You are on page 1of 4

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CEMPAKA
MINIT MESYUARAT KECEMERLANGAN TAHUN 6, BIL 5/2013
Tarikh

: 1 hb Ogos 2013

Masa

: 12.10 tengah hari

Tempat

: Bilik Mesyuarat

Pengerusi

: Tuan Haji Shafiee bin Omar

Kehadiran(Bilangan) : Rujuk Borang Pk 07/2 Senarai Kehadiran Mesyuarat


Turut Hadir (Jika ada) : Tiada
1

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Shafiee bin Omar.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
1.3 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir
dan mengalu-alukan kehadiran untuk mesyuarat kali yang keempat.
1.4 Beliau membentangkan agenda mesyuarat.

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.


2.1. Dibentang oleh : Puan Norazila binti Ghazali
Dicadang untuk disahkan oleh : Encik Mohd Hafis bin Abd Razak
Disokong untuk pengesahan oleh : Puan Rosnani bt Jono
PERKARA BERBANGKIT:
3.1. ( Puan Siti Salwa) Beliau menyatakan pentingnya semua guru tahun 6 duduk
semeja untuk berbincang. Near miss lulus juga amat penting.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PERBINCANGAN ISU SEMASA :


4.1 Ucapan Pn. Azilah Penyelaras Tahun 6
4.1.1 Puan Azilah membentangkan dapatan Post Mortem Percubaan UPSR.
4.1.1.1

Pencapaian keseluruhan subjek


Bahasa Melayu Pemahaman- 94.74% .
Bahasa Melayu Penulisan- 95.79%.
Bahasa Inggeris -83.16%.
Matematik - 73.68%.
Sains -80 %.

4.1.1.2 Secara keseluruhan semua subjek ada peningkatan yang ketara dan
semakin hampir dengan sasaran.
4.1.1.3 Seramai dua orang pelajar telah mendapat 5A iaitu Sharifah Umairah
dan Nurul Natasha.
4.1.2 Pelaksanaan Program 100 hari
4.1.2.1 Kelas Hikmah dan kelas malam akan diadakan semula setelah naik
cuti sekolah.
4.1.2.2 Pada 24.8.2013 iaitu sekolah ganti akan diadakan Kem Bina Insan
bagi murid-murid tahun 6. Antara slot yang akan diadakan ialah
pengurusan masa dan peningkatan motivasi dalam kalangan pelajar.
4.1.2.3 Program Pecutan Akhir UPSR akan diadakan di UTM pada
25.8.2013. Semua murid tahun 6 terlibat. Setiap guru akan pergi
mengikut mata pelajaran.
Tindakan : Semua guru
4.2

Ucapan En. Rasman bin Abd Karim

4.2.1

Beliau memberi pandangan berkaitan pencapaian secara keseluruhannya.


Pada awalnya beliau agak takut tetapi akhirnya ada peningkatan dalam setiap
mata pelajaran.

4.2.2

En. Rasman berpuas hati murid-murid telah menunjukkan perkembangan


yang positif.

4.2.3

Berdasarkan data pelajar telah melakukan dua lonjakan dan berharap data
tersebut dapat didedahkan kepada para pelajar.

4.3.4 Guru perlu memberi imbuhan berbentuk kata-kata penghargaan dan dalam
bentuk material kepada para pelajar.
4.3.5 Guru perlu menaikkan semangat pelajar dan menggalakkan proses kendiri
untuk belajar seterusnya akan memberi kesan yang baik.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.3.6 Cara pengajaran guru di dalam kelas juga perlu sesuai dengan keadaan.
Hubungan komunikasi antara guru dan murid perlu berbentuk positif.
4.3.7 Naik cuti hari raya 6 Cerdas akan berada di Makmal Sains, 6 Cerdik di
Bengkel Kemahiran Hidup manakala 6 Cekal akan berada di dalam dewan.

Tindakan : Semua guru

4.3

Ucapan Tuan Haji Shafiee bin Omar

4.3.1 Beliau mengucapkan terima kasih atas pembentangan.


4.3.2 Banyak dapatan yang telah dibincangkan.
4.3.3 Terdapat ciri-ciri peningkatan yang seimbang.
4.3.4 Beliau bimbang bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dan berharap ada
peningkatan dalam peperiksaan UPSR nanti.
4.3.5 Beliau menyatakan nampak hasil yang ketara sebelum UPSR bagi setiap mata
pelajaran.
4.3.6 Program 100 hari menampakkan kesan yang baik.
4.3.7 Semua guru telah mengenalpasti pelajar yang near miss
4.3.8 Ada cadangan untuk membawa pelajar keluar untuk dipulihkan bagi
membantu mereka.
4.3.9 Jangan lupa juga kepada pelajar yang disasarkan 5A agar diberi latihan yang
lebih.
4.4

Ucapan Puan Siti Salwa binti Zailani

4.4.1 Beliau meminta data dapatan peperiksaan percubaan didedahkan kepada


para pelajar. Percubaan antara yang terbaik dan telah mencapai klimaks.
4.4.2 Puan Siti Salwa mempersoalkan di mana para pelajar berada selepas
peperiksaan percubaan. Ia akan memberi kesan kepada pelajar.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.5

Penerangan Cik Mastijah binti Mhd Zainal Nor

4.5.1 Beliau menyatakan terdapat program yang dijalankan menjelang UPSR bagi
membantu pelajar di saat-saat akhir.
4.5.2 Sebelum percubaan beliau telah cuba berjumpa dan berbincang dengan para
pelajar tentang cara-cara mengulang kaji pelajaran. Pelajar juga telah
dikuarantin dan mereka membuat ulang kaji secara bebas .
4.5.3 Pada 20.7 2013 telah diadakan ceramah untuk menghadapi UPSR. Ia
bertujuan untuk menguatkan lagi tanggungjawab pelajar untuk belajar.
Nampak motivasi pelajar meningkat.

HAL-HAL LAIN

5.1 Puan Rani memaklumkan seorang murid pendidikan khas selalu tidak masuk ke
kelas. Bagi teknik menjawab pula, untuk subjek Bahasa Inggeris Cuma 8 orang
murid 6 Cekal yang hadir. Kedatangan amat teruk terutamanya pada hari
Jumaat. Murid-murid suka keluar daripada kelas untuk pergi ke kantin sebelum
kelas Hikmah.
5.2 Puan Shaniati juga menyatakan masalah yang dihadapi oleh kelas 6 Cerdas.
Masalah berkisar tentang sikap negatif murid-murid.
5.3 Puan Roshita memaklumkan akan mengambil tindakan ke atas kedatangan
murid-murid. Beliau meminta Badan Disiplin agar bertindak untuk mengeluarkan
surat.
5.4

Puan Siti Salwa menyatakan ada sedikit kesilapan pada keputusan ETR 2011.
Tindakan : Semua guru.

PENUTUP
a) Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir.
b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.05 petang.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

..........................................
(PN. NORAZILA BT GHAZALI)
Setiausaha Kecemerlangan Tahun 6
SK. Taman Cempaka.

................................
(PN. AZILAH BT ABD HAMID)
Penyelaras Tahun 6
SK. Taman Cempaka

Disahkan oleh,
.......................................................
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

You might also like