You are on page 1of 27

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

TUGASAN
JANUARI 2015 SEMESTER

KOD KURSUS

EEM 421

NAMA KURSUS

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL

PROGRAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

ROZIAH BINTI YUSOF

NO. MATRIK

E 30103120036

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

MDM PARIMALAGANTHI SELLADURAI

PUSAT
PEMBELAJARAN

KUANTAN

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

Perincian Tugasan (40%)


Tugasan ini terdiri daripada DUA Bahagian.
Bahagian A: - 15%
Baca artikel bertajuk Peranan Etika dalam Kepimpinan Pendidikan oleh Lokman Mohd
Tahir & Hamidon Abdul Rahman
Berdasarkan artikel di atas:
a) Bincangkan kepentingan etika dalam pengurusan pendidikan. - 2 halaman
b) Huraikan perbezaan antara etika dan undang-undang. 1 halaman
c) Jelaskan konsep sekolah beretika. 3 halaman.

[PENTING: Pastikan anda menggunakan perkataan sendiri dan tidak menyalin ayat-ayat
daripada artikel. Markah akan ditolak jika anda berbuat demikian].
Bahagian B: - 25% - 11-12 halaman
Bincangkan ETIKA / MORAL yang diutarakan oleh agama-agama berikut: (pilih Satu daripada
Kotak A dan Satu daripada Kotak B)
Kotak A
Islam
atau
Hinduisme

Kotak B
Confusianisme
atau
Kristian

dan

Anda tidak dikehendaki membanding


Diakahir esei tunjukkan keunikan setiap agama atau kepercayaan dalam mengutarakan
etika/moral yang diboleh dijadikan etika / moral sejagat untuk manusia
Format Tugasan

Gunakan kertas saiz A4 dan ditaip 1.5 langkau (1.5 spacing)

Gunakan Font Times New Roman, saiz 12

Hantar Tugasan pada Tutorial ke 3

Gunakan Muka Hadapan

Tulis NAMA dan NOMBOR MATRIK pada halaman pertama.

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

JAWAPAN
Bahagian A:
Baca artikel bertajuk Peranan Etika dalam Kepimpinan Pendidikan oleh Lokman Mohd
Tahir & Hamidon Abdul Rahman

Berdasarkan artikel di atas:


a) Bincangkan kepentingan etika dalam pengurusan pendidikan. - 2 halaman
b) Huraikan perbezaan antara etika dan undang-undang. 1 halaman
c) Jelaskan konsep sekolah beretika. 3 halaman.

Peranan Etika dalam Kepimpinan Pendidikan


oleh Lokman Mohd Tahir & Hamidon Abdul Rahman

Pengenalan.
Etika berasal daripada bahasa Latin ethice dan perkataan Greek ethicos. Ianya merupakan
garis panduan yang memandu manusia dalam pemikiran, kelakuan dan perbuatan. Selain itu, etika
menjadi garis panduan dalam menentukan nilai sesuatu perlakuan sama ada benar atau salah, baik
atau buruk, negatif atau positif.
Ilmu etika di dalam bidang pendidikan menerangkan garis panduan tentang perlakuan dan
tindakan yang harus diikuti oleh guru. Etika dapat memberikan kesan intrinsik dan ekstrinsik
kepada guru yang melakukan kesalahan dan dikenakan tindakan serta dapat menjadi teladan dan
rujukan kepada guru-guru lain.

a) Bincangkan kepentingan etika dalam pengurusan pendidikan.

Etika sangat penting untuk dititikberatkan dalam pengurusan pendidikan bagi melahirkan
pengurusan sekolah yang berintegriti. Ianya menjadi elemen utama dalam membentuk warga
pendidik yang berakauntabiliti dalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa dan seterusnya
membentuk generasi yang beretika.
Etika juga membantu pihak pengurusan sekolah membuat keputusan berdasarkan undangundang dan peraturan yang diwartakan dan diterima sebulat suara oleh ahli organisasi sekolah atau
yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian pendidikan.
Selain itu, etika juga penting kerana pihak pengurusan pendidikan merupakan "role model'
kepada para pelajar dan guru. Ini kerana mereka dianggap sebagai golongan yang telah mendapat
kepercayaan dan tanggungjawab untuk mentadbir sekolah. Oleh itu, mereka haruslah memastikan
2

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

bahawa kepercayaan serta tanggungjawab yang diamanahkan itu dilaksanakan dengan penuh
integriti.
Etika sangat penting untuk diamalkan oleh pihak pengurusan sekolah selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahukan konsep jasmani, emosi, rohani dan intelek
ditekankan bukan hanya untuk pelajar tetapi di kalangan pemimpin pendidikan dan pendidik.
Saranan yang diberikan adalah untuk
mewujudkan sekolah dan organisasi yangmementingkan etika di dalam perkhidmatannya.
Oleh itu, kepentingan terhadap etika dalam pengurusan sekolah ialah untuk memastikan
setiap tanggungjawab dan akibat tingkahlaku warga sekolah itu dilaksanakan dengan penuh
kejujuran. Ia juga bagi memastikan dan setiap anggota yang memikul tanggungjawab itu akan
memastikan setiap perjalanan dan pengurusan dijalankan dengan lancar dan berkesan
Etika dalam pengurusan pendidikan akan membantu pengurus pendidikan meneliti
sebarang keputusan yang akan diambil dengan mempertimbangkan sebab dan akibat sesuatu
keputusan dan tindakan yang akan dilaksanakan nanti serta memberikan penjelasan bahawa
sesuatu tindakan itu ialah untuk kebaikan bersama bukan kemahuan individu. Dengan ini tidak
akan berlaku salah guna kuasa atau penyelewengan.
Etika juga begitu penting dalam bidang pengurusan pendidikan bagi mewujudkan tadbir
urus yang telus dan berakauntabiliti. Ini untuk memastikan semua warga pendidik mengetahui
ilmu tentang etika bagi membantu mereka mengelak daripada terjerumus dalam sikap tidak
berintegriti disebabkan kurang pengetahuan tentang etika dalam pengurusan.
Etika diperlukan dalam pengurusan pendidikan untuk melindungi profesionalisme
perguruan daripada sebarang kelemahan yang terdapat dalam sistem pendidikan yang boleh
menggugat ketokohan seseorang guru daripada pandangan masyarakat. Ini kerana terdapat
beberapa faktor utama yang menyebabkan berlakunya tindakan tidak beretika:
a) Tidak menyangka perbuatan itu menyalahi undang-undang kerana tiada kod etika yang
jelas yang dapat menerangkan jenis tindakan yang patut diambil.
b) Guru melanggar etika tanpa disedari demi kepentingan organisasi atau arahan pihak
pengurusan.
c) Pihak pengurusan pendidikan menganggap perbuatan itu tidak akan diketahui umum.
d) Pengurusan kewangan yang lemah menyebabkan berlakunya salah laku.
e) Kurangnya dendaan dan teguran daripada pihak atasan menyebabkan pihak pengurusan
melakukan perbuatan tidak beretika.
Kesimpulannya, etika sangat penting untuk diterapkan dalam pengurusan pendidikan
untuk memastikan integriti dan akauntabiliti dalam bidang pendidikan. Penerapan etika dalam
pengurusan pendidikan dapat mengelakkan konflik diantara pihak pengurusan dan guru seperti
tindakan pilih kasih, tidak adil, pertindihan tugas dan tanggungjawab dan penilaian berat
3

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

sebelah. Jika etika yang jelas dan berintegriti diamalkan oleh pihak pengurusan, maka
kredibiliti dan akauntabiliti warga pendidik pastinya dipandang tinggi.

a) Huraikan perbezaan antara etika dan undang-undang.


Etika adalah sebahagian daripada undang-undang yang mesti dipatuhi oleh seseorang pekerja atau
kakitangan manakala undang-undang pula ialah suatu peraturan yang ditentukan oleh sesebuah
organisasi untuk mengawal tingkahlaku kakitangannya.
Menurut undang-undang, kakitangan yang melanggar undang-undang akan dikenakan
denda atau tindakan yang setimpal. Contohnya jika sekiranya didapati seseorang kakitangan
melakukan pecah amanah, beliau boleh dikenakan hukuman. Manakala etika merupakan tindakan
yang lahir dari hati nurani seseorang. Perbuatan melanggar etika akan menimbulkan rasa bersalah
pada seseorang individu. Contohnya seorang ketua yang membuat penilaian prestasi secara berat
sebelah.
Mematuhi etika selalunya dapat mengelakkan seseorang kakitangan daripada melanggar
undang-undang. Contohnya seorang guru tidak memakai tanda nama sewaktu pengajaran
dianggap melanggar etika profesionalisme pendidikan tetapi tidak melanggar undang undang.
Etika menyebabkan seseorang itu tidak akan mengulangi perbuatan yang bertentangan manakala
undang-undang pula walaupun dikenakan hukuman tetapi masih lagi mengulangi perbuatan tanpa
rasa serik. Ini kerana etika sangat berkait rapat dengan nurani. Seseorang yang melanggar batasan
nurani pasti akan mengalami gangguan emosi iaitu rasa bersalah atau berdosa. Manakala perbuatan
melanggar undang undang seringkali berulang kerana dilakukan atas dasar kepentingan dengan
memikirkan undang undang itu dibuat oleh manusia.
Terdapat juga perbuatan melanggar undang undang kerana pesalah berpendapat bahawa
undang undang tersebut melanggar etika. Contohnya pihak sekolah yang menyembunyikan
kesalahan pelajar kerana berpendapat jika kesalahannya didedahkan, peluangnya untuk ke
universiti akan tertutup. Pihak sekolah cuba untuk memberi peluang kedua kepada pelajar itu.
Perbuatan melanggar undang-undang yang dikenakan hukuman akan menimbulkan
konflik antara kakitangan dan pihak pentadbir. Ini mungkin terjadi disebabkan terdapat undang
undang yang tidak selari dengan etika. Manakala etika mementingkan perlakuan dan tindakan
yang baik dan ia cuba akan menjauhkan diri kakitangan daripada perlakuan yang melanggar
undang-undang.Oleh itu, pekerja yang sering mematuhi etika pastinya dapat menjauhkan diri dari
melanggar undang undang.

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

b) Jelaskan konsep sekolah beretika.

Konsep sekolah beretika yang diterapkan di sekolah sekolah memberi penekanan kepada
shared leadership. Shared leadership menekankan beberapa konsep utama iaitu :
1. Kepimpinan merupakan perkara utama di dalam memperbaiki organisasi dan budaya
sekolah
2. Kepimpinan melibatkan kepercayaan kepada orang lain.
3. Guru, kakitangan dan pengurus merupakan sebuah keluarga yang saling bekerjasama.
4. Masyarakat setempat mesti dilibatkan sama dalam menjalankan program sekolah.
Konsep shared Leadership turut menekankan bahawa keputusan tidaklah 100% terletak di dalam
tangan pengetua. Sebarang keputusan yang diambil turut melibatkan pihak guru, komuniti dan ibu
bapa. Shared leadership juga turut memberikan penekanan kepada aspek pengurusan dan
perjalanan sekolah melalui beberapa penekanan.
1. Pihak pengurusan perlu memastikan bahawa guru mengajar subjek yang sama dengan
subjek utama yang dipelajarinya di institusi perguruan atau mempunyai kemampuan untuk
mengajar subjek tersebut dengan baik.
2. Penilaian prestasi tahunan di sekolah hendaklah berdasarkan kepada pencapaian serta
kejayaan dan kelayakan yang diperolehi guru sepanjang tahun.
3. Bagi mengekalkan motivasi di kalangan kakitangan, penilaian prestasi perlu berlandaskan
keadilan dan ciri-ciri objektif. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan konflik di
antara guru dengan pihak pengurusan sekolah.
4. Pengamalan etika amat penting kerana ia akan membantu guru dan kakitangan
memperbaiki kelemahan, merefleksi diri sendiri dan melihat sekolah sebagai tempat
pembentukan peribadi yang baik.
5. Perbuatan tidak menunaikan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh juga dianggap
tidak beretika kerana mengingkari perjanjian kita dengan organisasi atau pe1anggan.
Melalui konsep sekolah beretika, jawatankuasa etika yang dibentuk adalah berperanan sebagai
badan yang menasihati guru yang menghadapi masalah etika atau yang melanggar peraturan.
Dengan wujudnya jawatankuasa etika atau disiplin secara tidak langsung dapat menjadi perantara
di antara pihak pentadbir dengan guru sekiranya kedua pihak ini menghadapi konflik.
Melalui konsep ini, sekolah haruslah mementingkan nilai-nilai dan etika yang cemerlang.
Pihak pentadbir pula harus mempraktikkan apa yang dipersetujui antara guru dengan pihak
pengurusan. Untuk melahirkan sekolah yang beretika ialah melalui kepimpinan yang beretika serta
memperlihatkan teladan untuk diikuti oleh semua guru dan kakitangan sekolah. Kejujuran adalah
sangat penting dalam organisasi dan pengurusan.

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

Pengurus juga hendaklah bertanggungjawab terhadap kesilapan yang telah dilakukan oleh
kakitangannya dan bukan hanya menuding jari terhadap pesalah. Malah turut bertanggungjawab
mencari cara untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Konsep akauntibiliti dan "stewardship"
turut dikemukakan agar semua masalah hendaklah dikongsi bersama-sama dan bukan
mengabaikan tanggungjawab mereka.
Konsep sekolah beretika adalah berteraskan nilai-nilai murni. Terdapat tiga perkara utama
yang perlu diteliti oleh pihak pemimpin pendidikan iaitu:
1. Dimensi etika mengambil berat.
Etika ini menekankan konsep yang mementingkan hubungan di dalam organisasi. Semua ahli
organisasi bermula dari pelajar, guru, kakitangan dan pentadbir hendaklah saling mengambil berat.
2. Dimensi etika keadilan.
Etika ini menekankan layanan yang adil oleh pihak pengurus kepada guru dan guru kepada pelajar.
Kebajikan ini adalah merangkumi konsep penyediaan persekitaran yang kondusif kepada
pembelajaran seperti melengkapkan prasarana sekolah untuk kemudahan guru dan pelajar.
3. Dimensi etika kritikan.
Etika ini menghendaki golongan pemimpin pendidikan memikirkan siapakah yang memperolehi
keuntungan atau faedah daripada sesuatu program yang diadakan atau dijalankan di sekolah,
siapakah yang patut diberikan keutamaan, siapakah yang mengetuai dan persoalan yang lain dalam
mempertimbangkan sesuatu keputusan.
Konsep etika kritikan ini mengalakkan perbincangan di kalangan kakitangan serta guruguru dan secara tidak langsung mengurangkan konflik di antara kakitangan kerana pengurus
mementingkan hubungan kemanusiaan.
Konsep sekolah etika menekankan bahawa pihak pemimpin pendidikan harus mempunyai
piawaian atau garis panduan yang boleh diikuti agar mereka menjauhi perlakuan yang tidak
beretika.Terdapat beberapa dimensi utama etika yang boleh dijadikan garis panduan serta
perlakuan yang boleh diikuti oleh pihak pengurusan sekolah. Antaranya ialah:
1. Dimensi pengetahuan
Melalui dimensi pengetahuan, setiap pengurus serta pemimpin pendidikan hendaklah
mempunyai matlamat serta peranan kepimpinannya dalam masyarakat kini dan
memberikan tumpuan kepada perlakuan yang bersifat etika.
2. Dimensi pelaksanaan
Dimensi pelaksanaan mengambilkira penggunaan etika di dalam membuat keputusan,
membawa sekolah ke arah yang berguna kepada masyarakat dan mempunyai rasa
bertanggungjawab kepada sebarang perlakuan atau tindakan yang telah dilaksanakan.

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

3. Dimensi pencapaian.
Dimensi pencapaian menumpukan kepada memberikan penilaian perlakuan nilai-nilai
murni seseorang, menekankan pencapaian yang tinggi tanpa mengenepikan konsep etika,
menilai kesan tindakan pentadbiran kepada kakitangan bawahan, menggunakan sumber
yang ada untuk kepentingan sekolah dan bukan peribadi, melayan semua orang adil dengan
rasa hormat-menghormati antara satu sama lain dan mematuhi peraturan serta
tanggungjawab yang telah tetapkan.
Kesimpulannya, konsep sekolah beretika yang diketengahkan adalah sangat penting untuk
diwujudkan dan diterapkan di sekolah sekolah. Ini kerana sebagai warga pendidik, etika adalah
sesuatu yang sangat perlu dalam memastikan integriti dan akauntabiliti guru berada di tahap
tertinggi sesuai dengan tugas membentuk generasi baru yang beretika dan patuh pada undang
undang. Pihak pengurus pendidikan juga perlu didedahkan dengan pengurusan beretika bagi
memantapkan perjalanan pengurusan sekolah yang berakauntabiliti. Warga sekolah yang
mengamalkan etika dalam pengurusan sekolah dan pendidikan pastinya dapat mengelakkan
sebarang konflik dan mampu bekerjasama dalam semua perkara dengan baik. Mereka juga dapat
menjadi contoh teladan yang baik kepada pelajar dan komuniti sekeliling. Selain itu, prestasi guru,
pelajar seterusnya sekolah akan dapat ditingkatkan.

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

Bahagian B: - 25% - 11-12 halaman


Bincangkan ETIKA / MORAL yang diutarakan oleh agama-agama berikut: (pilih satu daripada
Kotak A dan Satu daripada Kotak B)
Kotak A
Islam
atau
Hinduisme

Kotak B
Confusianisme
atau
Kristian

dan

Anda tidak dikehendaki membanding


Diakahir esei tunjukkan keunikan setiap agama atau kepercayaan dalam mengutarakan
etika/moral yang diboleh dijadikan etika / moral sejagat untuk manusia

Jawapan
Bahagian B: - 25% - 11-12 halaman
Bincangkan ETIKA / MORAL yang diutarakan oleh agama-agama berikut: (pilih Satu daripada
Kotak A dan Satu daripada Kotak B)

Etika / Moral dalam Islam dan Cofusianisme


Pengenalan
Dalam bahasa Melayu, etika bermaksud kepercayaan ataupun tanggapan terhadap sesuatu
perkara sama ada ianya benar, salah, baik atau buruk. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, etika
bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu
atau sesuatu kumpulan. Ia juga melibatkan tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau
profesion terhadap masyarakat. Contohnya Etika Perkhidmatan Awam yang melibatkan
kakitangan awam.
Dalam bahasa Inggeris, ethic bermaksud akhlak, tatasusila, kesusilaan dan etika. Manakala
ethics bermaksud prinsip akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika. Menurut kamus lain, ethic
bermaksud system of moral and principal rules of conduct yang bermaksud sistem prinsip akhlak;
peraturan-peraturan perilaku. Manakala ethics pula bermaksud sains yang menumpukan perhatian
kepada akhlak.
Istilah etika berasal dari perkataaan Yunani kuno iaitu ethos yang membawa erti
kebiasaan, adat, akhlak, keperibadian dan watak. Ethos juga membawa maksud adat kebiasaan.

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

Selain itu, ia juga membawa maksud karakter. Dari segi etimologi etika berasal dari bahasa
Yunani, ethos yang bererti watak kesusilaan atau adat.
Moral dari segi istilah adalah suatu terma yang digunakan untuk menentukan batas-batas
dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan yang dikatakan benar, salah, baik atau
buruk. Jika pengertian etika dan moral dihubungkan antara satu sama lain, kita dapat mengatakan
bahawa antara etika dan moral memiki objektif yang sama, iaitu sama-sama memperkatakan
tentang perbuatan manusia sama ada benar, salah, baik atau jahat.
Bagi majoriti manusia, sumber utama etika adalah agama dan kepercayaan. Kebanyakan
prinsip-prinsip etika yang diutarakan oleh agama-agama merupakan etika mutlak. Ini kerana
kebanyakan etika digariskan oleh agama dan kepercayaan masing masing. Setiap agama
mengetengahkan etika tertentu untuk diikuti oleh penganut penganutnya. Menurut agama agama
tersebut, persoalan etika merangkumi cara hidup dan amalan beribadat dalam agama masing
masing.

Moral /Etika Menurut Islam


Menurut perspektif Islam, etika merangkumi segenap ruang lingkup kehidupan manusia. Oleh
kerana Islam mempercayai kehidupan selepas mati, balasan syurga dan neraka, maka etika Islam
digariskan mencakupi kesemua aspek tersebut. Ia tidak terhad kepada hal-hal keagamaan sahaja,
tetapi ruang lingkupnya merangkumi segenap urusan kehidupan manusia.
Etika Islam adalah sinonim dengan akhlak. Menurut para tokoh pemikir Islam, akhlak
didefinisikan sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan perbuatan akan lahir
daripadanya dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Berdasarkan
pengertian tersebut, keadaan jiwa dalaman seseorang dilihat sebagai pencetus dan penggerak
kepada pembinaan sikap dan tingkah laku luaran. Pengertian ini melayakkan akhlak sebagai istilah
yang paling tepat dan lengkap bagi etika Islam, berbanding istilah-istilah lain seperti nilai, moral
dan norma.
Disebabkan penganut Islam meyakini bahawa dunia ini hanya sementara manakala negeri
akhirat adalah kekal, maka etika yang digariskan bagi penganutnya mencakupi segala aspek dunia
dan akhirat. Manusia dikatakan sebagai khalifah atau pemimpin di dunia maka, seharusnya etika
yang terbaik harus diamalkan supaya mendapat jaminan untuk memasuki syurga. Etika atau akhlak
Islam juga harus diamalkan supaya dapat dijadikan contoh teladan bagi agama lain sebagai suatu
dakwah. Antara etika/ moral/ akhlak yang digariskan Islam ialah;
1.

Akhlak kepada Allah


a. Beribadah kepada Allah, seorang muslim melakukan ibadah untuk membuktikan
kepatuhan dan kecintaannya terhadap Allah.
b. Berzikir kepada Allah. Berzikir kepada Allah melahirkan ketenangan dan ketenteraman
9

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

hati.
c. Berdoa kepada Allah, iaitu memohon apa saja kepada Allah. Doa merupakan inti ibadah,
kerana ia merupakan pengakuan akan keterbatasan dan ketidakmampuan manusia,
sekaligus mengakui bahawa Allah maha berkuasa.
d. Tawakal kepada Allah, iaitu berserah diri sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan
segala keputusan kepada Allah.
e. Tawaduk kepada Allah, iaitu rendah hati di hadapan Allah. Mengakui bahwa dirinya
rendah dan hina di hadapan Allah Yang Maha Kuasa.
2.

Akhlak kepada diri sendiri


a. Sabar, iaitu prilaku seseorang terhadap dirinya sendiri sebagai hasil dari pengendalian
nafsu dan penerimaan terhadap apa yang menimpanya. Sabar diungkapkan ketika
melaksanakan perintah, menjauhi larangan dan ketika ditimpa musibah.
b. Syukur iaitu berterima kasih atas pemberian nikmat Allah. Syukur diungkapkan
dalam bentuk ucapan dan perbuatan. Syukur dengan ucapan adalah memuji Allah
dengan bacaan Alhamdulillah, sedangkan syukur dengan perbuatan dilakukan dengan
menggunakan dan memanfaatkan nikmat Allah sebaik baiknya. Contoh, tidak
melakukan pembaziran.
c. Tawaduk, iaitu rendah hati, menghargai semua orang tidak kira agama, bangsa, darjat
atau pangkat. Sikap tawaduk melahirkan ketenangan jiwa, menjauhkan dari sifat iri dan
dengki.

3.

Akhlak kepada keluarga


a. Akhlak terhadap keluarga adalah menyebarkan kasih sayang di antara anggota
keluarga.
b. Akhlak kepada ibu bapak adalah berbuat baik kepada keduanya dengan ucapan dan
perbuatan. Berbuat baik kepada ibu bapak lakukan dalam bentuk perbuatan dan
ucapan seperti menyayangi dan mencintai ibu bapa, bertutur dengan sopan,
bersikap lemah lembut, mentaati perintah, meringankan beban, serta menyantuni
mereka jika sudah tua dan tidak mampu lagi berusaha.
c. Komunikasi yang dilakukan dengan penuh rasa kasih sayang yang tulus akan dapat
dirasakan oleh seluruh anggota keluarga. Apabila kasih sayang menjadi teras
komunikasi diantara orang dewasa dengan muda, maka akan lahir wibawa pada
orang dewasa.

4.

Akhlak kepada sesama manusia


a. Akhlak terpuji ( Mahmudah) iaitu akhlak yang harus diamalkan sesama manusia.

Husnuzan

10

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

Berasal dari lafal husnun ( baik ) dan Adhamu (Prasangka). Husnuzan bererti prasangka, perkiraan,
dugaan baik. Lawan kata husnuzan adalah suuzan yakni berprasangka buruk terhadap seseorang.
Hukum kepada Allah dan rasul nya wajib, wujud husnuzan kepada Allah dan Rasul-Nya antara
lain ialah;
- Meyakini dengan sepenuh hati bahwa semua perintah Allah dan Rasul-Nya Adalah untuk
kebaikan manusia
- Meyakini dengan sepenuh hati bahwa semua larangan agama pasti berakibat buruk.
Tawaduk
Tawaduk bererti rendah hati. Orang yang tawaduk bererti orang yang merendahkan diri dalam
pergaulan. Lawan kata tawaduk adalah takabur iaitu sikap sombong dan meninggi diri.
Tasamu
Bererti bersikap bertimbang rasa, saling menghormati dan saling menghargai sesama manusia.
Taawun
Taawun bererti tolong menolong, gotong royong, bantu membantu sesama manusia. Allah
berfirman dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan
tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan(surah Al Maidah /5:2)
b. Akhlak tercela ( Mazmumah ) iaitu akhlak yang keji dan harus dijauhi.
Hasad
Perasaan iri hati dan dengki. Berasa kurang senang atau cemburu melihat orang lain beruntung.
Allah berfirman, Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah
kepada sebagian kamu atas sebagian yang lain.(Kerana) bagi laki-laki ada bahagian dari apa
yang mereka usahakan, dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan.
Mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya (Surah. AnNisa /4:32)
Dendam
Dendam iaitu untuk membalas kejahatan. Allah berfirman, Dan jika kamu membalas, maka
balaslah dengan (balasan) yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Tetapi jika
kamu bersabar, sesungguhnya

itulah yang terbaik bagi orang yang sabar (Surah. An

Nahl/16:126)
Gibah (mengumpat) dan Fitnah
Membicarakan keburukan orang lain dengan tujuan untuk menjatuhkan nama baiknya. Apabila
keburukan yang dibicarakan tersebut memang dilakukan orangnya dinamakan gibah
(mengumpat). Sedangkan apabila keburukan yang dibicarakan itu tidak benar, bererti pembicaraan
itu disebut fitnah. Allah berfirman, dan janganlah ada diantara kamu yang menggunjing
sebagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang
sudah mati? Tentu kamu merasa jijik (Surah. Al Hujurat/49:12).
Namimah
11

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

Suka mengadu, yakni menceritakan sikap atau perbuatan seseorang yang belum tentu benar kepada
orang lain dengan maksud terjadi perselisihan antara keduanya. Allah berfirman, Wahai orangorang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita maka
telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan
(kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu. (Q.S. Al Hujurat/49:6).

5.

Etika dalam kehidupan seharian.

5.1. Etika jika berhadapan perbezaan pendapat.


a) Harus ikhlas dalam mencari mencari kebenaran dan tidak mengikut emosi.
b) Menggunakan Kitab Al-Quran dan Sunnah dalam menyelesaikan perbezaan pendapat
supaya tidak terpesong dari kebenaran.
c) Menghindari perdebatan yang agresif dan mengasari pihak lawan.
5.2. Etika bergaul dengan orang lain.
a) Menghormati perasaan orang lain.
b) tidak menghina atau memandang rendah pada mereka yang cacat.
c) Prihatin terhadap perasaan dan perlakuan orang sekeliling.
d) Setiap individu haruslah dihormati kedudukan mereka tidak kira pangkat atau darjat.
e) Sentiasa memperlihatkan wajah yang manis dan tersenyum serta beramah mesra apabila
bertemu dengan orang ramai.
f) Elakkan sikap berburuk sangka.
g) Sentiasa memaafkan dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain.
h) Jadilah pendengar yang baik
5.3. Etika Buang Hajat ( buang air)
a) Segera membuang hajat kerana apabila suka menahan buang air akan merosakkan
kesihatan.
b) Menjauhkan diri dari pandangan orang lain semasa membuang air.
c) Menghindari tiga tempat terlarang, iaitu aliran air, jalan-jalan manusia dan tempat
berteduh mereka.
d) Tidak mengangkat pakaian sehingga sudah dekat ke tanah/ lubang najis supaya aurat
tidak kelihatan.
e) Tidak membawa sesuatu yang mengandungi ayat Allah kecuali kerana terpaksa.
f) Dilarang menghadap atau membelakangi kiblat kecuali jika berada di dalam ruang yang
terdapat pemisah/ dinding yang membatasi antara si pembuang hajat dengan kiblat, maka
boleh menghadap ke arah kiblat.
g) Dilarang kencing di air yang tergenang (tidak mengalir).
h) Makruh mencuci kotoran dengan tangan kanan,
12

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

i) Diharuskan kencing dalam keadaan duduk kecuali jika terpaksa namun harus menjaga
badan dan pakaian daripada percikan air kencingnya dan terlindung dari pandangan
orang lain.
j) Makruh berbicara di saat buang hajat kecuali darurat (terpaksa)
k) Makruh bersuci/ beristinjak dengan mengunakan tulang haiwan.
l) Disunatkan membaca doa sebelum masuk ke tandas dan mendahulukan kaki kiri dan
keluar dengan kaki kanan.
m) Mencuci kedua tangan sesudah menunaikan hajat.
5.4. Etika ketika di jalanan
a) Berjalan dengan sikap rendah diri dan tidak mempamerkan gaya sombong.
b) Memelihara pandangan mata iaitu tidak memandang lelaki/ wanita yang bukan muhrim
sewenang wenangnya.
c) Tidak mengganggu, iaitu tidak membuang kotoran, sisa makanan di jalan-jalan manusia,
dan tidak buang air besar atau kecil dimerata tempat.
d) Menjawab salam orang yang dikenal ataupun yang tidak dikenal.
e) Memberikan bantuan kepada orang yang tersesat atau kesusahan di jalanan.
5.5. Etika semasa menziarahi orang yang meninggal dunia.
a) Segera menguruskan janazah dan mengebumikannya untuk meringankan beban
keluarganya dan sebagai rasa belas kasih terhadap mereka.
b) Tidak menangis dengan suara kuat, meratapi jenazah berlebih lebihan.
c) Disunatkan mengantar janazah hingga dikubur.
d) Memohonkan maaf bagi pihak jenazah sebelum dikuburkan.
e) Disunatkan menghiburkan keluarga yang berduka dan memberikan makanan untuk
mereka.
f) Disunnatkan bertakziah kepada keluarga simati dan menyarankan mereka untuk tetap
sabar, dan mengatakan kepada mereka: Sesungguhnya milik Allahlah apa yang telah
Dia ambil dan milik-Nya jualah apa yang Dia berikan; dan segala sesuatu disisi-Nya
sudah ditetapkan ajalnya.
5.6.Etika makan dan minum
a) Berusaha untuk mencari makanan yang halal.
b) Mencuci tangan sebelum dan selepas makan.
c) Redha dengan makanan dan minuman yang ada, dan jangan sekali-kali mencela
makanan.
d) Jangan makan sambil bersandar atau dalam keadaan terlalu membongkok.
e) Tidak makan dan minum dengan menggunakan peralatan yang diperbuat dari emas dan
perak. ( untuk mengelakkan timbul perasaan sombong, riak dan keracunan makanan)
13

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

f)

Membaca Bismillah sebelum makan dan diakhiri dengan Alhamdulillah.

g) Makan dengan tangan kanan dan dimulai dengan makanan yang paling dekat.
h) Disunatkan makan dengan tiga jari dan menjilat jari-jari itu sesudah menghabiskan
makanan.
i) Disunatkan mengambil makanan yang terjatuh dan membuang bagian yang kotor
darinya lalu memakannya.
j) Tidak meniup makan yang masih panas atau bernafas semasa minum.
k) Tidak makan dan minum berlebihan/ terlalu banyak hidangan.
l) Pemilik makanan (tuan rumah) tidak melihat ke muka orang-orang yang sedang makan,
kerana perbuatan tersebut mungkin membuat mereka berasa malu.
m) Mendahulukan orang yang lebih tua.
n) Jangan menyebut atau melakukan perkara perkara yang kotor atau menjijikkan semasa
makan kerana dikhuatiri akan membantutkan selera orang lain.
o) Makan dan minum sambil duduk kecuali semasa sakit/ darurat. Di dalam hadith
disebutkan Bahwa sesungguhnya Nabi Muhammad SAW melarang minum sambil
berdiri. (HR. Muslim).
5.7. Etika bersosial
a) Taaruf, iaitu saling berkenalan dengan orang lain. Melalui taaruf seseorang dapat
bersosial tanpa membezakan agama, kaum, warna kulit, darjat dan pangkat.
b) Tafahum, iaitu prihatin terhadap kesukaan dan kebencian orang lain supaya dapat
menentukan siapakah yang selayaknya dijadikan sahabat dan siapakah yang harus
dijauhi.
c) Taawun, iaitu sikap saling membantu. Islam sangat menganjurkan kepada ummatnya
untuk saling menolong dalam kebaikan dan takwa. Rasullullah SAW telah mengatakan
bahawa Bukan termasuk umatnya orang yang tidak peduli dengan urusan umat Islam
yang lain. Di dalam Al quran, surah Al-Ma`idah ayat ke-2 disebutkan Tolong
menolonglah kalian di atas kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah kalian tolong
menolong dalam dosa dan permusuhan. Bertaqwa (takut)lah kalian kepada Allah,
karena sesungguhnya Allah Maha Keras azab-Nya.
5.8. Etika semasa bercakap
a) Hendaklah selalu bercakap tentang perkara yang baik baik.
b) Menggunakan nada suara yang terang dan jelas. Nada suara tidak terlalu kuat atau terlalu
perlahan.
c) Elakkan percakapan yang sia sia dan menghindari perdebatan atau berbantahan sekalipun
berada di pihak yang benar.
d) Mengelakkan percakapan yang tergesa gesa atau terlalu banyak bercakap.
14

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

e) Menjauhi sikap suka mengadu domba/ mengumpat.


f) Jngan mendominasi perbualan sebaliknya berikan peluang untuk orang lain bercakap.
g) Menghindari penggunaan perkataan kasar, keras dan ucapan yang menyakitkan perasaan
dan tidak mencari-cari kesalahan orang lain.
h) Menghindari sikap mengejek, memperolok-olok dan memandang rendah orang yang
berbicara
5.9. Etika Berkomunikasi melalui telefon
a) Pastikan nombor yang akan didail supaya tidak tersalah dail dan menggangu orang lain.
b) Pilihlah waktu yang tepat untuk membuat panggilan supaya tidak mengganggu masa
rehat atau bekerja orang lain.
c) Jangan berbual terlalu lama untuk mengelakkan orang lain terganggu urusan mereka.
d) Kaum wanita tidak boleh menggunakan suara yang menggoda apabila berbual dengan
lelaiki yang bukan muhrim. Allah berfirman yang artinya: Maka janganlah kamu
tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam
hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik. (Al-Ahzab: 32).
e) Memulakan sengan ucapan salam dan mengakhiri dengan salam juga atau ucapan salam
sejahtera jika berbual dengan orang bukan muslim.
f) Tidak menggunakan telefon untuk tujuan negatif seperti menjatuhkan maruah atau
memalukan orang lain.
5.10. Etika terhadap jiran tetangga
a) Menghormati tetangga dan berprilaku baik terhadap mereka. Rasulullah Shallallaahu
alaihi wa Sallam bersabda, sebagaimana di dalam hadits Abu Hurairah Radhiallaahu anhu
: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka hendaklah ia
memuliakan tetangganya. Dan di dalam riwayat lain disebutkan: hendaklah ia
berprilaku baik terhadap tetangganya. (Muttafaqalaih).
b) jangan membina bangunan sehingga mengganggu tetangga seperti menyekat longkang,
jalan masuk, pagar, aliran udara dan sebagainya.
c) Membantu menjaga harta mereka semasa ketiadaan mereka di rumah, menjaga kehormatan
mereka dan membantu dikala susah.
d) Tidak mengganggu mereka dengan bunyi radio atau TV, atau mengganggu mereka dengan
melempari halaman mereka dengan kotoran, atau menutup jalan bagi mereka.
e) Memberikan makanan kepada tetangga kita.
f)

Setia bersama dalam susah dan senang, sihat dan sakit.

g) Bersabar dengan sikap jiran yang kurang baik. Rasulullah SAW bersabda: Ada tiga
kelompok manusia yang dicintai Allah. Disebutkan di antaranya- :Seseorang yang
mempunyai tetangga, ia selalu disakiti (diganggu) oleh tetangganya, namun ia sabar atas
15

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

gangguannya itu hingga keduanya dipisah oleh kematian atau keberangkatannya. (HR.
Ahmad dan dishahihkan oleh Al-Albani).

6.

Etika Islam Dalam Memilih Kerjaya


Islam tidak menyekat dan melarang umatnya untuk berkerjaya dalam mana-mana profesion

sekalipun asalkan memenuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Para
ulama' turut sependapat bahawa seseorang haruslah mempelajari dan mengetahui akan hukum
Allah berkaitan dengan kerjaya yang akan dilakukan. Sebelum menerima sebarang tawaran
pekerjaan, seseorang itu haruslah mengetahui terlebih dahulu prosedur dan peraturan yang
berkaitan dengannya. Secara umumnya garis panduan dalam memilih kerjaya adalah berasaskan
kepada beberapa perkara:
1. Kerjaya yang dipilih itu perlu disusuli dengan niat yang suci dan ikhlas kerana Allah.
Objektif dan matlamat berkerjaya adalah berasaskan kepada keredaan Allah seperti
kesedaran bekerja untuk mencari rezeki yang halal, menanggung perbelanjaan keluarga,
menjauhi kemiskinan dan tidak mahu bergantung kepada orang lain hingga menjadi beban
kepada masyarakat dan negara.
2. Kerjaya tersebut juga mestilah berlandaskan kepada hukum syarak atau yang diizinkan
dalam Islam. Kerjaya yang melibatkan unsur-unsur yang haram seperti maksiat terhadap
Allah, melibatkan minuman keras, judi dan sebagainya, atau mana-mana kerjaya yang
menyebabkan seseorang itu meninggalkan ibadat atau menjauhkan diri daripada Allah
haruslah dijauhi.
3. Proses kerjaya tersebut juga haruslah berteraskan kepada prinsip-prinsip syariah. Semua
proses dari awal hingga akhir sesuatu kerjaya tersebut dilaksanakan berdasarkan kepada
prinsip prinsip syariah seperti adil, amanah, jujur, bertanggungjawab dan sifat-sifat mulia
yang lain. Kerjaya yang bertentangan dengan prinsip prinsip syariah seperti penipuan,
pemalsuan, penyelewengan, kesamaran, penindasan, kezaliman dan seumpamanya adalah
terkeluar daripada prinsip-prinsip syariah dan tidak boleh dilakukan.
4. Kerjaya tersebut haruslah dilakukan dengan bersungguh- sungguh, cekap dan tekun, tidak
secara sambil lewa atau kerana terpaksa dan sebagainya. Usaha-usaha yang dilakukan
dalam mana-mana kerjaya yang diredai adalah dengan niat untuk beribadat terhadap Allah
S.W.T. yang dikira sebagai fungsi utama manusia hidup di dunia ini, bukan semata-mata
untuk mencari kesenangan dunia.
5. Kerjaya yang diceburi itu tidak boleh melampaui hak- hak Allah S.W.T. terhadap hambaNya. Kesibukan dalam bekerja tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan solat lima
waktu dan melalaikan hati daripada mengingati Allah. Perbuatan sedemikian tidak akan

16

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

mendapat ganjaran dan keredaan daripada Allah walaupun mendapat keuntungan material
di dunia.
7.

Etika Dalam Perniagaan Islam


Etika perniagaan Islam telah menyenaraikan beberapa beberapa syarat yang akan

menjadikan seorang pedagang atau peniaga itu yang akan diredai oleh Allah S.W.T. Antara syaratsyarat yang perlu diambil perhatian oleh individu yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan
ialah:
1. Barang-barang yang diperniagakan adalah halal dan dibolehkan di sisi syarak, tidak sama
sekali terlibat dalam barangan yang jelas diharamkan oleh Allah S.W.T. Seperti perniagaan
minuman keras dan segala yang berkaitan dengannya.
2. Tiada penipuan dan pemalsuan dilakukan terhadap barang yang diperniagakan.
3. Tidak menyorok barang-barang yang diperlukan oleh orang ramai dengan tujuan mendapat
harga yang lebih tinggi.
4. Tidak ada unsur-unsur sumpahan bohong semata-mata ingin melariskan jualan dan
Perniagaan.
5. Tidak menaikkan harga barang-barang dengan sewenang-wenangnya hingga kepada
tahap pemerasan untuk mendapatkan keuntungan yang lebih.
6. Kewajipan membayar zakat perlu sentiasa diawasi agar segala harta yang diniagakan
halal dan makin berkembang.
7. Tidak mengabaikan kewajipan-kewajipan agama dan hak Allah kerana terlalu sibuk
dengan urusan perniagaan.
Golongan peniaga yang melanggar etika perniagaan yang telah digariskan oleh islam dan yang
bertindak di luar daripada batasan ini seperti menyorok barang-barang keperluan,eksploitasi,
monopoli, sabotaj, rasuah, penyalahgunaan kuasa, tidak cekap, tidak berdedikasi dalam
menjalankan tugas, tidak amanah, mengamalkan diskriminasi dan penindasan tidak akan mendapat
ganjaran daripada Allah dan boleh mencemarkan kerjaya perniagaan yang diceburinya.

Etika/ moral menurut confusianisme


Confusianisme sebenarnya bukanlah sebuah agama. Ia ialah suatu bentuk kepercayaan yang
diasaskan oleh seorang ahli falsafah China yang sangat terkenal bernama master Kun Fyu Tze.
Dalam ajarannya, confusianisme menekankan moral dan perbuatan yang baik dan berbudi. Ajaran
ini telah tersebar luas dan diamalkan di serata China, korea, Jepun, Taiwan dan dimana sahaja
negara yang diduduki oleh masyarakat cina dan telah diamalkan sehingga kini.
Etika yang digariskan oleh ajaran confusianisme ini berkait rapat dengan keadaan sosial.
Ajaran ini tidak memberikan penekanan terhadap agama/ ibadah namun lebih memberi penekanan

17

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

terhadap tingkahlaku individu, masyarakat dan golongan pemerintah. Ini disebabkan oleh keadaan
negara yang kacau bilau pada masa itu (zaman akhir Dinasti Zhou (Chou) (1027-256 S.M.)
Falsafah Confucius menitikberatkan moral peribadi dan pemerintahan, membaiki
hubungan sosial, keadilan dan keikhlasan. Terdapat terma terma penting yang menjadi asas moral
dan etika Confusianisme iaitu;
1. Satya Dan Tepasarira / Zhong Shu
2. Tripusaka : Bijaksana, Cinta Kasih, Berani / Zhi, Ren, Yong
3. Bakti Dan Rendah Hati / Xiao Ti
4. Satya Dan Dapat Dipercaya / Zhong Xin
5. Kesusilaan Dan Kebenaran / Li Yi
6. Suci Hati Dan Tahu Malu / Lian Chi
7. Hormat Dan Sungguh-Sungguh / Gong Jing
8. Sederhana Dan Suka Mengalah / Qian Rang
9. Tengah Tepat Dan Lurus / Zhong Zheng
10. Memperbaiki Kesalahan / Gai Guo
11. Menegakkan Jasa / Li Gong
12. Akrablah Kepada Para Bijaksana / Qin Xian
13. Membenci Kepalsuan / E Wei
14. Mengerti Orang Lain / Zhi Ren
15. Menuntut Diri Sendiri / Qiu Ji
16. Melindungi Diri / Bao Shen
17. Bahagia Di Dalam Jalan Suci / Le Dao
18. Melaksanakan Ajaran Agama Dengan Sungguh / Gong Xing
19. Yang Berpribadi Susilawan / Junzi
20. Cinta Belajar / Hao Xue
21. Hati-Hati / Cermat Berfikir / Shen Si
22. Satu Prinsip Yang Menembus Semuanya / Yi Guan Zhi Dao
23. Menuntut Kenyataan / Qiu Shi
24. Menjaga Kewajaran / Shou Chang
25. Miliki Keuletan Semangat / You Heng
26. Meluruskan Diri / Zheng Ji
27. Mengatur Pekerjaan / Qiu Zhi

Sifat-sifat Mulia dalam Ajaran Confusius (Wu Chang)


1. Ren/Jin: cinta kasih, rasa kebenaran, kebajikan, tahu diri, halus budi pekerti (sopan santun) serta
dapat menyelami perasaan orang lain.
18

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

2. I/ Gi, iaitu: rasa solidariti, senasib sepenanggungan dan rasa membela kebenaran.
3. Li atau Lee, iaitu: sopan santun, tata susila dan budi pekerti.
4. Ce atau Ti, iaitu: bijaksana atau kebijaksanaan (wisdom), pengertian dan kearifan.
5. Sin, kepercayaan, rasa untuk dapat dipercaya oleh orang lain serta dapat memegang janji dan
menepati janji.
Confusianisme sangat menekankan pentingnya nilai-nilai etika, baik dalam kehidupan
rumah tangga, masyarakat, dan pemerintahan. Menurut Master Kong, etika itu penting untuk
mencapai tujuan yang lebih besar. Untuk mencapai tujuan yang lebih besar itu, beliau
menganjurkan agar dimulai dari yang lebih kecil. Dengan kata lain, apabila kita hendak
mewujudkan perdamaian dunia, hendaklah dimualai dari kehidupan rumah tangga.
Terdapat enam prinsip utama Confucianisme mengenai etika yang tiada kaitan dengan ciriciri keagamaan.
1. Li merujuk kepada kehidupan dan menekankan kesopanan serta budi bahasa supaya
semua

orang dilayan dengan sepatutnya. Hsiao (atau Xiao) Perasaan sayang

dikalangan keluarga termasuklah sayang-menyayangi antara ibu bapa dan anak dan
sebaliknya, antara adik-beradik dan lain-lain.
2. Yi- Keadilan.
3. Xin-Jujur dan amanah.
4. Jen (atau Ren)-Ihsan dan berperikemanusiaan terhadap orang lain.
5. Chung-Kesetiaan kepada negara dan sebagainya

Etika dalam cara hidup tradisi Confucianisme.


1. Kelahiran-Tai shen (roh fetus) melindungi wanita yang sedang hamil dan tidak menyukai
sesiapa yang mengacau atau menyakiti bakal ibu.
2. Mencapai kematangan-Tradisi ini kini jarang disambut selain dalam kalangan keluarga
yang amat tradisional.
3. Perkahwinan Terdiri daripada 6 peringkat:-Peminangan, Pertunangan, Mas kahwin,
Perarakan, Perkahwinan dan penyambutan tetamu.
4. Kematian-Orang yang berkabung akan memberitahu jirannya dengan berteriak dan dengan
ini perkabungan akan bermula. Mayat akan disemadikan bersama-sama dengan barangan
penting dan apa apa yang mungkin diperlukan di dunia dan akhirat

Etika dalam lima Perhubungan Asas menurut Confucianisme


1. Golongan pemerintah dan diperintah Pemerintah sepatutnya bersifat baik supaya pihak
yang diperintah akan taat dan setia kepadanya dengan rela dan ikhlas. seorang raja
memperlakukan menterinya dengan Li (kesopanan atau penuh dengan budi pekerti yang
19

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

baik). Seorang Menteri mengabdi kepada Raja dengan kesetiaannya. (Lun Gi III :
19).Pengertiannya seorang pemimpin yang bijak akan senantiasa melihat kesejahteraan
orang bawahannya dengan penuh tanggungjawab. Demikian juga sebaliknya seorang
bawahan yang baik akan selalu melaksanakan kewajibann tugasnya dengan taat.
2. Suami dan Isteri- Suami haruslah berperangai baik dan isteri haruslah mendengar kata
suami. menurut (mengikuti) sifat-sifat yang benar itulah jalan suci bagi seorang wanita.
(Mencius III, 2:2) isteri yang baik itu adalah isteri yang tunduk dan patuh terhadap
perintah suaminya, dan isteri yang tidak baik adalah isteri yang selalu melanggar perintah
suaminya. Perintah suami yang semestinya diikuti oleh isteri adalah perintah yang tidak
bernuansa keburukan. Jika perintah suami itu tidak baik, tidak seharusnya perintah yang
tidak diikuti oleh sang isteri. Perkataan Mencius (murid Confusius) ini juga menyifatkan
pengertian bahawa sifat-sifat yang benar itu adalah petunjuk dari Thian. Jika seorang
isteri menjalani sifat-sifat yang benar tersebut berarti ia telah mengikuti petunjuk Thian.
3. Golongan tua dan muda Golongan tua harus prihatin dan golongan muda harus
menghormati golongan tua.
4. Abang dan adik lelaki si abang perlu bersikap sopan manakala si adik pula perlu merendah
diri. Proses hubungan saudara dengan saudara ini dapat dilihat dalam perkataan-perkataan
Konghucu berikut ini :seorang muda, di rumah hendaklah berlaku bakti, di luar (rumah)
hendaklah bersikap rendah hati, hati-hati sehingga dapat dipercaya, menaruh cinta
kepada masyarakat, dan berhubungan erat dengan orang yang berperi cinta kasih (Lun
Gi, I : 6)
5. Ayah dengan anak lelaki. Si ayah perlu menunukkan contoh teladan yang baik manakala
si anak perlu mentaati ayah. Menurut Confusius, Raja berfungsi sebagai Raja, Menteri
berfungsi sebagai Menteri, Ayah berfungsi sebagai Ayah dan Anak berfungsi sebagai
Anak. (Lun Gi XII : 11) jika kesemuanya ini dapat berfungsi sesuai dengan norma yang
berlaku, akan terwujudlah keharmonisan dalam keluarga dan masyarakat.

Etika Confucianisme Dalam Konteks Sosial


1. Penyiasatan Perkara (pembolehubah) Untuk mengetahui kewujudan benda dan
perhubungan antara mereka.
2. Kelengkapan Ilmu untuk mengetahui mengapa benda wujud. Ini akan memberikan realiti
keseluruhan, iaitu kebenaran atau Tao.Tao memperkasakan seseorang untuk
mentransformasi dirinya.
3. Keikhlasan Pemikiran- Seseorang patut ikhlas dalam mahukan pembaharuan atau dalam
menetapkan matlamat yang akan menjadi bukti mengenai komitmennya kepada
kecemerlangan dan kebenaran, iaituTao. Ini adalah sumber motivasi kendiri, aktualisasi
20

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

kendiri dan turut merupakan asas kepada perhubungan I-Thou dan I-Thing yang
sepatutnya.
4. Memperbaiki hati- Niat disebalik semangat pembaharuan ini seharusnya baik, iaitu baik
bagi individu tersebut dan bagi masyarakat secara umumnya. Seseorang itu hanya akan
dapat membebaskan diri daripada kejahatan dan memupuk keberanian serta keupayaan
untuk melakukan kebaikan dengan cara ini.
5. Memupuk Peribadi Kendiri Kunci kepada membantu diri sendiri dan juga orang lain
adalah melalui integrasi sepanjang hayat antaradiri berilmudandiri bermoralmelalui
disiplin kendiri (pendidikan) dan memperbaiki diri.
6. Mengawal selia diri Seseorang itu harus sentiasa berusaha untuk memahami kelemahan
orang yang disayangi dan menghargai kekuatan orang kurang disukai supaya dapat
mengelak daripada berlakunya prejudis dan ketidakharmonian didalam keluarga.
Seseorang itu harus menghormati dan menyayangi ibu bapanya, adik beradiknya dan
anaknya.
7. Tadbir urus kerajaan Kerajaan mesti menyediakan sistem pendidikan awam bagi
rakyatnya, menentukan dasar bagi menjaga dan memelihara orang yang lemah,
mewujudkan dan melancarkan dasar yang berdasarkan kehendak awam, melantik orang
berwibawa dan beretika sebagai pegawai awam. Sistem tadbir urus sebegini akan
membawa kepada kerajaan dan negara yang harmoni.

Etika Perniagaan, Penggunaan dan Perdagangan


1. Menentang perniagaan jika ia hanya mendatangkan keuntungan semata mata.
2. Kegiatan perniagaan patut digalakkan sekiranya ia dapat memperbaiki masyarakatnya dan
tidak memudaratkannya.
3. Mengikut Jonathan Chan, prinsip jen (iaitu sikap berperikemanusiaan terhadap orang lain)
tidak boleh dilanggar dalam perniagaan. Penganut Confucius perlu mengikuti prinsip
konsumerisme dan berkelakuan dengan baik dan adil terhadap pelanggan mereka.
4. Prinsip Xin bermaksud kejujuran dan kepercayaan dan juga perlu dipraktikkan dalam
perniagaan. Xin menekankan konsep bahawa setiap perniagaan mesti bersifat telus dan
bertanggungjawab kepada masyaraka.
Bagi pengikut ajaran Confucius, berniaga adalah satu kerjaya yang amat mulia dan golongan
peniaga menjadi satu simbol kejayaan dan kekayaan bagi seseorang serta sering diangkat sebagai
pemimpin masyarakat.
Tradisi orang Cina adalah untuk memperkayakan keluarga dan segala harta benda akan
diwarisi oleh anak cucu. Hanya dengan berniaga sahaja maka perniagaan tersebut akan diwarisi
oleh generasi seterusnya. Dalam persaingan tentu ada yang menang dan ada yang kalah. Yang
21

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

menang tidak semestinya dapat membolot segala-galanya, manakala yang kalah tidak hilang
segala-galanya. Sebaliknya mereka akan bekerjasama dalam satu situasi menang-menang dan
segala faedah akan dinikmati bersama.
Dalam masyarakat perniagaan Cina jarang terdapat perasaan hasad dengki. Mereka
percaya seseorang peniaga itu tidak boleh wujud tanpa mengambil kira peranan peniaga lain
terutamanya untuk mendapat bekalan daripada peniaga lain dan memelihara hubungannya dengan
para pelanggan. Mereka membantu antara satu sama lain dan sering mewujudkan satu komuniti
yang berteraskan kepercayaan antara ahli-ahli perniagaan. Sekiranya ada di kalangan mereka yang
melanggar etika perniagaan, biasanya mereka akan dihukum dan dipulaukan terutamanya dalam
mendapatkan bekalan.
Dalam terjemahan yang ringkas, guanxi bermakna perhubungan atau connections. Tetapi
dalam konteks praktikalnya, ia didefinisikan sebagai satu sistem perhubungan sosial dan komersial
yang berteraskan kepada xing yong atau kepercayaan antara satu sama lain.

Etika Confucianisme berkaitan dengan Perubatan, Sains dan Kesihatan


1. Nyawa harus dihormati, yang sudah tenat perlu diselamatkan dan yang sakit perlu diubati.
2. Rawati penderitaan pesakit dan amalkan perubatan dengan kejujuran. Doktor perlu hidup
dengan sederhana dan merawat semua pesakit, termasuk mereka yang tidak mampu
membayar.
3. Sentiasa berusa berusaha untuk memperbaiki lagi kemahiran perubatan dan berwaspada
supaya dapat mengelak daripada berlakunya kecuaian.
4. Bertindak dengan kesopanan, kesantunan dan ketertiban. Doktor patut bertanya mengenai
adat atau norma dari segi perubatan apabila bertemu dengan budaya asing.
5. Mengakui bahawa semua pesakit adalah sama sahaja, tiada yang lebih tinggi atau lebih
rendah darjatnya. Pesakit yang datang untuk rawatan patut diberi layanan yang sama tanpa
mengambil kira tua atau muda, miskin atau kaya.
6. Menghormati pencapaian orang lain dan taat kepada etika akademik. Doktor tidak boleh
bersikap angkuh dan memfitnah orang lain tetapi sebaliknya perlu bersikap rendah diri,
menghormati dan bertolak ansur.

Etika Confucianisme berkaitan dengan Alam Sekitar


1. I Ching - atau Buku Perubahan, merupakan antara teks klasik bahasa Cina yang tertua
didunia dan membincangkan isu-isu ekologi dari segi alam sekitar dan kerohanian.
2. Triad (Perhubungan tiga hala) antara syurga, dunia dan manusia merupakan asas kepada
semua makhluk lain. Manusia dapat mempengaruhi alam sekitar dan semua makhluk yang
hidup didalamnya.
22

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

3. Kehidupan dan budaya manusia mempunyai perhubungan yang bersifat simbiotik dengan
alam sekitar. Bentuk awal dari konsep keberagamaan penganut Confusius itu terdiri dari:
pemujaan alam, pemujaan atau penghormatan pada leluhur, dan pemujaan terhadap langit.

Keunikan etika Islam.


Terdapat empat kriteria yang menjadikan etika Islam ini cukup unik dan tersendiri. Pertama
ialah dari segi sumber asasnya. Asas etika Islam adalah bersumberkan sumber ketuhanan (dalil
naqli) iaitu al-Quran dan al-Hadith. Dalam masa yang sama, Islam turut mengiktiraf sumber
kemanusiaan (dalil `aqli) yang terdiri daripada taakulan akal, naluri dan juga pengalaman manusia.
Namun, akal, naluri dan pengalaman ini mestilah digunakan dengan bimbingan wahyu al-Quran
dan al-Hadith itu sendiri. Kombinasi sumber ketuhanan dan sumber kemanusiaan ini menghasilkan
etika Islam yang mantap bagi mendasari segala aktiviti kehidupan manusia.
Kedua ialah dari segi skopnya. Etika Islam meliputi aspek teori (majal al-nazar) dan
praktis (majal al-`amal). Akhlak yang dipamerkan oleh Rasulullah s.a.w. merupakan model ikutan
yang paling tepat. Baginda mempraktikkan tuntutan akhlak Islam dalam pengurusan diri,
rumahtangga, masyarakat mahupun pentadbiran negara. Gandingan aspek teori dan praktis ini
menjadikan etika Islam cukup lengkap untuk dilaksanakan dalam segenap aspek kehidupan.
Ketiga ialah dari segi rangkuman nilainya. Nilai-nilai dalam etika Islam merangkumi
pelbagai aspek dan dimensi. Bersesuaian dengan sifat Allah yang memiliki segala kesempurnaan,
maka nilai-nilai yang digubal-Nya melambangkan keagungan-Nya, menepati fitrah semulajadi
manusia dan mesra sepanjang zaman. Penganut islam tidak dibenarkan melakukan perkara yang
bercanggah dengan etika kerana perbuatan ini mendatangkan dosa dimana menurut islam, setiap
perbuatan yang berdosa akan mendapat balasan buruk di akhirat kelak.
Dari sudut nilai, etika Islam meliputi nilai positif (ijabiyah) dan nilai negatif (salbiyah).
Nilai positif merujuk kepada nilai yang memberi kesan baik kepada hati dan diri manusia serta
dituntut untuk diamalkan. Nilai negatif pula meninggalkan kesan yang kurang baik dan wajar
dihindari kerana mendatangkan kemudharatan kepada banyak pihak.
Dari aspek hubungan, etika Islam mengambilkira nilai-nilai dalam hubungan manusia
dengan Pencipta (habl min Allah), hubungan sesama manusia (habl min al-nas) dan hubungan
dengan alam sejagat. Dari segi skop nilai, etika Islam meliputi dimensi zahir (kelakuan) dan batin
(kejiwaan) manusia.
Keempat ialah dari segi faktor kepatuhannya. Asas kepatuhan Muslim terhadap etika Islam
juga cukup unik. Sesuatu itu bukanlah baik dan buruk secara semulajadi, tetapi Allah s.w.t. yang
menetapkan baik atau tidak sesuatu perkara itu. Maka, faktor yang menggalakkan kepatuhan
kepada etika Islam adalah ketaatan dan kepatuhan kepada ajaran Islam itu sendiri. Segala nilai
yang dianjurkan oleh Islam dilaksanakan semata-mata kerana Allah s.w.t. dengan penuh
23

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

keyakinan, iltizam dan kerelaan hati, bukan disebabkan oleh peraturan kerja ataupun arahan ketua
atasan.

Keunikan etika Confusiunisme


Etika Confusius dihasilkan menurut pengamatan master Kong iaitu pengasasnya
berdasarkan keadaan Negara China pada masa itu yang disifatkan sebagai huru hara. Meskipun
penggarisan etika ini tidak berpandukan agama, namun ianya disusun sesuai dengan tuntutan
kehidupan manusia.
Falsafah Confucius menitikberatkan moral peribadi dan pemerintahan, membaiki
hubungan sosial, keadilan dan keikhlasan. Ini selari dengan keperluan masyarakat sepanjang
zaman. Kerana itulah etika yang digariskan beliau mampu meresap ke dalam hati ramai
pengikutnya seterusnya dijadikan pegangan hingga ke hari ini.
Lebih unik lagi, etika yang digariskan adalah sesuai dan punya banyak persamaan dengan
etika yang digariskan oleh penganut agama lain. Ini memudahkan semua penganutnya bertoleransi
dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama di seluruh dunia.
Etika perniagaan yang diamalkan oleh pengikut confusius juga menjadikan golongan
usahawan China antara yang terkuat dan berkembang pesat kerana strategi perniagaan yang
dijalankan amat berkesan. Selain itu, keharmonian juga turut dapat dilahirkan diantara masyarakat
China dan kaum lain dimana sajaja mereka berada. Kaum China khasnya yang mendukung etika
Confusius menjadi sangat kuat dalam membina koloni mereka di serata dunia hasil daripada
amalan etika ini. Mereka berjaya mencipta ChinaTown di serata dunia dan mengeksport barangan
mereka dengan banyaknya.
Keunikan etika Confusius yang dipamerkan melalui pendidikan dan nilai murni dalam
keluarga menjadikan ajaran ini mesra. Setiap penganutnya akan menjadi patuh pada undang
undang dan ini memudahkan pentadbiran Negara. Rakyat akan menjadi lebih bersopan santun dan
berintegriti. Meskipun tidak ditunjangi agama, namun pengikut Confusius tetap berjaya menjadi
rakyat yang berdisiplin, patuh pada undang undang, melindungi antara satu sama lain dan
mengembangkan perniagaan mereka dengan pesat.
Keunikan etika ini menyebabkan ianya menjadi ikutan di negara Jepun, Taiwan dan korea.
Walaupun tiada konsep pahala atau dosa, penganut ajaran ini tetap berpegang teguh dengannya
kerana ternyata dengan mematuhi etika tersebut telah mendatangkan kejayaan kepada
pengikutnya.

24

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

Kesimpulan
Kedua dua etika Islam dan Confusius menekankan sifat sifat baik, integriti, nilai murni,
adab sopan, kasih saying, menjauhi persengkataan dan menghargai orang lain. Kedua dua etika
juga adalah unik kerana meskipun Islam didasari agama manakala Cofusius diasaskan oleh
manusia, namun tuntutan yang dibawa oleh kedua ajaran ini dapat diterima logik akal dan
keperluan hidup bermasyarakat. Walaupun tanpa konsep dosa pahala, ajaran Confusius mampu
menarik minat pengikutnya untuk mengamalkan etikanya. Manakala bagi penganut islam, sudah
semestinya etika itu harus diikuti kerana telah dijanjikan pahala/ syurga bagi yang patuh dan dosa/
neraka jika ingkar. Bagi penganut Confusius, kepatuhan kepada etika mereka ini menjanjikan
ketengan hidup di dunia manakala bagi penbganut Islam, kepatuhan terhadap etika ini menjanjikan
kesenangan di dunia dan akhirat (dunia kekal abadi selepas kematian/ hari kiamat)
Penganut confusius dituntut melaksanakan etika etika yang telah digariskan sebagai
panduan hidup bagi memastikan kehidupan mereka aman damai dan memperolehi kemewahan.
Manakala bagi penganut Islam kepatuhan terhadap etika adalah sebagai tanggungjawab sebagai
khalifah di muka bumi untuk kesejahteraan manusia sejagat tanpa mengira kaum.
Malaysia bertuah kerana didiami oleh pelbagai kaum yang sangat menitikberatkan etika/
integrity dalam kehidupan seharian. Maka, oleh sebab itulah slogan Satu Malaysia mendatangkan
kesan begitu mendalam dalam sanubari warganya.

25

EEM 421_PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL_E30103120036_ROZIAH YUSOF

Rujukan

1. Konsep

Etika

menurut

Al

Ghazali,

diperolehi

Mac

15,

2015

daripada

http://www.academia.edu
2. Agama Islam, Moral Dan Akhlak Dalam Islam, diperolehi Mac 15, 2015 daripada
http://bagus_surya-fisip12.web.unair.ac.id/artikel_detail-69071
3. Etika Dalam Islam, diperolehi Mac 15, 2015 daripada http://malikale12.blogspot.com
4. Artikel Pengajian Pendidikan Moral, diperolehi Mac 15, 2015 daripada
http://repo.uum.edu.my/1810/1/10.pdf
5. Penerapan Etika Moral Dan Akhlak Dalam kehidupan, diperolehi Mac 15, 2015 daripada
https://ps2unic.wordpress.com
6. Adab, Akhlak Dan Etika Dalam Islam, diperolehi Mac 15, 2015 daripada
http://www.freewebs.com
7. Ajaran Konghucu Tentang Etika, diperolehi Mac 15, 2015 daripada
http://malikale12.blogspot.com
8. Etika konfusianisme, diperolehi Mac 15, 2015 daripada http://www.putra-putriindonesia.com
9. Konsep Manusia Ideal Menurut Confucius, diperolehi Mac 15, 2015 daripada
http://konfusiani.blogspot.com
10. Falsafah Dan Etika Confucius, diperolehi Mac 15, 2015 daripada
https://dialoguecornerblog.wordpress.com
11. Bab 4 Etika C0nfucianisme, diperolehi Mac 15, 2015 daripada http://www.amaljaya.com

--Tamat--

26

You might also like