tersebut.

34.

Pilih Add Text dengan mengklik padanya.

35.

Taipkan Menu.

36.

Kemudian ambil pula bentuk empat segi tepat dan letakkannya di


sebelah oval tadi.

37.

Taipkan Uji Perbendaharaan Kata Anda.

38.

Bentukkan slaid tadi seperti berikut:

39.

Untuk slaid ketiga masih gunakan blank layout.

40.

Gunakan gambar sebagai latar belakang dengan memilih Picture dalam


tetingkap Fill > Insert from: File Clipboard atau Clip Art.

41.

Klik pada butang File.

42.

Klik pada gambar pilihan dan tekan butang Insert atau klik kiri dua kali
pada gambar tersebut.

43.

Gambar yang diklik akan dipaparkan pada tetingkap background seperti


berikut.

44.

Tekan butang Apply untuk tetingkap Background.

45.

Kemudian bina slaid di bawah,

46.

Pilih Home > New Slide pada bar menu. Pilih Layout > Blank dan ia
akan digunakan dalam keseluruhan persembahan ini.

47.

Bina slaid seperti di bawah,

48.

Tekan butang bertanda disket pada bar menu atau pilih Office Button >
Save. Ini adalah bagi mengelak kehilangan hasil kerja disebabkan
masalah teknikal nanti. Hasilnya adalah seperti berikut,

49.

Sekarang klik pada slaid pertama.

50.

Apabila slaid tersebut dipaparkan, klik kanan pada Action Buttonnya.

51.

Klik pada Hyperlink to dan pilih Next Slide dan klik OK untuk menutup
tetingkap Hyperlink to Slide.

52.

Klik pada slaid kedua.

53.

Klik pada bintang bertanda A.

54.

Pilih Insert > Action > Kotak Action Setting akan muncul dan setkan
kepada berikut,

55.

Klik pula pada bintang bertanda B.

56. Manakala pada bintang bertanda C dan D, setkannya Action Settingnya


seperti bintang bertanda A.
57. Slaid ketiga, highlightkan Action Buttons > pilih Action di bar menu >
Action Settings > tandakan Hyperlink to: pilih Slide klik pada slide 1 >
OK. Dan teruskan dengan spesifikasi yang lain.

58. Slaid kedua, highlightkan perkataan Menu dan pilih Hyperlinks dengan
klik kanan tetikus.

59. Klik sekali tetikus pada Persembahan Interaktif.ppt.


60. Kemudian klik pada butang Bookmark di sebelah kanan atas tetingkap
tersebut > klik OK.

61. Kesemua slaid telah siap ditetapkan dan tekan tanda disket di bar
menu atau pilih Office Button > Save.
62. Pastikan slaid pertama yang aktif dan kemudian klik pada

atau pilih

di bar menu, Slide Show > From Beginning atau pun tekan F5 untuk
memainkan persembahan slaid.
63. Sekarang persembahan interaktif anda telah siap. Slaid boleh ditambah
untuk sesuatu sesi persembahan slaid seterusnya.

You might also like