You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA LIPUS,

D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH,


DEARAH KANOWIT
96700 KANOWIT
Tel: 084-755235
Faks: 084- 753026
emel: ybb3302@1bestarinet.yes.my

Rujukan Tuan :
Rujukan Kami : JPS(W)/153/02/08/01(
Tarikh
: 13 Oktober 2014

Pengurus,
Kampung Budaya Sarawak,
Pantai Damai,
Santubong PO Box 2632,
93752 Kuching,
Sarawak.
Tuan,
LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHAP 2- 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas dirujuk.
2.
Sehubungan itu, pihak sekolah akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar Murid Tahap 2
2014 ke Kuching pada 14 hingga 16 November 2014. Oleh itu, pihak kami ingin mengadakan
lawatan ke Kampung Budaya pada 15 November 2014. Kami dijangka akan sampai ke sana pada
pukul 8.30 pagi.
3.
Sehubungan dengan itu, kami juga memohon jasa baik agar pihak tuan dapat
mengurangkan kos bayaran masuk untuk peserta lawatan kami. Berikut merupakan maklumat
tentang peserta lawatan kami.
Murid: 28 orang
Guru: 14 orang
3.

Diharap mendapat kelulusan dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

Sekian. Terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

( GIA ANAK MABONG )


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Nanga Lipus
Kanowit.

You might also like