You are on page 1of 2

Angin Lazim

Walaupun angin di Malaysia pada amnya lemah dan arahnya berubah-ubah,


terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Berdasarkan kepada
perubahan ini, empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya, monsun
timur laut dan dua musim peralihan monsun yang lebih pendek.
Monsun barat daya biasanya bermula pada setengah terakhir bulan Mei atau awal
bulan Jun dan tamat pada akhir September. Angin lazim pada amnya dari arah
barat daya dengan kelajuan yang lemah, iaitu di bawah 15 knot.
Monsun timur laut biasanya bermula pada awal November dan berakhir pada Mac.
Semasa musim ini, angin lazim adalah dari arah timur atau timur laut dengan
kelajuan antara 10 dan 20 knot. Negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia
serta bahagian utara dan pantai timur laut Sabah lebih terjejas dengan tiupan angin
yang boleh mencapai 30 knot kelajuannya, atau lebih semasa luruan kuat udara
sejuk dari Siberia (luruan angin musim sejuk).
Semasa musim-musim peralihan monsun, angin pada amnya berkelajuan lemah
dan arahnya berubah-ubah. Pada kedua-dua musim ini, palung khatulistiwa
merentangi Malaysia.
Dalam tempoh dari April hingga November semasa taufan kerap kali terbentuk di
barat Pasifik dan bergerak ke arah barat merentasi Filipina, angin barat daya di
kawasan barat laut pantai Sabah dan kawasan Sarawak menjadi lebih kuat dan
boleh mencapai 20 knot atau lebih.
Sebagai negara yang dikelilingi oleh laut, kesan bayu laut dan bayu darat ke atas
corak tiupan angin adalah besar, terutamanya semasa hari tidak berawan. Pada
keadaan petang yang terang cahaya matahari, bayu laut dengan kelajuan antara 10
dan 15 knot selalunya terjadi dan bayu ini boleh mencapai beberapa puluh
kilometer ke dalam kawasan pedalaman. Dalam keadaan malam langit terang,
proses sebaliknya berlaku di mana bayu darat yang lebih lemah kelajuannya boleh
terjadi di kawasan pantai.

Taburan hujan
Corak tiupan angin bermusim bersama sifat topografi tempatan menentukan corak
taburan hujan di Malaysia. Semasa musim timur laut, kawasan yang terdedah
seperti kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan Sarawak Barat dan
kawasan pantai timur laut Sabah mengalami beberapa tempoh hujan lebat.
Sebaliknya, kawasan pedalaman atau kawasan yang dilindungi banjaran gunung
adalah secara relatifnya bebas dari pengaruh ini. Adalah lebih baik taburan hujan di
Malaysia diterangkan mengikut musim.

Perubahan hujan bermusim di Semenanjung Malaysia


Perubahan hujan bermusim di Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada
tiga jenis utama:
(a) Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, November hingga
Januari merupakan bulan-bulan yang mempunyai curahan hujan yang maksimum,
manakala Jun dan Julai mempunyai curahan hujan yang minimum.
(b) Corak batik di kawasan dalam seluar pantai barat daya Semenanjung Malaysia
menunjukkan dua tempoh hujan maksimum yang dipisahkan oleh dua tempoh
hujan minimum. Maksimum utama biasanya berlaku pada bulan Oktober hingga
November, manakala maksimum sekunder berlaku pada bulan April hingga Mei.
Di kawasan barat laut, minimum utama berlaku pada bulan Januari hingga
Februari, manakala minimum sekunder berlaku pada bulan Jun hingga Julai. Di
lain-lain tempat, minimum primer berlaku pada bulan Jun hingga Julai, manakala
minimum sekunder berlaku pada bulan Februari.
(c) Corak hujan di kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia lebih
dicorakkan oleh kejadian 'Sumatera' pagi pada bulan Mei hingga Ogos dan corak
maksima serta minima berganda tidak wujud. Oktober dan November adalah bulan
yang mempunyai hujan maksimum, manakala Februari adalah bulan yang
mempunyai hujan minimum. Maksimum pada bulan Mac hingga Mei dan
minimum pada bulan Jun hingga Julai tidak wujud atau kurang jelas.

You might also like