You are on page 1of 7

Soalan 1

Ulaskan bagaimana gaya bahasa dalam penulisan karangan.


GAYA BAHASA.
Keraf (2006) telah menyatakan bahawa gaya bahasa merupakan pengungkapan fikiran
melalui bahasa yang dapat menggambarkan jiwa atau keperibadian penulis atau penutur
bahasa. Taringan (1985) pula mendefinisikan gaya bahasa adalah bahasa yang indah yang
dipergunakan untuk meningkatkan impak atau kesan dengan memperkenalkan dan
membandingkan suatu hal tertentu dengan hal lain yang lebih umum. Ini membawa maksud
bahawa

penggunaan

gaya

bahasa

mencerminkan

kehalusan

jiwa

penulis

dalam

mengambarkan sesuatu perkara atau situasi dengan cara yang berbeza daripada bahasa biasa.
Gaya bahasa melambangkan kekuatan dalamam penulis dalam mengungkapkan sesuatu topik
dan menyusun ayat tersebut menjadi lebih baik.

GAYA BAHASA

RETORIK
1- anafora

paralelisme

2- epifora
3- simplok
4-responsi
5- homiteleuton
6-woordopname
hiperbola

78- paradoks
9- asonansi
10-eufisme
11- litotes
12-

KIASAN
1- metafora
2- alegori
3- personafikasi
4- sinekdoke
5- metanimia
6 - ironi

Keraf (2006) juga telah membahagikan gaya bahasa kepada dua kumpulan iaiti gaya bahasa
retorik dan gaya bahasa kiasan. Fungsi untuk gaya bahasa retorik ada;ah untuk menjelaskan,
memperkuatkan, menghidupkan objek mati dan menimbulkan gelak tawa. Manakala gaya
bahasa kiasan adalah untuk membanding beza sesuatu perkara dengan perkara yang lain dan
pada masa yang sama menyentuh persamaan di antara satu sama lain.

Gaya bahasa dalam penulisan karangan dengan jelas akan memperlihatkan kewujudan
kepelbagaian bentuk ekspresi yang releven bersesuaian dengan kehendak karangan. Gaya
bahasa mengetengahkan kewujudan peribahasa dan pantun. Ini menunjukkan bahawa gaya
bahasa akan menyingkap ungkapan tersurat dan tersirat dalam penulisan.
Gaya bahasa memperlihatkan pengunaan bahasa kiasan serta bahasa retorik yang bersesuaian
dengan soalan yang dikemukakan. Penggunaan gaya bahasa yang baik akan menjadikan
karangan yang unggul dari segi penyusunan ayat, penguasaan kosa kata, penggunaan
peribahasa yang tepat dan ungkapan-ungkapan kiasan atau retorik yang menjadikan karangan
tersebut mantap.
Gaya bahasa dalam karangan juga mengambarkan corak pemikiran dan dapat menyampaikan
nilai sosial, moral dan fungsi adat dalam kehidupan. Ia diakui oleh Suppiah (2014) apabila
beliau menyatakan bahawa gaya bahasa menyerlahkan satu gambaran nilai sosial, moral dan
fungsi adat dalam masyarakat sekaligus menonjolkan falsafah bangsa melayu yang berkait
dengan metafizik, epistemologi, etika dan logik dan estetika hasil interaksi sosial bangsa
melayu terhadap alam benda, alam flora dan fauna.

Soalan 2
Huraikan pemprosesan informasi dalam karangan.
Menurut Suppiah (2014), pemprosesan informasi berlaku melalui ilmu pengetahuan, peristiwa
dan pengalaman yang dialami pelajar sejak kecil. Ini bermakna apabila seseorang itu
menerima rangsangan maklumat, situasi dan pengalaman maka minda akan memproses
informasi yang diterima untuk disimpan dalam ingatan. Proses ini akan berlaku mengikut
gambarajah di bawah:

penerimaa
n ilmu
baru

memprose
s ilmu baru
( pempros
esan
informasi)

simpan
memori
(bawah
sedar)

penyimpan
an memori
jangka
panjang.

Melalui jadual ini, jelas memperlihatkan bagaimana pemprosesan informasi berlaku dalam
minda seseorang. Proses ini akan berlaku berulang-ulang sebagai usaha untuk penyimpanan
memori kekal.
Pemprosesan informasi dalam karangan berlaku apabila pelajar cuba menyampaikan
pemahamannya terhadap sesuatu perkara melalui teks penulisan. Ini diakui oleh Suppiah
(2014) apabila beliau menyatakan bahawa pelajar mengalami dan memahami makna dan
mengingat semula informasi dan ilmu pengetahuan yang dipelajari melalui proses kognisi.
Pemprosesan maklumat nyata berlaku apabila pelajar cuba mencungkil pengetahuan dalam
minda dan menyusunnya dalam bentuk teks penulisan. Pemprosesan informasi yang baik
berlaku apabila pelajar dapat menjawab soalan karangan yang dikemukan dengan cara yang
berkesan dan efektif.

Selain itu, pemprosesan maklumat dalam karangan juga akan memperlihatkan bahawa
pengalaman hidup juga membantu pelajar menulis dengan baik. Ia diakui oleh Suppiah (2014)
dengan menyatakan bahawa semua pengalaman hidup akan memberi kesan mendalam dalam
perubahan kognisi dan pemprosesan informasi untuk disimpan dalam memori jangka panjang.
Perubahan dan perkembangan kognisi dalam pemprosesan maklumat dikaitkan dengan
perubahan berkualiti terhadap pemikiran apabila berlakunya peningkatan ilmu pengetahuan
dan keupayaan (Suppiah, 2014). Ia bermakna pemprosesan maklumat akan sentiasa berlaku
seiring dengan penambahan input yang diterima oleh seseorang. Minda akan sentiasa
memproses maklumat yang diterima dan akan ditafsir melalui penulisan teks.
Cara penulisan karangan pelajar yang berjaya mengolah fakta dan menyusun sumber
maklumat dalam bentuk teks yang baik menunjukkan pemprosesan informasi berlaku dalam
karangan. Ia dibuktikan melalui penyataaan oleh Suppiah (2014) apabila ia menekankan
bahawa pemprosesan informasi menekankan cara kanak-kanak memproses informasi tentang
dunia kehidupan adalah dengan cara memanipulasikan informasinya.
Menurut Sternberg (2003), sebarang aktiviti mental yang terlibat dalam proses memerhati,
menerima, memanipulasi secara mental, menyimpan, mencantum dan mencungkil semula
atau bertindak pada informasi yang mendasari maklumat dianggap pendekatan ke arah
memproses informasi untuk mencungkil maklumat yang telah sedia terkandung dalam
memori jangka panjang. Ia bermaksud, pemproses maklumat berlaku bermula dari
penerimaan input dari pancaindera yang dimiliki seterusnya akan diproses sehingga berjaya
disimpan dalam memori.
Tan et al. (2003) pula mencadangkan bahawa manusia mengembangkan struktur kognisi yang
berbeza-beza dengan segera dapat menapis informasi yang diterima. Pemproses maklumat
menekankan aspek input, menyimpan, mencungkil informasi untuk menulis karangan dengan
baik.
Menurut Suppiah (2014), pemprosesan informasi mempunyai tiga jenis memori iaitu :
a) Sensori register rmempunyai recepter menyimpan maklumat
b) Memori jangka pendek kemudahan menyimpan informasi
c) Memori jangka panjang storan memori kekal setelah berlakunya proses raptai dan
huraian.

Pemproses maklumat yang baik dapat dlihat melalui karangan apabila pelajar memproses
maklumat secara mendalam. Ia mampu mendesak minda untuk mengingat semula informasi.
Jika pemprosesan cetek berlaku, maka informasi yang diterima kurang diberi perhatian
seterusnya akan melalui proses kelupaan.
Banyak teori dan model pemprosesan maklumat yang boleh digunapakai bagi menghasilkan
penulisan yang baik contohnya Teori Pemprosesan Maklumat (Gagne) dan Model Informatik
Kognitif Minda (Yingxu Wang). Jika pelajar menguasai teori yang diketengah ini,
berkemungkinan penulisan karangan yang terhasil akan lebih menepati kehendak soalan dan
menjadikan ia sebagai karangan yang lebih bermakna. Pemprosesan maklumat akan berlaku
apabila pelajar menerima maklumat dan mengeksplotasi maklumat tersebut dalam bentuk
yang boleh difahami.

Soalan 3
Ulasan keistimewaan kaedah pedagogi heumalik dalam menganalisis teks penulisan
pelajar.
Kaedah pedagogi Heumalik adalah satu cara yang digunapakai untuk mengintrepretasikan
teks penulisann untuk mendedahkan penggunaan gaya bahasa, menghuraikan makna melalui
proses ontopretasi (pergerakan struktur luaran ke struktru dalaman bagi mengkaji makna
tersurat dan tersirat.
Hermeneutik merupakan proses mengintrepretasikan teks dimana ia mencari makna dalam
perkataan yang ditulis. (Suppiah, 2014). Aspek penting dalam Hermeneutik ini merupakan
pemahaman dan pengetahuan melalui bahasa yang disampaikan. Hermeneutik berasal dari
perkataan Greek iaitu hermeneuein yang membawa maksud to interpret manakalan
hermeneia merupakan intrepretation. Ia telah mula dipelopori oleh Schleimarcher dan
Dilthey sejak abad ke -17 dan diwarisi oleh Habermas, Gadamer, Heidegger, Ricoeur dan
lain-lain pada abad ke-20.
Mueller (1997) menyatakan bahawa Hermeneutik merupakan seni pemahaman dan bukan
seperti bahan yang telah difahami. Ini membawa maksud bahawa pentafsiran teks
memerlukan kepakaran untuk memahami ilmu pengetahuan mengenai bahasa dan corak
pemiliran individu. Ia akan menjadi lebih bermakna apabila ditafsir oleh pakar linguistik dan
kebolehan pakar tersebut mengkajinya.
Keistemewaan Hermeneutik amat jelas dapat dilihat untuk menjadikan penilaian terhadap
penulisan lebih terarah kepada teks. Ia disokong oleh Suppaiah (2014) dengan menyatakan
bahawa Hermeneutik berfokus kepada teks sebagai sumber data yang terdiri dari transkrip
temu ual, diari, karangan, surat dan lain-lain. Suppiah juga menyatakan bahawa keistemewaan
Hermeneutik akan memudahkan pengenalpastian maklumat yang bermakna dalam teks
seterusnya digunakan untuk menjana tema atau kategori. Ia jelas membuktikan bahawa
Hermeneutik memberi perspektif yang lebih terarah kepada pengumpulan maklumat dan
dipersembah dalam bentuk penulisan. Fokus utamanya merupakan teks penulisan tidak kira
dalam apa jua bentuk.
Kaedah Pedagogi Hermeneutik mempunyai keistimewaan kerana kaedah ini dapat menghalusi
makna teks sebagai cara untuk menyampaikan pengalaman, kepercayaan dan penghakiman
daripada seseorang atau komuniti ke atas orang lain. Ia membawa maksud bahawa penulisan

seseorang individu merupakan medium untuk menyampaikan fakta, maklumat dan perasaan
dan Kaedah Pedagogi Hermeneutik digunakan untuk memahami dan mentafsir apa yang cuba
disampaikan oleh penulis.
Keistemewaan Kaedah Pedagogi Hermeneutik juga adalah salah satu cara untuk
mengintrepretasikan seni pemikiran dan ilmu pengetahuan pelajar (Suppiah, 2014).
Pengetahuan dan maklumat yang terdapat pada penulis akan dapat dicungkil melalui Kaedah
Pedagogi Hermeneutik. Sedari itu, ia akan memudahkan penilaian penulisan karangan yang
ditulis oleh individu.
Selain itu, Kaedah Pedagogi Hermeneutik dapat mengkaji teks penulisan untuk
memperincikan sesuatu makna yang ingin disampaikan (Suppiah, 2014). Ia membawa
maksud bahawa kaedah ini membantu kita untuk memahami setiap mesej maklumat yang
ingin disampaikan oleh penulis.
Rickman (1967) juga menyatakan bahawa apa jua bentuk yang melahirkan ekspresi perasaan
dan pemikiran manusia dianggap teks yang boleh dianalisis dan diintrepretasi oleh Kaedah
Pedagogi Hermeneutik. Kaedah Pedagogi Hermeneutik secara tidak langsung dapat
mengambarkan keseluruhan isi kandungan yang terdapat dalam karangan tersebut. Teks yang
ditulis perlu dikaji bagi memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penulis.
Selain itu, Kaedah Pedagogi Hermeneutik membantu dalam perbincangan bahasa dalam teks
yang ditulis (Suppiah, 2014). Susunan ayat, pola bahasa dan penggunaan kosa kata perlu
dikaji bagi memtafsir maklumat yang ingin disampaikan. Kaedah Pedagogi Hermeneutik
merupakan satu kaedah penilaian bagi menilai pentadbiran penulisan teks bermula dari
pembinaan pendahuluan terus kepada penutup samada ia menepati kehendak soalan atau
tidak.

You might also like